karamah.. apa itu karamah? kalau anda tidak tahu apa itu karamah, sila teruskan pembacaan anda.. bagi yang sudah tahu apa itu karamah, aku harap anda baca juga entry ini mana tahu ada diantara anda yang tersalah faham maksud karamah.. aku terdetik untuk menulis entry ini kerana aku dapati ramai juga diantara rakan-rakan aku yang tersalah faham maksud karamah ini.. semoga entry ini memberi manfaat kepada kita semua disamping bergelak ketawa.. hehehe.. ini adalah definisi maksud karamah..
Karamah adalah kejadian di luar kebiasaan (tabiat manusia) yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba tanpa disertai pengakuan (pemiliknya) sebagai seorang nabi, tidak memiliki pendahuluan tertentu berupa doa, bacaan, ataupun dzikir khusus, yang terjadi pada seorang hamba yang soleh, baik dia mengetahui terjadinya (karamah tersebut) ataupun tidak, di dalam rangka mengukuhkan hamba tersebut dan agamanya.
(Syarhu Ushulil I’tiqad 9/15 dan Syarhu Al Aqidah Al Wasithiyah 2/298 karya Asy Syaikh Ibnu Utsaimin)
situasi yang sering berlaku adalah seperti perbualan ini "tok guru silat aku power siot! dia boleh sparring dengan 10 orang sekaligus.. semua tumbang dia kerjakan" untuk pengetahuan anda, ini bukanlah karamah.. ini sebenarnya kerana tok guru silat itu telah lama berlatih dan dilatih untuk berlawan.. pendek kata 'practice make perfect'.. hahaha.. bukan itu saja, bahkan ada juga yang mengatakan karamah ini adalah kebolehan super power seperti dalam filem x-men first class tu.. kelakalakoni!
dan satu lagi, mungkin anda juga pernah dengar.. contohnya seperti situasi ini dimana ada rakan aku mengatakan "haritu aku jumpa tuan haji.. dia boleh tau aku tak mandi wajib lagi.. aku rasa tuan haji tu ada karamah la".. kah kah kah.. nak tau apa jawapan aku? senang ja.. "ceh! aku tengok kuku hang pun aku boleh agak hang tak mandi wajib.. dah la panjang, hitam macam baru lepas pomen (repair) kereta pulak tu" kah kah kah..
dan sekali lagi aku nak tegaskan.. karamah ini bukanlah super power yang diberikan kepada manusia.. biasanya super power yang ditunjukkan seperti bomoh-bomoh kebanyakan itu bukanlah karamah, tetapi jin! sila jangan salah faham perbezaan penggunaan sihir dan karamah yang dianugerahkan oleh Allah.. btw, salah satu cara mudah untuk mengetahui seseorang itu dianugerahkan karamah ialah kelebihan atau kemuliaan yang ada itu selaras fisabilillah.. :) wallahualam.. betulkan aku kalau aku tersalah..
p/s : dulu pun aku ingat ustaz sekolah aku ada karamah sebab dia boleh tau student menipu atau tak, rupanya dia ada phd in psychology.. hahaha.. hebat kan?