Sunday, June 19, 2011

maksud karamah dan poster baru x-men

maksud karamah dan poster baru x-men

karamah.. apa itu karamah? kalau anda tidak tahu apa itu karamah, sila teruskan pembacaan anda.. bagi yang sudah tahu apa itu karamah, aku harap anda baca juga entry ini mana tahu ada diantara anda yang tersalah faham maksud karamah.. aku terdetik untuk menulis entry ini kerana aku dapati ramai juga diantara rakan-rakan aku yang tersalah faham maksud karamah ini.. semoga entry ini memberi manfaat kepada kita semua disamping bergelak ketawa.. hehehe.. ini adalah definisi maksud karamah..

Karamah adalah kejadian di luar kebiasaan (tabiat manusia) yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba tanpa disertai pengakuan (pemiliknya) sebagai seorang nabi, tidak memiliki pendahuluan tertentu berupa doa, bacaan, ataupun dzikir khusus, yang terjadi pada seorang hamba yang soleh, baik dia mengetahui terjadinya (karamah tersebut) ataupun tidak, di dalam rangka mengukuhkan hamba tersebut dan agamanya.
(Syarhu Ushulil I’tiqad 9/15 dan Syarhu Al Aqidah Al Wasithiyah 2/298 karya Asy Syaikh Ibnu Utsaimin)

situasi yang sering berlaku adalah seperti perbualan ini "tok guru silat aku power siot! dia boleh sparring dengan 10 orang sekaligus.. semua tumbang dia kerjakan" untuk pengetahuan anda, ini bukanlah karamah.. ini sebenarnya kerana tok guru silat itu telah lama berlatih dan dilatih untuk berlawan.. pendek kata 'practice make perfect'.. hahaha.. bukan itu saja, bahkan ada juga yang mengatakan karamah ini adalah kebolehan super power seperti dalam filem x-men first class tu.. kelakalakoni!

dan satu lagi, mungkin anda juga pernah dengar.. contohnya seperti situasi ini dimana ada rakan aku mengatakan "haritu aku jumpa tuan haji.. dia boleh tau aku tak mandi wajib lagi.. aku rasa tuan haji tu ada karamah la".. kah kah kah.. nak tau apa jawapan aku? senang ja.. "ceh! aku tengok kuku hang pun aku boleh agak hang tak mandi wajib.. dah la panjang, hitam macam baru lepas pomen (repair) kereta pulak tu" kah kah kah..


dan sekali lagi aku nak tegaskan.. karamah ini bukanlah super power yang diberikan kepada manusia.. biasanya super power yang ditunjukkan seperti bomoh-bomoh kebanyakan itu bukanlah karamah, tetapi jin! sila jangan salah faham perbezaan penggunaan sihir dan karamah yang dianugerahkan oleh Allah.. btw, salah satu cara mudah untuk mengetahui seseorang itu dianugerahkan karamah ialah kelebihan atau kemuliaan yang ada itu selaras fisabilillah.. :) wallahualam.. betulkan aku kalau aku tersalah..


p/s : dulu pun aku ingat ustaz sekolah aku ada karamah sebab dia boleh tau student menipu atau tak, rupanya dia ada phd in psychology.. hahaha.. hebat kan? 
Share This

27 comments:

  1. wwahhhh..tenkiu for the info..
    by the way, tok guru tanya sape tu?.hehhe
    bro, jemput singgah blog aku bro..
    http://syazwancdm.blogspot.com/2011/06/aku-rozita-che-wan-lisa-surihani-zahida.html

    ReplyDelete
  2. karektor baru dalam x-men.. hahahaha.. rahsia ;)

    ReplyDelete
  3. sguh hebat ustaz crayon tuh...kakakkka

    ReplyDelete
  4. oit.. tu bukan pic aku tau.. jgn salah paham

    ReplyDelete
  5. karamah=kemuliaan.

    ReplyDelete
  6. gambit ke tu?
    karektor: guling2 dekat dapur :p

    ReplyDelete
  7. medusa : correct! like komen hang 20x.. hahhahahaa

    ReplyDelete
  8. hahahaharam...xleh bla lgsung tgk poster tu=p

    ReplyDelete
  9. hang buat lawak hang buat lawak ! mmg lawak ! HAHAHAHA.. tetiba*

    ReplyDelete
  10. aku ada kuasa naikkan trafik blog tanpa segmen.
    nak taw bayar dulu.
    kah3

    ReplyDelete
  11. character baru tu, x-man ke... xxx-man.??..msti power dia lbih kurang sma mcm storm. storm leh kluakan kuasa angin ribut ,.tpi character bru nie aq rsa leh kluakan angin yg bebunyik kuat
    pot!!..Pet!!..Tuttttt!!..dan bau busuk srta bracun...sipa yg tcium angin tu leh mutah2 n pning kpla oleh yg demekian snanglah dia nak slmatkan dunia...jgn mrah wat lwak bodoh je. hehehehe

    ReplyDelete
  12. watak gambit ada dekat dalam movie wolverine, kan? kan? kan? sorry! aku tak tgk lagi cerita xmen 1st klas ni. so, tak tau gambit tu ada ke tak dalam cerita tu :P

    ReplyDelete
  13. 'Karamah!'...Ada ke lagi di akhir zaman ni? Sebut senang, namun kriteria untuk dianugerah 'karamah' macam tak boleh nak nampak je zaman ni. Kalau ada pun mungkin kes terpencil dan hanya rahsia antara si pemilik dan Pemberinya.

    Cerita dan movie Mat Salleh ni, tengok boleh, percaya jangan. Tapi anak-anak suka cakap - kalau ada power macam cerita Superman kan best boleh itu dan ini. Hah! Itu tujuan halus Mat Salleh buat filem-filem sebegitu...Nanti disangka 'karamah'.

    'Watak baru' X-Men tu kebolehan dia pasti menari erotik sampai dapat tour satu US...He!He!

    ReplyDelete
  14. hahahahaha!! Gambit Meleis.. dalam xmen jd traitor, kt dunia nyata pun "traitor" gak..

    Nape tetiba discuss pasal karamah ni? aku ingat da crita disebalik tue.. rupanya2 nak discuss pasal salahguna perkataan Karamah (1st time dengar perkataan ni, kalo keramat ada la)

    ReplyDelete
  15. PhD in Statistics

    ReplyDelete
  16. adilla harun : tak kira zaman dulu ka, zaman skarang ka, kita tetap kena pecaya adanya "karamah" dari Allah kepada seseorang tu.. tapi jangan tesalah ja.. kena ingat.. setan sentiasa ada untuk mengaburi dan menipu kita.. hehehe.. setan jahat! auww

    ReplyDelete
  17. x - men ....huhu, character baru tuh tao tau...character gambit yang baling2 card tuh kan~

    ReplyDelete
  18. memang la setan jahat..ada ka setan baik?haha

    ReplyDelete
  19. syaitan yang menolong orang..

    Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

    Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid. Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

    Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju.
    Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.

    Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia.

    Orang itu menjawab?Aku??

    Aku adalah syaitan.

    Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun.

    Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.
    Sebab itu aku menolongmu.

    ReplyDelete
  20. crayon,
    bagus ko ingat lg kesah syaitan ni. ni zaman kecik sekolah dulu ustazah aku ada sampaikn.

    point cite ni bukan nk bagitau pasal syaitan menolong org.. pointnye nk tunjuk betapa syaitan tu sejenis makhluk yg kuat berusaha, tekun buat RESEARCH, & ape saje utk menyesatkan manusia. termasuk menjauhkn manusia dr apa2 pahala. tu sebab dia xsanggup dosa penduduk kg jemaah masjid tu diampunkn.

    kite ni Tuhan da kurniakan akal yg sempurna, sepatutnya lebih-lebih lg la patut meng-optimum penggunaan otak yg dah dikurniakan (ke arah kebaikan).. mari kite berusaha! ;)

    ReplyDelete
  21. yeah!!!!!!!!
    betOl2
    Camna pulak aku bleh lupa kisah nie..
    Hilang igtan sudah,
    Huhu~
    Tengs!!^^

    ReplyDelete
  22. perhhhh! character baru tuh gerenti hebat! hahaha






    lots of luv:
    anamizu ^_____^

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates