aku pun taktau kenapa aku boleh buang masa edit video ni dan letak subtitle lirik untuk lagu ni.. maybe disebabkan aku adalah seorang 'loser' yang tidak ada aktiviti hendak dilakukan ketika weekend agaknya.. kalau aku 'mat clubbing' mesti aku takdak masa nak edit-edit video macam ni kan? kah kah kah.. malam minggu busy menari dan berjoget dengan gadis-gadis cantik.. auww!!
Showing posts with label kenderaan. Show all posts
Showing posts with label kenderaan. Show all posts
Sunday, March 27, 2011
Saturday, February 5, 2011
lagi video perlumbaan haram (drifting)
ketika aku menulis entry ini, aku hanya memiliki lebih kurang 5 minit untuk menulis kerana aku sedang menunggu rakan aku sampai di rumah untuk mengambil aku keluar berjalan-jalan.. kebetulan rakan aku ni seorang individu yang suka memandu laju, jadi timbullah idea untuk berkongsi video perlumbaan haram (drifting).. jadi maafkan aku sekiranya entry ini ditulis dengan tidak teratur ataupun susunan ayat yang berterabur.. aku sayang anda semua! kah kah kah
Sunday, October 10, 2010
proton inspira waja lancer baru 2010
agak kebosanan hari ni tak tau nak buat apa.. kepada sesiapa yang belum mengetahui mengenai kereta baru proton yang bakal muncul di bulan hadapan (nov 2010), korang sebenarnya dah ketinggalan cerita panas automotif di malaysia.. ya! waja lancer bakal dikeluarkan.. rupa bentuk sebijik macam waja.. dengar cerita dan ura-ura, 95% sebijik dengan mitsubishi lancer.. engine sebijik! body sebijik! teknologi sebijik! dan bla bla sebijik! harga pasaran masih belum diketahui..
Monday, September 13, 2010
pandulah dengan cermat, ingatlah yang tersayang
owh.. dah lama aku tak update blog.. sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua.. aku agak busy menyambut hari raya di kedah.. sebab tu blog posting aku terabai.. kepada korang yang dah selamat sampai ke kampung, alhamdulillah bersyukurlah kita kepadaNya.. dan kepada korang yang nak pulang ke rumah kembali, pandulah dengan cermat ya.. tubelawak sayangkan korang semua.. tak syok la bila ada cerita orang eksiden2 ni.. ehehe..
Tuesday, July 6, 2010
pos malaysia : jawatan kosong
pos malaysia merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di malaysia.. syarikat ini dikorporatkan dari jabatan perkhidmatan pos malaysia milik kerajaan pada 1990.. pada 4 Mei 2010, timbalan menteri kewangan datuk dr awang adek hussin memberitahu dewan negara, pos malaysia rugi RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, transmile group berhad.. ekoran itu, senator datuk musa sheikh fadzir mahu sistem merit bukan 'merit sahabat' dalam perlantikan CEO.
Continue Reading
Saturday, June 12, 2010
video lawak rempit ditahan jpj
selalu orang kata, mat rempit ni samseng, keras kepala, isap dadah, dan macam-macam lagi.. mentaliti orang kita ni memang camtu.. kalau suara ramai mengatakan perkara itu macam tu, macam tu jugakla diterima oleh individu.. pendek kata, orang kita ni suka 'mengikut' dan ikut majoriti.. 'ikut majoriti' ni aku maksudkan dalam erti kata perkara yang tidak sepatutnya ataupun perkara yang sepatutnya membawa kepada kebaikan..
Tuesday, April 20, 2010
video lawak mat rempit yang jarang kita lihat
disebabkan sekarang ni cerita pasal mat rempit dah berkurangan di negara kita, operasi cegah rempit pun dah berkurangan, jadi aku nak share ngan korang video mat rempit yang mungkin korang tak pernah tengok lagi.. aku rasa kalau farid kamil tengok video ni pun, mesti dia suka dan lisa surihani pula suka pada aku.. ahaha..
Saturday, March 20, 2010
kenali kelemahan diri kita
semalam aku tak post entry baru.. aku ada masalah.. aku dapat masalah tu sebab aku lupa diri.. aku lupa kawal emosi aku.. aku terlalu mengikut perasaan.. disebabkan aku tak kenali kelemahan diri, aku sendiri yang menerima tekanan.. tapi hari ni aku dah cool.. aku kembali super cool seperti biasa.. ahaha.. aku nak bagi nasihat kat kawan-kawan semua agar kenali lah kelemahan diri kita sendiri.. maksud kelemahan disini ialah, kelemahan diri seperti cepat marah, tidak boleh menerima teguran dan lain-lain..
Monday, March 15, 2010
akibat tak sabar mandi sungai
ahaha.. dua hari aku tak update blog.. minta maaf dengan semua orang sebab aku busy sikit dua hari ni.. aku balik ke kampung halaman sebab ada kenduri.. ok.. disebabkan aku balik ke kampung halaman, aku nak bercerita sikit pasal berkelah bersama keluarga.. dulu, aku selalu berkelah bersama keluarga aku.. aku seorang yang tidak pandai berenang, jadi bila pergi ke tempat-tempat seperti pantai dan sungai, aku sedikit malu-malu untuk terjun dahulu.. aku takut bila aku terjun, kaki aku tak sentuh dasar.. aku takut lemas.. ahahaha.. tapi bila dah besar sikit, dah ramai kawan, aku selalu pergi berkelah bersama kawan-kawan.. bila dengan kawan-kawan ni aku cepat belajar.. aku dah pandai berenang sikit-sikit..
Friday, February 19, 2010
mari belajar car drifting
anda ingin kelihatan cool? ingin menjadi super cool seperti saya? ingin memiliki teman wanita yang hebat? ini bukan skim cepat kaya atau bisnes multilevel marketing.. saya ingin memberikan anda tips untuk menjadi lelaki super cool seperti saya.. baiklah, sudah pasti anda bosan dengan celoteh saya kan? sekiranya anda ingin menjadi lelaki super cool, anda perlulah megikut tips yang diberi ini mengikut langkah demi langkah..
Saturday, February 13, 2010
iklan kereta yang lawak
persaingan dalam perniagaan adalah hakikat sekiranya korang nak menyertai bidang perniagaan.. so banyak lah cara nak menarik minat pembeli untuk membeli produk yang kita keluarkan.. kali ni aku nak tunjuk iklan kereta syarikat-syarikat besar iaitu nissan dan toyota.. ehehehe.. dua-dua iklan ni macam gampang.. aku pun tak tau apa motif dia buat iklan macam ni.. tengok la sendiri.. takmau tulis banyak-banyak.. amaran!! jangan view video ini di tempat kerja atau di dalam kelas.. video berunsur 18SX..
Friday, February 12, 2010
video lawak mat rempit
mat rempit? jangan dihina, jangan dimaki.. mereka pon manusia jugak.. mereka cuma perlukan dorongan dan didikan yang lebih.. masa usia muda remaja ni memang laa niat di hati tu nak seronok-seronok ja.. siapa-siapa pon macam tu gak kan? mesti akan buat kesalahan dulu sebelum sedar kesalahan diri.. ahahaha aku bekap mat rempit!! cewah... ni aku ada contoh terbaik video mat rempit yang telah belajar dari kesilapan.. sekarang dengar cerita dia dah bertaubat dah.. jadi orang baik-baik (ikut suka aku ja cakap camni).. ahahaha.. tengok jangan tak tengok... tak tengok aku trajang hampa semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates