warning : entry merapu.. kali ni aku nak share benda yang aku sangat yakin anda semua pasti tak pernah terfikir lagi.. entry ini bukanlah untuk merosakkan minda sesiapa, tetapi aku suka membuatkan orang terfikir.. bila banyak berfikir, otak kita akan menjadi cerdas kan? ya, aku tahu ada sesetengah orang sangat pantang apabila diberi soalan tetapi tidak pula diberi jawapan.. dalam kes seperti ini, aku rasa kita memang tak patut membuatkan orang terfikir persoalan berkaitan agama tanpa memberikan jawapan.. boleh jadi gila seseorang itu sekiranya diberikan soalan agama (high-level) tanpa diberikan jawapan..
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts
Saturday, January 28, 2012
Monday, January 23, 2012
pernahkah anda terfikir #5 (bahagia seketika)
pernahkah anda terfikir bahawa bahagia di dunia tidak akan kekal selama-lamanya.. hal ini sangat berkait rapat dengan impian semua orang yang mengharapkan kehidupan bahagia dan senang di masa hadapan kelak.. mungkin disebabkan ramai orang telah terpengaruh dengan filem ataupun drama-drama yang sentiasa memaparkan 'happy ending' dalam penceritaan.. artikel ini bukanlah untuk menghasut anda semua agar usahlah mencari kebahagiaan, tetapi sekadar untuk membuatkan anda terfikir bahawa dunia ini tidak kekal dan usahlah terkejar dengan dunia..
Wednesday, January 4, 2012
parodi ombak rindu : istinjak kau dan aku
arun aziz adalah seorang pelajar cemerlang di sekolah.. beliau sangat aktif tidak kiralah dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.. semua orang menyenangi arun aziz kerana sikapnya yang peramah dan pandai mengambil hati.. sekolah yang diduduki oleh arun aziz adalah sekolah berasrama penuh, jadi boleh dikatakan semua orang kenal akan arun aziz.. setiap hari ketika arun aziz berjalan kaki dari asrama menuju ke bangunan sekolah, pasti lenguh rahang mulut arun aziz untuk membalas senyuman semua orang yang menegur beliau ketika terserempak dengan beliau.. arun aziz sangat popular..
Monday, July 18, 2011
budak kecik ni sebijik macam boo monster inc
kepada adik-adik yang lahir tahun 90an, anda mungkin tak pernah tengok filem animasi monster inc ni.. filem ni mengisahkan tentang hubungan terlarang diantara manusia dengan raksasa (bukan cerita jiwang).. ini adalah antara animasi feveret aku.. sebab ada karektor 'boo' yang super cute hampir sama tahap cute macam aku jugak.. hehehe.. kalau anda tak pernah tengok lagi, aku syorkan untuk tengok filem animasi monster inc ni.. pasti anda akan rasa nak cepat-cepat untuk memiliki cahaya mata sendiri..
Sunday, July 10, 2011
andaian industri perfileman di masa hadapan
aku tergerak hati untuk menulis entry ini selepas ada yang menulis komen dan bertanya kepada aku "dulu hang kutuk sangat syamsul yusof, awat sekarang ni hang backup dia pulak".. bukannya aku jenis manusia tak berpendirian.. dulu aku kritik dia sebab memang betul dulu dia muka besi (muka takda expression).. filem ntah apa-apa.. mat rempit lepak cyber cafe becinta secara online.. wtf? kah kah kah.. itu dulu.. tapi lepas aku tengok filem khurafat dan kl gangster, memang tak boleh dinafikan syamsul yusof dah ada banyak peningkatan..
Tuesday, April 26, 2011
syafiq adik kepada syamsul anak kepada yusof haslam
kalau anda perasan, kat bahagian widget belah atas kanan blog tubelawak ni ada link "submit video lawak" dan dari situlah aku dipertemukan dengan video si syafiq yusof haslam ni.. hahaha.. selama ni aku tak tau pulak syamsul yusof ada adik lelaki.. video ini dikongsi oleh user yang bernama 'syafiq' dan aku tak pasti syafiq ni syafiq yusof yang sebenar ataupun orang lain menggunakan nama syafiq.. apa-apa pun, terima kasih kerana berkongsi dengan tubelawak.. walaupun ramai yang spam kat bahagian "share video lawak" tu, tapi sebenarnya setiap hari pun aku akan check dan buang mana-mana link yang merapu dan tak best..
Tuesday, March 1, 2011
cerita hantu di kedai kopi
pada suatu petang yang damai, aku sedang duduk minum kopi bersama empat orang rakan yang lain di kampung baru kuala-lumpur.. kebetulan pada malam sebelumnya salah seorang rakan aku yang bernama adam mengatakan dia telah nampak hantu ketika melalui jalan berbukit-bukti dari kampung kerinchi nak ke jalan telawi (kl).. jadi berceritalah kami mengenai pengalaman masing-masing melihat kejadian dirasuki hantu oleh mata kepala sendiri.. memang lama kami bersembang sementara tunggu hujan berhenti..
Monday, November 8, 2010
uum portal dan keikhlasan di hati
semalam aku telah menonton satu filem pendek yang agak menghiburkan aku.. video ini dihasilkan oleh, errr.. aku tak pasti student ka bekas student ka apa ni.. tapi produk dari universiti utara malaysia lah pendek kata.. aku tergerak hati untuk menulis entry ini kerana di akhir video ini ada tertulis "kebanyakan manusia yang sering mengucapkan ikhlas ketika membantu insan lain mereka sebenarnya mengharapkan balasan dan ganjaran".. boleh jadi isu dan topik hangat untuk dibicarakan.. hahaha.. apa-apa pun, statement ini adalah statement yang positif ok..
Monday, September 6, 2010
dragon ball evolution? aku kecewa!!
sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.. aku peminat komik dragon ball sejak kecil.. setiap episod dalam komik dragon ball tak pernah aku ketinggalan.. akira toriyama (pelukis dragon ball) boleh dikatakan seorang yang genius kerana mampu memberikan impak yang sangat besar kepada dunia.. komik dan karektor ciptaan beliau dikenali ramai.. tiba-tiba muncul satu makhluk bernama james wong muncul untuk mengadaptasikan filem dragon ball evolution.. arghh!!
Tuesday, June 22, 2010
takiya genji dalam great teacher onizuka?
takiya genji adalah watak utama dalam filem gengster jepun bertajuk 'crow zero'.. nama sebenar pelakon kacak bergaya ini ialah shun oguri.. kini umurnya sudah mencecah 28 (1982) tahun.. ramai yang menyangka dia baru berumur diantara 20 sehingga 25.. sebenarnya shun oguri sudah lama menceburi bidang lakonan tetapi beliau masih belum menempah nama sehingga munculnya filem crow zero.. sekiranya anda perasan, sebenarnya shun oguri juga membintangi drama gto (great teacher onizuka) pada tahun 1999 tetapi tidak ramai menyedarinya kerana dia cuma watak kecil dalam drama itu..
Monday, June 14, 2010
lagenda budak setan sebenarnya adalah realiti
hari ni aku agak kurang sihat. jadi aku taknak tulis panjang-panjang.. korang semua mesti tahu tentang novel hasil penulisan ahadiat akashah bertajuk "lagenda budak setan" kan? baru-baru ini, novel ini difilemkan.. aku tak tengok lagi filem tu, tapi aku nak ceritakan sejarah cerita lagenda budak setan ni kat korang semua.. novel ini ditulis berdasarkan realiti hidup seorang budak yang agak kurang ajar di masa mudanya tetapi semakin baik apabila meningkat dewasa.. ya! ianya adalah cerita benar dan bukan cerita rekaan..
Wednesday, June 9, 2010
aku tengah serius, kenapa kau ketawa
aku tengah serius ni, kenapa kau ketawa? kau nak makan tapak kaki ka? itulah apa yang aku bayangkan apabila melihat aksi yang dilakonkan oleh rajnikanth superstar filem tamil yang bertaraf bollywood.. filem yang dilakonkan oleh beliau kebanyakannya adalah filem aksi serius tetapi ramai yang boleh tertawa dengan filem lakonan beliau.. aku pun tak pasti kenapa.. mungkin kerana misainya yang super kacak membuatkan aksi serius beliau kelihatan agak lucu..
Monday, May 10, 2010
video klip adamaya yang pasti menyentuh perasaan
kini hangat diperkatakan mengenai drama yang ditayangkan di TV3 iaitu 'adamaya'.. aku juga menonton dan meminati drama adamaya.. tapi aku tak tengok melalui televisyen, aku tengok streaming melalui internet ja.. memang tak dinafikan drama ini sangat super cool kerana dibintangi artis terkenal dan jelita iaitu lisa surihani, lelaki kacak hussein ruffedge, budak kecik comel tu lagi dan pelakon veteran mustapha kamal.. ramai yang terlalu menghayati drama ini sehingga wujudnya fan page "kami benci dani adamaya sepenuh hati" di facebook.. ya! dani memang membencikan.. aku rasa kalau orang jumpak dia realiti pun orang akan benci dia.. ahaha!
Wednesday, March 10, 2010
terima kasih banyak cikgu
aku tak pernah menyesal dengan zaman persekolahan aku walaupun dulu zaman sekolah aku seorang pelajar yang bermasalah.. selalu kena denda, kena rotan dihadapan perhimpunan, kena marah dan macam-macam lagi.. tapi aku tak pernah lupakan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku.. 2 minggu lepas, aku terserempak dengan cikgu sejarah aku aku dan dia masih kenal aku.. tu yang aku bangga tu (terbukti aku super cool).. berdasarkan pengalaman aku, kebanyakan cikgu boleh ingat pelajar yang bermasalah dan mudah melupakan pelajar yang baik atau dalam erti kata lain 'skema babi'.. kepada korang semua yang masih bersekolah, buatlah masalah ketika korang bersekolah untuk mendapatkan pengalaman yang berharga ketika korang dewasa kelak ya! tak rugi.. ahaha..
Wednesday, February 17, 2010
lebuhraya utara selatan yang seram
kisah seram ini adalah cerita benar yang pernah berlaku dalam hidup aku.. dulu masa aku buat diploma kat penang, setiap minggu aku ulang-alik dari penang ke kedah sebab nak teman mak aku kat kedah.. ada sekali tu, aku naik moto sorang-sorang melalui lebuhraya utara selatan pada pukul 1:00 am untuk pulang ke kedah (masa tu banyak keja, so balik lewat pagi) tiba-tiba aku ternampak ada dua orang mamat tengah repair moto tepi jalan..
Monday, February 8, 2010
kebaikan dibalas kejahatan
sebelum ni aku ada post pasal 'instant karma' LINK.. karma berkmaksud setiap yang baik akan dibalas dengan yang baik, dan setiap yang buruk akan menerima pembalasannya.. tapi ada juga berlaku bila kita melakukan kebaikan kepada seseorang itu, tetapi dibalasnya dengan keburukan.. video aku hari ni, sangat-sangat menyentuh hati kepada semua orang yang lahir pada tahun 1980-1990.. anda pasti pernah tengok animasi pendek tayangan filem negara malaysia ni..
Continue Reading
Sunday, February 7, 2010
filem aksi terulung sezaman
filem tamil sangat popular dengan aksi.. ada aksi yang kelihatan normal dan ada yang kelihatan tidak normal.. diantara filem tamil yang sangat popular dengan aksi tak normal dan berunsur lawak sirius ialah padayapa dan sivaji the boss.. bagi aku filem-filem tamil adalah pelopor kepada filem aksi seluruh dunia.. aksi yang dipersembahkan, tiada tolok bandingan bahkan filem the matrix : revolution pon boleh dianggap picisan selepas menonton filem aksi tamil.. tiada grafik digital digunakan.. tiada kesan khas digunakan.. ianya dilakukan dengan sebenar-benarnya.. ketika menonton pasti anda akan merasa kagum dan berkata "wahh.. aku juga ingin menjadi seperti hero dalam filem itu"..
Continue Reading
Friday, February 5, 2010
ancaman penggodam cyber x
penggodam cyber x movie (masih dalam pembikinan lagi kah?) adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Pentas Opera snd bhd. diarahkan oleh Amith Abidin dan dibintangi Razali Hussien, Feroz, Serina Redzuan, Lisa Surihani dan lain-lain.. video in making yang diorang post kat youtube ni bertarikh 1 May 2009.. tapi sampai sekarang masih belum diterbitkan.. saksikan dulu video in making ancaman penggodam cyber x.. wakakaka.. nama nak ganas ja..
Continue Reading
Thursday, January 28, 2010
hitler bengang dengan internet malaysia
ahaha.. ni video yang dihasilkan oleh student MMU.. menarik untuk ditonton.. ada banyak lagi version kat youtube.. ada version hitler mengamuk manchester united asyik menang, ada version hitler sambut harijadi dan macam-macam lagi.. saja aku pilih video ni sebab sesuai dengan keadaan sekarang dimana internet di malaysia ni banyak masalah.. hitler pun jadi tension sebab takleh main game online.. wakakakaka
Continue Reading
Tuesday, December 29, 2009
superhero mengerikan
apakah ini?? kanak2 suka ka tgk benda camnih?? dahlaa annoying.. costume buruk.. menari pon buruk.. wakakakaka.. yang spiderwoman tu kalau tak pakai costume lagi cun rasanya~ wakakakaka...
Continue Reading
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates