dulu masa mula-mula tulis blog, aku selalu terfikir "sampai bila aku nak tulis blog? lama-lama nanti bila dah habis modal nak menulis, pasti aku takdak idea nak menulis dah".. aku selalu untuk cuba membayangkan apa yang aku tak pernah lalui.. contohnya macam situasi sekarang ni.. sekarang aku dah lalui 4 tahun menulis blog, tetapi pada 4 tahun yang dahulu aku pernah juga membayangkan keadaan aku 4 tahun akan datang iaitu sekarang..
Showing posts with label percintaan. Show all posts
Showing posts with label percintaan. Show all posts
Wednesday, April 18, 2012
rasa untuk merasai apa yang tidak dirasai
Labels:
agama,
motivasi,
pelik aneh,
percintaan,
personal
Monday, January 16, 2012
MK ULTRA EP3 keaiban dari kekasih kepada kekasih?
kali ni aku telah merajinkan diri dan telah menyiapkan diri untuk menulis entry yang mungkin menyebabkan setengah pihak tidak sependapat dengan aku, tapi takpa.. kita boleh bincang cara elok dan bermesyuarah dengan baik.. mungkin antara anda semua dah tengok video parodi dari bapak kekasih kepada kekasih yang aku edit 2 hari lepas.. aku sengaja tak mahu update terus pada blog aku kerana aku perlu perhatikan dulu respon daripada user yang tonton video aku.. jadi sekarang aku dah boleh ulas sikit pendapat aku hasil dari kajian aku yang tak seberapa ni..
Labels:
kontroversi,
motivasi,
percintaan,
tentang wanita
Tuesday, August 9, 2011
aku, musik dan kasih kekasih
cerita bermula macam ni, satu hari tu aku tengah lepak-lepak dengan rakan aku di satu warung kecik tepi jalan.. tengah dok lepak-lepak tu, kami macam tak banyak bersembang sangat sebab keadaan kat situ sangat sunyi (kalau sembang kuat-kuat, nanti meja sebelah tekanan pulak).. jadi brader tukang masak tu pun tanya kat kami "sunyi sangat ka dik? haha" sambil tangan dia menekan suis radio berhampiran dengannya..
Thursday, August 4, 2011
pernahkah anda terfikir #3 (housing roh)
aku seorang yang selekeh.. mak aku selalu marah aku sebab aku selekeh.. haha.. dia selalu cakap "first impression tu penting, ni kalau hang pi interview diorang tengok hang selekeh, mesti kena reject awal-awal lagi".. tapi setakat sekarang ni, alhamdulillah aku tak pernah gagal atau kena reject ketika interview (ehem2).. ada betul apa yang mak aku cakap tu.. dulu aku tak pernah fikir pasal ni sebab aku rasa, ketika interview biasanya orang akan test skills bukan tengok selekeh atau smart..
Thursday, July 21, 2011
dua spesis ini tidak boleh duduk bersama
sepanjang aku balik bercuti kat kedah ni, aku nak ceritakan kepada anda semua tentang dua spesis manusia yang tidak boleh duduk bersama.. kalau mereka duduk bersama, konfem sakit perut aku gelak kat mereka berdua ni.. hahaha.. spesis yang pertama adalah spesis manusia yang tak boleh sebut huruf "R".. dan spesis kedua pulak adalah spesis manusia yang tak boleh sebut huruf "S".. yang paling best, kedua-dua individu ini masing-masing suka mengutuk dan kata kat orang.. kah kah kah..
Sunday, July 17, 2011
pernahkah anda terfikir #2 (kalau mati hari ini)
pernahkah anda terfikir? apa yang akan berlaku kepada dunia sekeliling anda sekiranya anda mati hari ini? aku sering terfikirkan tentang ini.. kalau nak dikaitkan dengan iman dan amal, memang konfem tak cukup lagi untuk dibawa bersama kalau aku mati hari ni.. jadi aku kecikkan skop penulisan ni kepada dunia sekeliling dan aku takmau relatekan dengan topik agama, sebab perkara tu dah general dan semua orang pun dah tau yang kita kena kena jadi mukmin yang baik di dunia sebelum mati..
Labels:
keluarga,
kesihatan,
motivasi,
percintaan,
seram
Tuesday, June 21, 2011
bagaimana mengetahui kekasih jujur dalam perhubungan?
hahaha.. tajuk ni agak tipikal untuk ditulis dikalangan penulis blog atau artikel.. tak kesah la.. aku nak kongsi gak pengalaman dan pendapat aku sendiri kalau anda nak menilai adakah benar kekasih anda jujur atau ikhlas dalam perhubungan.. kebetulan baru ni ada kawan aku baru dapat awek, dia suspicious dengan awek dia.. dia tanya aku, "camna nak check awek aku serious ngan aku aaa?" sebagai seorang rakan yang baik (walaupun aku masih single) aku bagi jugak laa idea bangang aku kat dia..
Wednesday, June 8, 2011
aku dah tak minat kat dia dah!! huh!!
dulu masa sekolah rendah pernah tak rakan anda bertanya "hang minat kat sapa aaa??" hahaha.. mesti pernah kan? dulu aku pernah gak jawab soalan rakan aku tu "aku minat kat sipulan sipulan, tapi ni rahsia tau.. hang jangan habaq kat orang lain" hahaha.. kita dah pesan supaya jangan bagitau kat orang lain, tapi mesti benda tu heboh jugak kan.. ya lah.. dah nama pun 'rahsia'.. kalau aku tak bagitau benda tu rahsia mesti dia tak gedik nak heboh-heboh.. hahaha..
Saturday, June 4, 2011
hadiah yang bagus untuk bermanja-manja dengan isteri
warning! link video dalam entry ini memaparkan aurat yang terdedah.. hadiah? kalau aku dengar pasal hadiah, aku akan jadi serabut perut dan juga pening kepala sebab aku jenis yang tak pandai bagi hadiah kat orang.. aku rasa kebanyakan lelaki pun tak pandai nak bagi hadiah kepada kekasih hati.. hehehe.. tapi bukan semua lah.. ada jugak lelaki yang rumantik dan pandai memilih hadiah yang baik untuk kekasih hatinya.. jadi entry ini ditujukan khas kepada lelaki yang telah berumah tangga dan ingin membuat kelainan melalui pemberian hadiah kepada isteri..
Tuesday, May 17, 2011
perangai lelaki ketika bersama rakan dan kekasih
adakah anda tahu, seorang lelaki apabila bersama dengan kekasih hatinya sebenarnya perangai berlainan apabila lelaki itu bersama dengan rakan-rakan? kebanyakan lelaki tak tunjuk perangai sebenar ketika bersama rakan-rakan dengan kekasih hatinya.. contohnya seperti aku sendiri, kalau dengan rakan-rakan, aku kuat menyumpah tapi kalau dengan awek, aku pijak semut pun tak mati.. kah kah kah.. dan yang paling majoritinya ialah lelaki tidak pandang awek hot lain ketika bersama kekasih hatinya tetapi apabila bersama rakan-rakan adalah sebaliknya..
Friday, May 6, 2011
couple yang sweet dalam sudut pandangan mata aku
heheheh.. dah lama tak bercerita tentang percintaan.. kali ni tubelawak nak cerita kat anda semua kisah sweet yang berlaku kepada rakan tubelawak sendiri.. sebelum tu tubelawak nak mintak maaf sebab agak slow menulis entry di blog tubelawak kerana tubelawak tengah sebok menyiapkan salah satu sistem baru untuk busuk.org.. otak pun dah jadi agak slow bila terlalu banyak brainstorming dan kurang bersosial di luar rumah.. hehehe.. semoga anda semua terhibur dengan cerita tubelawak kali ini..
Labels:
percintaan,
personal
Location:
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tuesday, April 12, 2011
bekas kekasihku seorang yang aneh dan pelik
dah lama tak tulis entry berkaitan cinta dalam blog ni.. hehehehe.. hari ni aku nak tulis cerita lawak berkaitan bekas kekasih aku.. owh bukan dengan niat nak sakitkan hati si dia.. tetapi sekadar pengajaran untuk semua lagipun bekas kekasih aku ni buta IT, dia tak reti nak baca blog-blog ni.. hahaha.. sebelum tu aku nak nasihatkan kepada mana-mana lelaki atau perempuan yang sedang bercinta ataupun ingin bercinta, jangan bagi harapan 100%.. statement "awal bercinta memang la indah, si dia berak pun anda kata wangi" adalah super tepat dan perlu diambil berat..
Wednesday, March 2, 2011
how to dump your girlfriend
ahaha.. hari ini aku nak share dengan anda semua (yang masih belum berkahwin) cara-cara atau langkah yang boleh dibuat untuk tinggalkan kekasih hati anda.. kebetulan baru-baru ini ada rakan aku meminta pendapat aku "wei aku tak suka la kat budak ni, macam mana aku nak tinggal dia?" walaupun aku tak berpengalaman dalam hal-hal macam ni, at least aku bercerita jugak lah kat kawan aku sorang ni.. orang perlu kita jadi pendengar yang setia, so aku melayan ja lah.. kah kah kah
Labels:
percintaan,
sosiologi,
tentang lelaki,
tentang wanita
Tuesday, December 21, 2010
tubelawak kembali menulis blog
setelah hampir seminggu tak update blog, tubelawak kini kembali untuk menulis blog.. ahaha.. baru-baru ini tubelawak sengaja mengambil cuti yang panjang melancong justeru menenangkan otak dari segala kecelaruan dan segala masalah.. tapi mood tubelawak masih agak tenang membuatkan tubelawak kurang idea untuk menulis benda-benda mengarut dan merapu didalam blog ini.. inilah masalah yang sering dihadapi kebanyakan penulis.. perubahan mood dan keadaan sekeliling mempengaruhi style penulisan..
Saturday, November 27, 2010
kisah sedih : percintaan yang menyayat hati
haha.. aku tak pernah tulis entry sedih lagi kan? selalunya lawak merapu, serius, fakta dan lain-lain kecuali sedih.. ni kali pertama aku nak buat entry sedih untuk korang semua.. sila jangan salah paham, bukannya aku suka tengok kawan-kawan atau pembaca semua sedih.. cuma kadang-kadang, memang kita perlu merasai perasaan sedih.. kalau takda perasaan sedih dalam jiwa ni, mungkin hati kita sudah mati.. sebab tu lah ada manusia yang berani buat kezaliman terhadap manusia lain.. sifat 'ihsan' tu sudah hilang dalam diri..
Wednesday, October 27, 2010
cinta dunia galaksi bimasakti
dulu, ketika zaman persekolahan aku amat meminati seorang gadis ini.. aku tidak pernah jemu untuk memikat hatinya walaupun agak susah untuk berkomunikasi dengannya.. dia cantik.. dia ayu.. dia lawa.. dia cun, dia best, dia comel dan segala-gala mengenai dia aku anggap sempurna.. setelah berkali-kali timbul tenggelamnya purnama, aku berjaya memikat hatinya.. selama tujuh tahun aku dilimpahkan kasih sayangnya.. tapi chenta itu tidak kekal dan aku ditinggalkan oleh dia yang aku sayangi selama ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates