Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, March 9, 2012

kembali pada asal

semalam aku baru pulang ke KL dari kampung halaman aku dengan menaiki bas.. kalau menaiki bas di waktu malam dari kedah ke kuala lumpur, seperti biasa driver bas pasti akan berhenti sekali di mana-mana tempat persinggahan untuk memberi peluang kepada penumpang membuang air ataupun membeli juadah.. biasanya aku akan masuk ke tandas, kemudian membeli air minuman dan kembali berhampiran dengan bas untuk menghisap rokok.. sewaktu duduk sorang-sorang di atas divider pembahagi jalan berdekatan dengan bas tu, aku terlihat keadaan agak kecoh di hadapan pintu bas..
Continue Reading

Wednesday, January 25, 2012

nama moden untuk diberikan kepada anak anda

zaman sekarang ni adalah zaman dimana semua orang berusaha untuk memberikan nama yang stylo kepada anak-anak.. nama seperti ali, abu, awang, dan rafe'ah sudah dianggap kuno mungkin kerana sesetengah ibubapa menganggap nama-nama itu bakal memalukan anak mereka sekiranya anak mereka menyertai program realiti seperti akademi fantasia mahupun rajalawak.. memang tidak dinafikan, nama seseorang memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri..
Continue Reading

Saturday, August 13, 2011

the new world order by beruang

sekarang ni ramai yang dok kecoh pasal illuminati lah, new world order lah, bersih 3.0 lah itu lah ini lah.. sebenarnya itu semua perkara kecil sahaja.. ada satu perkara besar yang bakal berlaku tapi tidak ramai mengetahuinya.. sebenarnya, dunia kita kini dalam ancaman beruang.. ya! beruang!! kalau anda pernah menonton filem planet of the apes, konsepnya hampir sama begitulah cuma realitinya beruang sedang berusaha keras untuk menjajah dunia.. anda tidak percaya? aku boleh buktikan..
Continue Reading

Monday, July 18, 2011

budak kecik ni sebijik macam boo monster inc

kepada adik-adik yang lahir tahun 90an, anda mungkin tak pernah tengok filem animasi monster inc ni.. filem ni mengisahkan tentang hubungan terlarang diantara manusia dengan raksasa (bukan cerita jiwang).. ini adalah antara animasi feveret aku.. sebab ada karektor 'boo' yang super cute hampir sama tahap cute macam aku jugak.. hehehe.. kalau anda tak pernah tengok lagi, aku syorkan untuk tengok filem animasi monster inc ni.. pasti anda akan rasa nak cepat-cepat untuk memiliki cahaya mata sendiri..
Continue Reading

Wednesday, March 9, 2011

gambar tubelawak photoshoot untuk 'dewa' remaja

harini aku nak buat kelainan sikit.. aku nak post gambar-gambar sendiri sepertimana kebanyakan blogger perempuan lakukan.. walaupun sebelum ni aku tak penah letak gambar sendiri kat dalam blog ni, tapi kali ini aku memberanikan diri untuk meletakkan gambar aku.. ya! semua ini adalah gambar photoshoot yang diambil oleh photographer profesional sepertimana yang anda boleh lihat bersepah-sepah di internet sekarang ini.. kan sekarang ni ramai sangat model dan photographer kat malaysia :) aku pun nak jadi model jugak! kah kah kah..
Continue Reading

Friday, February 18, 2011

video tubelawak dan anak perempuan tubelawak

harap maaf.. sekiranya anda sampai ke sini untuk melihat video aku dengan anak perempuan aku, aku telah menghampakan anda semua.. kah kah kah.. tajuk itu sekadar perancangan masa depan aku selepas menonton video yang super sweet ini.. dulu aku merasakan hidup bujang ni dah cukup best dah.. tapi kini pendapat aku dah berubah!! aku nak anak!! aku nak anak perempuan yang comel macam muka aku jugak (tak payah dok imagine la.. kah kah kah).. sila masuk ke blog aku setiap hari ya kawan-kawan.. boleh la aku kawin secepat mungkin lalu dikurniakan cahaya mata.. insyaallah..
Continue Reading

Monday, January 31, 2011

video anak emmet butterfingers dan terrina

kepada sesiapa yang tak kenal emmet, dia sebenarnya adalah vokalis bagi kumpulan musik yang terkenal di malaysia iaitu butterfingers.. kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh google ja "emmet butterfinggers".. hehehehe.. ramai yang menyokong perjuangan butterfingers dan ada juga pihak yang tidak menyokong.. pasal tu aku tak ambil peduli.. pendapat aku, penggiat seni kalau mampu perform secara live dengan baik dan pandai menghasilkan (mencipta) lagu sendiri sudah cukup untuk aku tabik spring tiga kali.. 
Continue Reading

Saturday, September 4, 2010

bayi boleh menyelam? boleh terapung?

bayi boleh menyelam dan terapung ka? persoalan ni dah muncul dalam kepala otak aku sejak kecik lagi.. dulu aku tengok cover album nirvana la yang membuatkan aku terfikir pasal ni.. zaman tu mana ada lagi teknologi canggih nak edit gambar, jadi aku memang yakin bahawa gambar itu adalah 'real' dan bukan hasil editing.. jadi ntah kenapa aku tergerak hati nak research sikit pasal ni aku pun taktau.. ahaha..
Continue Reading

Thursday, August 19, 2010

video seram dan ganas tapi sangat comel

kepada sesiapa yang tidak sukakan keganasan dan perkara-perkara yang menyeramkan, aku harap korang tak tonton video yang aku nak share hari ini.. video hari ini adalah super ganas dan super menakutkan.. selain itu, video ini juga sangat comel.. ahaha.. boleh bayang tak macam mana keadaan video seram dan ganas tapi comel ni? haaa.. sila kerahkan imaginasi korang untuk meneka apakah video ini..
Continue Reading

Monday, August 16, 2010

mengimbau zaman belajar membaca / mengaji Al-Quran

setiap orang islam perlu belajar membaca Al-Quran.. kerana Al-Quran adalah petunjuk kepada kita semua.. zaman aku mula-mula belajar alif ba ta dulu, kami belajar menggunakan muqadam.. tapi sekarang ni dah tak ramai guna muqadam mungkin kerana buku-buku seperti 'iqra' dan 'qiraati' lebih membantu dalam pembelajaran membaca Al-Quran..
Continue Reading

Wednesday, July 14, 2010

masih ingat anak gadis kecil yang comel ini?

aku rasa sudah ramai diantara korang yang pernah menonton video anak gadis kecil korea ini.. tapi ini sebenarnya adalah video lama.. pertama kali aku menonton video ini adalah sekitar tahun 2004 dan 2005.. aku sangat terhibur dengan kecomelan anak kecil ini.. bukan setakat comel, anak kecil ini juga dikatakan 'super genius' kerana mampu melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya..
Continue Reading

Thursday, July 1, 2010

pakar peta dunia berumur 2 tahun

dulu masa sekolah menengah, aku paling benci subjek geografi.. aku tak hafal peta dunia, dan aku juga tak tahu apa hasil bumi atau jenis-jenis tanah yang ada di malaysia.. yang aku tau negeri kedah kaya dengan tanaman padi sebab aku membesar di kedah sejak kecil.. ahaha.. mungkin kerana sejak kecil aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan bukan pilot yang mahir dengan peta dunia.. kini aku tidak lagi bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tetapi aku bercita-cita untuk menjadi kapten kapal lanun..
Continue Reading

Monday, May 17, 2010

makam atau peringkat nafsu manusia

hari ni aku nak cakap pasal nafsu.. semua manusia ada nafsu, kecuali mereka yang kurang sifat tertentu yang berkaitan.. kebiasaannya nafsu ni dikaitkan dengan keinginan melakukan perkara jahat.. susah kalau nak semai jiwa dan hati untuk bernafsu ke arah kebaikan ataupun untuk melakukan perkara kebaikan.. disebabkan harini aku nak post video lawak berkaitan nafsu, aku nak ambik kesempatan untuk share ilmu berkaitan nafsu dengan korang.. aku ambik penulisan ni dari blog layyinulharir.. sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan kita..
Continue Reading

Thursday, May 13, 2010

video cara menyusukan anak dengan betul

zaman sekarang ni kebanyakan ibu yang melahirkan anak tak suka menyusukan (susu badan) anak mereka kerana malas, tiada masa, takut sakit dan lain-lain.. walaupun aku masih belum ada isteri dan belum memiliki anak, tapi aku dah beberapa kali pengalaman melihat depan mata aku nurse di hospital memaksa ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memberikan susu badan.. walaupun cara nurse itu agak garang, tapi bagi aku memang patut pun nurse tu garang dengan pesakit (ibu yang baru bersalin) itu agar memaksa mereka memberikan susu badan..
Continue Reading

Saturday, April 10, 2010

sayangi dan hargailah anak

hari ini, aku sedikit sebok dan tidak cukup masa untuk menulis karangan panjang-panjang.. dipendekkan cerita, dewasa kini terlalu banyak kes pembuangan bayi dan masalah tekanan jiwa yang berlaku terhadap ibu-bapa seperti kes "ibu tikam dua anak", harini aku nak share video bayi yang boleh membuatkan kita tertawa riang gumbira.. contohilah ibu kepada rashidi ismail.. walaupun anak beliau membunuh, beliau tetap mengaku rashidi ismail sebagai anak, dan memaafkan dosa rashidi ismail terhadap beliau.. anak-anak adalah penawar duka.. hargailah anak-anak..
Continue Reading

Tuesday, March 23, 2010

bakal pengganti albert einstein

di zaman yang serba moden serba canggih ni, anak-anak kita mudah terdedah dengan perkara atau benda-benda yang negatif.. amat merisaukan bukan? agama islam menyuruh umatnya agar bermainlah dengan anak ketika kecil sehingga umur mereka dalam lingkungan 7 taun maka ajarlah mereka tentang agama, kewajipan dan lain-lain apabila mencecah umur 7 tahun.. memang benar pada ketika umur diantara 1 hingga 7 taun, kanak-kanak dalam proses mengenal dunia.. mereka sentiasa bermain, ketawa, menangis dan belajar untuk mengenali benda baru.. hari ni aku nak share ngan korang video comel kanak-kanak yang masih dalam proses pembelajaran..
Continue Reading

Sunday, March 7, 2010

budak kecik layan stone

stone? apa tu? stone ialah perkataan yang digunakan oleh mat ganja atau weedsmoker yang menunjukkan mereka tengah khayal atau 'high'.. bila khayal, selalunya orang muda ni layan sembang-sembang untuk layan gelak-gelak hilangkan segala duka dan lara.. ahaha.. korang tengok video ni.. budak kecik layan stone.. tapi bukan sebab ganja.. budak ni stone sebab kena ubat bius doktor gigi..
Continue Reading

Monday, March 1, 2010

again! bukti lelaki gatal

ahaha.. sebelum ni aku dah penah post pasal perempuan mulut banyak dan bukti kegatalan lelaki.. aku heran kenapa masih ada lelaki yang nak pertikai fakta ni? kalau ada lelaki mengaku dia tak gatal, sumpah!! sikit pun aku tak pecaya.. ahahaha.. kalau dia cakap dia gatal, tetapi dia berusaha untuk mengawal nafsu dia mungkin laa boleh dipercayai.. kali ni kalau ada lelaki rasa diri dia tak gatal, sila la post komen anda kat sini ya.. pendapat anda sangat diperlukan untuk research aku.. boleh aku tulis dalam kertas kerja aku "masih ada lelaki yang tak gatal" ahahahaahaha.. pegi mati la woi!!
Continue Reading

Saturday, February 20, 2010

video bayi yang adorable

setiap pasangan pasti inginkan anak yang comel untuk meneruskan zuriatnya.. lelaki atau perempuan, kita hanya berserah kepada kehendak ilahi.. aku juga sangat menginginkan anak yang comel.. sangat jelez melihat abang dan kakakku yang sudah berkahwin menimang anak mereka sendiri.. aku juga mahukan anak!! ahahaha.. aku mahu penyambung zuriatku, aku mahu menimang anak aku sendiri, aku mahu penyambung genetik aku sebelum aku mati.. ahahaha.. video kali ni, tak lawak sangat.. just nak share video bayi yang adorable ngan korang semua.. aku taktau kenapa aku suka video ni.. sangat comel..
Continue Reading

Monday, February 15, 2010

zaman kanak-kanak yang meriangkan

zaman kanak-kanak memang menggembirakan.. kenapa? kerana kita tidak perlu memikirkan tentang kewangan, masalah kerja, dan bermacam-macam lagi.. tambahan pula, ketika masih kanak-kanak, kita boleh melakukan apa yang kita sukai.. kalau nak pukul orang pon boleh.. bukan nak kena masok penjara pon kan? bila dah dewasa ni nak pukul orang, jawabnya masok lokap dulu laa.. ahahaha.. TERpaling best masa zaman kanak-kanak ialah perkataan "mak!! nak duit.. duit dah habis" dengan tiba-tiba duit menjelma di telapak tangan.. ahahaha.. layan video ni kalau nak kembalikan nostalgia keriangan zaman kanak-kanak..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates