masa arwah bapak aku ada lagi kat dunia ni, dia cukup pantang untuk makan diluar sekiranya tidak ada alasan kukuh untuk masak sendiri dan makan dirumah.. tapi kadang-kadang tu boleh juga makan diluar contohnya kalau berkelah ka, sambut harijadi ka, dan lain-lain.. dulu kalau nak travel jauh contohnya pulang ke kedah dari kuala lumpur, mak aku akan masak siap-siap dan 'tapau' untuk dimakan ketika perjalanan.. hahaha.. memang famili aku jarang makan diluar.. sejak usia aku meningkat dan berjauhan dengan famili ni ja aku kerap makan diluar bersama rakan-rakan..