warning! link video dalam entry ini memaparkan aurat yang terdedah.. hadiah? kalau aku dengar pasal hadiah, aku akan jadi serabut perut dan juga pening kepala sebab aku jenis yang tak pandai bagi hadiah kat orang.. aku rasa kebanyakan lelaki pun tak pandai nak bagi hadiah kepada kekasih hati.. hehehe.. tapi bukan semua lah.. ada jugak lelaki yang rumantik dan pandai memilih hadiah yang baik untuk kekasih hatinya.. jadi entry ini ditujukan khas kepada lelaki yang telah berumah tangga dan ingin membuat kelainan melalui pemberian hadiah kepada isteri..
Saturday, June 4, 2011
maharaja lawak minggu 10 best sebenarnya
(entry tak lawak) semalam aku kecewa selepas menonton rancangan kegemaran aku iaitu rancangan maharajalawak astro.. dah la peserta kegemaran aku yang super lawak (amir) dah takda.. takleh aku nak gelak kat dia sebab dia tak lawak.. lepas tu persembahan semua peserta lain pun hambar nak mampus.. sebagai penonton yang membayar rancangan berbayar astro, aku rasa aku ada hak untuk mengkritik.. aku tak dapat kepuasan untuk gelak dengan lawak yang dipersembahkan.. tak sempat habis rancangan, aku terus keluar dan melepak dengan kawan-kawan.. lagi best dari tengok rancangan maharajalawak yang hambar..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates