selepas filem terbaru batman (the dark knight 2008), ramai yang lebih meminati joker daripada batman.. aku pon sangat teruja tengok joker.. lakonan heath ledger sangat menjadi dan kematian beliau menjadikan filem the dark knight meletop.. aku ingat lagi quote joker yang sangat best dalam filem tu contohnya "why so serious" dan "dont use your skill for free" ahaha.. sangat-sangat super cool.. aku pon rasa nak jadi macam joker.. tapi apakan daya.. ini realiti bukan movie, orang jahat akan dibenci..
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
lawak perempuan ilusi optik
korang penah tengok tak gambar atas ni? kalau perhatikan betul-betul, korang boleh nampak gambar perempuan tua macam nenek kebayan ataupun gambar perempuan muda pakai rantai kaler merah.. ni lah yang orang katakan ilusi optik.. dengan mudah mata kita terpedaya dengan 1st impression kan? banyak lagi gambar ilusi optik yang boleh membuktikan bahawa pandangan kita ni boleh menipu.. tapi sekarang main point aku kat gambar ilusi perempuan tua/muda ni ja.. korang cuba bayang kalau ilusi optik camni, berlaku dalam dunia realiti.. ehehe.. kalau takleh bayang, tengok video ni.
Monday, March 29, 2010
patung orang asli yang psiko
sori dah 4 hari tak update blog.. aku ada lawatan ke perkampungan orang asli di pahang.. sangat menyeronokkan.. 3 hari 2 malam aku berpesta(eh?) dan beramah mesra dengan orang asli.. ahaha.. tok batin diorang sangat cool! tempat tinggal diorang pon sangat unik dan versatile.. aku puas melepak dan mengenali orang melayu proto yang masih ada di malaysia ni.. korang semua pun kena jugak jelajah tempat orang asli ni dan blajar adat diorang untuk memajukan lagi diri korang semua..
Thursday, March 25, 2010
perempuan ini suka blow
bukan niat aku untuk membalas dendam terhadap kau.. bukan juga niatku untuk menyebarkan video ini dengan niat memalukan diri kau.. kau tentu paham kenapa aku letakkan video kau dalam blog tubelawak ni.. aku kesian dengan mak bapak kau.. aku tiada keberanian dan sangat takut untuk memberitahu kepada mereka bahawa kau suka buat perkara yang gila.. hati aku lembut.. aku bukan jenis lelaki yang dengan mudah boleh membuka aib kau depan mak bapak kau.. pasti mereka akan mengalirkan air mata apabila melihat video ini..
Wednesday, March 24, 2010
pejuang islam bukan dikalangan jahiliah
dulu masa chechnya masih berperang, aku ada beli cakera padat menunjukkan keadaan mereka ketika bertempur dan kesan-kesan kemusnahan akibat peperangan.. aku tak ingat nama sorang pejuang chechnya ni, masa tu dia tengah pegang bazooka sambil 'aim' ke sebuah helikopter yang berada sangat jauh dengan tempat dia berdiri (helicopter tu nampak macam semut ja sebab jauh sangat) lebih kurang 10 minit gak dia berdiri kaku sambil 'aim' ke arah helikopter tu dan dengan satu bedilan bazooka ja, helikopter tu berkecai.. hebat kan? bukan calang-calang orang boleh buat macam tu.. nak kira jarak, nak kira kekuatan angin dan nak kena kira jarak perubahan tangan bila berlakunya impak bedilan bazooka.. aku rasa aku tak mampu nak buat macam tu.. jadi aku assume diorang ni semua sangat bijak dan berilmu mengenai bidang senjata..
Tuesday, March 23, 2010
bakal pengganti albert einstein
di zaman yang serba moden serba canggih ni, anak-anak kita mudah terdedah dengan perkara atau benda-benda yang negatif.. amat merisaukan bukan? agama islam menyuruh umatnya agar bermainlah dengan anak ketika kecil sehingga umur mereka dalam lingkungan 7 taun maka ajarlah mereka tentang agama, kewajipan dan lain-lain apabila mencecah umur 7 tahun.. memang benar pada ketika umur diantara 1 hingga 7 taun, kanak-kanak dalam proses mengenal dunia.. mereka sentiasa bermain, ketawa, menangis dan belajar untuk mengenali benda baru.. hari ni aku nak share ngan korang video comel kanak-kanak yang masih dalam proses pembelajaran..
Monday, March 22, 2010
nuffnang hack, flaw in HTML2.0
sebelum aku mulakan leteran aku, aku nak bagitau kat korang semua bahawasanya total earning aku dah RM700 dalam masa 3 bulan sahaja aku buat blog tubelawak ni.. ahahaha.. ajaib kan? nuffnang adalah sebuah company pengiklanan yang sangat stabil dan boleh dipercayai.. tapi adakah sistem nuffnang sangat secure dan kukuh? jadi semalam aku telah menghabiskan masa aku untuk membuat sedikit kajian ke atas site nuffnang.. apa yang aku jumpai di site nuffnang? terdapat lubang(hole) XSS, LFI, RFI, SQL injection dan overflow dalam sistem nuffnang yang membolehkan aku untuk hack, crack, godam atau memecah masuk sistem nuffnang untuk mengubah database di dalam server mereka..
vista angkasa sarang maksiat?
vista angkasa? apa tu? vista angkasa ialah nama apartment dimana ada seorang mamat kacak dan mesra alam tinggal disitu.. ya! akulah orangnya.. ahahaha.. kenapa aku post tajuk mengenai apartment yang aku duduki sekarang? semalam aku jumpak kawan lama aku yg dah lama tak jumpak.. dia tanya aku tinggal kat mana sekarang? jadi aku bagitau laa aku tinggal kat vista angkasa berdekatan dengan universiti malaya dan bersebelahan dengan stesen universiti.. kawan aku senyum-senyum dan dia cakap "ooo.. yang kantoi beromen dekat tangga tu ka?" uhhh!! aku sedikit tergamam sebab tak paham..
Saturday, March 20, 2010
kenali kelemahan diri kita
semalam aku tak post entry baru.. aku ada masalah.. aku dapat masalah tu sebab aku lupa diri.. aku lupa kawal emosi aku.. aku terlalu mengikut perasaan.. disebabkan aku tak kenali kelemahan diri, aku sendiri yang menerima tekanan.. tapi hari ni aku dah cool.. aku kembali super cool seperti biasa.. ahaha.. aku nak bagi nasihat kat kawan-kawan semua agar kenali lah kelemahan diri kita sendiri.. maksud kelemahan disini ialah, kelemahan diri seperti cepat marah, tidak boleh menerima teguran dan lain-lain..
Thursday, March 18, 2010
waspadalah wahai perempuan bercinta
zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku.. tengah elok sehat walafiat, keluar ke kota ingin membeli buku pon boleh dapat bencana.. keluar rumah sihat, balik rumah telinga sebelah hilang.. apa-apa pon boleh berlaku.. kita tidak boleh meramal masa depan.. tuhan ja yang tau segalanya.. kerana semuanya telah ditakdirkan.. kita sebagai manusia perlu berusaha dan berdoa untuk mengelakkan bencana.. tapi sekarang ni aku nak nasehatkan kepada semua perempuan yang sedang bercinta agar berwaspada.. kenapa? tengok video ni dulu
Wednesday, March 17, 2010
kontroversi akhil hayy rawa
akhil hayy seorang penceramah bebas yang terkenal kerana mampu membuatkan kita ketawa dan tidak bosan dalam ceramahnya.. ini adalah salah satu taktik atau strategi untuk menyebarkan dakwah agar pendengar tidak bosan ketika menerima ilmu yang diberi.. masa aku sekolah agama dulu pun, ustaz aku selalu selitkan lawak dalam ceramah.. jadi aku tak pandang serong terhadap akhil hayy walaupun dia selalu menyanyi dalam masjid atau surau, dia iron rambut dan juga dia selalu memakai snowcap (tidak berkopiah putih mengikut sunnah).. dosa pahala, syurga neraka, biar tuhan tentukan.. asalkan dia jalankan tanggung jawab dia sebagai khalifah sudah cukup baik daripada dia terus menjadi penyanyi rock seperti dulu..
Tuesday, March 16, 2010
terima kasih kawan
baru tiga bulan ja umur blog tubelawak ni tapi dah ada 313 pengikut (follower).. jadi aku nak promote kat korang follower aku yang ke 313 ni.. kenapa 313? kenapa tak 100? kenapa tak 200? aku suka nombor 313.. lagipun ada riwayat yang mengatakan jumlah nabi adalah 313.. ahaha.. bukan aku poyo.. tapi aku memang suka 313.. jadi follower aku yang ke 313 ialah Lin Creshk.. blog beliau ialah blog yang berkisarkan ataupun berat ke arah scene rock kapak di malaysia (LINK).. aku suka rock kapak.. tapi sekarang jiwa aku dah slow.. jadi aku lebih ke arah lagu-lagu yang slow rock dan lagu yang tak perit anak tekak nak menyanyi.. ahahah..
Monday, March 15, 2010
lelaki perdaya wanita 92 kali
dulu masa aku kecik, aku ingat lagi zaman perogol bersiri yang femes kat malaysia ni.. ramai wanita jadi mangsa perogol bersiri tu.. kalau rogol, lepas tu lepaskan ok lagi.. ni tak, dia rogol pastu dia bunuh lak.. ngeri kan? dulu lepas kes mona fendi, kalimuthu (bentong kali) dan lepas tu baru femes kes perogol bersiri (dalam taun 90an) tapi si perogol tu tak kena tangkap kot rasanya.. aku tak pasti sebab benda dah lama.. ahahah.. banyak lagi benda penting yang aku nak kena ingat.. baik aku ingat nama cikgu aku masa tadika dulu daripada aku ingat pasal perogol bersiri.. ahahaha..
akibat tak sabar mandi sungai
ahaha.. dua hari aku tak update blog.. minta maaf dengan semua orang sebab aku busy sikit dua hari ni.. aku balik ke kampung halaman sebab ada kenduri.. ok.. disebabkan aku balik ke kampung halaman, aku nak bercerita sikit pasal berkelah bersama keluarga.. dulu, aku selalu berkelah bersama keluarga aku.. aku seorang yang tidak pandai berenang, jadi bila pergi ke tempat-tempat seperti pantai dan sungai, aku sedikit malu-malu untuk terjun dahulu.. aku takut bila aku terjun, kaki aku tak sentuh dasar.. aku takut lemas.. ahahaha.. tapi bila dah besar sikit, dah ramai kawan, aku selalu pergi berkelah bersama kawan-kawan.. bila dengan kawan-kawan ni aku cepat belajar.. aku dah pandai berenang sikit-sikit..
Wednesday, March 10, 2010
tutorial dan tips untuk anda
selama ini, aku sangat malu dengan diri aku.. aku tiada keyakinan diri.. bila aku bersama kawan-kawan, aku tidak ceria.. aku selalu bermuram durja kerana aku tiada kemahiran yang sepatutnya aku sudah mahir sejak kecil.. semakin lama, kawan-kawan aku menjauhi aku.. aku sunyi.. aku sepi.. aku perlukan teman untuk bergurau senda.. aku perlukan teman yang membesar dan melakukan aktiviti menyeronokkan bersama aku.. aku gagal dalam pergaulan..
terima kasih banyak cikgu
aku tak pernah menyesal dengan zaman persekolahan aku walaupun dulu zaman sekolah aku seorang pelajar yang bermasalah.. selalu kena denda, kena rotan dihadapan perhimpunan, kena marah dan macam-macam lagi.. tapi aku tak pernah lupakan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku.. 2 minggu lepas, aku terserempak dengan cikgu sejarah aku aku dan dia masih kenal aku.. tu yang aku bangga tu (terbukti aku super cool).. berdasarkan pengalaman aku, kebanyakan cikgu boleh ingat pelajar yang bermasalah dan mudah melupakan pelajar yang baik atau dalam erti kata lain 'skema babi'.. kepada korang semua yang masih bersekolah, buatlah masalah ketika korang bersekolah untuk mendapatkan pengalaman yang berharga ketika korang dewasa kelak ya! tak rugi.. ahaha..
Tuesday, March 9, 2010
video yang tak sepatutnya tersebar
korang pernah dengar perkataan paranormal? kali ni aku nak share ngan korang video yang sedikit aneh dan boleh membuatkan sesiapa yang menonton video ini duduk tak senang.. jangan risau.. bukan video brunsur kejutan, scream, 18sx atau 18sg.. susah nak describe pasal video ni.. tapi apa yang penting video ni mendapat hit yang banyak di youtube (hampir 2 juta).. video ni boleh diibaratkan macam berhantu atau berpuaka.. sebab tu ramai yang hit video ni kot.. apa-apa pun, korang tengok dulu video ni..
Monday, March 8, 2010
saya sokong konsep 1malaysia
satu malaysia, satu suara dan satu negara.. konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan prinsip-prinsip rukun negara.. memang negara kita ni ada masalah perkauman yang tidak begitu serius.. tidak boleh dinafikan.. jadi pada pandangan aku, matlamat 1malaysia juga adalah untuk menyatupadukan rakyat kita yang berbilang kaum dan bangsa.. aku ramai kawan india dan juga cina.. aku tidak bersifat perkauman.. aku best dan aku super cool! ahahaha.. tengok video ni, kalau tak tengok RUGI!
Sunday, March 7, 2010
budak kecik layan stone
stone? apa tu? stone ialah perkataan yang digunakan oleh mat ganja atau weedsmoker yang menunjukkan mereka tengah khayal atau 'high'.. bila khayal, selalunya orang muda ni layan sembang-sembang untuk layan gelak-gelak hilangkan segala duka dan lara.. ahaha.. korang tengok video ni.. budak kecik layan stone.. tapi bukan sebab ganja.. budak ni stone sebab kena ubat bius doktor gigi..
Friday, March 5, 2010
fobia dengan kucing?
aku suka kucing.. tapi ada jugak kawan-kawan aku yang takut kucing.. tambah-tambah orang perempuan, boleh menjerit bila kucing sentuh dia.. ahaha.. kucing kan binatang kesayangan rasul kita.. kepada yang takut kepada kucing, cuba fikir kembali.. kucing boleh bunuh orang ka?? kucing cakar sampai bedarah ka? mana ada!! ahahaa.. jadi apa alasan anda untuk takut kepada kucing?
Thursday, March 4, 2010
tips teragung untuk menjana wang
arghh!! semalam lambat update blog.. aku sangat sebok.. aku sangat busy.. sebab apa? sebab nak carik duit.. penat sungguh nak carik duit.. dah seminggu aku jadi batman(siang tido malam bejaga) sebab nak siapkan keja.. kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.. kalau tak buat keja, alamat makan megi la aku.. bukan apa, aku ni seorang yang kedekut.. kalau dapat seratus, 80% aku simpan, 20% aku guna belanja.. sanggup ikat perut sebab nak simpan duit.. tadi aku baru siapkan keja aku, so aku boleh makan nasik berlauk dengan puas-puas hari ni.. tak payah makan megi..
Wednesday, March 3, 2010
super menjengkelkan
aku orang kedah.. kalau aku lepak dengan kawan-kawan senegeri aku yang lain, sumpah seranah dan maki hamun itu adalah gurauan yang boleh mengeratkan silaturrahim sesama kami.. bukan semua orang kedah macam tu.. kang korang kata aku burukkan nama kedah lak.. ada batasnya.. kalau kita berkawan, kita kena kenal batas-batas untuk melawak dengan kawan kita tu.. ya dak? tapi sekarang aku duduk kat KL, aku jaga adab, aku berkawan dengan semua orang.. nak melawak kasar pon dah tak boleh.. aku tak lemparkan sumpah seranah seperti kebiasaan yang dilakukan di kampung halamanku.. sebab aku nak berkawan dan aku perlukan kawan..
Monday, March 1, 2010
again! bukti lelaki gatal
ahaha.. sebelum ni aku dah penah post pasal perempuan mulut banyak dan bukti kegatalan lelaki.. aku heran kenapa masih ada lelaki yang nak pertikai fakta ni? kalau ada lelaki mengaku dia tak gatal, sumpah!! sikit pun aku tak pecaya.. ahahaha.. kalau dia cakap dia gatal, tetapi dia berusaha untuk mengawal nafsu dia mungkin laa boleh dipercayai.. kali ni kalau ada lelaki rasa diri dia tak gatal, sila la post komen anda kat sini ya.. pendapat anda sangat diperlukan untuk research aku.. boleh aku tulis dalam kertas kerja aku "masih ada lelaki yang tak gatal" ahahahaahaha.. pegi mati la woi!!
melancong? perempuan anda bagaimana?
jalan-jalan makan angin? siapa yang tak suka? semua orang mesti suka.. sesiapa pun mesti ada tempat idaman yang ingin dijejaki.. aku pula, aku teringin nak pegi amsterdam dan jepun.. (jangan pulak cakap aku tak teringin nak pi buat haji, ahaha.. sebab tu dah memang kewajipan).. terus terang aku cakap, aku sangat jeles dengan mamat ni.. sebab dia dah jelajah 42 negara dalam masa 14 bulan.. duit dia mesti banyak tak ingat.. takyah cakap banyak dah, korang tengok video ni.. bukti mamat ni dah jelajah 42 buah negara..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates