wow! tubelawak bercerita tentang cinta pulak hari ni.. setengah orang berpendapat, romantik itu adalah super jiwang dimana lelaki itu melakukan perkara-perkara diluar kebiasaan seperti memberi sejambak bunga, mengajak pasangan makan di tepi laut dan macam-macam lagi.. aku rasa, semua lelaki pun akan merasakan dirinya tidak romantik kerana pendapat mengenai 'romantik' ini adalah berlainan sama sekali.. ada yang mengatakan lelaki romantik seringkali mengeluarkan kata-kata indah dan ada juga mengatakan lelaki romantik sebenarnya lebih mendiamkan diri kerana terlalu ingin menjaga hati pasangan..