Friday, February 25, 2011

reverse psikologi melalui persoalan dan teka-teki

aku suka bermain teka-teki sejak dari kecil lagi.. didalam kepala otak aku ada pelbagai teka-teki yang aku ingat sepanjang hidup aku.. kadang-kadang, kalau aku bosan ketika lepak dengan rakan-rakan, kami akan bermain teka-teki.. dengan teka-teki juga, aku mampu mengambil hati wanita (auww) dan merapatkan silaturrahim dengan orang yang baru dikenali.. jadi itulah serba sedikit perkaitan antara teka-teki dalam hidup aku.. teka-teki sangat menghiburkan dan menceriakan hidup..
Continue Reading

Tuesday, February 22, 2011

entry seorang yang tengah takdak mood

hi.. apa khabar semua.. dah makan? aku dah makan dah petang tadi.. aku makan nasik ayam dengan teh ais.. sedap gila.. oh! aku cakap sedap gila tu sebenarnya takdak la sedap sangat pun.. tapi sekadar nak bagi excitement dalam penceritaan.. anda semua dah makan ka belum? kalau tak makan lagi, makan la cepat.. nanti perut masuk angin bahaya.. boleh gastrik.. kalau anda gastrik, doktor dan nurse jugak yang kena susahkan diri rawat anda.. kesian kat doktor dan nurse.. tak sempat diorang nak makan sebab rawat anda semua.. nanti doktor dan nurse pun kena gastrik..
Continue Reading

Monday, February 21, 2011

teknik mengatasi plagiat / plagiarism

baru-baru ini penulisan blog rakan aku yang lebih dikenali sebagai telordibasuh (link telordibasuh) telah diplagiat atau diciplak dengan sewenang-wenangnya.. bukan sahaja tajuknya sama tetapi isi kandungan, gambar, text pun semuanya sama.. ada text yang diubah suai sedikit dan ada yang langsung tak diubahsuai.. hahaha.. memang sah-sah kantoi telanjang bulat la mamat tu.. kesian kat telordibasuh.. penat-penat carik bahan dan idea untuk menulis tiba-tiba kena copy - paste pulak.. siapa tak bengang kan? kalau aku pun bengang justeru aku hantuk kepala kat dinding macam aku selalu blogwalking tu.. kah kah kah..
Continue Reading

bersyukur dan bersederhana

bersyukur dari segi bahasa ialah berterima kasih dan menghargai segala kebaikan atau perkara baik yang berlaku terhadap diri kita.. contohnya kemudahan internet, elektrik, komputer dan lain-lain justeru membolehkan anda sampai ke blog tubelawak ini.. ehehehe.. syukur tak sebab dapat baca entry kat tubelawak harini? ya! anda patut bersyukur sebab mata anda masih boleh melihat text di blog ini dan otak anda boleh mentafsir apa yang aku nak cerita kat anda.. 
Continue Reading

Friday, February 18, 2011

video tubelawak dan anak perempuan tubelawak

harap maaf.. sekiranya anda sampai ke sini untuk melihat video aku dengan anak perempuan aku, aku telah menghampakan anda semua.. kah kah kah.. tajuk itu sekadar perancangan masa depan aku selepas menonton video yang super sweet ini.. dulu aku merasakan hidup bujang ni dah cukup best dah.. tapi kini pendapat aku dah berubah!! aku nak anak!! aku nak anak perempuan yang comel macam muka aku jugak (tak payah dok imagine la.. kah kah kah).. sila masuk ke blog aku setiap hari ya kawan-kawan.. boleh la aku kawin secepat mungkin lalu dikurniakan cahaya mata.. insyaallah..
Continue Reading

Tuesday, February 15, 2011

kita blogger malaysia

sebenarnya aku pernah diajukan soalan oleh blogger-blogger lain seperti "mintak pendapat jap, layout blog aku ok tak?" dan soalan seperti "betul ka ramai tak suka kalau aku letak lagu autoplay kat blog?".. oh! itu perkara biasa bagi aku.. sebab bukan semua orang sependapat.. ada yang kata macam tu dan ada yang kata macam ni.. tapi sebenarnya perbezaan pendapat ini lah yang membuatkan sesetengah blogger mendapat ilham untuk menulis entry, tips, tutorial, dan bermacam-macam lagi.. termasuklah aku.. disebabkan perbezaan pendapat ini juga aku terlintas untuk menghasilkan entry ini..
Continue Reading

Monday, February 14, 2011

benci btoi aku dengan anwar hadi anak pakman

pada suatu hari, setibanya aku dirumah sekitar waktu maghrib aku dapat melihat rakan-rakan aku sedang enjoy gelak tengok video si anwar hadi ni.. memang best video anwar hadi.. nampak confident, profesional, jelas pertuturan, lawak dan video pun disusun dengan baik.. mula-mula aku taktau pun dia ni pun orang kedah.. sampai la kat satu video yang bertajuk ewwwww tu.. baru aku tau dia ni pun orang 'aloq staq' setanah tumpah darah dengan aku..
Continue Reading

Sunday, February 13, 2011

saya no 1 di entri popular GB hari ini

owh.. sekarang tengah kecoh ramai dok main iframe untuk dapatkan hits kat GB (gengblogger.com) ya? mari kita kantoikan semua orang yang suka main iframe!! ya!!! kah kah kah.. mari kita senaraikan semua blog yang suka main iframe untuk tipu trafik.. kah kah kah.. siapa patut dipersalahkan? blogger yang suka pakai iframe? sistem GB patut diperbaharui? atau user sendiri yang tak reti nak setting browser sebaiknya? kah kah kah.. mari kita tuding jari!! yay!!
Continue Reading

Saturday, February 12, 2011

lagi prank call dari geng 'muka jambu'

aku taktau nama betul diorang jadi aku labelkan diorang ni sebagai geng 'muka jambu' ja lah.. hahahaha.. tahun lepas, video diorang mendapat hits yang tinggi dimana didalam video itu diorang telah berjaya membuatkan seorang pakcik mengamuk sampai mencarut-caut.. memang lawak.. aku suka lawak kurang ajar camni.. tapi bila baca balik komen user kat video budak-budak ni, baru aku prasan.. ada yang kutuk dan ada yang puji.. yang puji tu kebanyakannya adalah perempuan dan yang kutuk maki hamun tu adalah lelaki.. 
Continue Reading

Friday, February 11, 2011

mengekalkan hubungan ceria dengan pasangan

kebanyakan orang akan mengatakan, ketika bercinta semuanya indah.. pasangan kita kentut pun kita boleh kata wangi.. berak pun nampak comel.. segalanya cantik, segalanya indah, korek hidung pun nampak macho dan kacak bergaya.. aku sendiri pun mengakui kalau aku mencintai seseorang, dan aku berimaginasi kekasih aku itu korek hidung dan makan tahi hidung sendiri pun masih kelihatan comel.. kah kah kah.. tapi adakah kebahagiaan ini, pandangan "sentiasa cantik dan kacak" ini akan kekal sampai bila-bila?
Continue Reading

Wednesday, February 9, 2011

keburukan sekiranya terlalu banyak bermain game

pagi tadi aku ada post status di akaun facebook fan page tubelawak bertanyakan pendapat orang ramai mengenai keburukan main game.. saja aku tanya sebab aku nak tengok ada tak antara jawapan orang ramai tu hampir sama dengan keburukan bermain game yang aku nak share hari ini.. ehehehe.. apa-apa pun, terima kasih banyak kepada mereka-mereka yang berkongsi pendapat di fanpage tubelawak ya.. tanpa anda semua, siapalah aku..
Continue Reading

apa yang lelaki selalu pandang pada tubuh wanita

amaran!! entry ini mengandungi perkataan yang agak kurang ajar.. kalau tak suka, jangan baca!! kah kah kah.. apa yang lelaki selalu pandang tubuh wanita? mengikut kajian aku (aku buat research beb!) orang lelaki kebiasaannya akan melihat sesuatu yang dirasakan istimewa pada tubuh wanita.. dan terbukti apa yang aku fikirkan selama ini adalah benar-benar belaka.. ditambah pula dengan perangai lelaki yang kebanyakannya pervert (termasuk aku!).. kalau ada lelaki nak menafikan fakta ini, sila maki hamun aku dibahagian komen ya.. kah kah kah.. 
Continue Reading

Monday, February 7, 2011

beware! nafsu positif ass-kicked by nafsu negatif

bila sebut pasal nafsu, mesti ramai yang anggap nafsu ini sentiasa berkait rapat dengan perkara yang negatif kan? sebenarnya anda salah.. nafsu itulah yang membuktikan kematangan akal seseorang untuk menilai mana yang baik dan buruk.. nafsu juga boleh menjadi ukuran memartabatkan kemuliaan seseorang manusia.. tapi perkara ini, cuma tuhan saja yang tahu baik buruk yang tersembunyi dalam diri seseorang itu.. kalau aku, aku nilai orang mengikut perangai yang boleh dilihat melalui mata kasar ja.. kalau dalam hati dia ada pendam sesuatu, lantak dia lah.. jangan susahkan hidup aku dah la.. hahaha
Continue Reading

Sunday, February 6, 2011

dubur? jubur? bontot? perangai macam beruk!

tahun lepas, ada pakatan mengutuk aku di fanpage tubelawak.. kenapa perkara ini berlaku? sebab ada sorang mamat ni marah aku dengan mengatakan "aku tengok tubelawak ni diskriminasi terhadap kaum gay".. kah kah kah.. memang!! memang aku diskriminasi terhadap kaum gay.. dah terang lagi bersuluh.. jadi tak perlulah aku ulas panjang-panjang.. lepas tu ada juga salah seorang dari pakatan itu mengatakan "jangan sampai kami semua (gays) ban tubelawak!" kah kah kah.. woi!! nak ban aku, ada aku kesah? kah kah kah..
Continue Reading

Saturday, February 5, 2011

lagi video perlumbaan haram (drifting)

ketika aku menulis entry ini, aku hanya memiliki lebih kurang 5 minit untuk menulis kerana aku sedang menunggu rakan aku sampai di rumah untuk mengambil aku keluar berjalan-jalan.. kebetulan rakan aku ni seorang individu yang suka memandu laju, jadi timbullah idea untuk berkongsi video perlumbaan haram (drifting).. jadi maafkan aku sekiranya entry ini ditulis dengan tidak teratur ataupun susunan ayat yang berterabur.. aku sayang anda semua! kah kah kah
Continue Reading

Wednesday, February 2, 2011

cabaran : gelak ketawa tanpa senyuman

adakah anda sedar sebenarnya apabila manusia ketawa, secara automatiknya mulut kita akan tersenyum.. memang susah untuk mengawal mulut agar tidak senyum ketika ketawa.. sehinggalah tahun lepas, ada user menggunakan id "cyr1216" menghasilkan video challenge kepada penggemar youtube untuk menghasilkan video ketawa tanpa senyuman.. mula-mula nampak macam bodoh, tapi sebenarnya perkara ini amat melucukan bila anda mencabar rakan-rakan anda ketika lepak makan bersama..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates