bila sebut pasal ilmu terlarang ni, mesti ramai yang sangka ilmu terlarang berkait rapat dengan ilmu hitam dan sihir kan? sebelum ada yang tersalah, aku nak tegaskan bahawa mempelajari ilmu hitam dan sihir sebenarnya tidak salah, tetapi dikhuatiri memudaratkan dan boleh memesongkan akidah kita.. dalam entri ni, aku bukan nak bercerita mengenai ilmu hitam dan sihir.. ilmu ini tidaklah haram untuk dipelajari atau dipraktikkan, tetapi sangat ditakuti oleh dunia.. kenapa? sebab ianya boleh memusnahkan sistem yang dah sedia ada..
Thursday, May 26, 2011
Tuesday, May 24, 2011
mind set dan penyakit mental kebiasaan
hehe.. sori aku masih takdak mood nak tulis entry lawak buat masa ni.. hari ni aku nak kongsi pengalaman aku dalam mengatasi stress atau depress.. adakah anda tahu setiap manusia ada masalah mental yang tersendiri.. itulah salah satu sebab kenapa emosi manusia dan pemikiran manusia ni berbeza-beza.. aku ni jenis yang tak boleh nak tenangkan fikiran aku.. kalau ada sesuatu perkara terjadi, otak aku selalu nak fikirkan dengan mendalam.. tapi sekarang aku sudah tahu cara mengatasi masalah aku sendiri.. bagaimana dengan anda?
Saturday, May 21, 2011
lukisan ain zulaikha yang hensem
aku sebenarnya tak suka melukis.. tapi bila dah selalu melukis, perkara ni jadi hobi.. dan pada masa yang sama aku tenang dan dapat rilek-kan otak aku.. hobi ni terbawa-bawa dari arwah bapak aku, turun kat abang kakak aku, dan sampailah kat aku.. sama jugak macam bermain gitar, arwah bapak aku dan abang aku juga pandai bermain gitar.. tapi famili aku takda la extreme sangat berkaitan musik dan senilukis ni.. sekadar hobi.. kadang-kadang aku gunakan jugak hobi ni untuk mengambil hati wanita.. kah kah kah.. auww
Friday, May 20, 2011
a bit about me and telordibasuh (hakim kamal)
aku rasa ramai sudah tahu tentang pemergian Abdul Hakim Bin Mohd Kamal ataupun lebih dikenali sebagai telordibasuh.. memang ramai tak menduga pemergian beliau kerana perkara ini berlaku dengan sangat cepat.. dah memang ketentuanNya, redha ja lah.. ramai yang tertanya-tanya dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang penulis blog telordibasuh ini.. jadi entry ini aku dedicate-kan khas untuk Allahyarham..
Thursday, May 19, 2011
epilog seorang penzina
ini entry tak lawak.. nama aku azroy.. aku seorang penzina.. kali pertama aku berzina ialah ketika aku dengan kekasih pertama aku.. pada mulanya, aku langsung tak reti bersosial.. biasalah, masa muda-muda memang kita selalu nak mencuba sesuatu yang baru.. bila aku kapel dengan kekasih pertama aku aku excited gila babi.. dapat pegang tangan kekasih aku pun, aku dah rasa macam matured habis dah.. ada juga aku bercerita dengan rakan-rakan aku bahawa aku selalu berpegangan tangan dengan kekasih aku.. tapi aku tak lebih-lebih lah..
Tuesday, May 17, 2011
perangai lelaki ketika bersama rakan dan kekasih
adakah anda tahu, seorang lelaki apabila bersama dengan kekasih hatinya sebenarnya perangai berlainan apabila lelaki itu bersama dengan rakan-rakan? kebanyakan lelaki tak tunjuk perangai sebenar ketika bersama rakan-rakan dengan kekasih hatinya.. contohnya seperti aku sendiri, kalau dengan rakan-rakan, aku kuat menyumpah tapi kalau dengan awek, aku pijak semut pun tak mati.. kah kah kah.. dan yang paling majoritinya ialah lelaki tidak pandang awek hot lain ketika bersama kekasih hatinya tetapi apabila bersama rakan-rakan adalah sebaliknya..
Sunday, May 15, 2011
jangan berfikir menggunakan hasyafah
walaupun ramai diantara rakan-rakan aku mengatakan bahawa aku ni jenis manusia yang suka cakap lepas sesuka hati aku, tapi hakikatnya aku tidak begitu.. setiap kali aku ingin berkata, aku memikirkannya terlebih dahulu.. dan sekiranya aku rasa aku telah menyinggung perasaan rakan aku, aku akan rasa bersalah dan sudah pasti aku akan meminta maaf dengan rakan tersebut.. tapi hal ini berbeza dengan orang yang berfikir dengan hasyafah.. tidak kiralah melalui percakapan, ataupun di dalam laman sosial..
ini adalah entry menyahut cabaran silent comedy
entry ini adalah untuk menyahut cabaran silent comedy.. tubelawak tengah busy gilababy minggu ini.. tubelawak tiada masa untuk menulis panjang-panjang.. kebanyakan idea bernas tubelawak simpan dan peram dulu untuk ditulis diwaktu lapang.. maafkan tubelawak.. semoga anda terhibur dengan entry ini.. tubelawak tertarik dengan tema maharaja lawak baru-baru ini berkaitan 'silent comedy'.. jadi tubelawak terfikir, bagaimana untuk menghasilkan entry silent comedy melalui blog..
Wednesday, May 11, 2011
mari belajar bahasa pengaturcaraan dengan berkesan
ramai yang tanya aku "macam mana hang boleh ingat coding-coding computer ni weh?".. jawapan aku, sebenarnya aku tak ingat langsung.. tapi disebabkan dari kecik aku banyak main dengan bahasa komputer (mula-mula sekali aku belajar mirc scripting) jadi aku dah terbiasa dengan konsep bahasa pengaturcaraan komputer ni.. tak kiralah C, C++, Java, python, PHP, ASP, dan lain-lain.. sebenarnya bahasa-bahasa ni sama ja.. bezanya cuma setengah language macam Java ada class module yang spesial sikit seperti listiterator, dan lain-lain (padahal module ni kita boleh create sendiri sebagai function dalam language lain)
Tuesday, May 10, 2011
apa kaitan shawl warna warni dengan sotong
zaman skarang ni ramai gila pakai shawl.. kalau pegi jalan-jalan kat shopping centre ka, kat tempat rekreasi ka, mesti anda boleh nampak gadis-gadis mengenakan shawl warna-warni yang menceriakan pandangan.. hahaha.. aku sokong fenomena ini.. sekurang-kurangnya makin ramai perempuan tergerak hati untuk pakai hijab daripada tak pakai langsung.. entry ini aku tulis hanya sekadar pendapat peribadi aku dan tidak ada unsur sarkastik ataupun berkaitan dengan agama ok.. bacaaan ringan ja..
Monday, May 9, 2011
diantara nabil, man dan amir rajalawak
entry ini untuk menjawab persoalan dan pertikaian pembaca tubelawak yang mengatakan bahawa tubelawak menghina amir.. sebelum itu tubelawak nak bagitau entry tubelawak tulis sebelum ini berkaitan amir rajalawak adalah sebenar-benarnya ikhlas dari hati tubelawak.. memang benar tubelawak gelak meleleh ayaq mata bila melihat rakan-rakan ternganga apabila menonton lawak amir.. dan juga ketika rakan-rakan tubelawak menyebut-nyebut kembali ayat yang pernah digunakan oleh amir ketika persembahannya, tubelawak gelak sakit perut sebab rasa nak terajang muka rakan tubelawak itu..
Saturday, May 7, 2011
aku berpuas hati dengan persembahan amir rajalawak
tadi aku tonton rancangan kegemaran aku iaitu rancangan 'maharaja lawak' minggu ke enam.. aku sangat berpuas hati dengan persembahan amir sebentar tadi.. pasti anda berasa pelik dan hairan kan? seperti yang aku ceritakan sebelum ini.. amir adalah seorang yang super genius.. sakit perut aku gelak dengan lawak dia.. berlinang air mata aku kerana terlalu banyak gelak dengan persembahan amir..
Friday, May 6, 2011
couple yang sweet dalam sudut pandangan mata aku
heheheh.. dah lama tak bercerita tentang percintaan.. kali ni tubelawak nak cerita kat anda semua kisah sweet yang berlaku kepada rakan tubelawak sendiri.. sebelum tu tubelawak nak mintak maaf sebab agak slow menulis entry di blog tubelawak kerana tubelawak tengah sebok menyiapkan salah satu sistem baru untuk busuk.org.. otak pun dah jadi agak slow bila terlalu banyak brainstorming dan kurang bersosial di luar rumah.. hehehe.. semoga anda semua terhibur dengan cerita tubelawak kali ini..
Labels:
percintaan,
personal
Location:
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tuesday, May 3, 2011
oh! media milik khai hassan (justkhai) kena hacked!!
oh shit! aku ketaq lutut pagi ni bila tengok fanpage khai hassan (owner oh media) kena hack dengan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai theblackops.. takut kalau jadi kat aku pulak.. jadi sementara isu ni masih panas, aku dengan cepatnya terus update blog untuk mendapatkan traffik murahan dari google (sebab tu orang kata bangun pagi rezeki murah).. hahaha.. apa-apa pun, aku tak setuju dengan matlamat asal penggodam tu.. kejam nak mampus.. busuk hati!
Sunday, May 1, 2011
aktiviti paranormal yang diceritakan dalam media massa
adakah anda tahu, surat khabar dan media massa yang ada di malaysia ini, sebenarnya dari dulu suka menceritakan cerita auta berkaitan syaitan, makhluk jahat, jin ifrit, iblis, dan azazil.. ya! sejak aku kecil, aku juga tidak terkecuali sebagai salah seorang yang percaya dengan cerita dongeng yang dibawa oleh media massa seperti televisyen dan surat khabar.. mujurlah zaman sekarang ada 'internet' dan teknologi komunikasi yang membolehkan kita mengkaji mana yang fakta atau mana yang auta.. jadi aku tak mudah tertipu seperti zaman aku kecil dahulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates