Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

kisah seram disebalik filem battleship

setiap kali hujung minggu, biasanya aku akan meluangkan masa bersama rakan-rakan.. ya lah, orang bujang katakan.. minggu ini aku dan rakan-rakan telah merancang untuk menonton filem 'battleship' di panggung wayang.. dengar ura-ura, filem ini memang sangat menarik dan tidak membosankan untuk ditonton.. tambahan pula ramai yang memuji filem ini di facebook dan juga twitter membuatkan aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton filem ini di skrin gergasi panggung wayang..
Continue Reading

Friday, March 9, 2012

kembali pada asal

semalam aku baru pulang ke KL dari kampung halaman aku dengan menaiki bas.. kalau menaiki bas di waktu malam dari kedah ke kuala lumpur, seperti biasa driver bas pasti akan berhenti sekali di mana-mana tempat persinggahan untuk memberi peluang kepada penumpang membuang air ataupun membeli juadah.. biasanya aku akan masuk ke tandas, kemudian membeli air minuman dan kembali berhampiran dengan bas untuk menghisap rokok.. sewaktu duduk sorang-sorang di atas divider pembahagi jalan berdekatan dengan bas tu, aku terlihat keadaan agak kecoh di hadapan pintu bas..
Continue Reading

Wednesday, January 4, 2012

parodi ombak rindu : istinjak kau dan aku

arun aziz adalah seorang pelajar cemerlang di sekolah.. beliau sangat aktif tidak kiralah dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.. semua orang menyenangi arun aziz kerana sikapnya yang peramah dan pandai mengambil hati.. sekolah yang diduduki oleh arun aziz adalah sekolah berasrama penuh, jadi boleh dikatakan semua orang kenal akan arun aziz.. setiap hari ketika arun aziz berjalan kaki dari asrama menuju ke bangunan sekolah, pasti lenguh rahang mulut arun aziz untuk membalas senyuman semua orang yang menegur beliau ketika terserempak dengan beliau.. arun aziz sangat popular..
Continue Reading

Tuesday, October 25, 2011

segmen tubelawak : pencarian 100 blogger wanita

harini aku takleh tidur.. mungkin kerana terlalu banyak memikirkan masa depan aku dan anak-anak aku, jantung aku berdegup kencang membuatkan aku tidak boleh tidur malam.. pusing sana, pusing sini, masih tidak boleh tidur walaupun telah lama memejamkan mata.. disebabkan subuh hampir tiba, aku telah membuang hasrat aku untuk tidur lalu bingkas bangun untuk menulis blog.. aku mendapat satu ilham baru untuk menulis entry yang boleh membuatkan hubungan aku erat dengan "blogger" lain..
Continue Reading

Saturday, August 13, 2011

the new world order by beruang

sekarang ni ramai yang dok kecoh pasal illuminati lah, new world order lah, bersih 3.0 lah itu lah ini lah.. sebenarnya itu semua perkara kecil sahaja.. ada satu perkara besar yang bakal berlaku tapi tidak ramai mengetahuinya.. sebenarnya, dunia kita kini dalam ancaman beruang.. ya! beruang!! kalau anda pernah menonton filem planet of the apes, konsepnya hampir sama begitulah cuma realitinya beruang sedang berusaha keras untuk menjajah dunia.. anda tidak percaya? aku boleh buktikan..
Continue Reading

Sunday, July 17, 2011

pernahkah anda terfikir #2 (kalau mati hari ini)

pernahkah anda terfikir? apa yang akan berlaku kepada dunia sekeliling anda sekiranya anda mati hari ini? aku sering terfikirkan tentang ini.. kalau nak dikaitkan dengan iman dan amal, memang konfem tak cukup lagi untuk dibawa bersama kalau aku mati hari ni.. jadi aku kecikkan skop penulisan ni kepada dunia sekeliling dan aku takmau relatekan dengan topik agama, sebab perkara tu dah general dan semua orang pun dah tau yang kita kena kena jadi mukmin yang baik di dunia sebelum mati.. 
Continue Reading

Tuesday, July 12, 2011

pernahkah anda terfikir #1

hehehe.. dua hari lepas aku tulis entry berkaitan industri perfileman negara.. kadang-kadang bila kita tengok sesebuah filem atau drama tu, kita akan terfikir "macam mana la diorang boleh dapat idea nak buat cerita macam ni kan?".. tambah-tambah pulak filem macam inception, the matrix, dan lain-lain.. otak diorang memang dahsyat sebab boleh berimaginasi sampai tahap tu.. pada masa yang sama, aku juga pernah berimaginasi untuk memiliki tahap imaginasi seperti mereka.. kah kah kah.. jadi hari ni aku nak share dengan anda semua idea-idea bangang yang pernah muncul dalam kepala otak aku..
Continue Reading

Sunday, May 15, 2011

ini adalah entry menyahut cabaran silent comedy

entry ini adalah untuk menyahut cabaran silent comedy.. tubelawak tengah busy gilababy minggu ini.. tubelawak tiada masa untuk menulis panjang-panjang.. kebanyakan idea bernas tubelawak simpan dan peram dulu untuk ditulis diwaktu lapang.. maafkan tubelawak.. semoga anda terhibur dengan entry ini.. tubelawak tertarik dengan tema maharaja lawak baru-baru ini berkaitan 'silent comedy'.. jadi tubelawak terfikir, bagaimana untuk menghasilkan entry silent comedy melalui blog..
Continue Reading

Monday, April 25, 2011

server google itu kepala bapak kau yang punya

dah lama nak tulis pasal ni.. tapi hari ni baru teringat nak tulis.. dalam mendirikan laman web dan blog ni, sumber media seperti gambar, video dan bunyi memang diperlukan sebagai penambah perasa dalam menarik minat orang ramai.. jadi dari mana datangnya sumber-sumber ni semua? sudah pastilah dari laman web atau blog orang lain juga.. kan? pegi situ pegi sini, macam mana pun takkan lari mana.. dalam lingkungan 'internet' ni jugak.. isu ini bukan isu plagiarism ataupun pencuri idea orang lain.. ini adalah isu tidak beretika dalam perkongsian data..
Continue Reading

Friday, April 15, 2011

penyelesaian kepada masalah kenaikan harga minyak

dalam minggu ni, aku agak busy dengan kerja.. sakit kepala.. semalam aku baik dari demam, jadi bila baru lepas demam ni mood agak kurang untuk menulis.. idea pun tak banyak.. masa aku demam, hampir tiga hari motorsikal aku tak hidup sebab aku tak keluar rumah.. bila dah sehat, saja mengada-ngada nak makan kat restoran yang jauh dari rumah.. aku terlihat meter minyak motorsikal aku dah nak hujung-hujung dah.. jadi aku ke stesen minyak untuk mengisi minyak motorsikal aku..
Continue Reading

Tuesday, March 1, 2011

cerita hantu di kedai kopi

pada suatu petang yang damai, aku sedang duduk minum kopi bersama empat orang rakan yang lain di kampung baru kuala-lumpur.. kebetulan pada malam sebelumnya salah seorang rakan aku yang bernama adam mengatakan dia telah nampak hantu ketika melalui jalan berbukit-bukti dari kampung kerinchi nak ke jalan telawi (kl).. jadi berceritalah kami mengenai pengalaman masing-masing melihat kejadian dirasuki hantu oleh mata kepala sendiri.. memang lama kami bersembang sementara tunggu hujan berhenti..
Continue Reading

Sunday, January 23, 2011

reaksi scary maze prank yang dahsyat

yo! tubelawak kembali.. sori lama tak update.. baru-baru ni line internet (streamyx) area rumah tubelawak bermasalah.. rasa macam nak tumbuk monitor ja.. tapi sekarang dah ok.. alhamdulillah.. ehehehe.. disebabkan internet connection yang bermasalah, tubelawak telah meluangkan hari-hari tubelawak dengan melepak.. semalam tubelawak lepak dengan telordibasuh.. telordibasuh yang mencadangkan tubelawak share video yang tubelawak nak share harini.. 
Continue Reading

Tuesday, January 4, 2011

samseng dalam komuniti masyarakat kita

samseng bermaksud individu jahat yang suka melakukan perkara-perkara negatif tidak kiralah menyertai pertubuhan haram, kurang ajar, kaki pukul, suka carik pasal dan lain-lain.. pendek kata samseng adalah manusia yang tak sayang nyawa dan berani melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang lain.. ramai yang mengutuk dan membenci perbuatan samseng.. tapi adakah anda tahu samseng sebenarnya diperlukan dalam komuniti masyarakat..
Continue Reading

Wednesday, December 15, 2010

siri bercakap dengan jin : versi lawak

ada yang tidak percaya dengan kejadian dirasuk jin ni dan ada juga yang tidak percaya dengan amalan-amalan sihir seperti nasi kangkang, pelaris, guna-guna, dan sebagainya.. untuk pengetahuan anda, sihir, ilmu hitam, jin, dan segala bentuk amalan khurafat ini memang ada dan wujud.. didalam Al-quran pun ada menyebut mengenai sihir tapi islam mengharamkan sihir sekeras-kerasnya.. jadi berhati-hatilah.. jauhkan diri dari menghampiri perkara-perkara syirik dan sihir ini..
Continue Reading

Tuesday, November 23, 2010

editing video seram yang lebih menyeramkan

sebenarnya video prank mengejutkan ini aku dah tonton semasa aku masih di bangku sekolah lagi, dimana pada permulaan video ini menggambarkan ketenangan seperti sebuah kereta melalui lorong yang berliku dengan bukit dan rumput yang menghijau.. siapa yang tak tenang tengok keadaan macam ni kan? memang rilek dan tenang pada permulaan, tapi pada pengakhiran sedikit chelaka dan membuatkan ramai yang terkejut dengan video ini.. ok, itu cerita lama.. 
Continue Reading

Thursday, November 11, 2010

istilah baru : aku terkentut-kentut dalam kehidupan seharian

hari ni, hari paling suram bagi aku.. aku pun tak tahu kenapa.. pagi hari, aku keluar rumah dengan rasa suram balik rumah pun masih rasa suram.. disebabkan muka aku yang super ganas dan suram ini, rakan aku bertanya kepada aku "wei! awat muka hang teruk sangat hari ni? macam ada masalah ja".. di saat aku ingin menjawab persoalan rakan aku itu, aku terkentut dengan enak sekali.. lalu aku tersasul "aku terkentut-kentut kesuraman!" atau dalam erti kata lain, "im feeling fuckin gloomy today" yang membawa maksud terlampau suram,super suram,melebihi batasan dari kebiasaan..
Continue Reading

Wednesday, July 21, 2010

NC1253HZ6? kod rahsia dari dedy corbuzier

sebenarnya kod ini telah lama diberikan oleh pakar mentalist ataupun psikik yang bernama dedy corbuzier sebelum bermulanya world cup 2010 sebelum ini.. beliau mengatakan kod ini adalah kunci untuk mengetahui pasukan manakah yang bakal memenangi world cup 2010.. kod ini bertujuan untuk membuktikan penyertaan masyarakat umum tidak kira muda atau tua untuk cuba memecahkan kod rahsia ini dengan cara tersendiri..
Continue Reading

Friday, July 9, 2010

pengamal ilmu kebal paling berbahaya

sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.. penggunaan istilah sihir dalam alam melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam..
Continue Reading

Monday, March 15, 2010

lelaki perdaya wanita 92 kali

dulu masa aku kecik, aku ingat lagi zaman perogol bersiri yang femes kat malaysia ni.. ramai wanita jadi mangsa perogol bersiri tu.. kalau rogol, lepas tu lepaskan ok lagi.. ni tak, dia rogol pastu dia bunuh lak.. ngeri kan? dulu lepas kes mona fendi, kalimuthu (bentong kali) dan lepas tu baru femes kes perogol bersiri (dalam taun 90an) tapi si perogol tu tak kena tangkap kot rasanya.. aku tak pasti sebab benda dah lama.. ahahah.. banyak lagi benda penting yang aku nak kena ingat.. baik aku ingat nama cikgu aku masa tadika dulu daripada aku ingat pasal perogol bersiri.. ahahaha..
Continue Reading

Tuesday, March 9, 2010

video yang tak sepatutnya tersebar

korang pernah dengar perkataan paranormal? kali ni aku nak share ngan korang video yang sedikit aneh dan boleh membuatkan sesiapa yang menonton video ini duduk tak senang.. jangan risau.. bukan video brunsur kejutan, scream, 18sx atau 18sg.. susah nak describe pasal video ni.. tapi apa yang penting video ni mendapat hit yang banyak di youtube (hampir 2 juta).. video ni boleh diibaratkan macam berhantu atau berpuaka.. sebab tu ramai yang hit video ni kot.. apa-apa pun, korang tengok dulu video ni..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates