ini entry menaikkan semangat untuk anda yang tidak ada keyakinan terhadap diri sendiri.. khasnya untuk wanita.. sesetengah wanita tu langsung takda keyakinan dalam diri bila dirinya jarang dipuji cantik, anggun, lawa, kiut, comel, dan lain-lain.. kalau anda merasakan diri anda tidak cantik anda sebenarnya salah!! semua orang pun cantik.. dan kecantikan ini juga bergantung kepada mata yang memandang anda.. lain orang lain pendapat kan.. kalau anda tetap merasakan anda tidak cantik, ayoh! bertindak sekarang dan berusahalah untuk memperbaiki diri anda..
Monday, November 29, 2010
Saturday, November 27, 2010
kisah sedih : percintaan yang menyayat hati
haha.. aku tak pernah tulis entry sedih lagi kan? selalunya lawak merapu, serius, fakta dan lain-lain kecuali sedih.. ni kali pertama aku nak buat entry sedih untuk korang semua.. sila jangan salah paham, bukannya aku suka tengok kawan-kawan atau pembaca semua sedih.. cuma kadang-kadang, memang kita perlu merasai perasaan sedih.. kalau takda perasaan sedih dalam jiwa ni, mungkin hati kita sudah mati.. sebab tu lah ada manusia yang berani buat kezaliman terhadap manusia lain.. sifat 'ihsan' tu sudah hilang dalam diri..
Friday, November 26, 2010
alasan untuk tidak makan diluar rumah
masa arwah bapak aku ada lagi kat dunia ni, dia cukup pantang untuk makan diluar sekiranya tidak ada alasan kukuh untuk masak sendiri dan makan dirumah.. tapi kadang-kadang tu boleh juga makan diluar contohnya kalau berkelah ka, sambut harijadi ka, dan lain-lain.. dulu kalau nak travel jauh contohnya pulang ke kedah dari kuala lumpur, mak aku akan masak siap-siap dan 'tapau' untuk dimakan ketika perjalanan.. hahaha.. memang famili aku jarang makan diluar.. sejak usia aku meningkat dan berjauhan dengan famili ni ja aku kerap makan diluar bersama rakan-rakan..
Wednesday, November 24, 2010
danjo dance? miku hatsuno? wtf?
inilah yang dikatakan bila terlampau canggih dengan teknologi, pemikiran pun jadi tak betul.. hahaha.. danjo dance ni tarian apa pun aku tak tahu sebenarnya.. tapi aku agak kecewa sebab aku ditemukan dengan video ini ketika bersiar-siar di internet.. ketika hati sedang riang gumbira, pasti akan berasa mundur dan suram selepas menonton video yang aku nak share hari ni.. kah kah kah.. orang jepun ni memang pelik.. kalau aku ada banyak duit, aku nak beli nuclear untuk bom hiroshima buat kali kedua..
Tuesday, November 23, 2010
editing video seram yang lebih menyeramkan
sebenarnya video prank mengejutkan ini aku dah tonton semasa aku masih di bangku sekolah lagi, dimana pada permulaan video ini menggambarkan ketenangan seperti sebuah kereta melalui lorong yang berliku dengan bukit dan rumput yang menghijau.. siapa yang tak tenang tengok keadaan macam ni kan? memang rilek dan tenang pada permulaan, tapi pada pengakhiran sedikit chelaka dan membuatkan ramai yang terkejut dengan video ini.. ok, itu cerita lama..
Sunday, November 21, 2010
masa untuk berehat dan tenangkan diri
harini, tubelawak sangat bersyukur kerana segala kerunsingan, masalah dan bebanan yang perlu tubelawak lalui untuk tahun ini sudah pun berakhir.. jadi tubelawak nak rilekkan otak dan rilek-rilek jap.. malas nak pikir idea untuk menulis.. malas untuk menulis panjang-panjang.. enjoy video yang super cool ini.. walaupun dah penah post, tapi tubelawak nak post lagi skali.. suka hati la nak share banyak-banyak kali pun.. kah kah kah kah kah kah kah (gelak sebab puas hati semua keja dah settle).. yay!!
Friday, November 19, 2010
hiburan reverse engineer dan perempuan cantik
reverse engineering ini adalah satu topik yang general untuk diperkatakan.. kebanyakan pekerja dalam bilang forensik, kimia, pengaturcaraan komputer, psikologi dan lain-lain turut boleh digelar sebagai reverser.. dalam bidang komputer, mereka yang pandai melakukan reverse engineering inilah yang layak digelar hacker ataupun orang yang mahir mengenai komputer.. macam dalam rancangan 'CSI crime scene investigation' tu, bagi aku semua tu adalah reverse engineering untuk mendapatkan maklumat mengenai kes jenayah yang berlaku..
Thursday, November 18, 2010
video spoof remaja beromen tepi jalan
semalam aku takdak keja nak buat dowh.. so aku luangkan sedikit masa aku lebih kurang 10 minit untuk menghasilkan video spoof kepada video yang sedang hangat diperkatakan iaitu video remaja beromen tepi jalan dowh.. aku sangat berharap remaja dalam video tu menonton video ni agar terbuka mindanya untuk memahami apakah pandangan masyarakat terhadap mereka yang tak malu melakukan perkara terkutuk di tempat terbuka dowh.. kesian kat mak bapak diorang terpaksa menerima 'kemaluan' kerana sikap anak-anak yang teruk macam tu dowh.. hahaha dowh.. kah kah kah dowh..
Wednesday, November 17, 2010
siapa heliza helmi dan helmi eliza
hahaha.. dua nama ni hampir sama.. heliza helmi dan helmi eliza elias.. mula-mula skali aku nak ceritakan mengenai heliza helmi.. siapa dia ni? heliza helmi ialah seorang selebriti kelahiran akademi fantasia musim ke 5.. heliza ni spesial sikit sebab dia antara pelatih akademi fantasia yang berhijab atau dalam erti kata lain sentiasa mengenakan tudung di kepala.. aku suka heliza, dia comel dan nampak perwatakan dia baik sikit dari artis yang lain.. ahaha..
Tuesday, November 16, 2010
speed painting ana raffali khas dari tubelawak
ni antara first video dari aku yang aku rasa ada sedikit 'kesungguhan' dari aku untuk menghasilkan sesuatu.. sebelum ni semua video yang aku edit dan letak kat blog tubelawak ni dihasilkan dengan cincai-cincai ja.. sebelum tu aku nak ceritakan sikit kenapa lukisan ana raffali? alasan aku ialah sebab aku rasa dia salah seorang insan seni yang layak dipuji.. itu ja.. hahaha.. lagipun ramai kawan-kawan selalu mintak tolong carikan mp3 lagu ana raffali ni.. aku suka lagu dia aku suka nyanyian dia.. lagipun ana raffali ni cantik.. sebagai seorang lelaki yang pervert, takkan la aku tak suka pada perempuan cantik? kah kah kah
Sunday, November 14, 2010
artis baru bakal terkenal melalui youtube
sedar tak sedar, arus masa sungguh cepat berlalu.. kejayaan siti nurhaliza yang dahulunya terkenal melalui 'bintang rtm' dikatakan mustahil untuk dicapai oleh orang lain.. tapi kini, penyataan itu sudah tak boleh diterima pakai.. teknologi memudahkan insan seni lebih menyerlahkan diri melalui internet dan mampu mengaut keuntungan berganda.. dah ramai individu yang berjaya menempa nama melalui internet.. ada yang terkenal kerana memiliki paras rupa, watak yang kelakar, gaya yang mampu menarik perhatian, video blog menarik, suara merdu dan lain-lain..
Saturday, November 13, 2010
kisah cinta penggodaman pertama di malaysia
kalau anda semua perasan, semua direct link video di tubelawak adalah link ke URL wcrayon.com.. ya! wcrayon.com adalah domain aku sendiri.. pada mulanya, aku ingin menggunakan domain ini untuk menulis blog yang ilmiah tetapi terhenti di separuh jalan.. aku lebih selesa menulis penulisan kisah cinta seperti di dalam blog tubelawak ini kerana aku adalah seorang yang romantis (betul!).. wcrayon.com ini ibarat kekasih hati aku sendiri.. aku sayangkan wcrayon.com .. tapi kini, aku hanya membiarkan wcrayon.com ini digunakan oleh orang ramai untuk meletakkan link atau blog entry mereka..
Friday, November 12, 2010
jawapan seorang CEO kepada perempuan cantik
baru-baru ini, aku terbaca artikel mengenai reply CEO J.P Morgan kepada perempuan cantik yang merasakan dirinya layak dijadikan isteri oleh orang-orang ternama dan kaya.. pendek kata, seperti gadis kampung cantik yang berimpian tinggi untuk berkahwin dengan anak dato' atau dato' itu sendiri.. kah kah kah.. hal ini tidak sama seperti di malaysia kerana aku rasa, orang kaya di malaysia ni kebanyakannya (tak semua) bukannya dari golongan cerdik pandai sangat pun, tapi lebih kepada sosial engineer.. kan? sebab tu lah wujud istilah-istilah kipas bos, kaki bodek, kroni kerajaan, jilat pungkoq menteri dan lain-lain..
Thursday, November 11, 2010
istilah baru : aku terkentut-kentut dalam kehidupan seharian
hari ni, hari paling suram bagi aku.. aku pun tak tahu kenapa.. pagi hari, aku keluar rumah dengan rasa suram balik rumah pun masih rasa suram.. disebabkan muka aku yang super ganas dan suram ini, rakan aku bertanya kepada aku "wei! awat muka hang teruk sangat hari ni? macam ada masalah ja".. di saat aku ingin menjawab persoalan rakan aku itu, aku terkentut dengan enak sekali.. lalu aku tersasul "aku terkentut-kentut kesuraman!" atau dalam erti kata lain, "im feeling fuckin gloomy today" yang membawa maksud terlampau suram,super suram,melebihi batasan dari kebiasaan..
Tuesday, November 9, 2010
teknik menjimatkan masa & tidak lambat ke tempat kerja
dulu aku pernah bekerja di sony emcs penang dimana department aku diketuai oleh orang jepun.. seperti yang semua orang tahu, orang jepun ni disiplin diorang dalam kerjaya sangat tinggi.. diorang juga sangat menepati masa dan struggle maut dalam melakukan sesuatu kerja.. sebab itu kita boleh lihat di dalam drama-drama jepun dimana ada menunjukkan perangai orang jepun yang bekerja sambil ikat kain tertulis "berusahalah" di kepala.. itu memang berlaku di jepun (bos aku yang cakap, aku tak pernah pergi jepun lagi)..
Monday, November 8, 2010
uum portal dan keikhlasan di hati
semalam aku telah menonton satu filem pendek yang agak menghiburkan aku.. video ini dihasilkan oleh, errr.. aku tak pasti student ka bekas student ka apa ni.. tapi produk dari universiti utara malaysia lah pendek kata.. aku tergerak hati untuk menulis entry ini kerana di akhir video ini ada tertulis "kebanyakan manusia yang sering mengucapkan ikhlas ketika membantu insan lain mereka sebenarnya mengharapkan balasan dan ganjaran".. boleh jadi isu dan topik hangat untuk dibicarakan.. hahaha.. apa-apa pun, statement ini adalah statement yang positif ok..
Sunday, November 7, 2010
dalam sepuluh cakap satu nombor
haha.. aku takda banyak benda nak review pasal video ni.. sebab nanti orang kata aku racist pulak.. biasa lah.. bila jenaka yang dibuat oleh kaum lain diterima sebagai jenaka yang melampau dan extra ordinary, orang akan cakap kita racist.. sebab penerimaan orang tak sama tambahan pulak kita manusia ni semuanya berbeza pendapat.. apa-apa pun ini entry yang tidak racist.. ini adalah entry 1malaysia!! kah kah kah.. bik mama mesti suka tengok video ni kerana video ini selaras dengan matlamat perdana menteri kita..
Saturday, November 6, 2010
manusia air terjun / manusia air pancut
sempena musim banjir ni aku nak share koleksi video aku berkaitan manusia yang boleh menghasilkan air terjun atau air pancut.. rumah aku di kedah kini turut serta dinaiki air.. walaupun aku berasa sangat sedih, tapi apa boleh buat.. hidup mesti diteruskan.. haha.. kepada mangsa-mangsa banjir diluar sana, aku doakan semoga korang tabah menghadapi dugaan.. sama-sama doa untuk mempermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir yang tinggal di utara malaysia..
Thursday, November 4, 2010
luangkan masa anda bersama keluarga tersayang
aku rasa sesiapa pun akan merasai keadaan yang sama seperti aku dimana waktu kecil dulu dapat dirasakan hubungan dengan keluarga tidak kiralah bersama ibu, bapa, adik, kakak atau abang memang sangat rapat dan intim kan? tapi apabila dibawa arus masa masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, masa yang terluang bersama keluarga sudah kurang tidak seperti waktu kecil dahulu.. aku masih belum berkahwin, mungkin aku tidak layak lagi untuk memberikan pendapat berkaitan hubungan dengan adik-beradik yang masing-masing sudah berkahwin..
Wednesday, November 3, 2010
banjir di kedah november 2010
Alor Star : Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak semalam. Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.
Tuesday, November 2, 2010
epilog berdarah seorang pembunuh
aku seorang manusia yang sangat dingin.. ramai yang tidak boleh mengagak perangaiku kerana aku adalah seorang yang jarang berkata-kata dan lebih banyak mendiamkan diri.. ketika dizaman persekolahanku, aku pernah ditanya oleh guru "apakah hobi kamu di masa lapang?" dan aku menjawab persoalan itu dengan hanya sepatah perkataan iaitu "berfikir".. ramai rakan-rakan yang lain mengatakan aku seorang yang 'psiko' dan 'gila'.. mungkin kerana mereka susah untuk mendekati aku lalu mereka berkata bukan-bukan kepadaku..
Monday, November 1, 2010
kenapa lisa surihani? bukan fasha sandha?
kalau sesiapa yang selalu follow fan page tubelawak kat facebook, korang boleh tengok aku selalu tag lisa surihani dalam status sandiwara percintaan aku.. dalam penulisan aku pun kadang-kadang aku selalu sebut nama lisa surihani.. memang aku saja nak bagi peminat-peminat lisa surihani cemburu dengan aku (cemburu tanpa sebab) hahaha.. sampai ada kawan aku pun pesan "hang selalu sangat tulis pasal lisa.. dah muak aku baca wei" jadi aku nak tamatkan episod cinta aku dengan lisa surihani dalam entry ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates