aku sebenarnya tak suka melukis.. tapi bila dah selalu melukis, perkara ni jadi hobi.. dan pada masa yang sama aku tenang dan dapat rilek-kan otak aku.. hobi ni terbawa-bawa dari arwah bapak aku, turun kat abang kakak aku, dan sampailah kat aku.. sama jugak macam bermain gitar, arwah bapak aku dan abang aku juga pandai bermain gitar.. tapi famili aku takda la extreme sangat berkaitan musik dan senilukis ni.. sekadar hobi.. kadang-kadang aku gunakan jugak hobi ni untuk mengambil hati wanita.. kah kah kah.. auww
Showing posts with label my vlog. Show all posts
Showing posts with label my vlog. Show all posts
Saturday, May 21, 2011
Sunday, April 24, 2011
mawaddah dan lagu ciptaan abuya ashaari muhammad
kepada sesiapa yang tak pernah mengenali nama kumpulan nasyid mawaddah, kebanyakan lagu dari kumpulan ini memang best dan banyak menyentuh perasaan.. penyanyi utama dalam kumpulan ini sebenarnya adalah anak kepada abuya sendiri.. suara dia memang dahsyat dan mendayu-dayu.. tapi sayangnya mereka ini adalah golongan rufaqa atau lebih dikenali sebagai al-arqam.. ajaran rufaqa atau aurad Muhammadiah telah difatwakan menyeleweng dari ajaran islam oleh majlis fatwa kebangsaan pada tahun 1994..
Thursday, August 12, 2010
permataku by mirwana : lagu untuk mak aku
baru-baru ni ada sorang kawan aku, juga seorang anak yatim piatu sejak kecik suruh aku nyanyi lagu bertajuk permataku dari kumpulan nasyid mirwana.. aku tak pernah dengar pun lagu ni.. tapi bila aku dengar, baru aku tau kenapa kawan aku ni sukakan lagu ni.. mungkin juga dalam hati dia, dia nak sampaikan pesanan-pesanan ni kepada arwah ibu dan bapak dia..
Wednesday, April 21, 2010
vlog : lagu untuk anak aku
aku anak yatim.. masa aku umur 7 tahun, bapak aku dah meninggal dunia.. jadi dari kecik aku hidup dengan mak aku dan adik bradik aku yang lain.. aku ingat lagi wajah arwah bapak aku sampai sekarang.. tapi ada satu hari tu, ada kawan aku bertanya "hang ingat lagi tak suara bapak hang?".. errr.. aku terkedu.. memang aku tak ingat langsung suara bapak aku.. aku cuma mampu bayang wajah dan gaya bapak aku ja.. kadang-kadang fikir balik macam sedih gak.. tapi kawan aku kata "it's ok, jangan hidup dalam kenangan" ehehehe (ni aku tambah cerita ja bagi nampak menarik)
Sunday, April 11, 2010
vlog : dalam hati ada taman
ini adalah entry kedua aku untuk tag vlog tubelawak.. aku lebih selesa merakamkan video nyanyian sumbang aku untuk entry vlog aku.. lagu ini ditujukan khas kepada sahabat aku yang bernama "slay deathmetal".. beliau seorang yang berpewatakan ganas dan sentiasa nampak macam 'mat metal'.. tapi.. disebalik wajah ganas mat metal itu, tersembunyi hati yang mekar kuntum mewangi dan kadang-kadang puitis indah dikarang oleh beliau.. aku nak mintak maaf atas kata-kata kasar aku di pengakhiran vlog ini kerana bagiku maki hamun sesama teman rapat adalah jenaka biasa yang boleh melistrik ungkapan kepada senyuman..
Monday, April 5, 2010
dedicated to fida umaira
ini bukan entry lawak.. kali ni, aku nak letak video log pertama aku.. ahahaha.. sangat seronok dan sangat tak malu.. korang nak kutuk, kutuk la.. aku tak peduli.. entry aku kali ni, dedicated to fida umaira, seorang gadis yang sangat berjiwa seni, pandai melukis, pandai bermain gitar.. TAPI sangat-sangat pemalu.. aku tak pernah jumpak perempuan tabah menempuh dugaan macam kau.. bila aku baca penulisan-penulisan kau kat blog kau, aku tersentuh hati.. sangat halus dan mendalam maksud penulisan kau..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates