akhil hayy seorang penceramah bebas yang terkenal kerana mampu membuatkan kita ketawa dan tidak bosan dalam ceramahnya.. ini adalah salah satu taktik atau strategi untuk menyebarkan dakwah agar pendengar tidak bosan ketika menerima ilmu yang diberi.. masa aku sekolah agama dulu pun, ustaz aku selalu selitkan lawak dalam ceramah.. jadi aku tak pandang serong terhadap akhil hayy walaupun dia selalu menyanyi dalam masjid atau surau, dia iron rambut dan juga dia selalu memakai snowcap (tidak berkopiah putih mengikut sunnah).. dosa pahala, syurga neraka, biar tuhan tentukan.. asalkan dia jalankan tanggung jawab dia sebagai khalifah sudah cukup baik daripada dia terus menjadi penyanyi rock seperti dulu..