Saturday, January 28, 2012

pernahkah anda terfikir #6 siaran animal planet

warning : entry merapu.. kali ni aku nak share benda yang aku sangat yakin anda semua pasti tak pernah terfikir lagi.. entry ini bukanlah untuk merosakkan minda sesiapa, tetapi aku suka membuatkan orang terfikir.. bila banyak berfikir, otak kita akan menjadi cerdas kan? ya, aku tahu ada sesetengah orang sangat pantang apabila diberi soalan tetapi tidak pula diberi jawapan.. dalam kes seperti ini, aku rasa kita memang tak patut membuatkan orang terfikir persoalan berkaitan agama tanpa memberikan jawapan.. boleh jadi gila seseorang itu sekiranya diberikan soalan agama (high-level) tanpa diberikan jawapan..
Continue Reading

Wednesday, January 25, 2012

nama moden untuk diberikan kepada anak anda

zaman sekarang ni adalah zaman dimana semua orang berusaha untuk memberikan nama yang stylo kepada anak-anak.. nama seperti ali, abu, awang, dan rafe'ah sudah dianggap kuno mungkin kerana sesetengah ibubapa menganggap nama-nama itu bakal memalukan anak mereka sekiranya anak mereka menyertai program realiti seperti akademi fantasia mahupun rajalawak.. memang tidak dinafikan, nama seseorang memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri..
Continue Reading

Tuesday, January 24, 2012

antara kumpulan paling merbahaya di dunia

bila dah umur dah lebih 1/4 abad ni, rasa geli anak tekak kalau nak sembang pasal gangster, samseng, jenayah dan lain-lain.. hahaha.. tapi tak sangka masih ramai orang kita yang sudah berumur, ta'asub dengan perkara-perkara seperti ini.. buat malu ja kalau anda (lelaki) dah ada anak bini, tapi dok bangga dengan 'group' atau 'gang' anda kononnya anda paling hebat dan paling kuat.. kah kah kah.. woi!! nak sembang gangster, pegi sembang dengan budak-budak kecik yang baru nak tumbuh bulu kote boleh la woi.. kah kah kah..
Continue Reading

Monday, January 23, 2012

pernahkah anda terfikir #5 (bahagia seketika)

pernahkah anda terfikir bahawa bahagia di dunia tidak akan kekal selama-lamanya.. hal ini sangat berkait rapat dengan impian semua orang yang mengharapkan kehidupan bahagia dan senang di masa hadapan kelak.. mungkin disebabkan ramai orang telah terpengaruh dengan filem ataupun drama-drama yang sentiasa memaparkan 'happy ending' dalam penceritaan.. artikel ini bukanlah untuk menghasut anda semua agar usahlah mencari kebahagiaan, tetapi sekadar untuk membuatkan anda terfikir bahawa dunia ini tidak kekal dan usahlah terkejar dengan dunia..
Continue Reading

Monday, January 16, 2012

MK ULTRA EP3 keaiban dari kekasih kepada kekasih?

kali ni aku telah merajinkan diri dan telah menyiapkan diri untuk menulis entry yang mungkin menyebabkan setengah pihak tidak sependapat dengan aku, tapi takpa.. kita boleh bincang cara elok dan bermesyuarah dengan baik.. mungkin antara anda semua dah tengok video parodi dari bapak kekasih kepada kekasih yang aku edit 2 hari lepas.. aku sengaja tak mahu update terus pada blog aku kerana aku perlu perhatikan dulu respon daripada user yang tonton video aku.. jadi sekarang aku dah boleh ulas sikit pendapat aku hasil dari kajian aku yang tak seberapa ni..
Continue Reading

Saturday, January 14, 2012

MK ULTRA EP2 : 77 nama anak jin

isu perbincangan : dalam program "tanyalah ustaz" 18 dec 2011 penceramah melarang menamakan anak dgn nama tertentu kononnya nama berkenaan boleh menyebabkan sesorang akan kena gangguan makhluk halus.. diantara nama yang disebutkan ialah qistina, balqis, syafiqah, najwa dan zaquan.. ramai yang menyangkal dakwaan tersebut diantaranya ialah ustaz zaharuddin dan dato haron din..
Continue Reading

Wednesday, January 4, 2012

MK ULTRA EP1 : kubah hanya untuk orang islam?

ini adalah tajuk yang agak sensitif.. tapi aku tetap nak tulis gak.. semalam aku ada terbaca keratan akhbar yang mengutuk tindakan segelintir pihak di georgetown kerana mendirikan tandas yang berkubah (dome).. aku tak pasti kritikan ini atas dasar politik ataupun atas dasar 'proud to be muslim' mereka itu.. hahaha.. aku rasa ramai dah salah faham tentang perkara ni.. sebenarnya, Allah tak pernah paksa pun umatnya agar mendirikan masjid atau surau dengan senibina kubah.. orang kafir pun tak salah nak bina bangunan berkubah..
Continue Reading

parodi ombak rindu : istinjak kau dan aku

arun aziz adalah seorang pelajar cemerlang di sekolah.. beliau sangat aktif tidak kiralah dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.. semua orang menyenangi arun aziz kerana sikapnya yang peramah dan pandai mengambil hati.. sekolah yang diduduki oleh arun aziz adalah sekolah berasrama penuh, jadi boleh dikatakan semua orang kenal akan arun aziz.. setiap hari ketika arun aziz berjalan kaki dari asrama menuju ke bangunan sekolah, pasti lenguh rahang mulut arun aziz untuk membalas senyuman semua orang yang menegur beliau ketika terserempak dengan beliau.. arun aziz sangat popular..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates