Tuesday, June 29, 2010

lelaki romantik dalam percintaan

wow! tubelawak bercerita tentang cinta pulak hari ni.. setengah orang berpendapat, romantik itu adalah super jiwang dimana lelaki itu melakukan perkara-perkara diluar kebiasaan seperti memberi sejambak bunga, mengajak pasangan makan di tepi laut dan macam-macam lagi.. aku rasa, semua lelaki pun akan merasakan dirinya tidak romantik kerana pendapat mengenai 'romantik' ini adalah berlainan sama sekali.. ada yang mengatakan lelaki romantik seringkali mengeluarkan kata-kata indah dan ada juga mengatakan lelaki romantik sebenarnya lebih mendiamkan diri kerana terlalu ingin menjaga hati pasangan..
Continue Reading

Friday, June 25, 2010

video lawak kucing oh my god!

ramai yang tidak sedar sebenarnya youtube.com juga adalah laman sosial networking dimana user boleh berhubung dengan kawan-kawan serta menghantar message kepada kawan-kawan.. tapi di youtube.com ni spesel sikit, ianya tak sama macam di facebook atau di myspace sebab ada satu budaya dimana user akan mengolah video yang berpotensi untuk mendapat hits yang tinggi.. contohnya seperti video "OMG cat".. hits yang diterima belum mencecah sejuta tetapi ada orang yang berjaya mengolah video itu sehingga melebihi hits video yang asal..
Continue Reading

Thursday, June 24, 2010

siapa sukma dermawan dan saiful bukhari?

siapa sukma dermawan? dan siapa pula saiful bukhari? mereka ini adalah pencerita lawak di dunia realiti yang sangat hebat.. kenapa? selalunya orang seperti afdlin shauqi akan mempersembahkan lawak yang kononnya spontan dan pada masa yang sama, penonton akan tertawa selepas mendengar cerita lawak itu.. ini adalah bercanggahan dengan saiful bukhari dan sukma dermawan.. mereka mempersembahkan lawak yang harus difikirkan bertahun-tahun oleh pendengar cerita mereka dan pada akhirnya pendengar akan tertawa kecil didalam hati.. kesan daripada lawak yang disampaikan oleh mereka ini pula mampu menggugat sesebuah negara.. mengikut pendapat aku, mereka ini sangat sesuai diberikan title 'super raja lawak'..
Continue Reading

Wednesday, June 23, 2010

video mesti tonton dari tubelawak

aku seorang yang periang dan susah nak marah orang.. sehingga aku dipindahkan ke kuala lumpur, aku dapat rasakan diri aku kadang-kadang agak tertekan dengan keadaan di kuala lumpur ni.. asap banyak, makan tak sedap, trafik sesak, kos hidup tinggi, banyak pemandu mabuk, banyak samseng dan macam-macam lagi adalah diantara faktor kadang-kadang aku berasa stress dan boleh membuatkan aku marah orang.. sebab itulah aku berubah arah dari blog berkaitan ilmu IT kepada blog berkaitan bahan hiburan yang lawak (untuk mengurangkan stress kononnya) ahaha..
Continue Reading

Tuesday, June 22, 2010

takiya genji dalam great teacher onizuka?

takiya genji adalah watak utama dalam filem gengster jepun bertajuk 'crow zero'.. nama sebenar pelakon kacak bergaya ini ialah shun oguri.. kini umurnya sudah mencecah 28 (1982)  tahun.. ramai yang menyangka dia baru berumur diantara 20 sehingga 25.. sebenarnya shun oguri sudah lama menceburi bidang lakonan tetapi beliau masih belum menempah nama sehingga munculnya filem crow zero.. sekiranya anda perasan, sebenarnya shun oguri juga membintangi drama gto (great teacher onizuka) pada tahun 1999 tetapi tidak ramai menyedarinya kerana dia cuma watak kecil dalam drama itu..
Continue Reading

kita perlu ada keyakinan diri

yakin pada diri dan mampu tampil dihadapan khalayak umum adalah sikap yang perlu ada untuk orang yang ingin berjaya dalam hidup.. sesiapa pun pasti ada perasaan malu didalam diri, tapi kalau malu tak bertempat macam mana kau nak jadi ketua dalam sesuatu organisasi? aku pun ada perasaan malu juga.. aku malu kalau aku tak pakai baju ditempat awam.. itu adalah ketetapan minda kita walaupun sebagai orang lelaki islam, menutup aurat itu ialah menutup dari bahagian atas pusat sehingga bawah lutut.. jadi kalau orang nampak nipple aku dikhalayak umum, aku akan berasa malu..
Continue Reading

Friday, June 18, 2010

merungkai rahsia perangkap cinta

perangkap cinta atau cinta tiga segi adalah tajuk lagu yang dikatakan tiada penciptanya.. tetapi lagu ini kerap didengari di siaran radio dan di internet.. menurut cerita awal yang aku dengar, pencipta lagu ini menyanyikan lagu ini dipenjara dimana kononnya dia menunggu saat digantung dan dibenarkan membuat permintaan terakhir sebelum dikenakan hukuman gantung.. sebab apa dia digantung, semuanya terkandung dalam lagu perangkap cinta.. dia kecewa dengan teman wanitanya yang curang lalu membunuh teman wanita dan orang ketiga itu..
Continue Reading

Thursday, June 17, 2010

jenis suara lelaki - counter tenor (falsetto)

aku suka bermain alat muzik seperti piano dan guitar.. jadi disebabkan aku belajar bermain alat muzik, aku juga turut belajar menyanyi pada masa yang sama.. aku bukanlah pandai sangat mengawal vokal suara aku.. amateur lah katakan.. tapi aku paling benci menyanyikan lagu-lagu yang memerlukan pitch vokal yang rendah, sebab suara aku macam chelaka bila menyanyikan lagu yang berpitch rendah.. aku sukakan lagu yang berpitch tinggi seperti lagu-lagu rock 80an dan 90an seperti kumpulan search, may dan steelheart..
Continue Reading

Tuesday, June 15, 2010

video iron man lawak yang mesti ditonton

dalam banyak-banyak superhero, yang aku tau batman dan iron man adalah superhero yang dicipta berdasarkan manusia biasa tapi memiliki gadget atau kelengkapan berteknologi tinggi.. keupayaan kedua-dua super hero ini, adalah tidak mustahil untuk diwujudkan dalam dunia realiti.. tapi hari ni, aku nak post entry berkaitan iron man.. aku suka iron man dari aku kecik lagi.. aku masih simpan koleksi komik marvel iron man tahun 90an.. kepada korang yang tak tengok lagi iron man 2, silalah pergi beli DVD original ya.. iron man best!
Continue Reading

Monday, June 14, 2010

lagenda budak setan sebenarnya adalah realiti

hari ni aku agak kurang sihat. jadi aku taknak tulis panjang-panjang.. korang semua mesti tahu tentang novel hasil penulisan ahadiat akashah bertajuk "lagenda budak setan" kan? baru-baru ini, novel ini difilemkan.. aku tak tengok lagi filem tu, tapi aku nak ceritakan sejarah cerita lagenda budak setan ni kat korang semua.. novel ini ditulis berdasarkan realiti hidup seorang budak yang agak kurang ajar di masa mudanya tetapi semakin baik apabila meningkat dewasa.. ya! ianya adalah cerita benar dan bukan cerita rekaan..
Continue Reading

Sunday, June 13, 2010

uitm student portal login yang bermasalah

dua tiga hari ni, aku sering mendengar kawan-kawan aku bertanya "wei hang dah check result belum? aku bukak portal tak dapat-dapat, server busy".. begitulah nasib pelajar-pelajar uitm.. result dah keluar minggu lepas tapi masih tidak boleh nak access online student portal.. kesian.. mungkin student ramai sangat kot tambahan pula ada orang jahat yang saja dengki taknak bagi korang check result, diorang dos (denial of service) server uitm tu.. ahahaha.. server uitm sama ja macam server mara online.. lembab cam kungkang (binatang paling lembab di dunia).. ahaha..
Continue Reading

siapa dihatiku? luna maya atau prisa?

sekarang ni heboh diperkatakan mengenai video lucah luna maya dan ariel peterpan yang telah tersebar di internet.. jujur aku katakan, tidak terlintas sikit pun didalam kepala hotak aku untuk membuat carian di google untuk mendapatkan video lucah luna maya ini.. tambahan pula pasangannya ialah ariel peterpan.. kah kah kah.. sikit pun aku tak minat.. aku tidak meminati luna maya.. dia tidak mendapat tempat dihati aku..
Continue Reading

Saturday, June 12, 2010

video lawak rempit ditahan jpj

selalu orang kata, mat rempit ni samseng, keras kepala, isap dadah, dan macam-macam lagi.. mentaliti orang kita ni memang camtu.. kalau suara ramai mengatakan perkara itu macam tu, macam tu jugakla diterima oleh individu.. pendek kata, orang kita ni suka 'mengikut' dan ikut majoriti.. 'ikut majoriti' ni aku maksudkan dalam erti kata perkara yang tidak sepatutnya ataupun perkara yang sepatutnya membawa kepada kebaikan..
Continue Reading

aku ditipu bapak ayam

aku seorang pelajar yang cemerlang di sekolah dulu.. aku selalu mendapat pujian daripada ibu bapa, cikgu dan rakan-rakan.. segala kemahuan aku, tidak pernah ditolak oleh ibu bapaku.. tapi sebenarnya hidup aku sunyi.. aku tiada teman rapat.. aku juga tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan sebaya aku.. selalunya aku keluar melepak sendirian pada hujung minggu.. ibu bapaku sebok dengan kerjaya mereka..
Continue Reading

Thursday, June 10, 2010

rtm1 plagiat tahap dewa

sebenarnya dah lama aku nak cakap pasal benda ni.. banyak blogger dok sebok-sebok marah orang copy artikel atau media dari blog diorang.. aku taknak tuding mana-mana pihak sebab aku pun menulis blog berdasarkan video yang entah dari siapa pun aku taktau (kalau aku tau, aku mesti greet).. kadang-kadang tu entry lebih kurang sama pun orang dah cakap kena plagiat.. apa kes? sepatutnya korang berbangga la entry korang kena copy.. itu bermakna korang pandai menghasilkan penulisan..
Continue Reading

pengakhiran cerita doraemon & nobita

doraemon adalah karakter yang dicipta oleh fujio f. fujiko dan motō abiko pada tahun 1969.. fujio f. fujiko telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1996 dan motō abiko masih meneruskan perjuangan doraemon sehingga kini.. aku nak ceritakan sinopsis pendek mengenai doraemon.. doraemon ialah robot kucing yang datang dari masa depan untuk membantu nobita kerana nobita ni ialah seorang individu yang lemah dan bodoh.. maka bermulalah kisah pengembaraan doraemon, nobita dan kawan-kawannya.. tapi sehingga kini, pengakhiran cerita doraemon masih menjadi tanda tanya..
Continue Reading

Wednesday, June 9, 2010

aku tengah serius, kenapa kau ketawa

aku tengah serius ni, kenapa kau ketawa? kau nak makan tapak kaki ka? itulah apa yang aku bayangkan apabila melihat aksi yang dilakonkan oleh rajnikanth superstar filem tamil yang bertaraf bollywood.. filem yang dilakonkan oleh beliau kebanyakannya adalah filem aksi serius tetapi ramai yang boleh tertawa dengan filem lakonan beliau.. aku pun tak pasti kenapa.. mungkin kerana misainya yang super kacak membuatkan aksi serius beliau kelihatan agak lucu..
Continue Reading

Tuesday, June 8, 2010

makanan atau perempuan? pilih salah satu

sudah sekian lama aku tak menceritakan rahsia lelaki dalam blog tubelawak ni.. hari ni aku nak post lagi entry yang boleh memalukan kaum lelaki, dengan harapan perempuan di luar sana lebih faham dan mengenali lelaki.. kah kah kah.. orang lelaki ni, kebanyakannya pervert.. percayalah kata-kata aku wahai perempuan.. aku sedih bila melihat rakan-rakan aku sendiri 'melanjurkan' dirinya dengan pasangan masing-masing walaupun belum berkahwin.. memang tak boleh nak salahkan mana-mana pihak.. dua-dua pon sama setan bertanduk..
Continue Reading

Monday, June 7, 2010

nona versus wanita hari ini

bagi aku, wanita adalah ciptaan tuhan yang begitu indah.. walaupun kerana wanita, dua buah negara boleh berperang, tetapi hakikatnya lelaki memerlukan wanita, dan wanita memerlukan lelaki.. wanita adalah kaum yang lemah dari segi tenaga dan dari segi aspek-aspek tertentu.. kerana itulah lelaki harus menjadi ketua keluarga dan kerana itulah juga wujudnya rancangan di televisyen seperti nona dan wanita hari ini.. kenapa tak wujud pula rancangan lelaki hari ini? sebabnya, kalau ada lelaki yang menonton rancangan lelaki hari ini, mereka pasti akan dilabel sebagai 'gay'.. kan? ahaha..
Continue Reading

Sunday, June 6, 2010

kau orang jahat, dia orang baik

hari ni aku nak cerita sikit pengalaman hidup aku dan pendapat aku sendiri dalam menilai seseorang yang muncul dalam hidup korang.. entry ini bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa atau mengutuk mana-mana pihak.. cuma pendapat dan cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri.. aku seorang budak yang nakal di zaman persekolahan.. aku merokok, suka ponteng sekolah, suka 'fly' dari hostel dan bermacam-macam lagi.. tapi aku tak pernah abaikan pelajaran aku.. disebabkan selalu kantoi rokok, cikgu-cikgu selalu marah aku dan dilabel sebagai pelajar bermasalah..
Continue Reading

Saturday, June 5, 2010

disco rojak at gurney drive penang

aku nak minta maaf sebab tertinggal post untuk dua hari.. baru-baru ni, aku ke pulau pinang saja jalan-jalan jumpa kawan-kawan lama masa diploma dulu.. ramai sangat nak mendirikan rumah tangga.. ada jugak jemputan yang aku tak boleh hadirkan diri, jadi aku pergi ke pulau pinang untuk melepak bersama kawan-kawan yang akan mendirikan rumah tangga tu.. jadi disebabkan aku pergi ke pulau pinang, aku nak review mengenai satu kedai makan famous dekat gurney drive pulau pinang (dah pernah review masa awal-awal tulis blog, tapi link tak lekat kat search engine).. kalau korang semua pergi ke penang, pastikan korang pergi kedai makan ni ya..
Continue Reading

Tuesday, June 1, 2010

jaminan 100% untuk memiliki tubuh badan sasa

setiap lelaki pasti mengimpikan untuk memiliki tubuh badan yang sasa kerana itu sebagai simbol macho dan kekuatan seseorang lelaki itu.. sudah pasti ada diantara anda semua pernah mengikuti program di gymnasium atau program menguruskan badan di pusat-pusat tertentu.. adakah mereka menjanjikan keputusan yang memuaskan? adakah anda berjaya memiliki tubuh badan yang anda impikan selama ini? sekiranya anda menghadapi masalah untuk memiliki bentuk badan idaman, jangan risau kerana hari ini tubelawak ingin berkongsi program baru yang menjanjikan keputusan yang memuaskan..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates