ini adalah entry khas aku dedicate-kan kepada fida aishah.. sebelum itu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada fida aishah (bukan nama sebenar) kerana telah menceriakan dunia blog malaysia selama hampir 2 tahun.. kalau tak ada orang seperti anda, dunia blog takkan havoc pun.. ya dak?? hahahaha.. sehingga sekarang pun masih ramai yang tertanya-tanya tentang misteri fida aishah ni.. untuk sekian lamanya aku menyimpan rahsia ini, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku dedahkan hal ini kepada semua..
Monday, August 22, 2011
semua orang pun mahukan kehidupan yang baik
ini entry tak lawak.. pernahkah anda menonton video 'makcik blues bermain gitar menggunakan mentol' ni? kalau belum, anda perlu tengok video ni.. agak menyedihkan sebab muka makcik ni sangat innocent dan lagu tu pun sayu ja kedengaran.. bila tengok makcik ni, aku terfikir.. aku terfikir yang makcik ni takdak ahli keluarga lain nak bantu dia ka? makcik ni forever alone ka? miskin sangat ka? uhhh.. sebak bila fikirkan..
Wednesday, August 17, 2011
tips bersolek / mekap untuk wanita
baru-baru ni ada sorang kawan perempuan aku meluahkan perasaan kecewanya dengan pembaca-pembaca blog di malaysia ni sebab kurang memberi sambutan terhadap blognya.. dia ada mengatakan "hang takpa la, blog hang menyentuh benda-benda lawak, ramai nak baca.. cuba hang buat tips untuk wanita tengok, mesti lari pembaca-pembaca hang" hahaha.. untuk itu, aku menyahut cabaran rakan aku itu untuk menulis entry tips kepada wanita..
Monday, August 15, 2011
teknik kenakan rakan selama hampir setahun
pernahkah ada orang menulis testimoni untuk blog anda? hehehe.. aku ada! rakan aku sendiri menulis luahan hati dan testimoni untuk blog aku ni.. jadi entry hari ini adalah sekadar luahan hati daripada rakan aku yang mahu dikenali sebagai aaron aziz ja (nama sebenar dirahsiakan dikhuatiri ramai gadis-gadis hot mencari namanya di facebook) hehehe.. selamat membaca ya :)
Saturday, August 13, 2011
the new world order by beruang
sekarang ni ramai yang dok kecoh pasal illuminati lah, new world order lah, bersih 3.0 lah itu lah ini lah.. sebenarnya itu semua perkara kecil sahaja.. ada satu perkara besar yang bakal berlaku tapi tidak ramai mengetahuinya.. sebenarnya, dunia kita kini dalam ancaman beruang.. ya! beruang!! kalau anda pernah menonton filem planet of the apes, konsepnya hampir sama begitulah cuma realitinya beruang sedang berusaha keras untuk menjajah dunia.. anda tidak percaya? aku boleh buktikan..
Wednesday, August 10, 2011
barang lama yang sentimental value (rare)
aku tak sangka ada juga komuniti blogger pengumpul barang-barang lama wujud di malaysia ini.. semalam perasaan aku agak 'slow-motion' sikit ketika mengadap laptop cabuk aku melayari internet.. hehehe.. banyak perkara lama yang aku dah lupa, tapi blog mereka ini berjaya mengingatkan aku kembali peristiwa-peristiwa lama yang telah dilupakan.. untuk tidak melengahkan masa, aku nak kongsi serba sedikit gambar yang membuatkan aku tertarik untuk kongsi dengan anda semua..
Tuesday, August 9, 2011
aku, musik dan kasih kekasih
cerita bermula macam ni, satu hari tu aku tengah lepak-lepak dengan rakan aku di satu warung kecik tepi jalan.. tengah dok lepak-lepak tu, kami macam tak banyak bersembang sangat sebab keadaan kat situ sangat sunyi (kalau sembang kuat-kuat, nanti meja sebelah tekanan pulak).. jadi brader tukang masak tu pun tanya kat kami "sunyi sangat ka dik? haha" sambil tangan dia menekan suis radio berhampiran dengannya..
Sunday, August 7, 2011
pernahkah anda terfikir #4 (teknologi tuhan)
masa aku sekolah dulu, ustaz aku pernah tanya semua pelajar dalam kelas "apa cita-cita kamu".. lepas tu semua orang pun bagitau la cita-cita masing-masing.. aku juga tak terkecuali.. cita-cita aku ketika zaman sekolah dulu nak jadi doktor.. tapi paper biologi spm aku kantoi.. so takleh nak teruskan cita-cita asal aku.. kah kah kah.. eh lari topik pulak.. kembali ke topik asal.. semua student pun memberitahu cita-cita masing-masing kepada ustaz..
Thursday, August 4, 2011
pernahkah anda terfikir #3 (housing roh)
aku seorang yang selekeh.. mak aku selalu marah aku sebab aku selekeh.. haha.. dia selalu cakap "first impression tu penting, ni kalau hang pi interview diorang tengok hang selekeh, mesti kena reject awal-awal lagi".. tapi setakat sekarang ni, alhamdulillah aku tak pernah gagal atau kena reject ketika interview (ehem2).. ada betul apa yang mak aku cakap tu.. dulu aku tak pernah fikir pasal ni sebab aku rasa, ketika interview biasanya orang akan test skills bukan tengok selekeh atau smart..
Monday, August 1, 2011
gaysec : membongkar identiti makcik hajjah sitt al-wuzara
baru-baru ini, tubelawak telah dihubungi oleh pihak gaysec untuk turut serta menyebarkan berita ini kepada semua rakyat malaysia.. kepada sesiapa yang tidak kenal makcik hajjah sitt al-wuzara, dia ini adalah rakyat malaysia yang telah mendirikan blog menghina islam.. tubelawak takmau share link blog tu kat sini sebab taknak ada mana-mana pihak yang terpesong akidah dengan penulisan-penulisan makcik hajjah ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates