aku suka pepatah melayu lama.. begitu juga dengan karam singh walia.. dia juga selalu menggunakan pepatah melayu lama dalam laporan berita yang dibuatnya.. ada pepatah lama yang evergreen, tapi ada juga pepatah yang perlu diubahsuai sikit mengikut peredaran zaman.. hahaha.. mungkin ramai yang masih tidak perasan dan mengabaikan pepatah melayu lama ini.. jadi aku menulis entri ini dengan harapan agar rakyat malaysia semua tidak mengabaikan dan melupakan pepatah melayu lama selaras dengan perkembangan teknologi..
Showing posts with label lagenda. Show all posts
Showing posts with label lagenda. Show all posts
Sunday, June 12, 2011
Saturday, March 26, 2011
rilek sabtu : kenapa aku tak suka tengok TV
hari ni hari sabtu.. aku tau ramai orang malas nak tensen-tensen, malas nak stress-tress dan ramai orang nak rilek tenangkan otak ja di hari sabtu kan? aku juga turut merasakan begitu.. pada hari sabtu, aku tolak tepi semua masalah aku.. hehehe.. tapi bila sebut hari sabtu, aku teringat satu rancangan televisyen ni (rancangan kanak-kanak) yang telah membuatkan aku menyampah untuk menonton televisyen.. aku pasti ramai diantara anda semua sependapat dengan aku, cuma anda telah terlupa atau anda tidak perasan..
Saturday, January 1, 2011
wong fei hung @ faisal hussein wong
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Friday, December 10, 2010
budak comel menyanyi lagu anuar zain?
adakah anda masih mengingati si gadis comel yang terkenal melalui rancangan "sony : detik bersama handycam"? video gadis ini meletup-letup kerana dia telah menyanyikan lagu anuar zain dengan sangat comel.. bahkan anuar zain juga telah menjadikan video gadis comel ini sebagai intro sebelum anuar zain mempersembahkan nyanyian beliau dalam konsert apa tah, aku tak ingat.. memang dahsyat impak gadis comel ni.. sampaikan kat youtube pun ada video dia dengan tajuk "cute korean girl singing".. ahahaha.. orang luar pun nak mengaku warga negara diorang..
Monday, September 6, 2010
dragon ball evolution? aku kecewa!!
sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.. aku peminat komik dragon ball sejak kecil.. setiap episod dalam komik dragon ball tak pernah aku ketinggalan.. akira toriyama (pelukis dragon ball) boleh dikatakan seorang yang genius kerana mampu memberikan impak yang sangat besar kepada dunia.. komik dan karektor ciptaan beliau dikenali ramai.. tiba-tiba muncul satu makhluk bernama james wong muncul untuk mengadaptasikan filem dragon ball evolution.. arghh!!
Thursday, June 10, 2010
pengakhiran cerita doraemon & nobita
doraemon adalah karakter yang dicipta oleh fujio f. fujiko dan motō abiko pada tahun 1969.. fujio f. fujiko telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1996 dan motō abiko masih meneruskan perjuangan doraemon sehingga kini.. aku nak ceritakan sinopsis pendek mengenai doraemon.. doraemon ialah robot kucing yang datang dari masa depan untuk membantu nobita kerana nobita ni ialah seorang individu yang lemah dan bodoh.. maka bermulalah kisah pengembaraan doraemon, nobita dan kawan-kawannya.. tapi sehingga kini, pengakhiran cerita doraemon masih menjadi tanda tanya..
Friday, May 14, 2010
sejarah lelaki yang menjual dunia
ahaha.. sebenarnya tajuk entry ni "man who sold the world".. sengaja aku tulis dalam bahasa melayu bagi nampak aneh sikit.. kalau dengar perkataan "man who sold the world" mesti ramai yang teringatkan kumpulan nirvana kan? tapi kurt donald cobain vokalis kumpulan nirvana itu bukanlah penyanyi asal "man who sold the world".. selama zaman persekolahan aku, aku minat dengan nirvana.. tapi selepas habis persekolahan, baru aku mengetahui bahawa lagu "man who sold the world" bukanlah pertama kali dinyanyikan oleh niravana.. ahaha, aku sedikit lembab dan tak up to date dengan sejarah dan perkembangan musik..
Saturday, May 8, 2010
seniman lagenda : pak ku shadat
pak ku shadat.. nama beliau sangat dikenali dikalangan orang utara dengan lagu terkenal beliau "vespa haji samad".. beliau juga mampu bertutur dalam bahasa melayu, inggeris, siam, jepun, india, cina dan arab berjaya membawa beliau untuk membuat persembahan di amerika syarikat, jepun dan lain-lain negara besar di dunia.. beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2008 (tarikh aku tak pasti).. aku pun baru tau pasal kematian beliau lepas google di internet.. aku sangka pak ku shadat masih hidup di dunia ini.. setiap yang datang pasti akan pergi.. al-fatihah kepada allahyarham pak ku shadat..
Friday, May 7, 2010
hang mokhtar : seniman yang menyepi sekian lama
hang mokhtar sangat terkenal dalam tahun 80an.. macam mana aku boleh kenal dengan hang mokhtar? sebab dulu arwah bapak aku selalu pasang kaset hang mokhtar semasa menaiki kenderaan.. jadi disebabkan bapak aku minat, aku pun tumpang minat sama.. antara lagu hang mokhtar yang sangat femes dulu ialah ayoyo sami.. lagu yang terhasil kerana kerajaan menaikkan tol.. dan paling meletop di malaysia ialah "kocik kocik, jago kobau".. sampai sekarang aku masih ingat lirik lagu ni.. arwah bapak aku dulu kelahiran negeri sembilan.. mak aku orang kedah.. jadi aku orang kedah sembilan..
Friday, April 2, 2010
pemergian seorang insan seni
hari ni aku tak post video lawak.. aku cuma nak dedicate kan entry aku kali ni untuk allahyarham mior ahmad fuad atau lebih dikenali sebagai din beramboi semasa hayatnya.. aku turut berasa sedih diatas pemergian beliau.. tak ramai orang yang boleh buat lawak seperti beliau.. beliau memang layak menjadi juri rancangan rajalawak astro kerana beliau memang betul-betul 'rajalawak'..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates