Thursday, March 31, 2011

fungsi dan kegunaan lain tetek perempuan

warning : entry ini mengandungi gambar dan video yang agak lucah, sila pangkah cepat-cepat sebelum ibu bapa, cikgu atau bos anda ternampak.. apakah itu tetek? tetek juga lebih dikenali sebagai buah dada.. selain boleh digunakan untuk memberi susu kepada bayi dan suami (hehe), tetek juga ada fungsi yang lain.. pernahkah anda ditanya "bagi kat aku 10 fungsi tetek" pasti anda akan terkedu untuk menjawab kan? mari aku ceritakan serba sedikit tentang tetek..
Continue Reading

Tuesday, March 29, 2011

anda geek? anda programmer? anda suka java?

kali ini aku nak bercerita mengenai java pula.. apa itu java? java adalah bahasa pengaturcaraan komputer yang digunakan meluas dalam dunia.. tak kiralah aplikasi phone atau komputer, kebanyakan aplikasi yang ada diprogram-kan menggunakan java.. tapi sebelum itu, aku nak tegaskan bahawa java dan javascript bukanlah benda yang sama.. sekiranya anda mahir javascript, belum tentu anda mampu menguasai java.. aku menulis secara santai untuk bacaan semua termasuklah individu bukan 'mat komputer'..
Continue Reading

Monday, March 28, 2011

tudung hijab, gitar dan musik metal

gadis bertudung dan musik metal.. apa lagi yang anda mahu? dah lama aku tunggu munculnya gadis bertudung yang boleh memainkan musik metal.. tapi tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.. kenapa bila ada perempuan melayu islam yang memainkan musik metal, mesti tak pakai tudung? kenapa?? isu sekarang bukan isu tudung.. tapi isu utama ialah 'kenapa tiada gadis bertudung yang main musik metal?'.. itu adalah satu perkara yang 'sweet' bagi aku tau! 
Continue Reading

Sunday, March 27, 2011

lagu mat rempit khas dinyanyikan oleh mat rempit juga

aku pun taktau kenapa aku boleh buang masa edit video ni dan letak subtitle lirik untuk lagu ni.. maybe disebabkan aku adalah seorang 'loser' yang tidak ada aktiviti hendak dilakukan ketika weekend agaknya.. kalau aku 'mat clubbing' mesti aku takdak masa nak edit-edit video macam ni kan? kah kah kah.. malam minggu busy menari dan berjoget dengan gadis-gadis cantik.. auww!!
Continue Reading

Saturday, March 26, 2011

rilek sabtu : kenapa aku tak suka tengok TV

hari ni hari sabtu.. aku tau ramai orang malas nak tensen-tensen, malas nak stress-tress dan ramai orang nak rilek tenangkan otak ja di hari sabtu kan? aku juga turut merasakan begitu.. pada hari sabtu, aku tolak tepi semua masalah aku.. hehehe.. tapi bila sebut hari sabtu, aku teringat satu rancangan televisyen ni (rancangan kanak-kanak) yang telah membuatkan aku menyampah untuk menonton televisyen.. aku pasti ramai diantara anda semua sependapat dengan aku, cuma anda telah terlupa atau anda tidak perasan..
Continue Reading

Friday, March 25, 2011

buang sikap takut terima kritikan dan kutukan

tajuk ni sebenarnya general.. tapi aku nak kecikkan skop tajuk ni khas kepada blogger sahaja.. dulu masa mula-mula zaman rakyat malaysia ramai menulis blog, kebanyakkan penulis-penulis blog veteran memang jenis manusia yang 'berani mati' dan 'hati kering'.. jadi takdak timbul sangat isu blogger kutuk blogger (kalau ada pun, orang tak peduli).. kebanyakkan blogger baru termasuklah aku sendiri kini dikatakan terlebih manja kerana tidak boleh dikritik langsung..
Continue Reading

Wednesday, March 23, 2011

aku masuk pusat hiburan tapi aku tak minum arak

aku masuk pusat hiburan (club, pub, dll) sekadar nak pengalaman ja.. itulah apa yang sering diceritakan oleh sesetengah individu diluar sana, termasuklah aku.. ehehehe.. aku pernah masuk gak tempat-tempat tak senonoh tu dua kali ja seumur hidup aku (dulu.. lama dah).. tapi aku tak pernah minum, tak pernah mabuk dan tak pernah buat bukan-bukan dalam tempat tak senonoh tu.. lagipun perkara ni dah lama berlaku dalam hidup aku.. aku dah lupakan dah tentang itu semua.. tapi baru-baru ini ada kawan aku sentuh balik isu yang dah lama aku lupakan.. untuk memudahkan pembacaan anda, aku tulis dalam bentuk dialog..
Continue Reading

Sunday, March 20, 2011

perhatikan anak anda : teknologi mempengaruhi masa depan

zaman sekarang ni teknologi kian membangun dengan sangat cepat.. tak sempat nak master penggunaan ipad1, dah keluar pulak ipad2.. hehehehe.. aku kenal komputer ketika berumur sepuluh tahun.. anak kakak aku yang baru berumur tujuh tahun pun dah pandai menggunakan internet browser untuk bermain game.. generasi kini lebih cepat terdedah dengan teknologi kerana boleh dikatakan semua orang mampu untuk memiliki komputer atau gadget-gadget canggih..
Continue Reading

Friday, March 18, 2011

berdiri tegak ketika menyanyikan lagu negaraku

patriotisma seringkali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri.. seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri–ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara.. bagi aku, patriotisme ni abstrak.. bergantung kepada pendapat masing-masing juga.. bab politik tu aku takmau sebut banyak, masing-masing ada pendapat masing-masing tapi sebenarnya tak kiralah pro-pembangkang ataupun kerajaan, masing-masing memperjuangkan satu matlamat yang sama.. "untuk negara"
Continue Reading

Thursday, March 17, 2011

perempuan baik untuk lelaki yang baik?

sebelum ada yang cuba nak buat andaian sendiri, aku nak cakap dulu yang aku ni bukan ustaz.. tapi dalam entry aku semalam ada yang kata "lelaki baik untuk perempuan baik" dan ada juga yang mengeluarkan hukum "haram penzina kawin dengan yang suci".. yang lawaknya, sampai ada orang kata aku ni penzina sebab tu aku cakap aku sanggup terima perempuan tiada dara.. hahaha.. jadi perkara ini membuatkan aku rasa aku perlu menulis entry ini agar ramai yang tidak salah faham dengan statement-statement seperti itu.. 
Continue Reading

Wednesday, March 16, 2011

penerimaan lelaki terhadap perempuan tiada dara

aku tergerak hati untuk menulis entry ni selepas membaca komen seorang pembaca di blog pawaka19 (link).. pembaca ni bahasakan diri dia sebagai makcik mungkin kerana dia sudah lama mendirikan rumah tangga dan berpengalaman dalam hal-hal menjaga keutuhan rumah tangga.. tapi pendapat aku pula sangat bercanggahan dengan makcik ni.. bukan bercanggahan sikit.. tapi banyak nak mampos pendek kata memang aku tak setuju langsunglah dengan makcik ni.. hahaha..
Continue Reading

Tuesday, March 15, 2011

kalau tak mampu menjadi bulan, jadilah bintang

kita sebagai manusia kadang-kadang ada perkara yang tidak mampu kita lakukan dan kadang-kadang ada melampaui batasan sehingga boleh menjatuhkan diri sendiri.. contohnya dalam bidang matematik.. masa zaman sekolah dulu korang pasti ada rakan yang pandai matematik dan ada yang bangang gila bab matematik kan? itulah uniknya ciptaan tuhan.. setiap individu ada kemahiran masing-masing.. mungkin ada yang mengatakan "aku tak nampak pun apa kemahiran aku" tapi percayalah sebenarnya anda sangat mahir untuk tidak mahir dalam apa jua bidang.. tidakkah itu unik? kah kah kah
Continue Reading

Friday, March 11, 2011

tak boleh ke melawak sambil berdakwah?

pertama kali dalam sejarah blog ni, aku menulis entry yang agak lain dari kebiasaan.. sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni.. disebabkan entry aku baru-baru ini yang banyak menyentuh mengenai aurat dan pemakaian perempuan, ada lah dua tiga individu dikenali yang menyuarakan ketidak puasan hati mereka kepada aku lalu menjadi 'trigger' untuk aku untuk memberanikan diri membalas kritikan dan lemparan mereka terhadap aku..
Continue Reading

Thursday, March 10, 2011

kalau jumpa lelaki macam ni, sila kata macam ni

anda ada rakan yang mulutnya ibarat takdak insuran? mesti ada kan? mustahil anda tak ada rakan yang mulut cakap lepas ikut suka hati dia ja.. entry hari ini adalah berdasarkan pengalaman yang pernah berlaku sewaktu aku duduk di kedai kopi bersama rakan-rakan aku.. ada rakan aku sorang ni jenis tak beradab sikit (andaikan namanya jehan miskin).. mulut tak reti nak kaver.. dia selalu rasa yang dia cakap dengan nada yang super perlahan, tapi hakikatnya sekampung boleh dengar suara dia..
Continue Reading

Wednesday, March 9, 2011

sebelum ada yang terasa dan salah faham

entry aku semalam, membuatkan ramai kawan perempuan aku tanya kat aku "wei! hang kutuk aku ka dalam entry blog hang tu?" lepas tu aku tanya lah balik kat diorang "hang ada tunjuk gambar ketiak berdaki hang tu ka? kalau takda, tak payah la nak terasa" hahahaha.. jadi aku rasa lebih baik aku sediakan penerangan bergambar agar mudah anda semua faham maksud aku dan tiada sesiapa nak terasa atau salah faham dengan entri aku semalam.. malas nak cerita panjang-panjang dah pasal ni.. isu pun dah lapuk dah berzaman orang dok sebut-sebut.. kalau ada jugak nak terasa, silakan~
Continue Reading

eeee.. buruk gila muka perempuan tu

sebenarnya entry ini adalah entry sambungan untuk entry aku semalam.. meletakkan gambar di blog mempengaruhi naik turun sesebuah blog.. ini adalah realiti.. siapa nak nafi, sila kemukakan hujah anda.. hehehe.. blogger yang 'ada rupa' kalau letak gambar sendiri kat blog, sudah pasti mudah mendapat ramai pembaca ataupun peminat.. jadi ini adalah sesuatu perkara yang perlu diambil berat oleh kebanyakan blogger yang terkenal dengan perwatakan 'misteri'.. 
Continue Reading

gambar tubelawak photoshoot untuk 'dewa' remaja

harini aku nak buat kelainan sikit.. aku nak post gambar-gambar sendiri sepertimana kebanyakan blogger perempuan lakukan.. walaupun sebelum ni aku tak penah letak gambar sendiri kat dalam blog ni, tapi kali ini aku memberanikan diri untuk meletakkan gambar aku.. ya! semua ini adalah gambar photoshoot yang diambil oleh photographer profesional sepertimana yang anda boleh lihat bersepah-sepah di internet sekarang ini.. kan sekarang ni ramai sangat model dan photographer kat malaysia :) aku pun nak jadi model jugak! kah kah kah..
Continue Reading

Monday, March 7, 2011

lelaki asia yang super seksi

hehehehe.. entry ini ditujukan khas kepada peminat-peminat VAMPS dan L'Arc-en-Ciel.. bila sebut nama dua band ni, mesti semua tau siapa lelaki paling seksi yang aku nak ceritakan.. ya! hyde namanya.. rasanya cara nak sebut nama dia ni sama dengan "hide" dalam english ataupun "hide-do" dalam bahasa jepun.. kenapa aku cakap dia ni lelaki paling seksi di asia? salah satu sebabnya ialah kerana memang majoriti mengakui bahawa dia ni adalah lelaki yang super seksi.. tapi ada jugak yang kata "tak seksi pun, macam pondan ja".. terpulang mengikut pendapat anda sendiri..
Continue Reading

Wednesday, March 2, 2011

how to dump your girlfriend

ahaha.. hari ini aku nak share dengan anda semua (yang masih belum berkahwin) cara-cara atau langkah yang boleh dibuat untuk tinggalkan kekasih hati anda.. kebetulan baru-baru ini ada rakan aku meminta pendapat aku "wei aku tak suka la kat budak ni, macam mana aku nak tinggal dia?" walaupun aku tak berpengalaman dalam hal-hal macam ni, at least aku bercerita jugak lah kat kawan aku sorang ni.. orang perlu kita jadi pendengar yang setia, so aku melayan ja lah.. kah kah kah
Continue Reading

Tuesday, March 1, 2011

cerita hantu di kedai kopi

pada suatu petang yang damai, aku sedang duduk minum kopi bersama empat orang rakan yang lain di kampung baru kuala-lumpur.. kebetulan pada malam sebelumnya salah seorang rakan aku yang bernama adam mengatakan dia telah nampak hantu ketika melalui jalan berbukit-bukti dari kampung kerinchi nak ke jalan telawi (kl).. jadi berceritalah kami mengenai pengalaman masing-masing melihat kejadian dirasuki hantu oleh mata kepala sendiri.. memang lama kami bersembang sementara tunggu hujan berhenti..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates