kenal syamsul yusof? dia ni la anak kepada yusof haslam.. bapak dia sangat terkenal dulu dengan filem 'sembilu'.. kini syamsul yusof pula mengikut jejak langkah ayahnya untuk mengarah filem.. walaupun syamsul yusof banyak menang award pengarah terbaik la itu la ini la.. tapi aku tak peduli semua tu.. semalam aku baru menonton filem bohsia dan evolusi kl drift II.. aku nak kutuk syamsul yusof.. sesiapa yang minat syamsul yusof dan takleh terima kritikan yang aku nak tulis, sila jangan baca..
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
tutorial prank rakan serumah anda
dah lama aku tak tulis tutorial prank atau share video-video prank kat blog ni.. nak tulis penulisan yang berilmiah la konon-konon.. ahaha.. kadang-kadang kena gak tulis benda merapu.. kalo tak, habis modal aku nak tulis blog.. aku suka kenakan orang.. memang dari kecik, aku takleh tengok kawan-kawan duduk senang.. mesti nak bagi kawan-kawan marah ataupun annoying dengan perangai aku.. kepada yang duduk di hostel atau di rumah sewa bersama kawan-kawan, teknik prank yang aku nak share ni sangat berkesan..
Tuesday, December 28, 2010
maybank2u hack : teknik phishing yang masih berlaku
semalam aku dapat email dari maybank2u kononnya akaun aku memerlukan personal information update (tapi kena request TAC).. ahaha.. memang agak kelakar benda ni kalau difikirkan balik usaha yang dilakukan oleh attacker tu yang menulis script semata-mata untuk menipu user di internet.. selain itu attacker juga telah menulis script spammer untuk menghantar email dari 'hacked host' agar jejak attacker tidak boleh dikesan.. ya.. cara ini (phishing) telah lama wujud di internet tetapi masih ramai yang terperangkap dengan jerat attacker seperti ini..
part time modelling la sangat
"saya buat part time modelling" statement ni mesti korang sendiri pernah dengar dari mulut manusia-manusia yang perasan kacak dan perasan lawa kan? toksah tipu la tak pernah dengar ada orang mengaku macam tu.. entry ini sekadar nak meluahkan perasaan aku yang dah menyampah gila babi kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereka seorang model sambilan.. model sambilan konon.. setakat ambik gambar free untuk kawan-kawan takpun jadi model habuan belanja makan boleh la.. kah kah kah..
Wednesday, December 22, 2010
mengenal ciri-ciri lelaki super sejati
lelaki sejati.. perkataan ini melambang kekuatan dan kemegahan seorang lelaki.. sekiranya ada individu yang digelar sebagai 'lelaki sejati' beerti individu tersebut adalah lelaki yang gagah, kuat, berani, macho, kacak, pencinta wanita dan lain-lain.. tapi apa kata sekarang ini kita gunakan perkataan ini kepada lelaki-lelaki diluar sana untuk mengingatkan kemungkaran atau kesilapan yang dilakukan ketika hidup di dunia ini.. pendek kata, perkataan ini juga boleh digunakan sebagai perkataan perli kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereka itu 'best' dan super hebat..
Tuesday, December 21, 2010
tubelawak kembali menulis blog
setelah hampir seminggu tak update blog, tubelawak kini kembali untuk menulis blog.. ahaha.. baru-baru ini tubelawak sengaja mengambil cuti yang panjang melancong justeru menenangkan otak dari segala kecelaruan dan segala masalah.. tapi mood tubelawak masih agak tenang membuatkan tubelawak kurang idea untuk menulis benda-benda mengarut dan merapu didalam blog ini.. inilah masalah yang sering dihadapi kebanyakan penulis.. perubahan mood dan keadaan sekeliling mempengaruhi style penulisan..
Wednesday, December 15, 2010
siri bercakap dengan jin : versi lawak
ada yang tidak percaya dengan kejadian dirasuk jin ni dan ada juga yang tidak percaya dengan amalan-amalan sihir seperti nasi kangkang, pelaris, guna-guna, dan sebagainya.. untuk pengetahuan anda, sihir, ilmu hitam, jin, dan segala bentuk amalan khurafat ini memang ada dan wujud.. didalam Al-quran pun ada menyebut mengenai sihir tapi islam mengharamkan sihir sekeras-kerasnya.. jadi berhati-hatilah.. jauhkan diri dari menghampiri perkara-perkara syirik dan sihir ini..
Sunday, December 12, 2010
budak-budak sekarang ni memang teruk
budak-budak sekarang ni memang teruk.. itulah apa yang selalu diperkatakan oleh segelintir orang dewasa atau kaum veteran yang hidup di zaman sekarang.. aku sangat-sangat tidak setuju dengan penyataan ini.. bukan untuk menegakkan sesuatu yang salah.. memang ramai budak-budak atau remaja sekarang yang suka melakukan perkara mungkar, maksiat dan perkara yang sia-sia.. tapi itu tidak membuktikan generasi baru ini memang teruk.. penyataan ini sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh di negara kita..
Saturday, December 11, 2010
mari belajar simpulan bahasa melayu
hari ni aku nak share ngan anda semua video-video berkaitan simpulan bahasa melayu.. kepada yang taktau apa itu simpulan bahasa, simpulan bahasa ini ialah 'kiasan' atau bentuk peribahasa yang paling mudah.. biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.. zaman sekarang ni, simpulan bahasa dah semakin dilupakan kerana wujudnya bahasa-bahasa urban seperti poyo, kerek, bohsia, rempit dan lain-lain..
Friday, December 10, 2010
budak comel menyanyi lagu anuar zain?
adakah anda masih mengingati si gadis comel yang terkenal melalui rancangan "sony : detik bersama handycam"? video gadis ini meletup-letup kerana dia telah menyanyikan lagu anuar zain dengan sangat comel.. bahkan anuar zain juga telah menjadikan video gadis comel ini sebagai intro sebelum anuar zain mempersembahkan nyanyian beliau dalam konsert apa tah, aku tak ingat.. memang dahsyat impak gadis comel ni.. sampaikan kat youtube pun ada video dia dengan tajuk "cute korean girl singing".. ahahaha.. orang luar pun nak mengaku warga negara diorang..
Thursday, December 9, 2010
fenomena zee avi dan kantoi
siapa yang tak kenal artis malaysia yang berasal dari miri sarawak dan berjaya mencipta nama melalui internet ini.. "zee avi" nama yang kini sudah tidak asing lagi sebagai anak seni yang mampu mencipta lagu dan menyanyikan lagu dengan merdu.. namun ada juga pihak yang mengatakan bahawa zee avi ni seorang yang sombong dan tak mampu mempersembahkan persembahan live dengan baik.. aku tak kenal dan tak pernah jumpa zee avi.. jadi lebih baik korang baca entry berkaitan dari orang yang mengenali zee avi sendiri..
Tuesday, December 7, 2010
binary dalam kehidupan
mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi aku untuk blogpilihan malaysia 2010 (BPM).. jasa anda semua tak terbalas.. aku sayang hampa semua!! mmmuah! haha.. jadi untuk membalas jasa anda semua, ketika aku demam aku telah terfikir untuk menulis satu syair khas kepada pembaca blog tubelawak yang kononnya 'lawak' dan penulis kini sedang syok sendiri kerana menang undian BPM.. kah kah kah.. aku pun taktau kenapa selepas sembuh dari demam selama hampir lima hari, aku tergerak hati untuk menulis entry luar biasa ini..
kontroversi youtube user bernama tsimfuckis
entry ini mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah pihak.. tsimfuckis aka chick3n little ini ialah seorang yang mengalami hutchinson gilford syndrome.. akal dan pemikirannya waras tetapi jasadnya tidak begitu normal seperti orang lain.. walaupun begitu, aku sangat mengaguminya kerana berani menghasilkan video yang mendapat hits yang tinggi di youtube.. tapi tsimfuckis mendapat kutukan hebat oleh orang ramai kerana dia mempamerkan gayanya yang konon-konon 'ghetto lifestyle'..
Saturday, December 4, 2010
perdana menteri pun boleh demam
harini aku demam.. aku demam sebab aku juga adalah manusia biasa yang takleh mengelakkan diri dari penyakit-penyakit kebiasaan seperti selsema, batuk, dan sakit tekak.. kejadian seperti ini adalah biasa untuk semua manusia.. perdana menteri ataupun artis adalah tidak terkecuali.. tapi pernahkah kita mendengar berita bahawa perdana menteri demam? sepanjang hayatku, aku tak pernah mendengar berita yang menyatakan mana-mana perdana menteri sesebuah negara mengalami demam..
Thursday, December 2, 2010
kekasih hatiku sakit tekak yang amat serius
harini aku agak keletihan dan penat kerana kurang tidur sepanjang minggu ini.. setiap hari aku hanya mampu tidur untuk tempoh 2 atau 3 jam sahaja.. kenapa? kerana aku sedang sebok menjaga kekasih hatiku yang dijangkiti sakit tekak dan batuk kering yang amat serius.. apa boleh buat.. disebabkan perasaan 'sayang' yang mendalam, aku tetap berusaha keras untuk menyiapkan semua kerja-kerja dan dalam masa yang sama, aku perlu menjaga kekasih hatiku serta membawanya ke hospital setiap hari.. inilah yang berlaku apabila 'seorang lelaki mencintai seorang perempuan'.. aku sanggup lakukan apa saja asalkan si dia bahagia..
Wednesday, December 1, 2010
dadah jenis syabu ais ice batu kristal ada dijual disini
syyyhhh.. harini syaya nak syerita kat anda syemua mengenai syabu.. kepada yang langsyung tidak tahu mengenai syabu (methamphetamine), syabu ialah syejenis dadah yang meransyang tenaga, tumpuan, deria, dan kesyedaran.. syabu juga digelar syebagai ais, ice, batu, kristal, kaca, berlian, diamond ataupun stone disyesyetengah tempat di malaysia.. di luar negara pula, syabu lebih dikenali syebagai 'crystal'.. syaya menulish entry ini syekadar pengalaman yang didengari ok, bukan dari pengalaman syaya syendiri..
Monday, November 29, 2010
kulit cantik dan badan langsing mengalahkan artis?
ini entry menaikkan semangat untuk anda yang tidak ada keyakinan terhadap diri sendiri.. khasnya untuk wanita.. sesetengah wanita tu langsung takda keyakinan dalam diri bila dirinya jarang dipuji cantik, anggun, lawa, kiut, comel, dan lain-lain.. kalau anda merasakan diri anda tidak cantik anda sebenarnya salah!! semua orang pun cantik.. dan kecantikan ini juga bergantung kepada mata yang memandang anda.. lain orang lain pendapat kan.. kalau anda tetap merasakan anda tidak cantik, ayoh! bertindak sekarang dan berusahalah untuk memperbaiki diri anda..
Saturday, November 27, 2010
kisah sedih : percintaan yang menyayat hati
haha.. aku tak pernah tulis entry sedih lagi kan? selalunya lawak merapu, serius, fakta dan lain-lain kecuali sedih.. ni kali pertama aku nak buat entry sedih untuk korang semua.. sila jangan salah paham, bukannya aku suka tengok kawan-kawan atau pembaca semua sedih.. cuma kadang-kadang, memang kita perlu merasai perasaan sedih.. kalau takda perasaan sedih dalam jiwa ni, mungkin hati kita sudah mati.. sebab tu lah ada manusia yang berani buat kezaliman terhadap manusia lain.. sifat 'ihsan' tu sudah hilang dalam diri..
Friday, November 26, 2010
alasan untuk tidak makan diluar rumah
masa arwah bapak aku ada lagi kat dunia ni, dia cukup pantang untuk makan diluar sekiranya tidak ada alasan kukuh untuk masak sendiri dan makan dirumah.. tapi kadang-kadang tu boleh juga makan diluar contohnya kalau berkelah ka, sambut harijadi ka, dan lain-lain.. dulu kalau nak travel jauh contohnya pulang ke kedah dari kuala lumpur, mak aku akan masak siap-siap dan 'tapau' untuk dimakan ketika perjalanan.. hahaha.. memang famili aku jarang makan diluar.. sejak usia aku meningkat dan berjauhan dengan famili ni ja aku kerap makan diluar bersama rakan-rakan..
Wednesday, November 24, 2010
danjo dance? miku hatsuno? wtf?
inilah yang dikatakan bila terlampau canggih dengan teknologi, pemikiran pun jadi tak betul.. hahaha.. danjo dance ni tarian apa pun aku tak tahu sebenarnya.. tapi aku agak kecewa sebab aku ditemukan dengan video ini ketika bersiar-siar di internet.. ketika hati sedang riang gumbira, pasti akan berasa mundur dan suram selepas menonton video yang aku nak share hari ni.. kah kah kah.. orang jepun ni memang pelik.. kalau aku ada banyak duit, aku nak beli nuclear untuk bom hiroshima buat kali kedua..
Tuesday, November 23, 2010
editing video seram yang lebih menyeramkan
sebenarnya video prank mengejutkan ini aku dah tonton semasa aku masih di bangku sekolah lagi, dimana pada permulaan video ini menggambarkan ketenangan seperti sebuah kereta melalui lorong yang berliku dengan bukit dan rumput yang menghijau.. siapa yang tak tenang tengok keadaan macam ni kan? memang rilek dan tenang pada permulaan, tapi pada pengakhiran sedikit chelaka dan membuatkan ramai yang terkejut dengan video ini.. ok, itu cerita lama..
Sunday, November 21, 2010
masa untuk berehat dan tenangkan diri
harini, tubelawak sangat bersyukur kerana segala kerunsingan, masalah dan bebanan yang perlu tubelawak lalui untuk tahun ini sudah pun berakhir.. jadi tubelawak nak rilekkan otak dan rilek-rilek jap.. malas nak pikir idea untuk menulis.. malas untuk menulis panjang-panjang.. enjoy video yang super cool ini.. walaupun dah penah post, tapi tubelawak nak post lagi skali.. suka hati la nak share banyak-banyak kali pun.. kah kah kah kah kah kah kah (gelak sebab puas hati semua keja dah settle).. yay!!
Friday, November 19, 2010
hiburan reverse engineer dan perempuan cantik
reverse engineering ini adalah satu topik yang general untuk diperkatakan.. kebanyakan pekerja dalam bilang forensik, kimia, pengaturcaraan komputer, psikologi dan lain-lain turut boleh digelar sebagai reverser.. dalam bidang komputer, mereka yang pandai melakukan reverse engineering inilah yang layak digelar hacker ataupun orang yang mahir mengenai komputer.. macam dalam rancangan 'CSI crime scene investigation' tu, bagi aku semua tu adalah reverse engineering untuk mendapatkan maklumat mengenai kes jenayah yang berlaku..
Thursday, November 18, 2010
video spoof remaja beromen tepi jalan
semalam aku takdak keja nak buat dowh.. so aku luangkan sedikit masa aku lebih kurang 10 minit untuk menghasilkan video spoof kepada video yang sedang hangat diperkatakan iaitu video remaja beromen tepi jalan dowh.. aku sangat berharap remaja dalam video tu menonton video ni agar terbuka mindanya untuk memahami apakah pandangan masyarakat terhadap mereka yang tak malu melakukan perkara terkutuk di tempat terbuka dowh.. kesian kat mak bapak diorang terpaksa menerima 'kemaluan' kerana sikap anak-anak yang teruk macam tu dowh.. hahaha dowh.. kah kah kah dowh..
Wednesday, November 17, 2010
siapa heliza helmi dan helmi eliza
hahaha.. dua nama ni hampir sama.. heliza helmi dan helmi eliza elias.. mula-mula skali aku nak ceritakan mengenai heliza helmi.. siapa dia ni? heliza helmi ialah seorang selebriti kelahiran akademi fantasia musim ke 5.. heliza ni spesial sikit sebab dia antara pelatih akademi fantasia yang berhijab atau dalam erti kata lain sentiasa mengenakan tudung di kepala.. aku suka heliza, dia comel dan nampak perwatakan dia baik sikit dari artis yang lain.. ahaha..
Tuesday, November 16, 2010
speed painting ana raffali khas dari tubelawak
ni antara first video dari aku yang aku rasa ada sedikit 'kesungguhan' dari aku untuk menghasilkan sesuatu.. sebelum ni semua video yang aku edit dan letak kat blog tubelawak ni dihasilkan dengan cincai-cincai ja.. sebelum tu aku nak ceritakan sikit kenapa lukisan ana raffali? alasan aku ialah sebab aku rasa dia salah seorang insan seni yang layak dipuji.. itu ja.. hahaha.. lagipun ramai kawan-kawan selalu mintak tolong carikan mp3 lagu ana raffali ni.. aku suka lagu dia aku suka nyanyian dia.. lagipun ana raffali ni cantik.. sebagai seorang lelaki yang pervert, takkan la aku tak suka pada perempuan cantik? kah kah kah
Sunday, November 14, 2010
artis baru bakal terkenal melalui youtube
sedar tak sedar, arus masa sungguh cepat berlalu.. kejayaan siti nurhaliza yang dahulunya terkenal melalui 'bintang rtm' dikatakan mustahil untuk dicapai oleh orang lain.. tapi kini, penyataan itu sudah tak boleh diterima pakai.. teknologi memudahkan insan seni lebih menyerlahkan diri melalui internet dan mampu mengaut keuntungan berganda.. dah ramai individu yang berjaya menempa nama melalui internet.. ada yang terkenal kerana memiliki paras rupa, watak yang kelakar, gaya yang mampu menarik perhatian, video blog menarik, suara merdu dan lain-lain..
Saturday, November 13, 2010
kisah cinta penggodaman pertama di malaysia
kalau anda semua perasan, semua direct link video di tubelawak adalah link ke URL wcrayon.com.. ya! wcrayon.com adalah domain aku sendiri.. pada mulanya, aku ingin menggunakan domain ini untuk menulis blog yang ilmiah tetapi terhenti di separuh jalan.. aku lebih selesa menulis penulisan kisah cinta seperti di dalam blog tubelawak ini kerana aku adalah seorang yang romantis (betul!).. wcrayon.com ini ibarat kekasih hati aku sendiri.. aku sayangkan wcrayon.com .. tapi kini, aku hanya membiarkan wcrayon.com ini digunakan oleh orang ramai untuk meletakkan link atau blog entry mereka..
Friday, November 12, 2010
jawapan seorang CEO kepada perempuan cantik
baru-baru ini, aku terbaca artikel mengenai reply CEO J.P Morgan kepada perempuan cantik yang merasakan dirinya layak dijadikan isteri oleh orang-orang ternama dan kaya.. pendek kata, seperti gadis kampung cantik yang berimpian tinggi untuk berkahwin dengan anak dato' atau dato' itu sendiri.. kah kah kah.. hal ini tidak sama seperti di malaysia kerana aku rasa, orang kaya di malaysia ni kebanyakannya (tak semua) bukannya dari golongan cerdik pandai sangat pun, tapi lebih kepada sosial engineer.. kan? sebab tu lah wujud istilah-istilah kipas bos, kaki bodek, kroni kerajaan, jilat pungkoq menteri dan lain-lain..
Thursday, November 11, 2010
istilah baru : aku terkentut-kentut dalam kehidupan seharian
hari ni, hari paling suram bagi aku.. aku pun tak tahu kenapa.. pagi hari, aku keluar rumah dengan rasa suram balik rumah pun masih rasa suram.. disebabkan muka aku yang super ganas dan suram ini, rakan aku bertanya kepada aku "wei! awat muka hang teruk sangat hari ni? macam ada masalah ja".. di saat aku ingin menjawab persoalan rakan aku itu, aku terkentut dengan enak sekali.. lalu aku tersasul "aku terkentut-kentut kesuraman!" atau dalam erti kata lain, "im feeling fuckin gloomy today" yang membawa maksud terlampau suram,super suram,melebihi batasan dari kebiasaan..
Tuesday, November 9, 2010
teknik menjimatkan masa & tidak lambat ke tempat kerja
dulu aku pernah bekerja di sony emcs penang dimana department aku diketuai oleh orang jepun.. seperti yang semua orang tahu, orang jepun ni disiplin diorang dalam kerjaya sangat tinggi.. diorang juga sangat menepati masa dan struggle maut dalam melakukan sesuatu kerja.. sebab itu kita boleh lihat di dalam drama-drama jepun dimana ada menunjukkan perangai orang jepun yang bekerja sambil ikat kain tertulis "berusahalah" di kepala.. itu memang berlaku di jepun (bos aku yang cakap, aku tak pernah pergi jepun lagi)..
Monday, November 8, 2010
uum portal dan keikhlasan di hati
semalam aku telah menonton satu filem pendek yang agak menghiburkan aku.. video ini dihasilkan oleh, errr.. aku tak pasti student ka bekas student ka apa ni.. tapi produk dari universiti utara malaysia lah pendek kata.. aku tergerak hati untuk menulis entry ini kerana di akhir video ini ada tertulis "kebanyakan manusia yang sering mengucapkan ikhlas ketika membantu insan lain mereka sebenarnya mengharapkan balasan dan ganjaran".. boleh jadi isu dan topik hangat untuk dibicarakan.. hahaha.. apa-apa pun, statement ini adalah statement yang positif ok..
Sunday, November 7, 2010
dalam sepuluh cakap satu nombor
haha.. aku takda banyak benda nak review pasal video ni.. sebab nanti orang kata aku racist pulak.. biasa lah.. bila jenaka yang dibuat oleh kaum lain diterima sebagai jenaka yang melampau dan extra ordinary, orang akan cakap kita racist.. sebab penerimaan orang tak sama tambahan pulak kita manusia ni semuanya berbeza pendapat.. apa-apa pun ini entry yang tidak racist.. ini adalah entry 1malaysia!! kah kah kah.. bik mama mesti suka tengok video ni kerana video ini selaras dengan matlamat perdana menteri kita..
Saturday, November 6, 2010
manusia air terjun / manusia air pancut
sempena musim banjir ni aku nak share koleksi video aku berkaitan manusia yang boleh menghasilkan air terjun atau air pancut.. rumah aku di kedah kini turut serta dinaiki air.. walaupun aku berasa sangat sedih, tapi apa boleh buat.. hidup mesti diteruskan.. haha.. kepada mangsa-mangsa banjir diluar sana, aku doakan semoga korang tabah menghadapi dugaan.. sama-sama doa untuk mempermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir yang tinggal di utara malaysia..
Thursday, November 4, 2010
luangkan masa anda bersama keluarga tersayang
aku rasa sesiapa pun akan merasai keadaan yang sama seperti aku dimana waktu kecil dulu dapat dirasakan hubungan dengan keluarga tidak kiralah bersama ibu, bapa, adik, kakak atau abang memang sangat rapat dan intim kan? tapi apabila dibawa arus masa masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, masa yang terluang bersama keluarga sudah kurang tidak seperti waktu kecil dahulu.. aku masih belum berkahwin, mungkin aku tidak layak lagi untuk memberikan pendapat berkaitan hubungan dengan adik-beradik yang masing-masing sudah berkahwin..
Wednesday, November 3, 2010
banjir di kedah november 2010
Alor Star : Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak semalam. Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.
Tuesday, November 2, 2010
epilog berdarah seorang pembunuh
aku seorang manusia yang sangat dingin.. ramai yang tidak boleh mengagak perangaiku kerana aku adalah seorang yang jarang berkata-kata dan lebih banyak mendiamkan diri.. ketika dizaman persekolahanku, aku pernah ditanya oleh guru "apakah hobi kamu di masa lapang?" dan aku menjawab persoalan itu dengan hanya sepatah perkataan iaitu "berfikir".. ramai rakan-rakan yang lain mengatakan aku seorang yang 'psiko' dan 'gila'.. mungkin kerana mereka susah untuk mendekati aku lalu mereka berkata bukan-bukan kepadaku..
Monday, November 1, 2010
kenapa lisa surihani? bukan fasha sandha?
kalau sesiapa yang selalu follow fan page tubelawak kat facebook, korang boleh tengok aku selalu tag lisa surihani dalam status sandiwara percintaan aku.. dalam penulisan aku pun kadang-kadang aku selalu sebut nama lisa surihani.. memang aku saja nak bagi peminat-peminat lisa surihani cemburu dengan aku (cemburu tanpa sebab) hahaha.. sampai ada kawan aku pun pesan "hang selalu sangat tulis pasal lisa.. dah muak aku baca wei" jadi aku nak tamatkan episod cinta aku dengan lisa surihani dalam entry ni..
Saturday, October 30, 2010
sering diganggu stalker? pervert? lelaki gatal?
entry ini ditujukan khas kepada kaum wanita/perempuan.. disebabkan sejak kebelakangan ini, kedengaran banyak cerita ada diantara anda semua (wanita/perempuan) yang diganggu oleh stalker, pervert atau dalam erti kata lain diganggu orang yang tidak dikenali justeru membuatkan anda rasa terancam, aku nak share satu teknik 'baikkk punyaa' dengan anda semua cara untuk membuatkan stalker anda menyampah dengan anda.. sekiranya anda mengikuti segala langkah yang aku beri ni, aku sangat yakin tiada siapa lagi mahu mengganggu hidup anda semua.. hahaha
Friday, October 29, 2010
perubahan manusia - diri sendiri atau orang sekeliling?
dulu aku sangat meminati rancangan superhero seperti kamen rider, space sheriff gavan, dan power rangers.. kini mungkin kerana pemikiran aku sudah sedikit matang, walaupun aku menonton kembali episod-episod kegemaran aku di waktu kecil dahulu aku tidak boleh menerima dan merasai keseronokan seperti dulu.. aku sendiri tak sedar perubahan minat aku terhadap perkara-perkara seperti ini.. sama juga seperti tora, ding dang, dan jojo.. "kenapa aku tidak menyukainya seperti dulu" soal aku kepada diriku sendiri..
Thursday, October 28, 2010
sudut pandangan mata dan hati lelaki
entry ini adalah untuk menjawab statement saudari nur aqilah dalam entry jiwang aku semalam.. saudari nur aqilah tak salah langsung.. statement dia sangat tepat.. ini bukan entry kondem ok! cuma nak memberikan pendapat aku apa yang sebenarnya berlaku di antara komuniti manusia ini.. hahaha.. saudari nur aqilah mengatakan bahawa lelaki ni memang sukakan perempuan yang cantik, lawa, cun dan bla bla.. ya! aku akui.. semua orang pun sukakan benda yang cantik-cantik kan? sebab kita semua manusia biasa..
Wednesday, October 27, 2010
cinta dunia galaksi bimasakti
dulu, ketika zaman persekolahan aku amat meminati seorang gadis ini.. aku tidak pernah jemu untuk memikat hatinya walaupun agak susah untuk berkomunikasi dengannya.. dia cantik.. dia ayu.. dia lawa.. dia cun, dia best, dia comel dan segala-gala mengenai dia aku anggap sempurna.. setelah berkali-kali timbul tenggelamnya purnama, aku berjaya memikat hatinya.. selama tujuh tahun aku dilimpahkan kasih sayangnya.. tapi chenta itu tidak kekal dan aku ditinggalkan oleh dia yang aku sayangi selama ini..
zikrihusaini.com telah membuatkan tubelawak marah!
kali ni, zikri husaini (zikrihusaini.com) pula telah membuatkan tubelawak ingin menulis entry khas untuknya.. beliau telah membuatkan tubelawak sangat marah.. aku rasa mesti ramai blogger lain yang kenal zikrihusaini.. beliau sangat beradab sopan dan pandai menjaga hubungan sesama insan.. sebelum ini, tubelawak tidak begitu kisah sangat apa-apa yang dilakukan oleh zikri husaini.. tapi selepas dari tarikh tertentu ini, tubelawak menjadi sangat marah kepada zikri husaini..
Tuesday, October 26, 2010
maafkan aku kerana aku melayu
lepas menulis mengenai personality konspirasi fida aishah, aku mendapat kutukan hebat dari peminat-peminat fida.. sekiranya korang merasa aku melakukan kesalahan sila berfikir kembali adakah aku menabur fitnah? adakah aku menulis tanpa bukti kukuh? banyak statement yang kaitkan aku dengan 'melayu' kalau korang nak kata aku menjatuhkan melayu, sila check ranking alexa blog fida sekarang.. kah kah kah.. ya! melayu memang suka menjatuhkan melayu.. jadi aku nak tulis sikit pendapat aku berkaitan melayu..
Monday, October 25, 2010
fida aishah dan teori konspirasi
ini bukanlah entri konspirasi berkaitan the new world order.. tapi aku menulis hari ini kerana timbul curiga dan timbul persoalan terhadap seorang blogger yang menjadi konspirasi.. kah kah kah.. disebabkan dulu aku pernah buat entry khas untuk fida aishah, jadi ramai blogger yang lain bertanya kepada aku, siapa fida aishah? jawapan aku ialah aku tak kenal dia langsung.. aku sekadar menyukai penulisan dia dan aku teruja mendengar lagu-lagu yang kononnya dimainkan oleh fida di blognya..
Saturday, October 23, 2010
kebaikan dan keburukan multi-level marketing MLM
aku rasa pasti ramai diantara korang semua yang dah muak mendengar ceramah atau kata-kata peransang dari ahli-ahli MLM kan? pengalaman aku sendiri ketika melepak di kedai makan ada promoter MLM ni nak promote kat sekumpulan kawan ni tapi lepas tu kena tumbuk sebab kacau orang nak lepak (kononnya ambik masa 5 minit tapi dia duduk sampai dekat setengah jam) hahaha.. mungkin salah promoter dan mungkin juga salah mamat yang tumbuk tu.. tapi pendapat aku sendiri, promoter MLM ni suka perkecilkan pekerjaan orang lain.. mungkin sebab tu dia kena tumbuk..
Friday, October 22, 2010
dua kejadian dalam satu masa dan lensa yang berbeza
aku rasa mungkin ada yang pernah tengok video ni dan ada yang tak pernah tengok lagi.. aku tergerak hati untuk menulis kerana aku dapat rasakan sesuatu yang menarik untuk direnungkan dalam video ini.. ehehehe.. dua kejadian menarik berlaku dalam satu masa.. ianya telah dirakamkan oleh lensa yang berbeza dan kedua-dua rakaman ini telah diupload di youtube oleh user yang juga berbeza.. aku cuma merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua video ini.. sekarang mari kita enjoy hubungkait diantara kedua-dua video ini..
iphone review : 3 alasan untuk memiliki iphone
walaupun aku tak memiliki smart phone, tapi aku tetap tak mahu ketinggalan mengikuti perkembangan teknologi.. oleh itu aku sentiasa membaca artikel-artikel terbaru mengenai smart phone, gadget-gadget canggih, komputer dan bermacam-macam lagi.. aku ada sorang kawan ni, sangat anti dengan teknologi.. aku tak tahulah samada dia tidak mampu untuk memiliki, bodoh teknologi atau memang sengaja menimbulkan konspirasi dengan berpendirian sebagai seorang yang 'fuck technology'.. dia juga ada mengeluarkan statement seperti 'alaaa, iphone tu kau pakai sebulan lepas tu kau boring la'.. kah kah kah.. aku tak kisah kawan-kawan nak bagi pendapat..
Thursday, October 21, 2010
tubelawak nak berhenti blogging
tubelawak nak berhenti blogging.. itulah yang telah aku fikirkan selepas dapat masalah bertubi-tubi dari pendengki.. aku pun taktau apa salah aku sampai orang nak dengki dengan blog aku.. mungkin kerana aku suka kutuk manusia gay ataupun aku selalu mengatakan lelaki kebanyakan pervert, jadi ramai berusaha menjatuhkan aku (atau aku ja yang perasan orang nak jatuhkan aku).. mujurlah aku ni jenis manusia yang tidak mudah mengalah, sukakan cabaran, rajin, berbudi bahasa, tidak pernah giveup dan bersemangat patriotik.. kah kah kah
Wednesday, October 20, 2010
mulakan hari anda dengan ceria : senaman pagi yoga
mulakan hari anda dengan ceria.. ya! mood korang di waktu pagi akan mempengaruhi hari yang akan korang lalui.. jadi sentiasalah mulakan hari korang semua dengan ceria.. kalau orang islam, solat subuh pun dah cukup untuk menenangkan jiwa kita di pagi hari.. selain itu, korang juga boleh melakukan senaman ringan seperti menari atau lompat bintang sambil senyum di hadapan cermin.. pasti akan muncul 'self confident' yang tinggi dalam jiwa anda untuk menempuh detik kehidupan harian korang..
video pasti gelak - cabaran tahan gelak
hahaha.. sebenarnya kat youtube tu ada banyak cabaran-cabaran untuk menonton video tapi kena tahan gelak (try not to laugh challenge).. setakat sekarang aku tak pernah tewas lagi dengan cabaran-cabaran seperti ini sehinggalah aku ditemukan dengan video dari break.com yang agak susah untuk dimenangi kerana cabarannya ada banyak peringkat.. aku yakin korang juga akan gelak atau ketawa atau senyum ketika menonton video ini.. percayalah! kalau korang tak gelak, mungkin korang adalah manusia yang mengalami terlampau banyak masalah dalam hidup..
Tuesday, October 19, 2010
lawak gila babi sampai terberak?
nama blog aku tubelawak.. tapi bukan setiap hari aku post benda lawak sebab aku nak selitkan jugak unsur kebaikan dan nilai-nilai murni dalam penulisan aku.. tapi hari ni aku nak share ngan korang video super lawak yang boleh membuatkan korang terberak dikhalayak ramai.. entry ini adalah request dari user facebook fanpage tubelawak dimana user itu meminta lawak yang extremely luar biasa dan boleh membuatkan viewer terberak-berak ketika menonton.. aku sahut cabaran user tersebut dengan menulis entry ini..
Monday, October 18, 2010
vagina ada di jual.. siapa nak beli?
inilah kali pertama aku menonton iklan yang mengiklankan 'vagina'.. bukan calang-calang punya vagina.. tapi supreme vagina! ya.. dalam erti kata lain, vagina ini adalah tahap terhebat dan 'tahap dewa'.. aku rasa takda lagi mana-mana negara yang mengiklankan vagina di kaca televisyen.. ini adalah yang pertama di dunia.. jepun ni memang pelik-pelik.. nak kata bodoh, tapi banyak hasilkan teknologi baru.. betul lah orang kata kalau terlebih pandai pun, boleh jadi bodoh balik..
kenapa kita perlu jaga adab di facebook
hehehe.. ramai orang selalu memberi teguran kepada wanita agar jagalah aurat anda sekiranya ingin meletakkan gambar di laman sosial seperti faceebook, myspace dan lain-lain.. tapi aku rasa, sekarang ni orang dah muak dah dengar benda macam tu.. so diorang takkan peduli dengan nasihat macam tu.. ada juga aku tengok orang buat video nasihat untuk kaum wanita agar menjaga aurat, lepas tu owner boleh pulak kena bantai dengan reader dan viewer.. kah kah kah.. orang melayu ni memang susah nak nasihat..
Saturday, October 16, 2010
hadapi dengan tenang : entri rilek otak
harini aku nak post entry yang rilek.. sebelum tu aku nak nasihat kat korang, kalau ada masalah ka apa ka, jangan cuak-cuak.. rilek ja.. kalau melambak keja tak siap pun, tak payah rushing siapkan keja.. rilek ja.. walaupun esok mungkin akan kena marah dengan bos sebab kerja tak siap, abaikan masalah-masalah itu semua.. rilek ja.. habis kuat pun, bukannya bos tu nak bunuh korang kan? dia marah ja.. jadi tak payah nak pening-pening, tak payah nak serabut-serabut.. rilek-kan otak.. rilek-kan badan..
loghat utara : pala otak hang baQ hang!
wei! baru-baru ni ada orang kata aku tak bangga jadi oghang utagha baQ hang.. alasan dia keh aku dok tulih dalam blog loghat aku skema tak macam loghat utagha pon.. ni aku nak habaQ kat hampa semua ni, tobat aih aku bangga jadi oghang utagha.. tapi aku saja la tulih dalam loghat yang senang oghang dari negeri lain nak paham.. bukan pa, kadang-kadang bukan semua oghang buleh teghima loghat atau buleh paham loghat negeri lain dari depa..
Thursday, October 14, 2010
webcam bogel awek clubbing
dengan adanya title seperti ini, aku yakin lebih ramai yang akan membaca entry aku harini kan? ahaha.. dah baca, sila tinggalkan komen.. aku nak tau pendapat anda semua berkaitan manusia spesis ini.. aku agak menyampah kerana setiap hari pasti ada keyword berkaitan dengan 'spesis' mereka ini di tubelawak.. dan ada juga manusia spesis ini memarahi aku di fanpage tubelawak kerana mereka mengatakan aku diskriminasi terhadap spesis mereka.. kah kah kah
orang gila / sakit mental sangat ramai di malaysia
orang gila atau orang yang sakit mental adalah orang yang tidak boleh berfikir secara waras seperti orang kebiasaan.. kalau yang kita selalu tengok di jalanan tu, biasanya mereka ini adalah orang gila yang menghadapi tekanan dalam hidup.. dan tidak waras sejak lahir pula ialah mereka yang berpenyakit seperti sindrom down dan lain-lain (kalau salah tolong betulkan ya).. aku nak fokus kat orang gila yang bukan gila sejak lahir.. sebab sekarang ni terbukti kalau kita pergi mana-mana pun, boleh terjumpa dengan orang gila kan?
Wednesday, October 13, 2010
kepada yang buta IT, pelajarilah IT
information technology adalah topik general yang merangkumi pelbagai aspek tidak kiralah media yang berkaitan text, gambar, bunyi, dan video.. zaman sekarang ni ramai dah mampu memiliki kamera DSLR dan gadget-gadget untuk merakamkan bunyi atau video.. jadi kepada yang tidak mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti mudah tertipu dengan apa yang dilihat melalui gambar, video ataupun bunyi yang didengari.. walaupun di kampung halaman aku yang dahulunya satu kawasan yang sangat terpencil dan tidak maju, kini kampung halaman aku sudah ada 'cyber cafe'..
Sunday, October 10, 2010
proton inspira waja lancer baru 2010
agak kebosanan hari ni tak tau nak buat apa.. kepada sesiapa yang belum mengetahui mengenai kereta baru proton yang bakal muncul di bulan hadapan (nov 2010), korang sebenarnya dah ketinggalan cerita panas automotif di malaysia.. ya! waja lancer bakal dikeluarkan.. rupa bentuk sebijik macam waja.. dengar cerita dan ura-ura, 95% sebijik dengan mitsubishi lancer.. engine sebijik! body sebijik! teknologi sebijik! dan bla bla sebijik! harga pasaran masih belum diketahui..
gerry alanguilan : pakcik sengal on youtube
kepada korang yang pernah tengok video pakcik sengal di youtube, korang pasti tau betapa manisnya senyuman pakcik ni.. ahaha.. harini aku nak buat sedikit pendedahan mengenai pakcik ni.. pakcik ni berasal dari filipina dan bernama Gerry Alanguilan.. berdasarkan video senyumannya yang meletup-letup di internet, dapat dilihat suasana rumahnya agak sempit dan baju 'pagoda' dia yang menggambarkan macam pakcik ni orang biasa ja.. sebenarnya pakcik ni agak luar biasa..
Saturday, October 9, 2010
entry penuh perkataan kesat / mencarut (jangan baca)
pukimak kau! burit mak hang! lancau! butoh! pantat! ya itulah semua kata makian yang selalu dilafazkan oleh rakyat malaysia.. kalau korang semua perasan, terdapat jurang didalam skills mencarut ini diantara bangsa kita dengan bangsa lain.. kebanyakan orang kita suka menyebut nama anggota tubuh badan seperti kote, cipap, teloQ, peliaQ, pelir, pantat, puki dan bermacam-macam lagi.. ini adalah bercanggahan dengan bangsa lain.. mereka menganggap carutan yang dilafazkan oleh bangsa kita sangat aneh dan tak "menusuk kalbu"..
Thursday, October 7, 2010
gambaran apabila mabuk arak atau dadah
kepada korang semua yang pernah mabuk arak atau dadah tak kiralah muslim ka non-muslim ka, sudah pasti korang tau bagaimana keadaannya bila mabuk.. bila ada kawan-kawan yang bertanya bagaimanakah perasaannya bila mabuk? best ka? mesti korang taktau nak jawab macam mana kan? walaupun korang explain panjang lebar belum tentu diorang akan paham gambaran yang sebenarnya.. jadi harini tubelawak nak bantu semua yang tak pernah merasa mabuk (termasuk tubelawak.. ehehe) untuk mendapatkan feel apakah perasaannya bila mabuk tak kiralah mabuk arak atau dadah..
jadilah diri sendiri atau contohi idola kita?
sepanjang pengalaman aku kat dunia internet ni dari zaman friendster, myspace sehinggalah ke facebook aku tengok ramai orang yang letakkan ayat-ayat seperti "jadilah diri sendiri" atau quote-quote dari orang terkenal (albert einstein, linus torvalds, dan lain-lain) di status atau di profile seseorang itu.. jadi aku terfikir adakah perlu kita hidup tanpa satu impian iaitu "jadilah diri sendiri" ataupun kita perlu berimpian untuk menjadi seperti seseorang yang telah terkenal justeru meniru gaya atau perwatakan idola kita..
Wednesday, October 6, 2010
kini semua orang boleh jadi superman
jika dulu orang mengatakan bahawa superman itu hanyalah khayalan semata-mata, kini dengan adanya teknologi yang canggih ciptaan manusia, semua orang pun boleh jadi superman.. tidak percaya? ya! samalah seperti manusia di zaman hang tuah, adakah mereka percaya di masa hadapan wujudnya kenderaan yang boleh terbang seperti helikopter, kapal terbang ataupun jet pesawat? sudah pasti hang tuah pun tepuk dahi atau terkencing dalam seluar sekiranya melihat kenderaan yang mampu terbang di langit kan?
Saturday, October 2, 2010
lagi video kantoi main dalam bilik
hujung minggu ni aku agak sebok menyiapkan kerja-kerja aku, jadi aku takmau tulis panjang untuk entry aku kali ni.. aku telah dikejutkan dengan video kantoi main dalam bilik yang terbaru ini semalam.. kawan aku yang share video ni.. bila dah lama-lama tengok video ni aku terfikir, tidak malukah mereka ini dengan jiran-jiran sekeliling? kalau aku ditempatnya, sudah pasti aku takkan buat macam tu sebab nampak 'tak profesional' dan sudah pasti mengantoikan diri..
Thursday, September 30, 2010
maxis versus digi iphone 4
owh sekarang ni sedang bertarung dua kuasa besar yang memonopoli rangkaian perhubungan komunikasi di malaysia iaitu maxis dan digi.. kedua-dua mereka ini mengeluarkan pakej plan perkhidmatan berserta dengan iphone 4.. kenapa perlu guna iphone 4? iphone 4 memiliki sistem operasi yang mampu melakukan multitasking, high definition video recording, 5 megapixel kamera dan bermacam-macam lagi.. pendek kata, kalau kat kedai makan kita cucuk-cucuk iphone 4, awek cun dan hot akan datang menghampiri kita.. kah kah kah..
kita semua manusia biasa - sambungan entri untuk anonymous
post aku semalam (link) telah mendapat komen yang sangat memberansangkan kerana aku mengeluarkan ayat yang mencabar 'anonymous' diluar sana.. aku tidak mengatakan bahawa aku melarang anonymous meletakkan komen negatif.. cuma aku sedikit 'tak syok' komen negatif kurang dari user yang meletakkan nama/email sendiri..
Tuesday, September 28, 2010
kenapa mesti komen bodoh datang dari anonymous?
aku rasa bukan aku sorang ja yang mengalami dan merasai perkara ini.. sebenarnya ini bukanlah satu isu besar dikalangan rakyat malaysia.. tapi ianya telah menjadi satu budaya atau fenomena dimana komen-komen kurang menyenangkan, komen-komen bodoh, komen-komen kritik, komen-komen maki hamun dan segala komen-komen negatif kebiasaanya di-submit oleh user "anonymous".. hanya sebilangan kecil yang menggunakan nama sendiri atau username sendiri untuk mengkritik sesuatu penulisan blogger-blogger di malaysia..
Saturday, September 25, 2010
video tak lawak tapi lawak - zzzz7889uil versus MBB
mampukah korang melakukan aksi yang tak lawak tapi mampu membuatkan orang ketawa berdekah? ya! sangat susah bukan? tak ramai orang mampu melakukan aksi yang tak lawak tapi lawak.. contohnya video pakcik mr bean malaysia kita ni (link).. dah berulang kali aku post kat tubelawak tapi video ini masih segar dan fresh kelawakannya.. kah kah kah.. tapi itu bukan tajuk utama aku untuk hari ini..
Friday, September 24, 2010
tips melemparkan senyuman menggoda
senyumlah.. percaya atau tidak, dengan hanya memberi senyuman kita mampu meredakan tekanan orang lain atau persepsi seseorang terhadap kita.. senyum juga adalah sedekah.. jadi kenapa tidak senyum? bukan susah pun.. bahkan ianya memberi pulangan yang positif kepada kita.. aku suka senyum.. dulu aku selalu mengaplikasikan senyuman aku ketika membodek cikgu/lecturer dan juga bos aku.. percayalah! 100% daripada mereka ini tewas dengan senyuman.. ahahaha..
Thursday, September 23, 2010
cikgu sekolah die hard fan stacy
cikgu adalah orang yang patut dihormati dan ditempatkan selepas kedua ibu bapa kita.. ya! aku sangat menghormati cikgu-cikgu aku.. walaupun dulu aku adalah seorang pelajar yang SANGAT nakal di sekolah, namun aku tetap akan menegur cikgu-cikgu aku sekiranya terserempak di mana-mana.. aku sangat bersyukur kerana diberi peluang belajar dan mampu menimba ilmu sehingga aku adalah aku sekarang.. terima kasih cikgu!
Wednesday, September 22, 2010
bagaimana menasihati pasangan agar berhenti merokok
baru-baru ini, ada kawan aku berjaya berenti merokok.. bila aku tanya camna boleh berenti? dia cakap, awek dia dah beli macam-macam kat dia, beli rokok elektronik (e-cigar) beli ubat tu, ubat ni, kaedah tu kaedah ni.. last-last kawan aku cakap dia tak sampai ati tengok awek dia dok habiskan duit sebab nak beli benda-benda camtu untuk dia dan dia terus berenti merokok.. bagus gila awek kawan aku tu..
Tuesday, September 21, 2010
rakyat malaysia super berbakat besar di youtube
selepas munculnya bintang-bintang youtube seperti sinta dan jojo dari indonesia, moymoypalaboy dari filipina, boxxy dari america, dan lain-lain bintang youtube atau pencetus fenomena2 ini, mesti ramai rakyat malaysia yang ternanti-nanti dan mencuba untuk menjadi bintang melalui youtube kan? perkara ini telah diambil serius oleh pihak media dan individu tertentu untuk mengambil kesempatan atas mereka yang terkenal di youtube..
Friday, September 17, 2010
sinta and jojo : keong racun
zaman skarang ni macam-macam cara boleh jadi femes dan kaya.. haritu aku ada post pasal dua orang adik beradik dari filipina (moymoypalaboy) yang berjaya mencipta nama melalui youtube.. kali ini di indonesia pula muncul dua orang gadis chomel bernama sinta dan jojo berjaya menempa nama di tanahair mereka sendiri kerana melakukan lip sing di youtube.. mula-mula aku ingatkan diorang ni biasa-biasa ja.. tapi selepas membuat carian di google baru aku tau bahawa mereka ni telah menjadi fenomena di indonesia..
Monday, September 13, 2010
pandulah dengan cermat, ingatlah yang tersayang
owh.. dah lama aku tak update blog.. sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua.. aku agak busy menyambut hari raya di kedah.. sebab tu blog posting aku terabai.. kepada korang yang dah selamat sampai ke kampung, alhamdulillah bersyukurlah kita kepadaNya.. dan kepada korang yang nak pulang ke rumah kembali, pandulah dengan cermat ya.. tubelawak sayangkan korang semua.. tak syok la bila ada cerita orang eksiden2 ni.. ehehe..
Tuesday, September 7, 2010
ตรวจสอบผลสลากกินแบ่งรัฐบาล
kenapa tajuk entry aku kali ni sangat aneh dan pelik? apa maksud 'ตรวจสอบผลสลากกินแบ่งรัฐบาล' ni? nak tau maksud dia? ตรวจสอบผลสลากกินแบ่งรัฐบาล bermaksud 'goverment lottery result check'.. kenapa aku letak tajuk macam ni? sebab minggu ni orang thailand tengah gila berjudi.. sehingga top keyword kat google dipenuhi dengan keyword-keyword judi.. kah kah kah.. memang lawak..
Monday, September 6, 2010
dragon ball evolution? aku kecewa!!
sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.. aku peminat komik dragon ball sejak kecil.. setiap episod dalam komik dragon ball tak pernah aku ketinggalan.. akira toriyama (pelukis dragon ball) boleh dikatakan seorang yang genius kerana mampu memberikan impak yang sangat besar kepada dunia.. komik dan karektor ciptaan beliau dikenali ramai.. tiba-tiba muncul satu makhluk bernama james wong muncul untuk mengadaptasikan filem dragon ball evolution.. arghh!!
Saturday, September 4, 2010
justin bieber asia ada penyakit autism?
entry ini adalah sambungan kepada entry 'justin bieber asia' kerana baru-baru ini aku telah ditegur oleh seorang sahabat dari indonesia kerana mentertawakan orang yang kurang upaya atau memiliki sejenis penyakit mental iaitu autism.. sebenarnya justin bieber asia bermisai ini bernama Dan Johnson Externon dan berasal dari filipina..
bayi boleh menyelam? boleh terapung?
bayi boleh menyelam dan terapung ka? persoalan ni dah muncul dalam kepala otak aku sejak kecik lagi.. dulu aku tengok cover album nirvana la yang membuatkan aku terfikir pasal ni.. zaman tu mana ada lagi teknologi canggih nak edit gambar, jadi aku memang yakin bahawa gambar itu adalah 'real' dan bukan hasil editing.. jadi ntah kenapa aku tergerak hati nak research sikit pasal ni aku pun taktau.. ahaha..
Thursday, September 2, 2010
justin bieber asia
video ni dah lama aku upload kat youtube dan facebook.. sebenarnya aku takda modal nak tulis mengenai dia nih.. sebab tu aku just share video macam tu ja (tak letak kat blog pun).. tapi semalam ada kawan aku tanya "wei, yang justin bieber tu hang dah letak ka dalam blog? wajib tonton tuh!" jadi aku pun tergerak hati untuk meletakkan video ni kat sini.. ehehehe..
Tuesday, August 31, 2010
hishamuddin rais - negara ciplak
semalam ialah hari ulang tahun kemerdekaan negara kita.. aku cuma melepak di kedai makan bersama 7 orang rakan aku yang lain di shah alam.. semalam aku melepak, dan hari ini aku bicara tentang kemerdekaan.. sudah tentu orang akan kata "kau pun kaki lepak, lepas tu nak cakap tentang kemerdekaan.. minda kau pun sama ja cam orang yang dijajah".. eh? aku melepak dan aku nak bicara apa-apa pun suka hati aku lah.. kah kah kah..
Monday, August 30, 2010
fesyen tudung seksi : cara pakai shawl
jangan kata aku gila pulak letak video cara pakai shawl dalam blog tubelawak ni.. sebenarnya aku agak pelik dan hairan bila tengok perempuan pakai shawl ni.. macam berbelit-belit ja lilitan kain tudung tu.. dalam hati aku terfikir "eh kalau bersolek sejam, tambah pakai shawl plak konfem lebih dua jam perempuan ni bersiap".. rupanya tanggapan aku salah.. takda la lama sangat nak lilit shawl ni.. ahaha..
berlatih menyanyi ikut pitching dan rentak yang betul
haritu masa aku upload video aku menyanyi (tag myvlog).. ramai kutuk suara aku tak sedap.. ya memang suara aku tak sedap.. tapi aku tetap nak menyanyi gak!! peduli apa aku.. kah kah kah.. skarang ni, aku duduk rumah sewa pun aku suka melalak kuat-kuat walau kawan-kawan aku kata suara aku tak sedap.. aku tetap buat kering dan masih melalak juga.. sebab bagi aku, menyanyi ni boleh meredakan stress selain menumbuk dan menendang punching bag..
Sunday, August 29, 2010
video pergaduhan di penang : shempoi punya cukop!
video ni aku dapat dari kawan aku.. dia share kat facebook dan aku taktau siapa owner asal video ni.. tapi video ni memang syok habis! ahaha.. disamping video ini menyeronokkan, ia juga mengajar kita agar menjaga bahasa dan loghat kita sebagai budaya turun temurun.. kalau bukan kita yang menjaga loghat bahasa kita sendiri, siapa lagi yang nak jaga?
Friday, August 27, 2010
sambungan temubual DJ dan perempuan materialistik
post aku semalam mendapat komen yang agak memberansangkan.. terima kasih kepada pengkomen dan pembaca semua.. jadi aku nak ceritakan pulak pendapat aku berkaitan kes samad, dj radio dan awek yang materialistik.. sekarang ni, orang melayu kita ramai yang menganggap kewajipan memberi nafkah tu sama macam memberi kemewahan..
Thursday, August 26, 2010
temubual pengacara X FM dengan perempuan materialistik
entry ni aku khaskan kepada lelaki-lelaki yang baru putus cinta atau pernah ditinggalkan oleh perempuan atau teman wanita atau isteri atau awek atau girlfriend dan sebagainya.. ahaha.. memang perit kalau ditinggalkan.. sebab aku sendiri pernah mengalami keadaan ni.. aku ditinggalkan sebab perempuan tu materialistik, tapi sebab lain.. sebab apa? rahsia.. ahahaha
Sunday, August 22, 2010
produk baru tubelawak : new malaysia ping site
wahahaha.. setelah sekian lama aku mensia-siakan penggunaan domain name aku, kini dengan penuh rasa gembira dan ketawa berlinangan airmata, aku nak promote satu lagi ping site baru untuk blogger-blogger malaysia.. khas untuk submit blog url korang, justeru meningkatkan lagi ranking dan backlink.. ahahaha.. tak perlu registration, tak perlu pengaktifan akaun.. korang cuma perlu letakkan banner kecik tu ja..
boyzondanet mengganas lagi dengan video baru
kepada sesiapa yang masih belum mengenali boyzondanet, dia nih merupakan seorang pakar alih suara dan dubbing video kepada video yang super kelakar dan menghiburkan.. aku pun tak kenal dia nih sebenarnya.. tetapi aku sekadar tahu mengenai channel youtube dia yang menggunakan username 'boyzondanet'.. video yang dia upload baru ada empat, tetapi jumlah hits channel dia sudah mencecah 500,000..
Saturday, August 21, 2010
budak perempuan ceramah dalam loghat kelantan
ceramah beerti memberikan kata-kata positif atau mengajar perkara yang baik kepada orang ramai atau individu.. diantara faktor yang menjadikan penyampaian ceramah itu berkesan ialah menyelitkan unsur jenaka dalam penyampaian, mengalunkan suara lantang yang mudah difahami dan ada style tersendiri yang membuatkan orang ramai teruja atau berminat untuk mendengar apa yang ingin kita sampaikan..
Thursday, August 19, 2010
video seram dan ganas tapi sangat comel
kepada sesiapa yang tidak sukakan keganasan dan perkara-perkara yang menyeramkan, aku harap korang tak tonton video yang aku nak share hari ini.. video hari ini adalah super ganas dan super menakutkan.. selain itu, video ini juga sangat comel.. ahaha.. boleh bayang tak macam mana keadaan video seram dan ganas tapi comel ni? haaa.. sila kerahkan imaginasi korang untuk meneka apakah video ini..
Tuesday, August 17, 2010
burung nuri hafal dan baca surah Al-Quran
semalam aku menulis mengenai entry anjing yang boleh bercakap bahasa manusia.. memang aku sengaja dan merancang untuk berkongsi video anjing bercakap itu terlebih dahulu sebelum berkongsi video burung nuri untuk hari ini.. ramai yang terkejut melihat anjing boleh bercakap kan? tapi hari ini, korang pasti akan lebih terkejut selepas melihat video burung nuri ini..
Monday, August 16, 2010
mishka si anjing serigala yang boleh bercakap
mungkin ramai diluar sana yang masih belum mengenali mishka.. mishka adalah video blogger yang sangat terkemuka.. video blognya telah ditonton oleh jutaan penonton.. sekiranya ada sesiapa yang mahu berjinak-jinak dengan dunia video blogging, mungkin korang boleh jadikan mishka sebagai idola korang dalam berblogging.. kah kah kah.. apa yang hebat sangat dengan mishka ni? mishka sebenarnya adalah seekor anjing serigala (husky dog) yang boleh bercakap
mengimbau zaman belajar membaca / mengaji Al-Quran
setiap orang islam perlu belajar membaca Al-Quran.. kerana Al-Quran adalah petunjuk kepada kita semua.. zaman aku mula-mula belajar alif ba ta dulu, kami belajar menggunakan muqadam.. tapi sekarang ni dah tak ramai guna muqadam mungkin kerana buku-buku seperti 'iqra' dan 'qiraati' lebih membantu dalam pembelajaran membaca Al-Quran..
Sunday, August 15, 2010
waka waka shakira adalah hasil gagal?
setelah hampir 2 bulan musim world cup 2010 meninggalkan kita, kini baru aku tahu dan sedar sebenarnya video clips waka waka nyanyian shakira itu adalah hasil yang gagal.. dikatakan, penerbit tergesa-gesa untuk mengejar dateline lalu memilih shakira secara kebetulan di kedai makan dan meyiapkan rakaman waka-waka itu selama seminggu.. kali pertama aku menonton video clips waka-waka itu aku berfikir "eh? macam ni ja ka video clips untuk world cup?, cam hampeh ja pun".. kini, persoalanku telah terjawab..
Saturday, August 14, 2010
lafaz niat puasa dan doa berbuka
tiba-tiba aku teringat kembali scene dalam video upin dan ipin dimana opah mengajar upin dan ipin lafaz niat puasa dan doa berbuka.. jadi aku dengan muka tak malunya, telah cut video tu dan share kat sini.. jutaan terima kasih aku nak ucapkan kepada penerbit, producer dan crew-crew upin & ipin.. semoga video aku tak di-remove kerana masalah copyright.. ahaha..
cara nak kejutkan orang untuk bangun bersahur
kepada korang yang duduk rumah sewa beramai-ramai (kebanyakannya student), sudah pasti menghadapi masalah untuk mengejutkan kawan korang yang sedang tidur untuk bangun bersahur kan? aku juga susah untuk bangun dari tidur.. bukan kerana liat atau malas untuk bangun, tetapi memang susah untuk tersedar dari tidur.. jadi aku nak share ngan korang tip atau taktik baru untuk memudahkan kerja mengejut rakan serumah bangun dari tidur..
Thursday, August 12, 2010
permataku by mirwana : lagu untuk mak aku
baru-baru ni ada sorang kawan aku, juga seorang anak yatim piatu sejak kecik suruh aku nyanyi lagu bertajuk permataku dari kumpulan nasyid mirwana.. aku tak pernah dengar pun lagu ni.. tapi bila aku dengar, baru aku tau kenapa kawan aku ni sukakan lagu ni.. mungkin juga dalam hati dia, dia nak sampaikan pesanan-pesanan ni kepada arwah ibu dan bapak dia..
Tuesday, August 10, 2010
pelik tapi benar : anjing tunggang lembu
selama aku hidup ni, aku tak pernah lihat perkara pelik seperti ini berlaku.. aku tinggal di kedah.. aku selalu melihat manusia menunggang lembu atau kerbau untuk memudahkan manusia menguruskan sawah padi.. badan lembu memang gagah.. percaya atau tidak, kalau kereta langgar lembu pun, kebarangkalian yang mungkin berlaku ialah kereta itu remuk teruk dan lembu mampu berjalan seperti biasa.. jadi sekiranya kampung korang banyak lembu, berhati-hatilah dijalan raya..
Saturday, August 7, 2010
strange kid singing / budak aneh menyanyi
video yang aku nak share hari ini ialah video yang meletop-letop kat youtube, dimana video ini mendapat (sekarang ini) sebanyak 3 juta hits.. mula-mula aku ingatkan video ni tak lawak sebab pada permulaan, budak ni rilek ja pun.. tapi bila dah lama sikit, dia makin menjadi-jadi.. ahaha.. menyampah pun ada, rasa nak terajang pun ada.. kalau korang jenis panas baran, aku sarankan agar korang takyah tengok video ni..
Friday, August 6, 2010
pelik tapi benar : puteri berlian & gadis kristal
dah lama nak tulis pasal ni, tapi asyik terlupa ja.. ahaha.. kepada sesapa yang tak pernah dengar tentang gadis kristal atau puteri berlian, korang boleh tengok artikel ni link.. gadis kristal ni femes pada taun 2006 2007 camtu, aku tak brapa ingat.. kat malaysia ni setakat yang aku dengar, dah ada dua kes yang sama macam ni.. sorang tu digelar gadis kristal dimana gadis ini telah ditemuramah oleh rancangan tv3 "pelik tapi benar" dan sorang lagi ialah puteri berlian..
Thursday, August 5, 2010
seo tips : teknik meningkatkan trafik melalui seo
harap maaf, ini bukan entry tutorial ataupun langkah-langkah untuk mendapatkan tempat di enjin carian (search engine) seperti google, yahoo, ataupun bing.. aku cuma nak buktikan kat korang semua bahawa entry aku semalam bukan sekadar entry biasa tetapi aku sisipkan tajuk dan penulisan yang membolehkan pervert-pervert mendarat di laman web yang selamat melalui enjin carian.. terbukti teknik ini, mampu menyelamatkan generasi akan datang agar tak terjebak atau ketagih dengan laman web lucah (porn site)..
Tuesday, August 3, 2010
GRR : sungai tekala dan semenyih dam
hari ahad yang lepas tubelawak telah berkelah di sungai tekala bersama rakan-rakan tubelawak.. kami melakukan aktiviti BBQ di sungai tekala yang tidak jauh dengan pekan semenyih.. apa yang menyeronokkan ialah aktiviti ini dihadiri seramai 46 orang rakan termasuklah tubelawak sendiri.. memang gempak dan memang best.. memang meriah.. tapi cuma yang tak seronoknya air sungai di kawasan sungai tekala itu tidak begitu dalam.. kebanyakannya cetek-cetek ja..
Sunday, August 1, 2010
idea FYP untuk pelajar jurusan fizik dan mekanisma
hari ini aku agak keletihan sebab baru lepas balik dari sungai tekala.. jadi malas nak tulis panjang-panjang.. masa berada di sungai tekala aku teringat satu ciptaan indah dari theo jansen (founder kinetic sculpture dan theo jansen mechanism).. entah dari mana datang ilham untuk menulis entry ni aku pun taktau, mungkin kerana theo jansen ada mencipta raksasa laut jadi apabila aku berada disungai, aku bayangkan laut pada masa yang sama..
Saturday, July 31, 2010
idea FYP untuk pelajar jurusan manufacturing
entry kali ni khas kepada student manufacturing atau bidang-bidang lain yang berkaitan.. aku kurang arif pasal bidang ni tapi aku ada jumpa video yang sangat super cool mungkin boleh menjadi cetusan idea untuk korang memikirkan tajuk untuk FYP korang.. dulu ada kawan aku hasilkan sikat rambut untuk final year project diorang pun boleh dapat 'A'.. aku tak pasti dari aspek apa penilaian terhadap produk yang dihasilkan.. kawan aku kata, nak hasilkan sikat rambut bukannya senang sebab memerlukan pengiraan dan kerja yang sangat halus..
Friday, July 30, 2010
idea FYP untuk pelajar jurusan multimedia
kebanyakan pelajar jurusan multimedia menghasilkan video 3D sebagai final year project (fyp) mereka.. sekiranya korang membuat carian di youtube pun, memang banyak video 3d yang buatan malaysia diupload oleh pelajar-pelajar yang telah berjaya menyiapkan final year project mereka.. tapi aku agak kurang menggemari animasi 3D.. mungkin kerana dari hasil penilaian, kita boleh menilai melalui render 3D yang dibuat, ketelitian menghasilkan karektor dan lain-lain..
Thursday, July 29, 2010
again! mak mohd khairuddin 2nd video
baru sangat aku post entry mengenai video mak mohd khairuddin (video pertama) dimana video leteran ibunya diletakkan dalam campaign youthsays (promosi yang berbayar).. kini muncul pula video kedua dari ibunya.. video ini telah diupload pada 27 july dan telah mencecah hampir 2000 viewer.. mungkin video ini diupload oleh ibunya mohd khairuddin sendiri atau mungkin ada orang lain yang meletakkan video ini di youtube..
Wednesday, July 28, 2010
lagu yang mengingatkan aku tentang mati
sebelum ini aku ada ceritakan serba sedikit tentang diri aku di blog ini (lagu untuk anak), aku adalah anak yatim sejak berumur 7 tahun.. di saat arwah bapak aku menghembuskan nafas yang terakhir, aku sedang menantikan rancangan animasi kesukaan aku.. jadi seperti biasa sebelum bermulanya rancangan animasi itu, mestilah ada lagu intro kan? sehingga kini sekiranya aku terdengar lagu ini, aku akan teringatkan saat-saat arwah bapak aku menghembuskan nafas yang terakhir..
Tuesday, July 27, 2010
teka teki yus rajalawak yang mencabar minda
aku suka teka-teki.. selalunya kalau melepak dengan kawan-kawan aku dan semua dah pakat-pakat 'blur' tak tau nak sembang apa, kitorang akan main teka-teki.. dalam otak aku ni ada beratus-ratus teka-teki yang boleh dilemparkan untuk menghiburkan rakan-rakan yang suram kerana tiada topik untuk disembangkan.. dalam banyak-banyak teka-teki yang aku ingat, semuanya logik ataupun berdasarkan kiasan-kiasan halus yang sukar dijangka..
Sunday, July 25, 2010
bila si ibu kenal webcam dan youtube
video ni aku dapat dari link campaign youthsays.. mungkin ramai dah tengok video ni tapi aku nak letak juga untuk tatapan kali kedua korang ataupun untuk mereka yang belum menonton video ini.. video ini asalnya ditujukan oleh ibu mohd khairuddin kepada mohd khairuddin sendiri.. tapi aku heran macam mana video ni boleh ada kat campaign youtsays? ahaha
Friday, July 23, 2010
video kucing yang super laju dan comel
hari ni aku sangat busy dengan keja aku.. banyak benda nak kena buat dan banyak benda masih tak disiapkan.. aku tensen dan aku sangat bad mood hari ni.. tapi video kucing ini telah menceriakan hari aku yang suram ini.. terima kasih wahai kucing.. ahahaha.. aku kembali happy! tak sia-sia aku buat blog tubelawak ni dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk berblogging mengenai video2 yang menceriakan hari-hariku.. aku puas!!
Thursday, July 22, 2010
simian line atau garis lurus tapak tangan
simian line? apa tu? simian line ini ialah syndrome yang berlaku kepada sesetengah individu dan boleh dikatakan berlaku hanya 1% daripada 1000 kelahiran.. ianya berkait rapat dengan genetik ibu dan bapa.. mereka yang digelar simian liner ini, memiliki garis lurus di tapak tangan dan tidak sama seperti orang lain.. ada juga simian liner yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka memiliki tapak tangan biasa.. jadi punca berlakunya simian line masih belum diketahui dari segi saintifik..
Wednesday, July 21, 2010
NC1253HZ6? kod rahsia dari dedy corbuzier
sebenarnya kod ini telah lama diberikan oleh pakar mentalist ataupun psikik yang bernama dedy corbuzier sebelum bermulanya world cup 2010 sebelum ini.. beliau mengatakan kod ini adalah kunci untuk mengetahui pasukan manakah yang bakal memenangi world cup 2010.. kod ini bertujuan untuk membuktikan penyertaan masyarakat umum tidak kira muda atau tua untuk cuba memecahkan kod rahsia ini dengan cara tersendiri..
sultan kelantan kena ambushed?
pada asalnya, perkataan 'sultan' ini ialah kata nama abstrak bahasa arab yang bermaksud kekuatan, kuasa, atau kedudukan pemerintah.. kemudian, perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik.. perkataan sultan kemudian mempunyai beberapa maksud dalam konteks-konteks tertentu..
Tuesday, July 20, 2010
disebalik kelembutan dan kecantikan
lain orang lain pendapat.. ada kawan aku sukakan perempuan yang nampak 'kuat' kerana dikatakan mampu melakukan kerja sendiri dan boleh stand alone.. tapi kebanyakan kawan-kawan aku lebih menyukai perempuan yang cantik dan kelihatan lembut.. orang tua-tua selalu berkata, jangan nilai buku dari kulit luarannya.. ahaha.. jadi entry aku hari ni, nak membuktikan bahawa luaran yang lembut dan sopan santun belum tentu sama seperti dalamannya..
Sunday, July 18, 2010
plkn : program latihan khidmat negara
program latihan khidmat negara merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di malaysia.. ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni..
Friday, July 16, 2010
review : angah hotdowgs taman pknk alor star
sesiapa yang berhajat untuk datang atau melancong ke alor star, anda semua mestilah datang ke "angah hotdowgs" yang terletak di taman pknk alor setar kedah.. kedai makan ini sangat spesel kerana hotdowg yang dijual, dibuat menggunakan resipi rahsia yang jarang kita temui di malaysia atau dimana jua hotdowgs berada.. tambahan pula gerai hotdowg ini sangat ceria dan havoc dengan telatah pengunjung dan pemilik gerai..
pemasaran produk ubat besarkan payudara
baru-baru ini aku ada terjumpa satu video seorang perempuan china yang dikatakan tidak berpuas hati selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya kerana perempuan china ini berpayudara kecil (A cup).. selepas membuat sedikitk kajian bersama pakcik google baru aku tau cerita sebenar disebalik video amarah perempuan china ini..
Thursday, July 15, 2010
tukar tiub dan tube lawak
sekiranya anda sedang mencari blog tukar tiub milik hishamuddin rais, sila klik sini.. sini ialah blog tube lawak milik johny depp (wow!).. setiap hari, mesti ada visitor yang sampai ke blog aku ni berdasarkan keyword seperti 'tukar tiub', 'tukar tube', 'isham tube' dan sebagainya.. mungkin kerana sebutan tube lawak dan tukar tiub hampir sama.. tapi ejaannya berlainan sama sekali
octopus paul / sotong paul bersara? kenapa?
sotong paul (paul the octopus) yang menjadi tukang nujum yang menghangatkan piala dunia 2010 dikatakan tidak akan meramal lagi apa-apa perlawanan bolasepak selepas ini.. nampaknya sotong Paul ni akan tinggal sejarah dan menjadi legenda bolasepak.. sotong paul dilahirkan di inggeris dan tinggal di sebuah akuarium di sea life centre di oberhausen, jerman..
Continue Reading
Wednesday, July 14, 2010
masih ingat anak gadis kecil yang comel ini?
aku rasa sudah ramai diantara korang yang pernah menonton video anak gadis kecil korea ini.. tapi ini sebenarnya adalah video lama.. pertama kali aku menonton video ini adalah sekitar tahun 2004 dan 2005.. aku sangat terhibur dengan kecomelan anak kecil ini.. bukan setakat comel, anak kecil ini juga dikatakan 'super genius' kerana mampu melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya..
Tuesday, July 13, 2010
lawak vuvuzela yang telah diharamkan
pihak berkuasa hal ehwal agama islam emiriah arab bersatu kelmarin mewartakan fatwa yang melarang masyarakat islam meniup kuat trumpet popular piala dunia 2010 iaitu vuvuzela sehingga melebihi kadar 100 decibel.. akhbar-akhbar negara teluk itu melaporkan, keputusan dibuat dengan alasan bunyi vuvuzela pada kadar minimum itu yang menyamai bunyi bising kereta api bergerak laju boleh memudaratkan pendengaran pengguna dan orang di sekitarnya..
Monday, July 12, 2010
video mengimbau zaman persekolahan
seperti biasa.. aku suka mengimbau kenangan silam zaman persekolahan aku.. entah kenapa tiba-tiba datang ilham dan mood untuk edit video tak berfaedah macam ni.. masa aku tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku bersekolah di kolej sultan abdul hamid dimana sekolah ini terdiri dari pelajar lelaki sahaja (all boys).. kenangan di sekolah, adalah kenangan manis dan terindah dalam hidup aku.. sekolah banyak mengajar aku erti kehidupan.. cehwah!
Sunday, July 11, 2010
soalan killer daripada anak-anak
selepas membaca entry yang ditulis oleh weed, aku terfikir sejenak apa yang patut aku jawab bila anak-anak bertanya "bayi keluar dari mana?".. aku saja menulis entry ini untuk mengetahui pengalaman korang yang sudah berkahwin dan sudah memiliki cahaya mata.. apa yang akan korang akan jawab bila anak-anak korang tanya soalan killer macam tu?
Saturday, July 10, 2010
mari belajar hacking dengan ramzi si penggodam
mungkin di masa kini, masih ada individu yang tidak menggunakan komputer dan tidak memiliki internet connection di rumah.. tetapi, di masa hadapan internet akan menjadi keperluan setiap orang.. contohnya seperti wujudnya sekolah-sekolah bestari, online banking, pendaftaran institusi pengajian tinggi dan lain-lain.. sekiranya sesetengah individu generasi kini tidak mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti individu itu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek..
Friday, July 9, 2010
pengamal ilmu kebal paling berbahaya
sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.. penggunaan istilah sihir dalam alam melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam..
Thursday, July 8, 2010
tabiat buruk coach germany (joachim loew)
sebelum musim world cup habis, aku nak share ngan korang semua video tabiat buruk coach germany.. tabiat buruk dia ni menunjukkan yang dia ni seorang pengotor.. bukan sekadar makan taik hidung sendiri, malah mencium bau ketiak sendiri di tepi padang.. adakah ini satu amalan sihir yang digunakan untuk melayakkan germany ke peringkat akhir world cup? ahahaha
Continue Reading
Wednesday, July 7, 2010
review bundle seringgit gunung keriang kedah
dah lama tak buat review kat tubelawak.. hari ni aku nak cerita sikit pasal kedai pakaian terpakai atau bundle seringgit di gunung keriang kedah.. kepada mat-mat bundle yang sukakan pakaian bundle, korang kena datang ke bundle seringgit ni.. bukan sekadar boleh dapat pakaian murah dan berjenama terpakai, tapi boleh dapat keseronokan ketika mencari pakaian.. ahaha.. best kan?
Continue Reading
Tuesday, July 6, 2010
pos malaysia : jawatan kosong
pos malaysia merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di malaysia.. syarikat ini dikorporatkan dari jabatan perkhidmatan pos malaysia milik kerajaan pada 1990.. pada 4 Mei 2010, timbalan menteri kewangan datuk dr awang adek hussin memberitahu dewan negara, pos malaysia rugi RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, transmile group berhad.. ekoran itu, senator datuk musa sheikh fadzir mahu sistem merit bukan 'merit sahabat' dalam perlantikan CEO.
Continue Reading
melayu cina india membentuk 1malaysia versi pondan
1malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan perlembagaan negara dan rukun negara.. ia juga mencerminkan rakyat malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.. ya negara kita terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.. diantaranya ialah melayu, cina dan india..
Monday, July 5, 2010
tips untuk mengawal suara nyanyian metal
sebelum ni aku ada post pasal suara yang super high pitch atau lebih dikenali dengan falsetto.. dan hari ini pula, aku nak berkongsi satu tutorial menarik dari vokalis kumpulan 'into eternity' iaitu stu block.. kepada yang tidak meminati musik metal, tidak mengapa.. aku pasti korang tetap akan terhibur dengan video ini.. mungkin korang juga boleh melakukan latihan seperti ini untuk memantapkan lagi vokal dondang sayang korang..
Sunday, July 4, 2010
entry khas sempena musim world cup
sempena musim world cup ni aku tak update blog secara konsisten kerana tidur aku terganggu untuk menonton perlawanan bola bersama rakan-rakan.. sebelum musim world cup tamat, aku nak cerita sikit kepada korang yang tidak mengetahui fakta menarik tentang perlawanan bola sepak semalam diantara paraguay dan spain.. majoriti peminat yang aku kenal menyokong pasukan spain..
Friday, July 2, 2010
ptptn online : penutupan keseluruhan akaun
abaikan tajuk entry ini kerana aku sengaja meletakkan tajuk seperti itu untuk mendapatkan hits dari search engine.. harini aku nak cakap sikit mengenai bantuan pinjaman pelajaran di malaysia.. bukan aku mahu memboikot mana-mana pihak, aku cuma nak menceritakan pengalaman aku yang aku rasa telah mendatangkan rugi (juga sangat menyesal) kepada aku dan aku tidak mahu terjadi kepada orang lain ataupun kepada pelajar yang ingin mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran di universiti kelak..
Thursday, July 1, 2010
pakar peta dunia berumur 2 tahun
dulu masa sekolah menengah, aku paling benci subjek geografi.. aku tak hafal peta dunia, dan aku juga tak tahu apa hasil bumi atau jenis-jenis tanah yang ada di malaysia.. yang aku tau negeri kedah kaya dengan tanaman padi sebab aku membesar di kedah sejak kecil.. ahaha.. mungkin kerana sejak kecil aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan bukan pilot yang mahir dengan peta dunia.. kini aku tidak lagi bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tetapi aku bercita-cita untuk menjadi kapten kapal lanun..
Tuesday, June 29, 2010
lelaki romantik dalam percintaan
wow! tubelawak bercerita tentang cinta pulak hari ni.. setengah orang berpendapat, romantik itu adalah super jiwang dimana lelaki itu melakukan perkara-perkara diluar kebiasaan seperti memberi sejambak bunga, mengajak pasangan makan di tepi laut dan macam-macam lagi.. aku rasa, semua lelaki pun akan merasakan dirinya tidak romantik kerana pendapat mengenai 'romantik' ini adalah berlainan sama sekali.. ada yang mengatakan lelaki romantik seringkali mengeluarkan kata-kata indah dan ada juga mengatakan lelaki romantik sebenarnya lebih mendiamkan diri kerana terlalu ingin menjaga hati pasangan..
Friday, June 25, 2010
video lawak kucing oh my god!
ramai yang tidak sedar sebenarnya youtube.com juga adalah laman sosial networking dimana user boleh berhubung dengan kawan-kawan serta menghantar message kepada kawan-kawan.. tapi di youtube.com ni spesel sikit, ianya tak sama macam di facebook atau di myspace sebab ada satu budaya dimana user akan mengolah video yang berpotensi untuk mendapat hits yang tinggi.. contohnya seperti video "OMG cat".. hits yang diterima belum mencecah sejuta tetapi ada orang yang berjaya mengolah video itu sehingga melebihi hits video yang asal..
Thursday, June 24, 2010
siapa sukma dermawan dan saiful bukhari?
siapa sukma dermawan? dan siapa pula saiful bukhari? mereka ini adalah pencerita lawak di dunia realiti yang sangat hebat.. kenapa? selalunya orang seperti afdlin shauqi akan mempersembahkan lawak yang kononnya spontan dan pada masa yang sama, penonton akan tertawa selepas mendengar cerita lawak itu.. ini adalah bercanggahan dengan saiful bukhari dan sukma dermawan.. mereka mempersembahkan lawak yang harus difikirkan bertahun-tahun oleh pendengar cerita mereka dan pada akhirnya pendengar akan tertawa kecil didalam hati.. kesan daripada lawak yang disampaikan oleh mereka ini pula mampu menggugat sesebuah negara.. mengikut pendapat aku, mereka ini sangat sesuai diberikan title 'super raja lawak'..
Wednesday, June 23, 2010
video mesti tonton dari tubelawak
aku seorang yang periang dan susah nak marah orang.. sehingga aku dipindahkan ke kuala lumpur, aku dapat rasakan diri aku kadang-kadang agak tertekan dengan keadaan di kuala lumpur ni.. asap banyak, makan tak sedap, trafik sesak, kos hidup tinggi, banyak pemandu mabuk, banyak samseng dan macam-macam lagi adalah diantara faktor kadang-kadang aku berasa stress dan boleh membuatkan aku marah orang.. sebab itulah aku berubah arah dari blog berkaitan ilmu IT kepada blog berkaitan bahan hiburan yang lawak (untuk mengurangkan stress kononnya) ahaha..
Tuesday, June 22, 2010
takiya genji dalam great teacher onizuka?
takiya genji adalah watak utama dalam filem gengster jepun bertajuk 'crow zero'.. nama sebenar pelakon kacak bergaya ini ialah shun oguri.. kini umurnya sudah mencecah 28 (1982) tahun.. ramai yang menyangka dia baru berumur diantara 20 sehingga 25.. sebenarnya shun oguri sudah lama menceburi bidang lakonan tetapi beliau masih belum menempah nama sehingga munculnya filem crow zero.. sekiranya anda perasan, sebenarnya shun oguri juga membintangi drama gto (great teacher onizuka) pada tahun 1999 tetapi tidak ramai menyedarinya kerana dia cuma watak kecil dalam drama itu..
kita perlu ada keyakinan diri
yakin pada diri dan mampu tampil dihadapan khalayak umum adalah sikap yang perlu ada untuk orang yang ingin berjaya dalam hidup.. sesiapa pun pasti ada perasaan malu didalam diri, tapi kalau malu tak bertempat macam mana kau nak jadi ketua dalam sesuatu organisasi? aku pun ada perasaan malu juga.. aku malu kalau aku tak pakai baju ditempat awam.. itu adalah ketetapan minda kita walaupun sebagai orang lelaki islam, menutup aurat itu ialah menutup dari bahagian atas pusat sehingga bawah lutut.. jadi kalau orang nampak nipple aku dikhalayak umum, aku akan berasa malu..
Friday, June 18, 2010
merungkai rahsia perangkap cinta
perangkap cinta atau cinta tiga segi adalah tajuk lagu yang dikatakan tiada penciptanya.. tetapi lagu ini kerap didengari di siaran radio dan di internet.. menurut cerita awal yang aku dengar, pencipta lagu ini menyanyikan lagu ini dipenjara dimana kononnya dia menunggu saat digantung dan dibenarkan membuat permintaan terakhir sebelum dikenakan hukuman gantung.. sebab apa dia digantung, semuanya terkandung dalam lagu perangkap cinta.. dia kecewa dengan teman wanitanya yang curang lalu membunuh teman wanita dan orang ketiga itu..
Thursday, June 17, 2010
jenis suara lelaki - counter tenor (falsetto)
aku suka bermain alat muzik seperti piano dan guitar.. jadi disebabkan aku belajar bermain alat muzik, aku juga turut belajar menyanyi pada masa yang sama.. aku bukanlah pandai sangat mengawal vokal suara aku.. amateur lah katakan.. tapi aku paling benci menyanyikan lagu-lagu yang memerlukan pitch vokal yang rendah, sebab suara aku macam chelaka bila menyanyikan lagu yang berpitch rendah.. aku sukakan lagu yang berpitch tinggi seperti lagu-lagu rock 80an dan 90an seperti kumpulan search, may dan steelheart..
Tuesday, June 15, 2010
video iron man lawak yang mesti ditonton
dalam banyak-banyak superhero, yang aku tau batman dan iron man adalah superhero yang dicipta berdasarkan manusia biasa tapi memiliki gadget atau kelengkapan berteknologi tinggi.. keupayaan kedua-dua super hero ini, adalah tidak mustahil untuk diwujudkan dalam dunia realiti.. tapi hari ni, aku nak post entry berkaitan iron man.. aku suka iron man dari aku kecik lagi.. aku masih simpan koleksi komik marvel iron man tahun 90an.. kepada korang yang tak tengok lagi iron man 2, silalah pergi beli DVD original ya.. iron man best!
Monday, June 14, 2010
lagenda budak setan sebenarnya adalah realiti
hari ni aku agak kurang sihat. jadi aku taknak tulis panjang-panjang.. korang semua mesti tahu tentang novel hasil penulisan ahadiat akashah bertajuk "lagenda budak setan" kan? baru-baru ini, novel ini difilemkan.. aku tak tengok lagi filem tu, tapi aku nak ceritakan sejarah cerita lagenda budak setan ni kat korang semua.. novel ini ditulis berdasarkan realiti hidup seorang budak yang agak kurang ajar di masa mudanya tetapi semakin baik apabila meningkat dewasa.. ya! ianya adalah cerita benar dan bukan cerita rekaan..
Sunday, June 13, 2010
uitm student portal login yang bermasalah
dua tiga hari ni, aku sering mendengar kawan-kawan aku bertanya "wei hang dah check result belum? aku bukak portal tak dapat-dapat, server busy".. begitulah nasib pelajar-pelajar uitm.. result dah keluar minggu lepas tapi masih tidak boleh nak access online student portal.. kesian.. mungkin student ramai sangat kot tambahan pula ada orang jahat yang saja dengki taknak bagi korang check result, diorang dos (denial of service) server uitm tu.. ahahaha.. server uitm sama ja macam server mara online.. lembab cam kungkang (binatang paling lembab di dunia).. ahaha..
siapa dihatiku? luna maya atau prisa?
sekarang ni heboh diperkatakan mengenai video lucah luna maya dan ariel peterpan yang telah tersebar di internet.. jujur aku katakan, tidak terlintas sikit pun didalam kepala hotak aku untuk membuat carian di google untuk mendapatkan video lucah luna maya ini.. tambahan pula pasangannya ialah ariel peterpan.. kah kah kah.. sikit pun aku tak minat.. aku tidak meminati luna maya.. dia tidak mendapat tempat dihati aku..
Saturday, June 12, 2010
video lawak rempit ditahan jpj
selalu orang kata, mat rempit ni samseng, keras kepala, isap dadah, dan macam-macam lagi.. mentaliti orang kita ni memang camtu.. kalau suara ramai mengatakan perkara itu macam tu, macam tu jugakla diterima oleh individu.. pendek kata, orang kita ni suka 'mengikut' dan ikut majoriti.. 'ikut majoriti' ni aku maksudkan dalam erti kata perkara yang tidak sepatutnya ataupun perkara yang sepatutnya membawa kepada kebaikan..
aku ditipu bapak ayam
aku seorang pelajar yang cemerlang di sekolah dulu.. aku selalu mendapat pujian daripada ibu bapa, cikgu dan rakan-rakan.. segala kemahuan aku, tidak pernah ditolak oleh ibu bapaku.. tapi sebenarnya hidup aku sunyi.. aku tiada teman rapat.. aku juga tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan sebaya aku.. selalunya aku keluar melepak sendirian pada hujung minggu.. ibu bapaku sebok dengan kerjaya mereka..
Thursday, June 10, 2010
rtm1 plagiat tahap dewa
sebenarnya dah lama aku nak cakap pasal benda ni.. banyak blogger dok sebok-sebok marah orang copy artikel atau media dari blog diorang.. aku taknak tuding mana-mana pihak sebab aku pun menulis blog berdasarkan video yang entah dari siapa pun aku taktau (kalau aku tau, aku mesti greet).. kadang-kadang tu entry lebih kurang sama pun orang dah cakap kena plagiat.. apa kes? sepatutnya korang berbangga la entry korang kena copy.. itu bermakna korang pandai menghasilkan penulisan..
pengakhiran cerita doraemon & nobita
doraemon adalah karakter yang dicipta oleh fujio f. fujiko dan motō abiko pada tahun 1969.. fujio f. fujiko telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1996 dan motō abiko masih meneruskan perjuangan doraemon sehingga kini.. aku nak ceritakan sinopsis pendek mengenai doraemon.. doraemon ialah robot kucing yang datang dari masa depan untuk membantu nobita kerana nobita ni ialah seorang individu yang lemah dan bodoh.. maka bermulalah kisah pengembaraan doraemon, nobita dan kawan-kawannya.. tapi sehingga kini, pengakhiran cerita doraemon masih menjadi tanda tanya..
Wednesday, June 9, 2010
aku tengah serius, kenapa kau ketawa
aku tengah serius ni, kenapa kau ketawa? kau nak makan tapak kaki ka? itulah apa yang aku bayangkan apabila melihat aksi yang dilakonkan oleh rajnikanth superstar filem tamil yang bertaraf bollywood.. filem yang dilakonkan oleh beliau kebanyakannya adalah filem aksi serius tetapi ramai yang boleh tertawa dengan filem lakonan beliau.. aku pun tak pasti kenapa.. mungkin kerana misainya yang super kacak membuatkan aksi serius beliau kelihatan agak lucu..
Tuesday, June 8, 2010
makanan atau perempuan? pilih salah satu
sudah sekian lama aku tak menceritakan rahsia lelaki dalam blog tubelawak ni.. hari ni aku nak post lagi entry yang boleh memalukan kaum lelaki, dengan harapan perempuan di luar sana lebih faham dan mengenali lelaki.. kah kah kah.. orang lelaki ni, kebanyakannya pervert.. percayalah kata-kata aku wahai perempuan.. aku sedih bila melihat rakan-rakan aku sendiri 'melanjurkan' dirinya dengan pasangan masing-masing walaupun belum berkahwin.. memang tak boleh nak salahkan mana-mana pihak.. dua-dua pon sama setan bertanduk..
Monday, June 7, 2010
nona versus wanita hari ini
bagi aku, wanita adalah ciptaan tuhan yang begitu indah.. walaupun kerana wanita, dua buah negara boleh berperang, tetapi hakikatnya lelaki memerlukan wanita, dan wanita memerlukan lelaki.. wanita adalah kaum yang lemah dari segi tenaga dan dari segi aspek-aspek tertentu.. kerana itulah lelaki harus menjadi ketua keluarga dan kerana itulah juga wujudnya rancangan di televisyen seperti nona dan wanita hari ini.. kenapa tak wujud pula rancangan lelaki hari ini? sebabnya, kalau ada lelaki yang menonton rancangan lelaki hari ini, mereka pasti akan dilabel sebagai 'gay'.. kan? ahaha..
Sunday, June 6, 2010
kau orang jahat, dia orang baik
hari ni aku nak cerita sikit pengalaman hidup aku dan pendapat aku sendiri dalam menilai seseorang yang muncul dalam hidup korang.. entry ini bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa atau mengutuk mana-mana pihak.. cuma pendapat dan cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri.. aku seorang budak yang nakal di zaman persekolahan.. aku merokok, suka ponteng sekolah, suka 'fly' dari hostel dan bermacam-macam lagi.. tapi aku tak pernah abaikan pelajaran aku.. disebabkan selalu kantoi rokok, cikgu-cikgu selalu marah aku dan dilabel sebagai pelajar bermasalah..
Saturday, June 5, 2010
disco rojak at gurney drive penang
aku nak minta maaf sebab tertinggal post untuk dua hari.. baru-baru ni, aku ke pulau pinang saja jalan-jalan jumpa kawan-kawan lama masa diploma dulu.. ramai sangat nak mendirikan rumah tangga.. ada jugak jemputan yang aku tak boleh hadirkan diri, jadi aku pergi ke pulau pinang untuk melepak bersama kawan-kawan yang akan mendirikan rumah tangga tu.. jadi disebabkan aku pergi ke pulau pinang, aku nak review mengenai satu kedai makan famous dekat gurney drive pulau pinang (dah pernah review masa awal-awal tulis blog, tapi link tak lekat kat search engine).. kalau korang semua pergi ke penang, pastikan korang pergi kedai makan ni ya..
Tuesday, June 1, 2010
jaminan 100% untuk memiliki tubuh badan sasa
setiap lelaki pasti mengimpikan untuk memiliki tubuh badan yang sasa kerana itu sebagai simbol macho dan kekuatan seseorang lelaki itu.. sudah pasti ada diantara anda semua pernah mengikuti program di gymnasium atau program menguruskan badan di pusat-pusat tertentu.. adakah mereka menjanjikan keputusan yang memuaskan? adakah anda berjaya memiliki tubuh badan yang anda impikan selama ini? sekiranya anda menghadapi masalah untuk memiliki bentuk badan idaman, jangan risau kerana hari ini tubelawak ingin berkongsi program baru yang menjanjikan keputusan yang memuaskan..
Monday, May 31, 2010
mythbuster kantoi : teori berjalan di atas air
aku suka mengkaji.. tapi aku tidak punya duit yang banyak untuk mendirikan pusat penyelidikan aku sendiri.. kalau aku banyak duit, sudah pasti aku akan membuat kajian-kajian pelik dan menarik seperti mythbuster.. dulu aku pernah menonton salah satu episod mythbuster berkaitan cerita lagenda masyarakat jepun dimana, ninja boleh berjalan dan berlari di atas air.. memang menarik skop kajian mythbuster ini.. tapi mereka mengatakan teori ini adalah tidak logik dan terbukti mustahil untuk manusia berlari di atas air..
Saturday, May 29, 2010
target penggodam : wordpress atau blogspot?
baru-baru ini aku diajukan soalan "yang mana lagi mudah kena hack, wordpress atau blogspot".. bukan aku nak berlagak pandai atau tunjuk pandai.. sekadar nak berkongsi dengan korang semua.. penggodam ini sebenarnya adalah manusia yang sangat bijak dan pandai dalam dunia pengkomputeran ni.. tak kiralah pengetahuan dalam blogging, system, ataupun programming.. programming ni pulak boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek.. ada programming language khas untuk operating system seperti windows dan unix-base, ada jugak programming untuk robotic, board, chip dan lain-lain.. untuk pengetahuan korang, mesin basuh pun ada programming language-nya tersendiri..
Friday, May 28, 2010
disebalik suria perkasa hitam
suria perkasa hitam (sebelumnya dikenali sebagai suria baja hitam) sangat dikenali dikalangan kanak-kanak yang lahir sekitar tahun 80an.. pertama kali ditayangkan di jepun pada tahun 1985.. cerita super hero tahun 1985? berkualitikah ia? kalau nak dibandingkan dengan filem superhero zaman sekarang memanglah tak terlawan kesan khas yang digunakan.. kesan khas zaman dulu-dulu, budak zaman sekarang tengok, konfem ketawalah diorang.. ahaha.. walaubagaimanapun, suria perkasa hitam adalah superhero lagenda bagi rakyat malaysia yang lahir pada tahun 1980an termasok rakyat jepun sendiri..
Tuesday, May 25, 2010
kepada yang merindui tomatoman (update)
(update : baru upload video opening tomatoman) kepada mereka yang lahir pada tahun 80an, pasti kenal dengan watak tomatoman.. ingat lagi rentak dan dendangan lagu tomatoman? ahaha.. pasti ramai yang merindui lagu tomatoman.. aku juga begitu.. dah lama aku cari video tomatoman ni.. akhirnya jumpa juga.. kepada yang tak kenal dengan watak tomatoman ni, aku nak review sikit.. tomatoman ni ditayangkan di TV jepun pertama kali pada tahun 80an, kat malaysia aku tak pasti.. tapi yang pastinya ditayangkan dalam lingkungan 90an..
entry untuk gay yang meminati aku
dah dua tiga entry aku post pasal gay.. semuanya bermula dari post gay pertama aku bertajuk aku gay kini dan selamanya.. mungkin ada pembaca aku yang masih musykil status sebenar aku.. entry tu aku sengaja letak tajuk tu kerana aku nak dapatkan visitor dari searh engine.. dan hakikatnya aku bukan gay.. kepada gay di luar sana yang memimati aku, aku ingin meminta maaf kerana adalah mustahil untuk kita disatukan.. aku suka pada wanita.. memang aku selalu mengaku aku gay.. bukanlah kerana aku meminati pada kaum sejenis.. tapi aku mengaku sekadar suka-suka dan memang itu adalah cara aku bergurau dengan teman rapat aku..
Sunday, May 23, 2010
maria ozawa di pantai pasir tengkorak
maria ozawa adalah pelakon filem lucah yang terkenal kacukan jepun dan kanada.. dia sangat terkenal sehingga ada filem indonesia bertajuk "menculik miyabi" yang berkisarkan tentang sekumpulan lelaki yang terlalu ta'asub dengan maria ozawa sehingga berusaha untuk menculiknya.. maria ozawa telah menjadi kegilaan lelaki di seluruh pelusuk dunia.. aku bukanlah penggemar filem porno, tetapi maria ozawa telah menjadi bualan kawan-kawan aku sehingga aku tergerak hati untuk google mengenainya.. memang dia cantik.. takleh dinafikan..
Saturday, May 22, 2010
realiti superhero adalah tidak mustahil
bagi kanak-kanak lelaki yang kuat berangan, mereka pasti selalu ingin dan mengidam-idam untuk menjadi superhero seperti batman, superman, ironman dan juga spiderman.. memang tidak dinafikan ketika aku masih kecil, aku juga pernah berangan untuk menjadi superhero.. ini adalah perkara normal bagi kanak-kanak.. tapi selepas aku menonton filem "kickass" aku merasakan angan-angan ini juga boleh mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak.. apa-apa pun, kalau korang tengok anak-anak korang tu berperangai lain macam seperti "terlalu ingin untuk terbang" atau "merasakan badannya lebih kuat dari lori ataupun bas" korang perlu berikan lebih perhatian takut-takut anak korang tu buat kerja gila sehingga boleh menyebabkan kematian.. ahaha
Friday, May 21, 2010
adakah anda tabah seperti mereka?
kalau korang pernah tengok drama jepun "one litre of tears", pasti korang tahu macam mana pahit getir kehidupan penulis asal diari hidup seorang pesakit degeneratif saraf iaitu "aya kitou".. beliau telah menulis diari itu sepanjang menghidap penyakit itu sehinggalah beliau meninggal dunia.. penyakit degeneratif saraf ini, mengganggu saraf yang terdapat di dalam tubuh badan secara perlahan-lahan sehingga pesakit itu tidak mampu bercakap, bergerak bahkan boleh melumpuhkan jantung serta-merta.. drama "one litre of tears" telah diubah suai sedikit cara penceritaannya untuk menambah feel kepada penonton..
Thursday, May 20, 2010
video blogger terkemuka tanahair
mula-mula sekali, aku nak mintak maaf kepada semua blogger lain yang telah tag aku, dan aku tak tag kembali blogger lain.. dan kepada mereka yang bagi award tapi aku tak letak dalam blog aku.. mintak maaf banyak-banyak.. kenapa? sebab aku nak jaga style dan content blog aku.. blog aku bukan blog personal yang menceritakan kehidupan harian dan boleh dicampur aduk dengan content yang pelbagai.. semua entry aku, penulisan aku berkaitan video yang berkaitan ataupun kadang-kadang aku cerita sedikit tentang personal aku tetapi mesti aku relate-kan dengan video yang berkaitan.. itulah cabaran untuk aku dalam berblogging.. setiap hari aku kena buat penulisan disertakan video berkaitan..
Wednesday, May 19, 2010
debat muay thai (tomoi) dengan tae-kwon-do
seni mempertahankan diri harus dimiliki oleh setiap orang.. diantara kebaikannya, boleh mengurangkan jenayah yang berlaku di malaysia.. kalau kakak-kakak, atau makcik-makcik ada belajar seni mempertahankan diri, mesti tak kena ragut dengan orang jahat.. ahahaha.. tapi diantara seni mempertahankan diri, yang mana lebih hebat? untuk persoalan aku disini, aku nak bicara mengenai tomoi dan tae-kwon-do.. aku pernah dengar kawan aku berdebat siapa lebih hebat.. yang mat tomoi ni dok kutuk mat tae-kwon-do(tkd), yang mat tkd ni pulak dok kutuk mat tomoi.. apa yang menjadi perbualan diorang tu aku taknak sebut, takut menimbulkan kemarahan pengamal atau ahli lain pulak..
Tuesday, May 18, 2010
kisah penipu yang ditipu
korang pernah tengok drama jepun bertajuk 'kurosagi' tak? kurosagi ni berkisarkan seorang penipu yang berusaha keras untuk menipu penipu kerana dia geram dengan tragedi masa silam dia dimana ayahnya telah ditipu sehingga bankrupt.. selepas bankrupt ayahnya mendapat tekanan hidup yang melampu lalu bertindak diluar kawalan membunuh isterinya sendiri.. kurosagi berjaya menyelamatkan dirinya.. dan di pengakhiran ayahnya telah membunuh diri.. mulai saat itu, kurosagi bertekad untuk mencari penipu lalu menipu si penipu untuk memberi pengajaran agar jangan menipu orang lain..
Monday, May 17, 2010
makam atau peringkat nafsu manusia
hari ni aku nak cakap pasal nafsu.. semua manusia ada nafsu, kecuali mereka yang kurang sifat tertentu yang berkaitan.. kebiasaannya nafsu ni dikaitkan dengan keinginan melakukan perkara jahat.. susah kalau nak semai jiwa dan hati untuk bernafsu ke arah kebaikan ataupun untuk melakukan perkara kebaikan.. disebabkan harini aku nak post video lawak berkaitan nafsu, aku nak ambik kesempatan untuk share ilmu berkaitan nafsu dengan korang.. aku ambik penulisan ni dari blog layyinulharir.. sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan kita..
Sunday, May 16, 2010
hidung sensitif menyebabkan kerap bersin
hidung aku sangat sensitif.. kalau ada orang picit hidung aku konfem aku akan bersin.. tidak lupa juga orang yang picit hidung aku tu boleh makan jari-jari kaki aku juga.. ahaha.. boleh dikatakan dalam tempoh dua hari, aku mesti bersin.. kalau kemas stor yang berabuk pon, aku kena pakai penutup hidung dan mulut (mask) untuk mengelakkan hidung aku dimasuki habuk yang boleh menyebabkan aku bersin.. tapi bila ada rasa geli-geli nak bersin tu, memang kalau boleh aku nak lepaskan bersin untuk memuaskan hati aku.. tapi ada juga orang yang suka tahan bersin.. aneh kan tabiat manusia ni?
Friday, May 14, 2010
sejarah lelaki yang menjual dunia
ahaha.. sebenarnya tajuk entry ni "man who sold the world".. sengaja aku tulis dalam bahasa melayu bagi nampak aneh sikit.. kalau dengar perkataan "man who sold the world" mesti ramai yang teringatkan kumpulan nirvana kan? tapi kurt donald cobain vokalis kumpulan nirvana itu bukanlah penyanyi asal "man who sold the world".. selama zaman persekolahan aku, aku minat dengan nirvana.. tapi selepas habis persekolahan, baru aku mengetahui bahawa lagu "man who sold the world" bukanlah pertama kali dinyanyikan oleh niravana.. ahaha, aku sedikit lembab dan tak up to date dengan sejarah dan perkembangan musik..
Thursday, May 13, 2010
saya tak cuci bontot dua hari
sempena musim perbicaraan kisah bontot sekarang ni, aku nak bercerita tentang bontot.. bontot adalah tempat keluarnya najis atau sisa kumbahan makanan yang telah dihadam dan diproses dalam badan.. bontot adalah tempat yang kotor tetapi walaupun bontot itu kotor, ianya tetap salah satu dari anggota badan kita.. jadi janganlah memandang hina terhadap bontot.. bontot adalah anggota badan yang sangat penting.. kalau korang tiada bontot, konfem mati la kan? sebab sisa kumbahan tak dapat dibuang..
Continue Reading
rafiqin darwisy marah aku
rafiqin darwisy remaja yang telah menimbulkan kontroversi dengan menghina arwah din beramboi di facebook.. apa yang membuatkan orang ramai geram dengan dia adalah kerana dia tetap dengan pendirian dia dan tidak mahu meminta maaf.. berpegang teguh pada pendirian itu adalah sangat bagus wahai rafiqin darwisy.. tapi kau berpegang teguh pada benda yang negatif.. memangla orang marah dengan kau.. kesian kat mak bapak kau dapat malu sebab kau..
Continue Reading
video cara menyusukan anak dengan betul
zaman sekarang ni kebanyakan ibu yang melahirkan anak tak suka menyusukan (susu badan) anak mereka kerana malas, tiada masa, takut sakit dan lain-lain.. walaupun aku masih belum ada isteri dan belum memiliki anak, tapi aku dah beberapa kali pengalaman melihat depan mata aku nurse di hospital memaksa ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memberikan susu badan.. walaupun cara nurse itu agak garang, tapi bagi aku memang patut pun nurse tu garang dengan pesakit (ibu yang baru bersalin) itu agar memaksa mereka memberikan susu badan..
Wednesday, May 12, 2010
mr and mrs smith versi malaysia
kalau korang pernah tengok filem "mr & mrs smith" korang mesti tau macam mana jalan cerita tu dengan lawak jahat, attitude yang kurang baik, keganasan dan bunuh membunuh tapi terbentuk dan terhasilnya bibit-bibit percintaan diantara mr & mrs smith.. perkara ini wujud di dunia realiti.. pasti korang tak percaya kan? ya! aku ada bukti.. aku ada video realiti mr & mrs smith.. tapi versi malaysia punya.. ahaha..
Tuesday, May 11, 2010
jaga kebersihan diri
kebersihan diri amat penting untuk membentuk gaya hidup yang sihat serta tubuh badan yang sihat.. ada sesetengah orang tu kalau mandi, tak sampai 2 minit.. entah apa yang dicuci pada tubuhnya pun tak tau lah.. kalau betul dia sabun seluruh badan dengan betul tentu sekurang-kurangnya 5 minit kan? selalunya perbuatan ini dilakukan oleh lelaki.. mandi cincai-cincai, pastu pakai perfume banyak-banyak untuk memperlihatkan bahawa diri dia itu bersih..
Monday, May 10, 2010
video klip adamaya yang pasti menyentuh perasaan
kini hangat diperkatakan mengenai drama yang ditayangkan di TV3 iaitu 'adamaya'.. aku juga menonton dan meminati drama adamaya.. tapi aku tak tengok melalui televisyen, aku tengok streaming melalui internet ja.. memang tak dinafikan drama ini sangat super cool kerana dibintangi artis terkenal dan jelita iaitu lisa surihani, lelaki kacak hussein ruffedge, budak kecik comel tu lagi dan pelakon veteran mustapha kamal.. ramai yang terlalu menghayati drama ini sehingga wujudnya fan page "kami benci dani adamaya sepenuh hati" di facebook.. ya! dani memang membencikan.. aku rasa kalau orang jumpak dia realiti pun orang akan benci dia.. ahaha!
nenek gamers yang super cool
haha.. haritu aku ada post entry pasal gamers dan bagi nasihat kepada gamers agar tinggalkan tabiat main game agar tabiat tu tak terbawa sampai tua kan.. jadi hari ni aku tarik balik kata-kata aku sebab ada seorang nenek hardcore gamers yang berjaya mencipta nama dengan hanya bermain game.. nenek ini adalah super cool, sambil main game dia mencarut-carut.. dahla pakai jeans ngan sneakers.. susah nak jumpak nenek super cool macam beliau ni.. betuah cucu beliau yang rakam video nenek ni sebab nenek ni berjaya jadi icon game untuk mtv (senior gaming correspondant).. sangat cool bukan? ahaha
Sunday, May 9, 2010
kusangkakan umno bodoh rupanya anwar bodoh
harini aku nak cakap sikit pasal isu politik di malaysia.. aku tak sokong atau taksub dengan mana-mana pihak pun tak kira la umno ka pas ka pkr ka apa-apa ka.. dulu masa aku kecik-kecik mak aku selalu beli buku penulisan s.h alatas yang banyak penulisannya berkaitan dengan isu politik di negara kita.. masa tu bagi aku, semua ahli politik ni nampak profesional ja (mungkin juga tidak kerana media tak meluas masa tu).. tapi sekarang ni media dah meluas.. kebanyakan orang tidak menerima berita melalui akhbar atau televisyen sepenuhnya.. ramai orang mencari bahan bacaan melalui internet ataupun sumber media lain melalui internet..
Saturday, May 8, 2010
pervert kena prank tahap dewa
pervert ada dimana-mana.. pervert disini bermaksud lelaki yang berperangai agak keterlaluan gatal ataupun terlalu dahagakan seks ataupun lelaki yang ekstrimis terhadap seks.. sebenarnya semua lelaki pun gatal.. tapi ada batasannya.. aku sendiri pun mengaku aku gatal.. tapi aku tak pernah mengintai perempuan mandi atau memerhatikan buah dada wanita sehingga wanita itu perasan.. ahaha.. dulu aku suka kenakan kawan aku dengan menghantar SMS geli-geli melalui telefon bimbit dengan harapan kawan aku tu reply SMS gatal lalu bolehlah kami mentertawakan dia beramai-ramai..
seniman lagenda : pak ku shadat
pak ku shadat.. nama beliau sangat dikenali dikalangan orang utara dengan lagu terkenal beliau "vespa haji samad".. beliau juga mampu bertutur dalam bahasa melayu, inggeris, siam, jepun, india, cina dan arab berjaya membawa beliau untuk membuat persembahan di amerika syarikat, jepun dan lain-lain negara besar di dunia.. beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2008 (tarikh aku tak pasti).. aku pun baru tau pasal kematian beliau lepas google di internet.. aku sangka pak ku shadat masih hidup di dunia ini.. setiap yang datang pasti akan pergi.. al-fatihah kepada allahyarham pak ku shadat..
Friday, May 7, 2010
hang mokhtar : seniman yang menyepi sekian lama
hang mokhtar sangat terkenal dalam tahun 80an.. macam mana aku boleh kenal dengan hang mokhtar? sebab dulu arwah bapak aku selalu pasang kaset hang mokhtar semasa menaiki kenderaan.. jadi disebabkan bapak aku minat, aku pun tumpang minat sama.. antara lagu hang mokhtar yang sangat femes dulu ialah ayoyo sami.. lagu yang terhasil kerana kerajaan menaikkan tol.. dan paling meletop di malaysia ialah "kocik kocik, jago kobau".. sampai sekarang aku masih ingat lirik lagu ni.. arwah bapak aku dulu kelahiran negeri sembilan.. mak aku orang kedah.. jadi aku orang kedah sembilan..
aku sebenarnya gay tapi aku taknak mengaku
dalam hidup ni banyak manusia songsang.. songsang dari segi pemilihan pasangan.. sepatutnya laki berpasangan dengan perempuan.. tetapi ada lelaki yang nak berpasangan dengan lelaki, ada juga perempuan nak berpasangan dengan perempuan.. heran aku.. tuhan dah ciptakan pedang khas dengan sarung pedang.. ni tak.. nak lawan pedang dengan pedang gak.. ahahaha.. buduh! walaupun aku suka mengaku yang aku ni gay dengan orang yang tak dikenali.. tapi sebenarnya aku bukan gay.. aku sebenarnya perasan yang aku ni super cool dan super hot sehingga ramai perempuan ingin mendampingi aku.. sehingga aku lebih selesa mengaku aku gay..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates