Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, March 9, 2012

kembali pada asal

semalam aku baru pulang ke KL dari kampung halaman aku dengan menaiki bas.. kalau menaiki bas di waktu malam dari kedah ke kuala lumpur, seperti biasa driver bas pasti akan berhenti sekali di mana-mana tempat persinggahan untuk memberi peluang kepada penumpang membuang air ataupun membeli juadah.. biasanya aku akan masuk ke tandas, kemudian membeli air minuman dan kembali berhampiran dengan bas untuk menghisap rokok.. sewaktu duduk sorang-sorang di atas divider pembahagi jalan berdekatan dengan bas tu, aku terlihat keadaan agak kecoh di hadapan pintu bas..
Continue Reading

Wednesday, January 25, 2012

nama moden untuk diberikan kepada anak anda

zaman sekarang ni adalah zaman dimana semua orang berusaha untuk memberikan nama yang stylo kepada anak-anak.. nama seperti ali, abu, awang, dan rafe'ah sudah dianggap kuno mungkin kerana sesetengah ibubapa menganggap nama-nama itu bakal memalukan anak mereka sekiranya anak mereka menyertai program realiti seperti akademi fantasia mahupun rajalawak.. memang tidak dinafikan, nama seseorang memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri..
Continue Reading

Monday, January 23, 2012

pernahkah anda terfikir #5 (bahagia seketika)

pernahkah anda terfikir bahawa bahagia di dunia tidak akan kekal selama-lamanya.. hal ini sangat berkait rapat dengan impian semua orang yang mengharapkan kehidupan bahagia dan senang di masa hadapan kelak.. mungkin disebabkan ramai orang telah terpengaruh dengan filem ataupun drama-drama yang sentiasa memaparkan 'happy ending' dalam penceritaan.. artikel ini bukanlah untuk menghasut anda semua agar usahlah mencari kebahagiaan, tetapi sekadar untuk membuatkan anda terfikir bahawa dunia ini tidak kekal dan usahlah terkejar dengan dunia..
Continue Reading

Monday, August 22, 2011

semua orang pun mahukan kehidupan yang baik

ini entry tak lawak.. pernahkah anda menonton video 'makcik blues bermain gitar menggunakan mentol' ni? kalau belum, anda perlu tengok video ni.. agak menyedihkan sebab muka makcik ni sangat innocent dan lagu tu pun sayu ja kedengaran.. bila tengok makcik ni, aku terfikir.. aku terfikir yang makcik ni takdak ahli keluarga lain nak bantu dia ka? makcik ni forever alone ka? miskin sangat ka? uhhh.. sebak bila fikirkan..
Continue Reading

Wednesday, August 10, 2011

barang lama yang sentimental value (rare)

aku tak sangka ada juga komuniti blogger pengumpul barang-barang lama wujud di malaysia ini.. semalam perasaan aku agak 'slow-motion' sikit ketika mengadap laptop cabuk aku melayari internet.. hehehe.. banyak perkara lama yang aku dah lupa, tapi blog mereka ini berjaya mengingatkan aku kembali peristiwa-peristiwa lama yang telah dilupakan.. untuk tidak melengahkan masa, aku nak kongsi serba sedikit gambar yang membuatkan aku tertarik untuk kongsi dengan anda semua..
Continue Reading

Thursday, July 21, 2011

dua spesis ini tidak boleh duduk bersama

sepanjang aku balik bercuti kat kedah ni, aku nak ceritakan kepada anda semua tentang dua spesis manusia yang tidak boleh duduk bersama.. kalau mereka duduk bersama, konfem sakit perut aku gelak kat mereka berdua ni.. hahaha.. spesis yang pertama adalah spesis manusia yang tak boleh sebut huruf "R".. dan spesis kedua pulak adalah spesis manusia yang tak boleh sebut huruf "S".. yang paling best, kedua-dua individu ini masing-masing suka mengutuk dan kata kat orang.. kah kah kah..
Continue Reading

Sunday, July 17, 2011

pernahkah anda terfikir #2 (kalau mati hari ini)

pernahkah anda terfikir? apa yang akan berlaku kepada dunia sekeliling anda sekiranya anda mati hari ini? aku sering terfikirkan tentang ini.. kalau nak dikaitkan dengan iman dan amal, memang konfem tak cukup lagi untuk dibawa bersama kalau aku mati hari ni.. jadi aku kecikkan skop penulisan ni kepada dunia sekeliling dan aku takmau relatekan dengan topik agama, sebab perkara tu dah general dan semua orang pun dah tau yang kita kena kena jadi mukmin yang baik di dunia sebelum mati.. 
Continue Reading

Tuesday, June 21, 2011

bagaimana mengetahui kekasih jujur dalam perhubungan?

hahaha.. tajuk ni agak tipikal untuk ditulis dikalangan penulis blog atau artikel.. tak kesah la.. aku nak kongsi gak pengalaman dan pendapat aku sendiri kalau anda nak menilai adakah benar kekasih anda jujur atau ikhlas dalam perhubungan.. kebetulan baru ni ada kawan aku baru dapat awek, dia suspicious dengan awek dia.. dia tanya aku, "camna nak check awek aku serious ngan aku aaa?" sebagai seorang rakan yang baik (walaupun aku masih single) aku bagi jugak laa idea bangang aku kat dia..
Continue Reading

Saturday, June 4, 2011

hadiah yang bagus untuk bermanja-manja dengan isteri

warning! link video dalam entry ini memaparkan aurat yang terdedah.. hadiah? kalau aku dengar pasal hadiah, aku akan jadi serabut perut dan juga pening kepala sebab aku jenis yang tak pandai bagi hadiah kat orang.. aku rasa kebanyakan lelaki pun tak pandai nak bagi hadiah kepada kekasih hati.. hehehe.. tapi bukan semua lah.. ada jugak lelaki yang rumantik dan pandai memilih hadiah yang baik untuk kekasih hatinya.. jadi entry ini ditujukan khas kepada lelaki yang telah berumah tangga dan ingin membuat kelainan melalui pemberian hadiah kepada isteri..
Continue Reading

Thursday, May 19, 2011

epilog seorang penzina

ini entry tak lawak.. nama aku azroy.. aku seorang penzina.. kali pertama aku berzina ialah ketika aku dengan kekasih pertama aku.. pada mulanya, aku langsung tak reti bersosial.. biasalah, masa muda-muda memang kita selalu nak mencuba sesuatu yang baru.. bila aku kapel dengan kekasih pertama aku aku excited gila babi.. dapat pegang tangan kekasih aku pun, aku dah rasa macam matured habis dah.. ada juga aku bercerita dengan rakan-rakan aku bahawa aku selalu berpegangan tangan dengan kekasih aku.. tapi aku tak lebih-lebih lah..
Continue Reading

Tuesday, April 26, 2011

cara penyelesaian kalau ahli pekida atau 3 line buat hal

sebelum ada yang nak betulkan penyataan aku, sebenarnya 3 line dan pekida ni bukanlah pertubuhan yang sama.. tapi penerimaan masyarakat terhadap perkara ini telah dicampur aduk oleh penceritaan orang ramai.. tak kisah lah pekida ka, 3 line ka, geng salam kuih ka double seven ka apa ka semuanya ada organisasi tersendiri.. pendek kata yang berada di atas ataupun 'boss' lebih dikenali sebagai 'ayahnda' (semua orang pun tau).. jadi sekarang ni ramai yang secara tidak langsung terlibat ataupun diganggu oleh ahli organisasi yang disebutkan tadi..
Continue Reading

Sunday, April 10, 2011

antara alasan lelaki tidak berkahwin awal diusia muda

tubelawak sebenarnya baru berumur 25 tahun.. tapi diusia ini, kalau pulang ke kampung atau berjumpa saudara mara di majlis perkahwinan (kenduri) pasti akan ada suara yang bertanya "hah.. hang bila lagi?" atau "abang kakak hang semua dah kahwin, hang bila pulak nak cukupkan korum ni?".. hehehe.. kadang-kadang menyampah jugak bila orang dok tanya-tanya macam tu.. tambah pulak bila tengok rakan-rakan yang mendirikan rumahtangga, memang terasa sayu la sebab aku masih tak nampak hala tuju aku untuk mendirikan rumah tangga.. 
Continue Reading

Saturday, March 26, 2011

rilek sabtu : kenapa aku tak suka tengok TV

hari ni hari sabtu.. aku tau ramai orang malas nak tensen-tensen, malas nak stress-tress dan ramai orang nak rilek tenangkan otak ja di hari sabtu kan? aku juga turut merasakan begitu.. pada hari sabtu, aku tolak tepi semua masalah aku.. hehehe.. tapi bila sebut hari sabtu, aku teringat satu rancangan televisyen ni (rancangan kanak-kanak) yang telah membuatkan aku menyampah untuk menonton televisyen.. aku pasti ramai diantara anda semua sependapat dengan aku, cuma anda telah terlupa atau anda tidak perasan..
Continue Reading

Sunday, March 20, 2011

perhatikan anak anda : teknologi mempengaruhi masa depan

zaman sekarang ni teknologi kian membangun dengan sangat cepat.. tak sempat nak master penggunaan ipad1, dah keluar pulak ipad2.. hehehehe.. aku kenal komputer ketika berumur sepuluh tahun.. anak kakak aku yang baru berumur tujuh tahun pun dah pandai menggunakan internet browser untuk bermain game.. generasi kini lebih cepat terdedah dengan teknologi kerana boleh dikatakan semua orang mampu untuk memiliki komputer atau gadget-gadget canggih..
Continue Reading

Thursday, March 17, 2011

perempuan baik untuk lelaki yang baik?

sebelum ada yang cuba nak buat andaian sendiri, aku nak cakap dulu yang aku ni bukan ustaz.. tapi dalam entry aku semalam ada yang kata "lelaki baik untuk perempuan baik" dan ada juga yang mengeluarkan hukum "haram penzina kawin dengan yang suci".. yang lawaknya, sampai ada orang kata aku ni penzina sebab tu aku cakap aku sanggup terima perempuan tiada dara.. hahaha.. jadi perkara ini membuatkan aku rasa aku perlu menulis entry ini agar ramai yang tidak salah faham dengan statement-statement seperti itu.. 
Continue Reading

Friday, February 18, 2011

video tubelawak dan anak perempuan tubelawak

harap maaf.. sekiranya anda sampai ke sini untuk melihat video aku dengan anak perempuan aku, aku telah menghampakan anda semua.. kah kah kah.. tajuk itu sekadar perancangan masa depan aku selepas menonton video yang super sweet ini.. dulu aku merasakan hidup bujang ni dah cukup best dah.. tapi kini pendapat aku dah berubah!! aku nak anak!! aku nak anak perempuan yang comel macam muka aku jugak (tak payah dok imagine la.. kah kah kah).. sila masuk ke blog aku setiap hari ya kawan-kawan.. boleh la aku kawin secepat mungkin lalu dikurniakan cahaya mata.. insyaallah..
Continue Reading

Friday, February 11, 2011

mengekalkan hubungan ceria dengan pasangan

kebanyakan orang akan mengatakan, ketika bercinta semuanya indah.. pasangan kita kentut pun kita boleh kata wangi.. berak pun nampak comel.. segalanya cantik, segalanya indah, korek hidung pun nampak macho dan kacak bergaya.. aku sendiri pun mengakui kalau aku mencintai seseorang, dan aku berimaginasi kekasih aku itu korek hidung dan makan tahi hidung sendiri pun masih kelihatan comel.. kah kah kah.. tapi adakah kebahagiaan ini, pandangan "sentiasa cantik dan kacak" ini akan kekal sampai bila-bila?
Continue Reading

Thursday, January 13, 2011

perempuan sangat sukar difahami?

dulu, aku pernah mencintai dan dicintai oleh perempuan.. kini aku hidup solo.. aku lebih selesa begini.. bukan apa, aku rasa pemikiran perempuan sangat sukar difahami.. mungkin kerana aku terlalu lurus bendul ataupun aku super bangang untuk memahami perempuan.. kadang-kadang aku rasa nak mengamuk dengan pe'el dan perangai perempuan yang mendampingi aku.. mana taknya, yang kita suka dia tak suka.. yang kita tak suka dia suka.. tapi aku tahu, mengamuk itu bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah..
Continue Reading

Saturday, January 8, 2011

tips membentuk kreativiti anak-anak

ini bukanlah tips yang merangkumi keseluruhan untuk menjadi ibu atau bapa yang sempurna kepada anak-anak.. tapi tubelawak hanya nak menyebut bagaimana membentuk minda yang cergas dan membentuk kreativiti anak-anak.. kanak-kanak diwaktu proses membesar memerlukan persekitaran yang bagus, sihat dan kepelbagaian.. tanpa environment yang menarik, susah untuk menyemai pemikiran kreatif kepada anak-anak.. sudah pasti setiap ibu bapa pun mahukan anak-anak yang cerdik dan pandai bukan? jadi tubelawak nak bagi pendapat sikit tentang ini walaupun tubelawak masih belum memiliki anak.. ehehehe
Continue Reading
Designed By Blogger Templates