pada mulanya aku bercadang untuk tidak update blog dalam minggu ni sebab aku banyak kerja untuk disiapkan.. tapi lepas kecoh mengenai seorang pakcik angkat sumpah sambil pakai baju kalis peluru, tangan aku gatal jugak nak taip-taip keyboard ni untuk update blog.. haha.. rasa nak tergelak pun ada tengok video pakcik lafaz sumpah laknat tu.. macam budak-budak kecik.. ada pulak main sumpah tuduh-tuduh orang.. jadi entry ini khas ditujukan kepada pakcik tersebut..
Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
kenangan harijadi ke 18
hari ni aku nak bercerita tentang kenangan aku pada harijadi aku yang ke 18 (2004) dimana ketika itu aku tinggal di hostel jmti (japan malaysia technical institute penang).. ada kawan aku yang berasal dari sabah telah memberi hadiah kepada aku.. aku sangat gembira kerana sepanjang hidup aku, aku tak pernah dapat hadiah yang dibalut cantik-cantik dengan kertas wrapper corak bunga.. apabila aku bukak hadiah tu.. aku sangat terkejut. walaupun hadiah tu sedikit ganjil.. tapi aku sangat gembira.. aku bawa hadiah itu ke bilik kawan-kawan yang lain untuk menunjuk hadiah yang aku terima..
Wednesday, April 27, 2011
upu yung uku cukup nu? untru blug yung murupuk
huru nu uku kunu tudur uwul.. judu uku tukduk mood nuk tulus punjung-punjung.. munggu dupun uku duh sturt subuk dun tiudu musu lugu untuk mungurut-mungurut mucum sukurung nu.. uku nuk murupuk puwus puwus sulugu uku udu puluwung untuk murupuk.. kuluw undu tuk suku dungun untru tubuluwuk huru unu, sulu jungun muruh-muruh k.. hudup kunu udu vuriusu.. buk kutu kukusuh hutuku burnumu nuru dunush, "kutu unjuuuy!!" uuwwww.. muufkun uku.. uku kukurungun musu untuk munulus sumunjuk duwu munjuk unu.. lupus nu uku junju uku tukkun buwut untru murupu mucum nu duh k.. sukuyun~ turumu kusuh..
awek baru aku yang cun, comel, cute dan seksi
yaaa! setelah sekian lama aku hidup bersendirian tanpa teman perempuan, kini aku sudah ada awek atau gopren baru yang juga setia dan taat kepada aku.. aku mengenali perempuan yang kiut, seksi, lawa, anggun, dan nakal ini kerana blog ini juga.. aku bersyukur setelah 8 bulan menulis blog, aku dipertemukan dengan perempuan ini melalui blog tubelawak.. kini, pengurusan masa aku dibantu oleh kekasih hatiku..
Tuesday, April 26, 2011
syafiq adik kepada syamsul anak kepada yusof haslam
kalau anda perasan, kat bahagian widget belah atas kanan blog tubelawak ni ada link "submit video lawak" dan dari situlah aku dipertemukan dengan video si syafiq yusof haslam ni.. hahaha.. selama ni aku tak tau pulak syamsul yusof ada adik lelaki.. video ini dikongsi oleh user yang bernama 'syafiq' dan aku tak pasti syafiq ni syafiq yusof yang sebenar ataupun orang lain menggunakan nama syafiq.. apa-apa pun, terima kasih kerana berkongsi dengan tubelawak.. walaupun ramai yang spam kat bahagian "share video lawak" tu, tapi sebenarnya setiap hari pun aku akan check dan buang mana-mana link yang merapu dan tak best..
cara penyelesaian kalau ahli pekida atau 3 line buat hal
sebelum ada yang nak betulkan penyataan aku, sebenarnya 3 line dan pekida ni bukanlah pertubuhan yang sama.. tapi penerimaan masyarakat terhadap perkara ini telah dicampur aduk oleh penceritaan orang ramai.. tak kisah lah pekida ka, 3 line ka, geng salam kuih ka double seven ka apa ka semuanya ada organisasi tersendiri.. pendek kata yang berada di atas ataupun 'boss' lebih dikenali sebagai 'ayahnda' (semua orang pun tau).. jadi sekarang ni ramai yang secara tidak langsung terlibat ataupun diganggu oleh ahli organisasi yang disebutkan tadi..
Monday, April 25, 2011
server google itu kepala bapak kau yang punya
dah lama nak tulis pasal ni.. tapi hari ni baru teringat nak tulis.. dalam mendirikan laman web dan blog ni, sumber media seperti gambar, video dan bunyi memang diperlukan sebagai penambah perasa dalam menarik minat orang ramai.. jadi dari mana datangnya sumber-sumber ni semua? sudah pastilah dari laman web atau blog orang lain juga.. kan? pegi situ pegi sini, macam mana pun takkan lari mana.. dalam lingkungan 'internet' ni jugak.. isu ini bukan isu plagiarism ataupun pencuri idea orang lain.. ini adalah isu tidak beretika dalam perkongsian data..
Sunday, April 24, 2011
mawaddah dan lagu ciptaan abuya ashaari muhammad
kepada sesiapa yang tak pernah mengenali nama kumpulan nasyid mawaddah, kebanyakan lagu dari kumpulan ini memang best dan banyak menyentuh perasaan.. penyanyi utama dalam kumpulan ini sebenarnya adalah anak kepada abuya sendiri.. suara dia memang dahsyat dan mendayu-dayu.. tapi sayangnya mereka ini adalah golongan rufaqa atau lebih dikenali sebagai al-arqam.. ajaran rufaqa atau aurad Muhammadiah telah difatwakan menyeleweng dari ajaran islam oleh majlis fatwa kebangsaan pada tahun 1994..
Friday, April 22, 2011
yang ni lagi best dari mimpi dalam mimpi
aku suka tidur dan aku juga kuat tidur.. tapi masalahnya aku jenis manusia yang jarang bermimpi.. aku pun tak tahu kenapa.. kini, kalau tidur dan bangun tidur, takda beza pun.. sama ja.. masa kecik-kecik dulu aku memang kerap bermimpi dan pada masa yang sama aku boleh mengingati mimpi aku.. aku pernah mimpi dimana situasi mimpi tu menggambarkan seperti dalam shopping complex (ramai gila orang) dan aku tercari-cari mak aku yang hilang dalam kesesakan.. aku menangis..
Wednesday, April 20, 2011
reaksi kucing terkejut yang comel
entry aku harini khas kepada korang semua yang sukakan kucing.. sila tgk video ini satu persatu ya.. aku juga sukakan kucing.. kucing sangat comel seperti lisa surihani.. masa aku kecik-kecik dulu, aku penah mintak kat mak aku nak bela kucing, tapi mak aku tak bagi sebab mak aku geli dengan kucing.. kucing adalah binatang yang cerdik dan kuat ingatan.. selain itu, kucing juga tidak mudah cedera sekiranya jatuh dari tempat yang tinggi kerana kucing boleh menghasilkan tindak balas reflek yang sangat 'super cool' ketika jatuh dari tempat yang tinggi.. dan yang paling best, kucing boleh terkejut macam dalam video ni..
Tuesday, April 19, 2011
amir rajalawak sebenarnya adalah seorang yang genius
ramai yang mengatakan amir rajalawak buat lawak tak menjadi, tak lawak langsung, syok sendiri, gagap, ntah apa-apa dan macam-macam lagi.. pada mulanya aku bersetuju dengan pendapat orang ramai ini.. hujung minggu yang lalu, aku telah menonton rancangan maharaja lawak di televisyen.. bila AC mizal menjemput amir rajalawak ke gelanggang, rakan-rakanku yang lain tidak mahu menonton.. pendek kata ketika persembahan amir tu, sama ja macam iklan dimana penonton pergi ke dapur bancuh kopi atau ke jamban membuang air..
Sunday, April 17, 2011
siapa cakap legging / jegging seksi tu buruk?
ramai orang mengutuk tindakan sesetengah orang perempuan melayu yang suka memakai legging di tempat awam.. aku tak pernah kutuk pun sesiapa yang pakai legging atau jegging ni.. bukan kerana aku berbeza pendapat, tapi sebenarnya cara 'penyampaian isi hati' tu yang berlainan.. aku sependapat dalam isu legging ni cuma cara aku nak sampaikan isi sebenar itu agak berlainan.. aku harap kejujuran aku dalam entry ini tidak mendatangkan salah faham, dan keburukan terhadap kita semua..
Friday, April 15, 2011
penyelesaian kepada masalah kenaikan harga minyak
dalam minggu ni, aku agak busy dengan kerja.. sakit kepala.. semalam aku baik dari demam, jadi bila baru lepas demam ni mood agak kurang untuk menulis.. idea pun tak banyak.. masa aku demam, hampir tiga hari motorsikal aku tak hidup sebab aku tak keluar rumah.. bila dah sehat, saja mengada-ngada nak makan kat restoran yang jauh dari rumah.. aku terlihat meter minyak motorsikal aku dah nak hujung-hujung dah.. jadi aku ke stesen minyak untuk mengisi minyak motorsikal aku..
Wednesday, April 13, 2011
lidah atau kata-kata lebih tajam dari mata pedang
lidah atau kata-kata lebih tajam dari mata pedang.. aku suka gilababi dengan ungkapan ni.. sebab bagi aku ianya benar-benar belaka.. dengan kata-kata kita mampu mengubah emosi seseorang.. dengan kata-kata kita mampu memikat hati seseorang.. bahkan dengan kata-kata, kita mampu menjatuhkan seseorang.. jadi anda perlu tahu kedudukan anda sebelum melemparkan kata-kata kepada seseorang..
Tuesday, April 12, 2011
bekas kekasihku seorang yang aneh dan pelik
dah lama tak tulis entry berkaitan cinta dalam blog ni.. hehehehe.. hari ni aku nak tulis cerita lawak berkaitan bekas kekasih aku.. owh bukan dengan niat nak sakitkan hati si dia.. tetapi sekadar pengajaran untuk semua lagipun bekas kekasih aku ni buta IT, dia tak reti nak baca blog-blog ni.. hahaha.. sebelum tu aku nak nasihatkan kepada mana-mana lelaki atau perempuan yang sedang bercinta ataupun ingin bercinta, jangan bagi harapan 100%.. statement "awal bercinta memang la indah, si dia berak pun anda kata wangi" adalah super tepat dan perlu diambil berat..
Sunday, April 10, 2011
antara alasan lelaki tidak berkahwin awal diusia muda
tubelawak sebenarnya baru berumur 25 tahun.. tapi diusia ini, kalau pulang ke kampung atau berjumpa saudara mara di majlis perkahwinan (kenduri) pasti akan ada suara yang bertanya "hah.. hang bila lagi?" atau "abang kakak hang semua dah kahwin, hang bila pulak nak cukupkan korum ni?".. hehehe.. kadang-kadang menyampah jugak bila orang dok tanya-tanya macam tu.. tambah pulak bila tengok rakan-rakan yang mendirikan rumahtangga, memang terasa sayu la sebab aku masih tak nampak hala tuju aku untuk mendirikan rumah tangga..
Saturday, April 9, 2011
nuffnang vs advertlets vs innity vs mangga ads
disebabkan ramai tanya kat aku tentang service pengiklanan yang ada kat malaysia ni, jadi aku rasa, aku patut menulis tentang ini.. sila jangan salah paham, aku bukan nak 'bajet otai blogger'.. hehehehe.. aku sekadar nak share pengalaman aku bersama empat kompani pengiklanan di malaysia ni (innity, nuffnang, advertlets dan mangga ads).. kepada pihak dan warga kompani yang disebutkan ni pulak, jangan marah aku kalau aku berat sebelah.. aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri dan bukan dari 'khabar angin'.. hehehe..
Friday, April 8, 2011
mari berkenalan dengan ali handro aka edward
kepada sesiapa yang selalu mengikuti blog tubelawak, anda pasti perasan ada user bernama "edward" selalu meninggalkan komen di blog tubelawak.. tapi kebanyakan komen yang diberi adalah berunsurkan cemuhan, kejian, statement menjatuhkan dan merungkai realiti sebenar aku sebagai owner tubelawak.. kat facebook pun macam tu jugak (tapi nama kat facebook dia ali handro).. dia selalu meninggalkan komen seperti "kenapa blog bodoh hang ni pun ramai orang baca?" dan "mari kita flag semua video tubelawak agar page dia kena close"
Tuesday, April 5, 2011
vlogger malaysia : maccaboyz91 dan fiq lipas hensem
selepas kemunculan anwar hadi sebagai vlogger di malaysia, aku rasa penerimaan orang kita terhadap vlogger, serba sedikit dipengaruhi oleh gaya dan cara persembahan yang ditunjukkan oleh anwar hadi.. lepas ni sesiapa saja yang nak jadi vlogger kena hati-hati.. sebab orang akan compare anda dengan anwar hadi.. aku tengok, ramai vlogger baru yang mendapat kutukan hebat, kebanyakannya penonton akan compare dengan anwar hadi.. wtf! biaq pi lah depa nak buat dengan cara depa..
Sunday, April 3, 2011
video skandal seks ketua pembangkang
ramai yang marah aku bila aku banyak tulis perkara lucah ataupun perkataan-perkataan yang lucah dalam blog aku.. baiklah, aku mintak maaf.. aku tau aku bersalah sebab memberikan contoh yang tidak baik kepada adik-adik yang berkunjung di blog ini :( kini aku rasa sangat bersalah dan kalau boleh aku ingin mintak maaf kepada semua golongan ibu bapa yang merasakan aku telah mengajar anak mereka untuk berfikiran lucah dan kotor..
Saturday, April 2, 2011
cerita tentang pundek dan permasalahan pundek
warning : bacaan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak.. aku dah buat carian di google dan aku dapati tidak ramai blogger yang menulis berkaitan tajuk ini.. penulisan kali ini agak aggresive kerana aku rasa dah lama aku nak ceritakan apa yang aku tahu tentang pundek dalam blog ini.. ini bukan entry lucah.. tapi ini adalah perkara benar untuk membetulkan kefahaman orang kita.. pundek, zakar, peliaq, tote (kiut sikit) semua itu sama sahaja.. tiada bezanya aku menggunakan bahasa kias yang lembut ataupun kasar.. direct! senang sikit orang nak paham..
siapa kau? mari muhasabah diri
pernahkah orang bertanya soalan killer seperti ini kepada korang? contohnya apa yang kau nampak tentang diri kau di masa hadapan? apa kedudukan kau? apa yang membuatkan kau istimewa berbanding orang lain? dan soalan paling pendek, simple dan menyengat ialah "siapa kau?" maksud "siapa kau" disini tidak bermaksud untuk mengetahui nama seseorang.. tetapi ada maksud yang sangat mendalam disebalik "siapa kau?"..
Friday, April 1, 2011
disebalik perempuan cantik cun dan mantap
warning : entry ini mengandungi ayat kurang ajar.. nasihat aku kepada semua lelaki yang baca blog ni, sila berhati-hati dengan perempuan yang perasan cantik.. kenapa aku sebut yang 'perasan' cantik? sebab kadang-kadang tu ada perempuan yang muka pecah macam getah spenda pun boleh perasan dirinya cantik.. kah kah kah.. perasan cantik dan sikap yakin diri itu adalah dua perkara yang berlainan.. kenapa perempuan perasan cantik? perempuan yang perasan cantik ni biasanya merembeskan hormon estrogen yang tinggi..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates