kepada sesiapa yang tak kenal emmet, dia sebenarnya adalah vokalis bagi kumpulan musik yang terkenal di malaysia iaitu butterfingers.. kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh google ja "emmet butterfinggers".. hehehehe.. ramai yang menyokong perjuangan butterfingers dan ada juga pihak yang tidak menyokong.. pasal tu aku tak ambil peduli.. pendapat aku, penggiat seni kalau mampu perform secara live dengan baik dan pandai menghasilkan (mencipta) lagu sendiri sudah cukup untuk aku tabik spring tiga kali..
Monday, January 31, 2011
Friday, January 28, 2011
isteri takut nak main malam pertama?
isteri takut nak main di malam pertama? ini adalah isu yang sensitif.. boleh membuat pasangan suami isteri cerai berai.. aku tak kawin lagi, jadi aku tak nak cakap lebih-lebih nanti orang akan kata "hang tak kawin lagi, cakap pandai boleh la".. kah kah kah.. tujuan aku post entry ni sebenarnya cuma nak share video lawak berkaitan isteri takut nak main malam pertama.. ada banyak faktor mempengaruhi perempuan untuk takut diterokai pada malam pertama..
Wednesday, January 26, 2011
koleksi lagu baru umno
hehehe.. kepada penyokong umno diluar sana, aku mintak maaf sebab share lagu baru umno kat dalam blog ni.. bila dah lama tulis blog, baru aku prasan entri berkaitan politik dalam blog aku ni tak mendapat sambutan.. mungkin kerana ramai penyokong umno juga membaca blog tubelawak ni.. jadi janganlah berkecil hati bila ada entry aku yang tidak sependapat dengan korang semua ya.. rambut sama hitam tapi hati lain-lain.. pegi saloon, warnakan rambut kepada warna oren, penyataan tu dah jadi "rambut lain-lain, hati pun lain-lain".. kah kah kah..
Monday, January 24, 2011
bagaimana mengetahui si dia mencintai kita
tips yang aku nak kongsi hari ini ditujukan khas kepada lelaki-lelaki diluar sana untuk mengetahui benarkah si dia mencintai kita.. kebanyakan lelaki tidak perasan bahawa si dia sebenarnya telah lama menyukai atau memendam rasa terhadap diri lelaki itu walaupun telah lama bersama.. jadi bergantung kat anda semua lah nak gunakan tips ini untuk lebih mendekati atau menjauhi sesama anda.. lagipun tips ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri..
Sunday, January 23, 2011
reaksi scary maze prank yang dahsyat
yo! tubelawak kembali.. sori lama tak update.. baru-baru ni line internet (streamyx) area rumah tubelawak bermasalah.. rasa macam nak tumbuk monitor ja.. tapi sekarang dah ok.. alhamdulillah.. ehehehe.. disebabkan internet connection yang bermasalah, tubelawak telah meluangkan hari-hari tubelawak dengan melepak.. semalam tubelawak lepak dengan telordibasuh.. telordibasuh yang mencadangkan tubelawak share video yang tubelawak nak share harini..
Sunday, January 16, 2011
tradisi kena buli lepas tu buli balik
babyrina (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar yang sangat rajin dan bijak ketika dibangku persekolahan.. babyrina sangat rapat dengan seorang gurunya yang bernama suraya.. cikgu suraya ni seorang yang sangat tegas dalam pekerjaannya.. setiap hari, cikgu suraya menyuruh semua anak muridnya menjawab sekurang-kurang 5 soalan ramalam spm sebagai latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan.. sebab itulah babyrina mampu memperolehi 12A didalam percubaan spm..
Friday, January 14, 2011
disebalik sound effect super mario bros
dulu masa zaman kegemilangan atari (console game) atau zaman nintendo, aku sangat addicted dengan game mario bros.. mario bros adalah game yang super terkenal suatu ketika dulu tapi kalau budak-budak zaman sekarang main game mario bros, pasti mereka akan mengatakan game ini bodoh dan tak best.. hahaha.. tapi bagi aku, mario bros adalah diantara pelopor industri game dunia dan banyak menjadi inspirasi kepada programmer-programmer game di luar sana..
Thursday, January 13, 2011
teknologi masa depan hanya untuk orang gila
dulu pada zaman hang tuah, mesti tak ada pun manusia yang akan percaya sekiranya aku mengatakan bahawa ada mesin yang mampu membantu manusia terbang di udara.. kini tidak lagi.. semua orang boleh menerima hakikat bahawa ada teknolgi yang membolehkan sesuatu benda terbang dan membantu manusia dalam pelbagai aspek.. anda akan dikatakan gila sekiranya memberikan idea atau berusaha mencipta benda yang diluar akal manusia (mengikut zaman).. begitulah cerita yang dibawa dari dulu sampai sekarang..
perempuan sangat sukar difahami?
dulu, aku pernah mencintai dan dicintai oleh perempuan.. kini aku hidup solo.. aku lebih selesa begini.. bukan apa, aku rasa pemikiran perempuan sangat sukar difahami.. mungkin kerana aku terlalu lurus bendul ataupun aku super bangang untuk memahami perempuan.. kadang-kadang aku rasa nak mengamuk dengan pe'el dan perangai perempuan yang mendampingi aku.. mana taknya, yang kita suka dia tak suka.. yang kita tak suka dia suka.. tapi aku tahu, mengamuk itu bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah..
Saturday, January 8, 2011
tips membentuk kreativiti anak-anak
ini bukanlah tips yang merangkumi keseluruhan untuk menjadi ibu atau bapa yang sempurna kepada anak-anak.. tapi tubelawak hanya nak menyebut bagaimana membentuk minda yang cergas dan membentuk kreativiti anak-anak.. kanak-kanak diwaktu proses membesar memerlukan persekitaran yang bagus, sihat dan kepelbagaian.. tanpa environment yang menarik, susah untuk menyemai pemikiran kreatif kepada anak-anak.. sudah pasti setiap ibu bapa pun mahukan anak-anak yang cerdik dan pandai bukan? jadi tubelawak nak bagi pendapat sikit tentang ini walaupun tubelawak masih belum memiliki anak.. ehehehe
Friday, January 7, 2011
teknik menegangkan dan membesarkan payudara
yaaaa!! setelah sekian lama tak menulis entry soft-porn, tubelawak mem-pervertkan diri lagi untuk menulis entry dengan menggunakan tajuk yang mampu membuatkan ramai lelaki klik masuk ke blog ini.. ini bukan video menipu seperti yang tubelawak selalu letak didalam blog, tetapi video kali ini betul-betul berkait dengan tajuk entry tubelawak hari ini.. semoga teknik ini mampu merapatkan lagi hubungan rapat suami isteri di luar sana.. kepada yang tak kawin lagi, jangan cuba-cuba mempraktikkan ya! takut-takut nanti ramai lelaki berahi menatap payudara anda.. kah kah kah..
Thursday, January 6, 2011
the secret : law of attraction
siapa yang pernah membaca buku bertajuk "the secret : law of attraction" ataupun video dokumentasinya, pasti akan merasakan apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka.. tetapi pendapat aku, syarat untuk berjaya dalam hidup atau teknik berfikiran kritikal tidaklah begitu complicated seperti yang dinyatakan didalam buku "the secret" itu.. tambahan pula banyak perkara dalam penulisan buku tersebut sangat bercanggahan dengan agama islam.. aku rasa, aku patut menulis tentang ini kerana ada rakan aku yang taksub dengan teknik-teknik law of attraction..
Tuesday, January 4, 2011
samseng dalam komuniti masyarakat kita
samseng bermaksud individu jahat yang suka melakukan perkara-perkara negatif tidak kiralah menyertai pertubuhan haram, kurang ajar, kaki pukul, suka carik pasal dan lain-lain.. pendek kata samseng adalah manusia yang tak sayang nyawa dan berani melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang lain.. ramai yang mengutuk dan membenci perbuatan samseng.. tapi adakah anda tahu samseng sebenarnya diperlukan dalam komuniti masyarakat..
Monday, January 3, 2011
malique feat najwa - senyum (unofficial)
senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari tuhan.. tuhan sengaja menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia.. sayangnya, anugerah indah ini, tidak banyak ditemui di wajah banyak manusia.. senyumlah.. kerana dengan senyuman kita mampu membuatkan orang menyukai, mencintai, senang dan selesa dengan kita.. senyum itu juga sedekah.. tidak ada kekurangan atau disadvantage pun kalau kita semua ringan memberi senyuman..
Saturday, January 1, 2011
tips kurangkan berat badan : 20 kg dalam masa 2 minit
anda ingin mengurangkan berat badan? masalah obesiti? sudah mencuba banyak produk melansingkan badan tapi tidak berkesan? sering diejek rakan-rakan kerana anda gemuk? jangan risau! saya ada jalan penyelesaian untuk anda.. tidak perlu wang yang banyak.. tidak perlu membeli produk dr.rozmey yang mencecah ratusan ringgit.. tidak perlu jaga pemakanan.. anda boleh makan sesuka hati anda sekiranya anda mahu..
wong fei hung @ faisal hussein wong
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates