Saturday, July 31, 2010

idea FYP untuk pelajar jurusan manufacturing

entry kali ni khas kepada student manufacturing atau bidang-bidang lain yang berkaitan.. aku kurang arif pasal bidang ni tapi aku ada jumpa video yang sangat super cool mungkin boleh menjadi cetusan idea untuk korang memikirkan tajuk untuk FYP korang.. dulu ada kawan aku hasilkan sikat rambut untuk final year project diorang pun boleh dapat 'A'.. aku tak pasti dari aspek apa penilaian terhadap produk yang dihasilkan.. kawan aku kata, nak hasilkan sikat rambut bukannya senang sebab memerlukan pengiraan dan kerja yang sangat halus..
Continue Reading

Friday, July 30, 2010

idea FYP untuk pelajar jurusan multimedia

kebanyakan pelajar jurusan multimedia menghasilkan video 3D sebagai final year project (fyp) mereka.. sekiranya korang membuat carian di youtube pun, memang banyak video 3d yang buatan malaysia diupload oleh pelajar-pelajar yang telah berjaya menyiapkan final year project mereka.. tapi aku agak kurang menggemari animasi 3D.. mungkin kerana dari hasil penilaian, kita boleh menilai melalui render 3D yang dibuat, ketelitian menghasilkan karektor dan lain-lain..
Continue Reading

Thursday, July 29, 2010

again! mak mohd khairuddin 2nd video

baru sangat aku post entry mengenai video mak mohd khairuddin (video pertama) dimana video leteran ibunya diletakkan dalam campaign youthsays (promosi yang berbayar).. kini muncul pula video kedua dari ibunya.. video ini telah diupload pada 27 july dan telah mencecah hampir 2000 viewer.. mungkin video ini diupload oleh ibunya mohd khairuddin sendiri atau mungkin ada orang lain yang meletakkan video ini di youtube..
Continue Reading

Wednesday, July 28, 2010

lagu yang mengingatkan aku tentang mati

sebelum ini aku ada ceritakan serba sedikit tentang diri aku di blog ini (lagu untuk anak), aku adalah anak yatim sejak berumur 7 tahun.. di saat arwah bapak aku menghembuskan nafas yang terakhir, aku sedang menantikan rancangan animasi kesukaan aku.. jadi seperti biasa sebelum bermulanya rancangan animasi itu, mestilah ada lagu intro kan? sehingga kini sekiranya aku terdengar lagu ini, aku akan teringatkan saat-saat arwah bapak aku menghembuskan nafas yang terakhir..
Continue Reading

Tuesday, July 27, 2010

teka teki yus rajalawak yang mencabar minda

aku suka teka-teki.. selalunya kalau melepak dengan kawan-kawan aku dan semua dah pakat-pakat 'blur' tak tau nak sembang apa, kitorang akan main teka-teki.. dalam otak aku ni ada beratus-ratus teka-teki yang boleh dilemparkan untuk menghiburkan rakan-rakan yang suram kerana tiada topik untuk disembangkan.. dalam banyak-banyak teka-teki yang aku ingat, semuanya logik ataupun berdasarkan kiasan-kiasan halus yang sukar dijangka..
Continue Reading

Sunday, July 25, 2010

bila si ibu kenal webcam dan youtube

video ni aku dapat dari link campaign youthsays.. mungkin ramai dah tengok video ni tapi aku nak letak juga untuk tatapan kali kedua korang ataupun untuk mereka yang belum menonton video ini.. video ini asalnya ditujukan oleh ibu mohd khairuddin kepada mohd khairuddin sendiri.. tapi aku heran macam mana video ni boleh ada kat campaign youtsays? ahaha
Continue Reading

Friday, July 23, 2010

video kucing yang super laju dan comel

hari ni aku sangat busy dengan keja aku.. banyak benda nak kena buat dan banyak benda masih tak disiapkan.. aku tensen dan aku sangat bad mood hari ni.. tapi video kucing ini telah menceriakan hari aku yang suram ini.. terima kasih wahai kucing.. ahahaha.. aku kembali happy! tak sia-sia aku buat blog tubelawak ni dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk berblogging mengenai video2 yang menceriakan hari-hariku.. aku puas!!
Continue Reading

Thursday, July 22, 2010

simian line atau garis lurus tapak tangan

simian line? apa tu? simian line ini ialah syndrome yang berlaku kepada sesetengah individu dan boleh dikatakan berlaku hanya 1% daripada 1000 kelahiran.. ianya berkait rapat dengan genetik ibu dan bapa.. mereka yang digelar simian liner ini, memiliki garis lurus di tapak tangan dan tidak sama seperti orang lain.. ada juga simian liner yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka memiliki tapak tangan biasa.. jadi punca berlakunya simian line masih belum diketahui dari segi saintifik..
Continue Reading

Wednesday, July 21, 2010

NC1253HZ6? kod rahsia dari dedy corbuzier

sebenarnya kod ini telah lama diberikan oleh pakar mentalist ataupun psikik yang bernama dedy corbuzier sebelum bermulanya world cup 2010 sebelum ini.. beliau mengatakan kod ini adalah kunci untuk mengetahui pasukan manakah yang bakal memenangi world cup 2010.. kod ini bertujuan untuk membuktikan penyertaan masyarakat umum tidak kira muda atau tua untuk cuba memecahkan kod rahsia ini dengan cara tersendiri..
Continue Reading

sultan kelantan kena ambushed?

pada asalnya, perkataan 'sultan' ini ialah kata nama abstrak bahasa arab yang bermaksud kekuatan, kuasa, atau kedudukan pemerintah.. kemudian, perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik.. perkataan sultan kemudian mempunyai beberapa maksud dalam konteks-konteks tertentu..
Continue Reading

Tuesday, July 20, 2010

disebalik kelembutan dan kecantikan

lain orang lain pendapat.. ada kawan aku sukakan perempuan yang nampak 'kuat' kerana dikatakan mampu melakukan kerja sendiri dan boleh stand alone.. tapi kebanyakan kawan-kawan aku lebih menyukai perempuan yang cantik dan kelihatan lembut.. orang tua-tua selalu berkata, jangan nilai buku dari kulit luarannya.. ahaha.. jadi entry aku hari ni, nak membuktikan bahawa luaran yang lembut dan sopan santun belum tentu sama seperti dalamannya..
Continue Reading

Sunday, July 18, 2010

plkn : program latihan khidmat negara

program latihan khidmat negara merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di malaysia.. ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni..
Continue Reading

Friday, July 16, 2010

review : angah hotdowgs taman pknk alor star

sesiapa yang berhajat untuk datang atau melancong ke alor star, anda semua mestilah datang ke "angah hotdowgs" yang terletak di taman pknk alor setar kedah.. kedai makan ini sangat spesel kerana hotdowg yang dijual, dibuat menggunakan resipi rahsia yang jarang kita temui di malaysia atau dimana jua hotdowgs berada.. tambahan pula gerai hotdowg ini sangat ceria dan havoc dengan telatah pengunjung dan pemilik gerai..
Continue Reading

pemasaran produk ubat besarkan payudara

baru-baru ini aku ada terjumpa satu video seorang perempuan china yang dikatakan tidak berpuas hati selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya kerana perempuan china ini berpayudara kecil (A cup).. selepas membuat sedikitk kajian bersama pakcik google baru aku tau cerita sebenar disebalik video amarah perempuan china ini..
Continue Reading

Thursday, July 15, 2010

tukar tiub dan tube lawak

sekiranya anda sedang mencari blog tukar tiub milik hishamuddin rais, sila klik sini.. sini ialah blog tube lawak milik johny depp (wow!).. setiap hari, mesti ada visitor yang sampai ke blog aku ni berdasarkan keyword seperti 'tukar tiub', 'tukar tube', 'isham tube' dan sebagainya.. mungkin kerana sebutan tube lawak dan tukar tiub hampir sama.. tapi ejaannya berlainan sama sekali
Continue Reading

octopus paul / sotong paul bersara? kenapa?

sotong paul (paul the octopus) yang menjadi tukang nujum yang menghangatkan piala dunia 2010 dikatakan tidak akan meramal lagi apa-apa perlawanan bolasepak selepas ini.. nampaknya sotong Paul ni akan tinggal sejarah dan menjadi legenda bolasepak.. sotong paul dilahirkan di inggeris dan tinggal di sebuah akuarium di sea life centre di oberhausen, jerman..
Continue Reading

Wednesday, July 14, 2010

masih ingat anak gadis kecil yang comel ini?

aku rasa sudah ramai diantara korang yang pernah menonton video anak gadis kecil korea ini.. tapi ini sebenarnya adalah video lama.. pertama kali aku menonton video ini adalah sekitar tahun 2004 dan 2005.. aku sangat terhibur dengan kecomelan anak kecil ini.. bukan setakat comel, anak kecil ini juga dikatakan 'super genius' kerana mampu melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya..
Continue Reading

Tuesday, July 13, 2010

lawak vuvuzela yang telah diharamkan

pihak berkuasa hal ehwal agama islam emiriah arab bersatu kelmarin mewartakan fatwa yang melarang masyarakat islam meniup kuat trumpet popular piala dunia 2010 iaitu vuvuzela sehingga melebihi kadar 100 decibel.. akhbar-akhbar negara teluk itu melaporkan, keputusan dibuat dengan alasan bunyi vuvuzela pada kadar minimum itu yang menyamai bunyi bising kereta api bergerak laju boleh memudaratkan pendengaran pengguna dan orang di sekitarnya..
Continue Reading

Monday, July 12, 2010

video mengimbau zaman persekolahan

seperti biasa.. aku suka mengimbau kenangan silam zaman persekolahan aku.. entah kenapa tiba-tiba datang ilham dan mood untuk edit video tak berfaedah macam ni.. masa aku tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku bersekolah di kolej sultan abdul hamid dimana sekolah ini terdiri dari pelajar lelaki sahaja (all boys).. kenangan di sekolah, adalah kenangan manis dan terindah dalam hidup aku.. sekolah banyak mengajar aku erti kehidupan.. cehwah!
Continue Reading

Sunday, July 11, 2010

soalan killer daripada anak-anak

selepas membaca entry yang ditulis oleh weed, aku terfikir sejenak apa yang patut aku jawab bila anak-anak bertanya "bayi keluar dari mana?".. aku saja menulis entry ini untuk mengetahui pengalaman korang yang sudah berkahwin dan sudah memiliki cahaya mata.. apa yang akan korang akan jawab bila anak-anak korang tanya soalan killer macam tu?
Continue Reading

Saturday, July 10, 2010

mari belajar hacking dengan ramzi si penggodam

mungkin di masa kini, masih ada individu yang tidak menggunakan komputer dan tidak memiliki internet connection di rumah.. tetapi, di masa hadapan internet akan menjadi keperluan setiap orang.. contohnya seperti wujudnya sekolah-sekolah bestari, online banking, pendaftaran institusi pengajian tinggi dan lain-lain.. sekiranya sesetengah individu generasi kini tidak mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti individu itu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek..
Continue Reading

Friday, July 9, 2010

pengamal ilmu kebal paling berbahaya

sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.. penggunaan istilah sihir dalam alam melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam..
Continue Reading

Thursday, July 8, 2010

tabiat buruk coach germany (joachim loew)

sebelum musim world cup habis, aku nak share ngan korang semua video tabiat buruk coach germany.. tabiat buruk dia ni menunjukkan yang dia ni seorang pengotor.. bukan sekadar makan taik hidung sendiri, malah mencium bau ketiak sendiri di tepi padang.. adakah ini satu amalan sihir yang digunakan untuk melayakkan germany ke peringkat akhir world cup? ahahaha
Continue Reading

Wednesday, July 7, 2010

review bundle seringgit gunung keriang kedah

dah lama tak buat review kat tubelawak.. hari ni aku nak cerita sikit pasal kedai pakaian terpakai atau bundle seringgit di gunung keriang kedah.. kepada mat-mat bundle yang sukakan pakaian bundle, korang kena datang ke bundle seringgit ni.. bukan sekadar boleh dapat pakaian murah dan berjenama terpakai, tapi boleh dapat keseronokan ketika mencari pakaian.. ahaha.. best kan?
Continue Reading

Tuesday, July 6, 2010

pos malaysia : jawatan kosong

pos malaysia merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di malaysia.. syarikat ini dikorporatkan dari jabatan perkhidmatan pos malaysia milik kerajaan pada 1990.. pada 4 Mei 2010, timbalan menteri kewangan datuk dr awang adek hussin memberitahu dewan negara, pos malaysia rugi RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, transmile group berhad.. ekoran itu, senator datuk musa sheikh fadzir mahu sistem merit bukan 'merit sahabat' dalam perlantikan CEO.
Continue Reading

melayu cina india membentuk 1malaysia versi pondan

1malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan perlembagaan negara dan rukun negara.. ia juga mencerminkan rakyat malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.. ya negara kita terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.. diantaranya ialah melayu, cina dan india..
Continue Reading

Monday, July 5, 2010

tips untuk mengawal suara nyanyian metal

sebelum ni aku ada post pasal suara yang super high pitch atau lebih dikenali dengan falsetto.. dan hari ini pula, aku nak berkongsi satu tutorial menarik dari vokalis kumpulan 'into eternity' iaitu stu block.. kepada yang tidak meminati musik metal, tidak mengapa.. aku pasti korang tetap akan terhibur dengan video ini.. mungkin korang juga boleh melakukan latihan seperti ini untuk memantapkan lagi vokal dondang sayang korang..
Continue Reading

Sunday, July 4, 2010

entry khas sempena musim world cup

sempena musim world cup ni aku tak update blog secara konsisten kerana tidur aku terganggu untuk menonton perlawanan bola bersama rakan-rakan.. sebelum musim world cup tamat, aku nak cerita sikit kepada korang yang tidak mengetahui fakta menarik tentang perlawanan bola sepak semalam diantara paraguay dan spain.. majoriti peminat yang aku kenal menyokong pasukan spain..
Continue Reading

Friday, July 2, 2010

ptptn online : penutupan keseluruhan akaun

abaikan tajuk entry ini kerana aku sengaja meletakkan tajuk seperti itu untuk mendapatkan hits dari search engine.. harini aku nak cakap sikit mengenai bantuan pinjaman pelajaran di malaysia.. bukan aku mahu memboikot mana-mana pihak, aku cuma nak menceritakan pengalaman aku yang aku rasa telah mendatangkan rugi (juga sangat menyesal) kepada aku dan aku tidak mahu terjadi kepada orang lain ataupun kepada pelajar yang ingin mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran di universiti kelak..
Continue Reading

Thursday, July 1, 2010

pakar peta dunia berumur 2 tahun

dulu masa sekolah menengah, aku paling benci subjek geografi.. aku tak hafal peta dunia, dan aku juga tak tahu apa hasil bumi atau jenis-jenis tanah yang ada di malaysia.. yang aku tau negeri kedah kaya dengan tanaman padi sebab aku membesar di kedah sejak kecil.. ahaha.. mungkin kerana sejak kecil aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan bukan pilot yang mahir dengan peta dunia.. kini aku tidak lagi bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tetapi aku bercita-cita untuk menjadi kapten kapal lanun..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates