Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

pernahkah anda terfikir #4 (teknologi tuhan)

masa aku sekolah dulu, ustaz aku pernah tanya semua pelajar dalam kelas "apa cita-cita kamu".. lepas tu semua orang pun bagitau la cita-cita masing-masing.. aku juga tak terkecuali.. cita-cita aku ketika zaman sekolah dulu nak jadi doktor.. tapi paper biologi spm aku kantoi.. so takleh nak teruskan cita-cita asal aku.. kah kah kah.. eh lari topik pulak.. kembali ke topik asal.. semua student pun memberitahu cita-cita masing-masing kepada ustaz..
Continue Reading

Saturday, June 11, 2011

persepsi orang ramai yang menggerunkan aku

kalau ada diantara anda yang menghadiri conference atau competition i-hack tahun lepas di uitm shah alam, pasti anda ada terselisih dengan aku dan rakan-rakan aku kerana kami telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh uitm itu.. untuk i-hack 2010, kami (group dari 3 orang peserta) juga telah dinobatkan sebagai 'champion' dalam kategori hacking & defense.. kalau anda masih ingat muka yang berdiri di atas stage tu, salah sorang tu lah aku.. hahahaha.. auwww..
Continue Reading

Wednesday, June 8, 2011

cara aku menilai orang melalui internet

setiap orang ada pendapat masing-masing dalam menilai rakan dan orang lain.. begitu juga dengan aku.. terus-terang aku ingin katakan bahawa aku adalah jenis yang susah nak percaya dengan orang sekiranya aku tak duduk depan-depan dan berkawan dengan seseorang itu untuk tempoh yang lama.. tambah pulak zaman sekarang ni ramai orang berkenalan melalui facebook ja.. hahaha.. aku dah terjebak dalam dunia internet ni agak lama.. sejak aku sekolah rendah lagi aku dah berjinak-jinak dengan aplikasi sosial seperti mIRC, ICQ dan lain-lain..
Continue Reading

Friday, June 3, 2011

tubelawak nak jual blog tubelawak, sapa nak beli?

(entry tak lawak) sedar tak sedar, dah seminggu aku tak update blog.. haha.. sepanjang 2 tahun aku menulis blog, ini kali pertama aku tak update blog sampai seminggu.. sampaikan ada orang tanya aku untuk nak beli blog ni.. aku takmau dan takkan jual blog ni.. sayang wooo.. usaha aku selama 2 tahun bercerita, takkan aku nak jual kat orang senang-senang ja.. apa-apa pun aku nak mintak maaf kepada pembaca blog tubelawak sebab aku tak update dalam tempoh yang lama (bagi aku).. lepas ni aku akan update macam biasa..
Continue Reading

Thursday, May 26, 2011

teknologi sebenarnya lebih taboo dari sihir

bila sebut pasal ilmu terlarang ni, mesti ramai yang sangka ilmu terlarang berkait rapat dengan ilmu hitam dan sihir kan? sebelum ada yang tersalah, aku nak tegaskan bahawa mempelajari ilmu hitam dan sihir sebenarnya tidak salah, tetapi dikhuatiri memudaratkan dan boleh memesongkan akidah kita.. dalam entri ni, aku bukan nak bercerita mengenai ilmu hitam dan sihir.. ilmu ini tidaklah haram untuk dipelajari atau dipraktikkan, tetapi sangat ditakuti oleh dunia.. kenapa? sebab ianya boleh memusnahkan sistem yang dah sedia ada..
Continue Reading

Saturday, May 21, 2011

lukisan ain zulaikha yang hensem

aku sebenarnya tak suka melukis.. tapi bila dah selalu melukis, perkara ni jadi hobi.. dan pada masa yang sama aku tenang dan dapat rilek-kan otak aku.. hobi ni terbawa-bawa dari arwah bapak aku, turun kat abang kakak aku, dan sampailah kat aku.. sama jugak macam bermain gitar, arwah bapak aku dan abang aku juga pandai bermain gitar.. tapi famili aku takda la extreme sangat berkaitan musik dan senilukis ni.. sekadar hobi.. kadang-kadang aku gunakan jugak hobi ni untuk mengambil hati wanita.. kah kah kah.. auww
Continue Reading

Wednesday, May 11, 2011

mari belajar bahasa pengaturcaraan dengan berkesan

ramai yang tanya aku "macam mana hang boleh ingat coding-coding computer ni weh?".. jawapan aku, sebenarnya aku tak ingat langsung.. tapi disebabkan dari kecik aku banyak main dengan bahasa komputer (mula-mula sekali aku belajar mirc scripting) jadi aku dah terbiasa dengan konsep bahasa pengaturcaraan komputer ni.. tak kiralah C, C++, Java, python, PHP, ASP, dan lain-lain.. sebenarnya bahasa-bahasa ni sama ja.. bezanya cuma setengah language macam Java ada class module yang spesial sikit seperti listiterator, dan lain-lain (padahal module ni kita boleh create sendiri sebagai function dalam language lain)
Continue Reading

Tuesday, March 29, 2011

anda geek? anda programmer? anda suka java?

kali ini aku nak bercerita mengenai java pula.. apa itu java? java adalah bahasa pengaturcaraan komputer yang digunakan meluas dalam dunia.. tak kiralah aplikasi phone atau komputer, kebanyakan aplikasi yang ada diprogram-kan menggunakan java.. tapi sebelum itu, aku nak tegaskan bahawa java dan javascript bukanlah benda yang sama.. sekiranya anda mahir javascript, belum tentu anda mampu menguasai java.. aku menulis secara santai untuk bacaan semua termasuklah individu bukan 'mat komputer'..
Continue Reading

Sunday, March 20, 2011

perhatikan anak anda : teknologi mempengaruhi masa depan

zaman sekarang ni teknologi kian membangun dengan sangat cepat.. tak sempat nak master penggunaan ipad1, dah keluar pulak ipad2.. hehehehe.. aku kenal komputer ketika berumur sepuluh tahun.. anak kakak aku yang baru berumur tujuh tahun pun dah pandai menggunakan internet browser untuk bermain game.. generasi kini lebih cepat terdedah dengan teknologi kerana boleh dikatakan semua orang mampu untuk memiliki komputer atau gadget-gadget canggih..
Continue Reading

Thursday, January 13, 2011

teknologi masa depan hanya untuk orang gila

dulu pada zaman hang tuah, mesti tak ada pun manusia yang akan percaya sekiranya aku mengatakan bahawa ada mesin yang mampu membantu manusia terbang di udara.. kini tidak lagi.. semua orang boleh menerima hakikat bahawa ada teknolgi yang membolehkan sesuatu benda terbang dan membantu manusia dalam pelbagai aspek.. anda akan dikatakan gila sekiranya memberikan idea atau berusaha mencipta benda yang diluar akal manusia (mengikut zaman).. begitulah cerita yang dibawa dari dulu sampai sekarang..
Continue Reading

Friday, November 19, 2010

hiburan reverse engineer dan perempuan cantik

reverse engineering ini adalah satu topik yang general untuk diperkatakan.. kebanyakan pekerja dalam bilang forensik, kimia, pengaturcaraan komputer, psikologi dan lain-lain turut boleh digelar sebagai reverser.. dalam bidang komputer, mereka yang pandai melakukan reverse engineering inilah yang layak digelar hacker ataupun orang yang mahir mengenai komputer.. macam dalam rancangan 'CSI crime scene investigation' tu, bagi aku semua tu adalah reverse engineering untuk mendapatkan maklumat mengenai kes jenayah yang berlaku.. 
Continue Reading

Friday, October 22, 2010

iphone review : 3 alasan untuk memiliki iphone

walaupun aku tak memiliki smart phone, tapi aku tetap tak mahu ketinggalan mengikuti perkembangan teknologi.. oleh itu aku sentiasa membaca artikel-artikel terbaru mengenai smart phone, gadget-gadget canggih, komputer dan bermacam-macam lagi.. aku ada sorang kawan ni, sangat anti dengan teknologi.. aku tak tahulah samada dia tidak mampu untuk memiliki, bodoh teknologi atau memang sengaja menimbulkan konspirasi dengan berpendirian sebagai seorang yang 'fuck technology'.. dia juga ada mengeluarkan statement seperti 'alaaa, iphone tu kau pakai sebulan lepas tu kau boring la'.. kah kah kah.. aku tak kisah kawan-kawan nak bagi pendapat..
Continue Reading

Sunday, August 1, 2010

idea FYP untuk pelajar jurusan fizik dan mekanisma

hari ini aku agak keletihan sebab baru lepas balik dari sungai tekala.. jadi malas nak tulis panjang-panjang.. masa berada di sungai tekala aku teringat satu ciptaan indah dari theo jansen (founder kinetic sculpture dan theo jansen mechanism).. entah dari mana datang ilham untuk menulis entry ni aku pun taktau, mungkin kerana theo jansen ada mencipta raksasa laut jadi apabila aku berada disungai, aku bayangkan laut pada masa yang sama..
Continue Reading

Saturday, July 31, 2010

idea FYP untuk pelajar jurusan manufacturing

entry kali ni khas kepada student manufacturing atau bidang-bidang lain yang berkaitan.. aku kurang arif pasal bidang ni tapi aku ada jumpa video yang sangat super cool mungkin boleh menjadi cetusan idea untuk korang memikirkan tajuk untuk FYP korang.. dulu ada kawan aku hasilkan sikat rambut untuk final year project diorang pun boleh dapat 'A'.. aku tak pasti dari aspek apa penilaian terhadap produk yang dihasilkan.. kawan aku kata, nak hasilkan sikat rambut bukannya senang sebab memerlukan pengiraan dan kerja yang sangat halus..
Continue Reading

Friday, July 30, 2010

idea FYP untuk pelajar jurusan multimedia

kebanyakan pelajar jurusan multimedia menghasilkan video 3D sebagai final year project (fyp) mereka.. sekiranya korang membuat carian di youtube pun, memang banyak video 3d yang buatan malaysia diupload oleh pelajar-pelajar yang telah berjaya menyiapkan final year project mereka.. tapi aku agak kurang menggemari animasi 3D.. mungkin kerana dari hasil penilaian, kita boleh menilai melalui render 3D yang dibuat, ketelitian menghasilkan karektor dan lain-lain..
Continue Reading

Monday, May 31, 2010

mythbuster kantoi : teori berjalan di atas air

aku suka mengkaji.. tapi aku tidak punya duit yang banyak untuk mendirikan pusat penyelidikan aku sendiri.. kalau aku banyak duit, sudah pasti aku akan membuat kajian-kajian pelik dan menarik seperti mythbuster.. dulu aku pernah menonton salah satu episod mythbuster berkaitan cerita lagenda masyarakat jepun dimana, ninja boleh berjalan dan berlari di atas air.. memang menarik skop kajian mythbuster ini.. tapi mereka mengatakan teori ini adalah tidak logik dan terbukti mustahil untuk manusia berlari di atas air..
Continue Reading

Saturday, May 29, 2010

target penggodam : wordpress atau blogspot?

baru-baru ini aku diajukan soalan "yang mana lagi mudah kena hack, wordpress atau blogspot".. bukan aku nak berlagak pandai atau tunjuk pandai.. sekadar nak berkongsi dengan korang semua.. penggodam ini sebenarnya adalah manusia yang sangat bijak dan pandai dalam dunia pengkomputeran ni.. tak kiralah pengetahuan dalam blogging, system, ataupun programming.. programming ni pulak boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek.. ada programming language khas untuk operating system seperti windows dan unix-base, ada jugak programming untuk robotic, board, chip dan lain-lain.. untuk pengetahuan korang, mesin basuh pun ada programming language-nya tersendiri..
Continue Reading

Monday, March 22, 2010

nuffnang hack, flaw in HTML2.0

sebelum aku mulakan leteran aku, aku nak bagitau kat korang semua bahawasanya total earning aku dah RM700 dalam masa 3 bulan sahaja aku buat blog tubelawak ni.. ahahaha.. ajaib kan? nuffnang adalah sebuah company pengiklanan yang sangat stabil dan boleh dipercayai.. tapi adakah sistem nuffnang sangat secure dan kukuh? jadi semalam aku telah menghabiskan masa aku untuk membuat sedikit kajian ke atas site nuffnang.. apa yang aku jumpai di site nuffnang? terdapat lubang(hole) XSS, LFI, RFI, SQL injection dan overflow dalam sistem nuffnang yang membolehkan aku untuk hack, crack, godam atau memecah masuk sistem nuffnang untuk mengubah database di dalam server mereka..
Continue Reading

Tuesday, February 23, 2010

teknik mencuri password facebook

mesti ramai yang nak tahu cara mendapatkan password account facebook orang lain dengan cara mudah kan?? ramai yang tanya aku "macam mana nak crack password orang eh?" ada yang aku jawab dengan terperinci, dan ada yang aku malas nak jawab.. bukan kedekut ilmu.. masalahnya bukan seorang dua yang tanya.. ni dekat berpuluh-puluh orang dah.. ahaha.. kepada yang aku tak berapa nak share ilmu tu, aku mintak maaf la eh.. kali ni, aku nak share video untuk menjelaskan kepada korang semua, bagaimana nak mencuri,godam,crack atau mendapatkan password orang lain takpa sebarang ilmu pengetahuan tentang komputer..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates