Tuesday, June 29, 2010

lelaki romantik dalam percintaan

lelaki romantik dalam percintaan

wow! tubelawak bercerita tentang cinta pulak hari ni.. setengah orang berpendapat, romantik itu adalah super jiwang dimana lelaki itu melakukan perkara-perkara diluar kebiasaan seperti memberi sejambak bunga, mengajak pasangan makan di tepi laut dan macam-macam lagi.. aku rasa, semua lelaki pun akan merasakan dirinya tidak romantik kerana pendapat mengenai 'romantik' ini adalah berlainan sama sekali.. ada yang mengatakan lelaki romantik seringkali mengeluarkan kata-kata indah dan ada juga mengatakan lelaki romantik sebenarnya lebih mendiamkan diri kerana terlalu ingin menjaga hati pasangan..


mengikut pendapat aku, lelaki yang romantik adalah lelaki yang mengenali pasangannya.. pendapat setiap orang pun adalah tidak sama kan? jadi lelaki yang memahami pasangannya sudah pasti akan dikatakan romantik oleh pasangannya sendiri tetapi mungkin tidak kepada individu yang lain.. ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan aku sendiri.. aku ada kawan yang 'super gila' dan ada kawan yang 'super jiwang' tetapi dihati pasangan mereka, masing-masing mengatakan bahawa lelaki mereka ini adalah romantik sebenarnya..

ada kawan aku yang mengatakan bahawa pasangannya tidak suka diberi sejambak bunga kerana dikatakan 'membazir' tetapi lebih suka diberi barangan yang boleh diguna pakai seperti pakaian dan makanan.. ada juga kawan aku yang sentiasa memberi sejambak bunga kepada pasangan apabila pasangannya berkecil hati atau merajuk kerana pasangannya sangat menyukai bunga.. nah! jadi apa sebenarnya romantik itu? persoalan ini timbul kerana beza pendapat diantara manusia sendiri.. ahaha..


jadi apa yang penting dalam perhubungan sebenarnya ialah saling memahami dan jujur diantara satu sama lain.. kalau korang dah memahami pasangan, insyaallah pasangan korang akan mengatakan bahawa korang romantik.. walaupun perempuan korang garang macam singa dan korang berkata "woi singa! walaupun kau singa, aku sayang kau tau!" itu juga adalah romantik sebenarnya.. ahaha.. korang boleh tengok video ni untuk korang belajar lebih mendalam untuk menjadi individu yang romantik dan mampu menambat hati pasangan..

video : contoh video lelaki romantik
Related Posts with Thumbnails
Share This

11 comments:

  1. kasih sayang.hehe =]
    x dpt tgk video.connection slow
    mari join ni Happy Family Giveaway

    ReplyDelete
  2. fuyooo!!! korang dowh!!!!!!!!! muahahahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha... sengal! lau mcm mr.bean, kompem kena talak time tu gak. :P

    ReplyDelete
  4. amboi-amboi kandaaa :) dokter cinta ya sekarang? ;p

    ReplyDelete
  5. hahaha...macam hang dgn awek hang la kan...romantik habis aku tgk...hahaha


    adoi lawak...

    ReplyDelete
  6. bagusla aku dapat pasangan hat suka bagi barang pakai .. kalau contoh bagi barang xleh pakai seperti sejambak bunga.. menjadi satu beban pulak nak jaga.. seperti kedai pajak gadai..

    -tulus ikhlas dari hati

    ReplyDelete
  7. STUJU!!:) bro wat blog bru la.. tubecinta.blogspot.com hehehe..

    p/s: "woi singa! walaupun kau singa, aku sayang kau tau!" ----> ssh nk carik singe jenis nih zaman nih..~XD

    ReplyDelete
  8. lelaki yang bagi bunga pada aku langsung tak romantik.entah kenapa eh. aku lagi rasa geli. lepas tu kalau dorang cakap benda2 yang sweet-la-sangat bagi aku semua tu di mulut je.

    benda2 yang orang lain rasa romantik, tapi bagi aku benda tu tak. aku rasa benda romantik yg dorang igt tu macam drama dan orang yg buat macam tu mesti mengadaptasi benda tu dari drama.

    romantik bagi aku dari segi perlakuan. perlakuan yang dia tak sedar dan dia tak perasan pun.itu baru aku klasifikasikan sebagai romantik.dia tak ada niat pun nak jadi romantik tapi sebenarnya peneriamaan kita lebih dari itu.

    haha panjang lebar pulak aku.

    ReplyDelete
  9. drama melayu mempengaruhi mentaliti kita.. ahaha

    ReplyDelete
  10. r0mantik is fantastik.. bhahaha.. tp lau tlebey bt ayat jwang.. aduyaii.., geli d0e.. hakahak

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates