Thursday, January 6, 2011

the secret : law of attraction

the secret : law of attraction

siapa yang pernah membaca buku bertajuk "the secret : law of attraction" ataupun video dokumentasinya, pasti akan merasakan apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka.. tetapi pendapat aku, syarat untuk berjaya dalam hidup atau teknik berfikiran kritikal tidaklah begitu complicated seperti yang dinyatakan didalam buku "the secret" itu.. tambahan pula banyak perkara dalam penulisan buku tersebut sangat bercanggahan dengan agama islam.. aku rasa, aku patut menulis tentang ini kerana ada rakan aku yang taksub dengan teknik-teknik law of attraction..

dalam buku tersebut ada mengaitkan kehidupan ini ibarat cerita mitos 'aladdin' dimana aladdin memohon hajat kepada jin lalu jin itu menunaikan segala permintaan aladdin.. penulis menghurai keadaan ini adalah apa yang berlaku dalam amalan setiap agama yang ada di dunia ini.. orang islam berdoa kepada Allah dan Maha-besar ini diumpamakan seperti jin dalam cerita aladdin.. setiap agama pun diakatan mempraktikan perkara yang sama.. jadi berhati-hatilah, jangan sampai terpesong akidah anda..


kemudian buku itu menceritakan lagi, untuk berjaya atau mencapai impian, kita perlu meletakkan impian itu dalam pemikiran kita (yakin).. sekiranya kita yakin impian itu akan tercapai, kita akan memperolehi impian itu tanpa disedari.. tapi sekiranya anda memikirkan 'law of attraction' ini tak menjadi, maka pasti impian anda juga tidak boleh dicapai.. wtf! dalam hati kecil aku berkata "ada kawan aku dulu mat rempit, tapi sekarang PTD.. rezeki masing-masing kot"

jadi aku takmau hurai panjang pasal buku / dokumentari 'the secret : law of attraction' ni.. anda boleh google sendiri untuk mencari video atau PDF di internet.. apa-apa pun, aku rasa diorang ni (penulis buku tu) macam 'mengada-ngada' ataupun 'melebih-lebih' dalam menghurai teori law of attraction.. rilek-rilek sudah.. kah kah kah.. aku rasa amalan usaha, doa dan tawakkal pun dah cukup.. juga cukup merangkumi seluruh teori dalam buku tu.. kah kah kah.. rugi masa aku ja baca buku tu..

video : ini pun law of attraction juga
Share This

36 comments:

  1. i read it, i watch it, i like it.
    x percaya 100%, cuma amik yg mana positif & sometimes apply jugak & it works.
    tapi xde la obsess. yg penting kne be positive & mesti la berdoa. :)

    ReplyDelete
  2. ya.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan

    ReplyDelete
  3. uih apa pulak rugi bro..kesannya,ko lg yakin dgn kuasa Allah.tak jd pak turut je kan.itu tandanya iman(tul ke ni?)hehe..

    ReplyDelete
  4. ayat tu sekadar nak tunjuk expression sebuah
    buku tebal-tebal tapi "usaha doa tawakkal" dah
    cukup untuk kaver keseluruhan buku tu.. haha

    ReplyDelete
  5. i read the book, watch the video.
    yg penting dlm hidup ni kita kena optimis.dn sy sgt percaya pd law of attraction ni.sbb pkr yg kite yakin berjaya akan selalunya berjaya.gud luck

    ReplyDelete
  6. penah bace buku 2 dlu, tapi fakta yg paling igt, 4 perkataan yg jgn diucap, = jangan, bukan, tidak..lg 1 xingat lak...Micheal J Losier kl x silp buat bku 2..n ade bbrape buku "law" die buat lepas 2..kita x bleh menidakan kuasa Allah..tp bace bku ni utk pgetahuan tmbahan, cmne org barat fikir pn ade kelebihnnya.=)

    ReplyDelete
  7. ade2 mende2 yang kite boleh ambil dari the secret tu, tapi kite sbg owg islam perlu sesuaikan dengan pegangan kita.jika tak ke laut.n skg nie pun kat kedai2 buku dah ade the quran:law of attraction.

    ReplyDelete
  8. patut impian efa tak menjadi sb tak yakin pada diri sendiri huahua...tak sggp nk terlalu yakin sb tkut impian tu tak jd kenyataan kehkeh :) btw nk pi google itu cerita huhu..

    ReplyDelete
  9. sepatutnya letak
    p/s : ini bukan video lawak.

    ReplyDelete
  10. Saya belum baca buku tu tapi lepas membaca n3 ni, tak ingin nak buang masa baca buku mcm tu. Baca Al-Quran lagi dapat pahala.

    ReplyDelete
  11. wah.. sangat menarik.. tQ untuk nfo inih.. mahu cari dan baca .

    ReplyDelete
  12. sbnarnye kita mmg sntiase lupe yg kita sbg umat islam ada buku manual kehidupan sndiri. x lain x bukan kitab al-quran. nk ape saje kat dunia ni, bukak blik n kaji la al-quran, kompem dpt jawapan nye, lau btul2 kte wt cm2 kompem buku2 lain yg de kat dunia ni kita x pndang dh

    ReplyDelete
  13. Nasib baik tak beli tak baca lagi. Lebih suka buku melayu. Tak pandai omputeh ni

    ReplyDelete
  14. salam ziarah,

    keep prayer to Allah is the key ingredient.

    ReplyDelete
  15. hurmm... tak pernah baca. tapi tahu.

    ReplyDelete
  16. buku tu best seller kot.tapi aku tak berminat nak membeli,membaca dan melihatnya

    ReplyDelete
  17. Dah lama Bain tgk video tu. mmg bahaya dan hampeh tahap cipan bukit. hehe...

    *hang x rugi beli buku tu coz hang dpt kongsi ilmu tu kt dunia maya, secara x langsung mungkin dapat menyelamatkan akidah umat islam yg lain. ^_^

    thank you for sharing n visiting my blog.:)

    ReplyDelete
  18. "law of attraction" tu istilah barat..dalam islam ialah DOA..apa yg kita nak, kita sentiasa sebut dan yakin..INSYAALLAH akan dapat apabila ia terzahir dalam tindakan kita..(,")

    ReplyDelete
  19. VIDEO TU PALING GEMPAK!..HAHAHA.MALAYSIA BOLEH

    ReplyDelete
  20. sebab tu dalam Islam mesti ada tawakkal dalam setiap usaha..pehtu berdoa mengharap keredhoan dari Allah..lagipun kalo nak buat apa, niat tu harus penting + kene ada azam..

    ReplyDelete
  21. pnh dgr pasal law of attraction ni,tp nk apply bkn mudah kan?huhu

    ReplyDelete
  22. zikir dan doa serta tawakkal dalam setiap usaha, insyAllah doa dan harapan itu akan termakbul. Itulah dia dinamakan Law of Attraction.

    ReplyDelete
  23. yakin, usaha dan doa dah dibuat... tetapi kita selalunya kurang sabar dalam mengejar sesuatu.

    ReplyDelete
  24. tu la..tak payah la baca buku macam tu...
    dalam islam dah banyak hurai pasal kejayaan hidup di dunia dan akhirat..cuma kita je tak ikut dan cari yang lain..

    ReplyDelete
  25. mungkin sekadar perspektif dari akal manusia sahaja...haha

    ReplyDelete
  26. bukan 100% semua betul.. tapi masih ada betul dalam"Law of attraction" ni.. bagi kai senang je. amik ape yang betul,tolak ape yang rasa mengarut.

    sokong cara usaha,doa dan tawakal tu..

    ReplyDelete
  27. vee da pun baca & tengok vid "THE SECRET" dulu mmg teruja tp bl fikir blik, byk yg lari dr konteks agama :) xperlu tlalu obses, ^_^ 2 yang bl rozmey leh target rm40juta tu..sbb dah obses dgn The Secret nie hehehehe

    ReplyDelete
  28. well..kite hidup dalam kepelbagaian budaya, adat, dan kepercayaan masing2 terhadap sesuatu yang tiada kaitan dengan agama..sesetengah budaya, adat, dan kepercayaan dilakukan kerana dipercayai dapat memberikan sesuatu atau menghindari sesuatu..difikirkan secara logik adalah xmungkin sesuatu perkara terjadi kerana percaya ianya akan terjadi..namun sesetengah perkara betul2 berlaku seperti mana yg kita percayai..dunia nie memang penuh dengan perkara yg lansung xlogik dek akal..sya pernah tgk video..tpi xde la blh obses sampai target rm40juta..just ambik yg mane yg positif..xsalah untuk kita yakin yg suatu hari nanti kita akan berjaya..xrugi pon..just think positive..cuma jangan la duk berangan je..berusahalah..

    ReplyDelete
  29. betul tu anon 1:48 .. better jadi manusia
    yang positif.. selalu yang berangan nak 40juta
    ni orang MLM ja.. hahahaha

    ReplyDelete
  30. Sekarang tengah baca sebuah buku, tapi buka the Secret macam ni lah...mana2 buku pasal motivasi pun akan sentuh pasal visualkan apa yang kita nak jadi, percayakan kebolehan kita focus dan macam-macam...apa-apa pun Doa, Usaha, ikhtiar, tawakal..semoga iman kita tetap..

    ReplyDelete
  31. banyak perkara yang kita tak tahu tentang minda kita.ilmu allah begitu luas..siapa yang mencari dan mengkaji dia yang akan dapat.kelemahan orang islam zaman sekarang nie bro,malas nak mencari ilmu dan mengkaji ilmu(baca buku pun malas)baca al quran lak tak paham tak ngaji arab.macam mana nak dapat ilmu.bila orang bukan islam kaji sesuatu ilmu,kita kata ilmu tu salah sebab org bukan islam yang kaji.pikir2 kan lah..imam al ghazali pun ambil ilmu dari yunan diolah dan dinamakan ilmu mantik.....kajilah diri anda....

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates