Monday, July 4, 2011

anda mahu kaya? mari sini aku kongsi tips

anda mahu kaya? mari sini aku kongsi tips

bila hidup didalam dunia yang penuh penipuan ni, mesti ramai yang meronta-ronta untuk menjadi kaya kan? tak kiralah boyfriend yang stress dengan girlfriend yang materialistik, atau suami yang terpaksa tanggung nafkah anak bini, ataupun orang miskin yang mencari sesuap nasik dan lain-lain.. hehehe.. kita semua perlukan duit untuk hidup.. itulah hakikatnya.. ada juga orang kata "boleh ja nak hidup tanpa duit, tapi kena duduk dalam hutan".. cuba anda fikir balik, hutan mana yang belum diterokai dalam malaysia ni? kah kah kah.. nanti kena tembak free ja sebab ceroboh tanah orang.. walaupun duit itu salah satu penipuan dunia yang nyata, tapi kita terpaksa mencari duit untuk hidup..


salah satu cara nak dapat duit banyak ialah dengan memulakan bisnes.. Rasulullah pun galakkan umat islam untuk berniaga.. tapi ramai yang tidak tahu, macam mana nak mulakan bisnes.. senang saja.. gunakan 'agama' anda ataupun 'bangsa' anda untuk melariskan perniagaan anda.. contohnya seperti air zam-zam generator ka, air bekas wudhu tok kenali ka, dan lain-lain.. walaupun secara logiknya perkara ini adalah mustahil untuk diterima akal, tetapi percayalah, pasti ramai yang akan tertipu dengan teknik penggunaan terma 'agama' dan bangsa ini.. kah kah kah.. tak percaya? kat malaysia ni pun dah belambak2 jual produk macam ni.. contohnya seperti air molekul yasin? apakah??? kah kah kah..

kalau penipuan yang disebutkan tadi tak berjaya, anda juga boleh mengubah haluan anda ke arah barangan untuk kaum wanita.. jual saja tepung gandum, dan katakan bahawa bedak putih ini mampu mencantikkan muka dalam masa sebulan.. pasti ramai kaum wanita yang akan beli produk anda.. selain itu anda juga boleh jual produk kesihatan seperti jus mewangikan vagina.. adakah anda tahu, produk seperti ini tiada siapa pun akan berkongsi cerita dengan rakan-rakan.. takkan la si pe'ah nak bagitau kat jiran dia yang dia ada gunakan produk mewangikan vagina? kah kah kah.. kantoi la vagina masheemm.. kah kah kah.. jadi anda tak perlu risau kantoi menipu..

kalau teknik berniaga ini tidak berjaya, jalan terakhir yang paling mudah ialah membuat pinjaman wang dengan 'ah long'.. mereka gengster? jangan takut.. pinjam saja 30 ribu dengan mereka.. lepas tu anda cuma perlu luang lebih kurang RM2000 untuk mengupah pembunuh upahan thailand untuk membunuh 'ah long' yang mengganggu hidup anda.. kah kah kah.. upah pembunuh lagi murah daripada nak bayar balik hutang ah long tau.. jadi apa lagi masalah anda untuk menjadi kaya dengan cepat?? banyak ja peluang dalam hidup ni untuk menjadi kaya.. kah kah kah..

(perhatikan mamat yang baju biru tu senyum dari mula sampai habis.. 
semoga colgate ambik mamat tu jadi model colgate)

p/s : aku tak kesah lagi kalau org buat bisnes target marketing dia adalah dengan menipu kaum wanita.. tapi kalau gunakan agama dalam bisnes, aku rasa cam nak buh penendang.. tak kirala dia ustaz ka apa ka.. nak salahkan mereka 100% pun tak boleh jugak.. sebab sistem dunia ni memang dah tak betul.. semua orang pun meronta-ronta.. kan? siapa salah sekarang? hehe
Share This

31 comments:

  1. semua nak cepat kaya. nak ambik jalan short cut. amboii. mana ada rezeki datang bergolekkk

    ReplyDelete
  2. hakhakhak haduh pecah perut baca entri ni. tambah lak tengok video ah long bukit beruntong tu. hehehe. apa pun ini lah realitinya kan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. chue syuehada : awat delete? hehehehe..

    ReplyDelete
  5. berniaga lah y mendtngkn byak kekayaan,jatuh bnkrup ker,boleh untung ker,kita y tanggung

    ReplyDelete
  6. semua mau kaya maa..
    tp tu lah.. usaha xde.. hur,mm :(

    ReplyDelete
  7. ijuali....hg penah bunuh ah long x?

    *tetibe*

    ReplyDelete
  8. betul la pe yg ko post nie...agree 100%...zaman skrg ni mmg ramai je yg menggunakan agama utk menipu semata2 nk kaya cepat...tp yg pasal vagina tu mmg lawak habis la..hahaha!

    ReplyDelete
  9. hang lupa satu benda lagi, carik sugar mami banyak2
    kah3

    ReplyDelete
  10. duit2 dimana kau duit(lagu m.nasir) hehe. baxkground blog color kuning :)

    ReplyDelete
  11. sangat sarkastik! syabas! haha

    ReplyDelete
  12. siapa yang salah kau tanya!? mereka dan keluarga mereka. -Ringgit Kasorga

    ReplyDelete
  13. aik. tips yg satu lagi taknak share ka? kahkahkah...

    ReplyDelete
  14. paling suka yang last sekali tu.. betul ke upah pembunuh upahan dua ribu je?? emm... boleh try ni... yang lain lain dah try dah

    ReplyDelete
  15. wah i mahu, camana cara kita beza negara

    ReplyDelete
  16. Salam sahabat,

    Mana2 organ yang ada dua, jual satu :)

    ReplyDelete
  17. hmm.. sape ckp pompuan tak share ngan kwn2 kl pakai produk2 cmtu.. hahaa~

    ReplyDelete
  18. nak,,kaya??..hari2 makan roti sapu kaya,...gerenti jadi org kaya,..hehehe

    p/s.apa2 yg kita usahakan yg penting BERKAH dr NYA.

    ReplyDelete
  19. kaya...common word...sbb sume nak...nak kaya tu atas rajin dan malas jer....rajin kayalah...malas miskin la.....

    ReplyDelete
  20. ade lg yg xleh blah,bila jual produk kesihatan.
    ade la football player yg guna produk ni. pastu bila dia skor ja gol, nahhh..
    "XXXXX telah menggunakan produk kami dan berjaya menjaringkan gol ketika menentang Taiwan, anda mahu hebat sepertinya?gunakan produk kami" naaaahhhh..

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates