Sunday, August 7, 2011

pernahkah anda terfikir #4 (teknologi tuhan)

pernahkah anda terfikir #4 (teknologi tuhan)

masa aku sekolah dulu, ustaz aku pernah tanya semua pelajar dalam kelas "apa cita-cita kamu".. lepas tu semua orang pun bagitau la cita-cita masing-masing.. aku juga tak terkecuali.. cita-cita aku ketika zaman sekolah dulu nak jadi doktor.. tapi paper biologi spm aku kantoi.. so takleh nak teruskan cita-cita asal aku.. kah kah kah.. eh lari topik pulak.. kembali ke topik asal.. semua student pun memberitahu cita-cita masing-masing kepada ustaz..

hidup ni tak palat pun sebenaqnya.. hampa lebih-lebih sangat pasaipa.. haha

bila dah selesai bagitau cita-cita masing-masing, ustaz aku pun menegur kembali semua student agar mengubahsuai sikit cita-cita kami.. contohnya, sekiranya aku ingin menjadi seorang doktor, aku perlu menambah pada cita-cita aku agar aku menjadi doktor yang beriman dan berjaya didunia dan akhirat.. hal ini sangat mempengaruhi aku sampai ke hari ini..

hari ini, aku telah mengubah cita-cita aku kerana aku lebih ke arah teknologi maklumat dan dunia pengkomputeran.. tapi aku tetap berpegang dengan kata-kata ustaz aku.. apa jua cita-cita kita, kita kena jadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat.. sebagai seorang berkelulusan dalam bidang pengkomputeran, aku selalu cuba relatekan agama dengan apa yang aku belajar.. contohnya :

kita tahu sistem komputer perlu ada processor, memory, dan input/output untuk membolehkan kita mengetahui dan memahami setiap aktiviti yang berlaku dalam komputer kita.. tidakkah itu sama juga dengan kita sebagai manusia? manusia juga ada processor, memori, input dan ouput.. hehehe.. betapa jauhnya jarak diantara teknologi kita dan teknologi allah kan?

dalam komunikasi rangkaian (networking) manusia mampu menghantar data untuk difahami oleh medium penerima dengan menggunakan teknologi wireless seperti bluetooth, 3G, uhf & vhf, radio dan lain-lain.. pernahkah anda tertanya bagaimana teknologi komunikasi Allah? bolehkah anda pertikai bahawa Allah boleh mengetahui segala perbuatan kita? teknologi Dia lagi canggih beb!!

anda suka program? anda pandai mencipta robot? carilah teknologi mana dalam dunia ni yang mampu mengatasi otak dan akal manusia.. tiada!! manusia terkejar-kejar untuk mencipta AI (artificial intelligence) yang sempurna.. tapi sebenarnya 'manusia' ni adalah AI yang terindah pernah tercipta.. kan?

jadi kalau anda kaki pukul, penzina, suka ambik rasuah ataupun anda seorang manusia yang suka buat jahat, bagaimana kalau aku kata pandangan mata mangsa anda itu juga sebenarnya related dengan Allah.. hehehe.. Allah lagi bijak dari anda.. dia dah pasang 'webcam' siap-siap kat jasad manusia ni :)


p/s : apakah cita-cita anda? auww
Share This

62 comments:

  1. agak2 kt msia ada org tak berani buat mcm remi ni? :P

    ReplyDelete
  2. bagus! :) every single thing must be related to Allah..:)

    ReplyDelete
  3. waaa,, part webcam kena pasg sedia tu aku suka... terbaik laa tubelawak

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. erm... btl tu... sebab tu la sebyk mana kita blaja, kita x blh angkuh dan sombong.... krn Allah hanya bg kita pinjam sikit jer ilmu Dia kat kita....

    ReplyDelete
  6. tuhan cipta manusia -> manusia cipta cctv -> tuhan ada access dak kat cctv manusia? of course la dia bulih access.. ya dak?? yang siput tu saja nak bagi rilek otak ja.. hehehe

    ReplyDelete
  7. aku taw webcam hang dok tang mana. dlm lubang idung kan kan kan?

    ReplyDelete
  8. terima kasih berkongsi sesuatu yang istimewa buat kita :) alhamdulillah kita di beri peluang untuk berfikir sejenak dan mengingati ALLAH YANG MAHA KUASA <3

    ReplyDelete
  9. apakah kaitan video remi tu dengan Maha Pencipta? hahahaha. lawak giler soalan. kahkahkah. klakalakoni.

    ReplyDelete
  10. haha kalau aku nak g keja jumpa siput tu aku lenyek ja .

    ReplyDelete
  11. siput tuuu...jahatnya!!! nice entry...mmg setiap sudut kelakuan kita, kena ingatNYA...hidup dan matiku kranaNYA.

    ReplyDelete
  12. setuju sgt. tak yah nak sombong angkuh bagai. setiap kelebihan kt tu semua dtg dari Allah.

    haha siput tu mmg derhaka ! ;D

    ReplyDelete
  13. Allah mencipta manusia lalu diberi Akal y mana tak diberi kepada makhluk2 y laen kecuali manusia..dengan adanya akal.manusia boleh berfikir..sebab kepada terjadinya sesuatu.

    ReplyDelete
  14. hang still jadi doktor what? doktor komputer..ehehe..

    ReplyDelete
  15. cita-cita aku dulu nak jadi peguam.
    haram jadah

    ReplyDelete
  16. bguih entry hang yg ni..berfikir dan berfikir,hehe..

    ReplyDelete
  17. DR PC... betul2, Allah lagi bijak, lagi berkuasa, kalau kita nilai setiap kejadian dengan Pencipta, pasti hati kita lagi tenang..

    ReplyDelete
  18. wahh suke nye bace entry yang ni,
    yup betol2 apa paun kita buat Allah nampak kan ;)

    cita2 yart nak jadi wartawan hhehe ;)

    ReplyDelete
  19. nice entry.. memang semuanye ade kaitan dengan yang Maha Esa :')

    ReplyDelete
  20. cita-cita saya??/ tak tahu... yg penting nak jadik orang berguna di dunia dan akhirat.. hehe

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Yob, semua kerana Allah dan bukan utk yg lain, betul-betul!

    ReplyDelete
  22. jatuh suke lagi....

    lillahi taala,kalau xde niat mcm tu..ssh nak berjaya & kalau berjaya pun mcm tak berkat

    ReplyDelete
  23. subahanallah... tiada yang sempurna di seluruh alam ini... melainkan ALLAH swt..

    ReplyDelete
  24. Ye.. Sungguh selalu memikirkan itu. Saya pernah buat entry yg sama, kalau sudi, datang la singgah sahur di sini; http://lydsunshine.blogspot.com/2011/01/amat-sedikitlah-kamu-bersyukur.html

    ReplyDelete
  25. yup, betoi tuh..DIA lebih tahu dari kita, bahkan lebih bijak dari kita..tak leh lawan punya

    ReplyDelete
  26. Haah, everything happened pun related to ALLAH..=)

    ReplyDelete
  27. haha aku pon dulu kalo cikgu tanya besar nnti nak jadi ape..dengan bangganye jawab 'NAK JADI DOKTOR CIKGU!!'

    then masuk form 4 xlepas masuk clas sains..wakaka

    ReplyDelete
  28. cite2 dulu nak jadi pelukis. tapi haram jadah xpandai lukis. wakakak

    ReplyDelete
  29. Allah berkuasa ke atas semua makhluknye :D

    ReplyDelete
  30. Dulu masa kecik kecik aku selalu ingat neraka adalah berada di matahari sebab panas sangat..tu yang allah letak jauh dari bumi...

    ReplyDelete
  31. Salam...thanx for the reminder... sy share yer :)

    ReplyDelete
  32. Double THUMBS UP untuk entri ini!

    Ciptaan Allah adalah yang terhebat.

    ReplyDelete
  33. u r the chosen one.

    ReplyDelete
  34. tiada tuhan melainkan Allah :) cita-cita nak jadi cikgu atau doktor haiwan ke. hehe. tp dekat kolej ambil bidang yg dibeljr lari dari cita-cita. hehe^^

    ReplyDelete
  35. cita cita aku nak jadi doktor tapi kecundang di sume subjek kat matrik...

    tapi Allah dah tetapkan DIA tak bagi apa kita nak sebab dia nak bagi apa kita perlu.so,jadi mcm sekarang pun aku dah syukur.mungkin ni terbaik.

    tetibe rase hg ni baik sgt ijuali.kah kah kah!!!!

    eh silap..hihihikkksss

    ReplyDelete
  36. ciptaan Dia xde sape pun leh challenge..try la kalau brani..haha

    ReplyDelete
  37. aha..pe masalah org kat vid tu..xtahan betul la..

    ReplyDelete
  38. setuju! alhamdulillah sekurang2nya x lpa akhirat :)

    ReplyDelete
  39. aku nak jadi pramugari and architect. dapat dua offer tu serentak. last2 aku pilih belajar architecture. berbaloi ke?

    ReplyDelete
  40. brilliant :)


    tetiba jatuh cinta kt sini.keh keh

    ReplyDelete
  41. ita-ita aye nyak adi poyis, cekguu... :P

    ReplyDelete
  42. entry insaf utk bulan puasa.. :)
    terima kasih kerana berkongsi dan memberi peringatan sesama kita..

    ReplyDelete
  43. Sesungguhnya Allah SWT maha besar lagi maha berkuasa. Semua kepakaran yang ada pada manusia adalah milik Nya...terimakasih diatas entry yang menarik...

    ReplyDelete
  44. hebat n3 dan lagi hebat otak manusia ciptaan Allah

    ReplyDelete
  45. Saya suka dengan entry ini! semoga kasih dan takwa kita pada yang maha Esa tidak pernah pudar. Amin

    ReplyDelete
  46. sokong.. n terima kasih atas perkongsian ilmu by ustaz hang tu.. aku pun baru tau..

    ReplyDelete
  47. Semoga menambah iman dan taqwa kita kepada Allah di bulan Ramadhan ini. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  48. betul betul,,bila kita hubungkan segala tindakan kita dengan ibadah kepada Allah,,semuanya insyaallah ada ganjarannya,,

    ReplyDelete
  49. urmmm proses P&P ustaz awk sgt berkesan...besar pahala dia...harap2 ank2 murid sy juga akn menjadi sprt awk...bila suatu perkara itu semuanya kerana Allah..i'allah keberkatan itu akan ade sepanjang hayat...i'allah....

    ReplyDelete
  50. buat la nak buat apa pun, asalakan jgn tggal agama kita, agama ISLAM..the way of life...=)

    ReplyDelete
  51. saya tambah lagikkk...Allah doesn't have a Blackberry or an iPhone, but He is my favorite contact. He doesn't have Facebook, but He is my best friend. He doesn't have Twitter, but I follow Him, and He doesn't have internet, but I am connected to Him. And He even has a great communication service & his customer service never puts me on hold....

    cita2 saya utk dirahmati dan merahmati supaya diberkati ;)

    happy fasting to u too ;)

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates