Menjalani kehidupan berumah tangga merupakan penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bersetuju untuk hidup bersama.
Penyatuan pasangan itu tidak berakhir di situ saja kerana perkahwinan sebenarnya juga melibatkan penyatuan dua buah keluarga yang berlainan cara hidup mereka. Pernah dengar masalah isteri bergaduh dengan ibu mertua?
Saya adalah salah seorang mereka yang pernah menempuhi gelora perkahwinan yang mak mertua saya suka sangat masuk campur hidup kami, walaupun tak diminta oleh anak lelakinya yang sudahpun bergelar suami saya. Pada awalnya memang perit juga, rasa nak balik rumah duduk kampung. Tetapi lama kelamaan saya sedar dan belajar beberapa perkara;
Continue Reading
Saturday, October 7, 2017
Sunday, December 16, 2012
Assalamualaikum sekalian alam
berfikirlah wahai rakan-rakan semua.. jangan malas.. Islam mengajar anda semua untuk berfikir.. galilah pendapat anda sendiri.. sekiranya anda merasakan syariat islam mengharamkan umatnya memakan babi dan anjing, fikirlah.. kenapa Allah mengatakan begitu.. fikirlah wahai rakanku sekalian.. adakah benar Allah menghalang kita dari bersikap ihsan terhadap makhluk-makhluk ini? sudah pasti tidak.. Allah itu maha pengasih.. maha penyayang..
Saturday, July 7, 2012
koleksi kepala bapak rakan dan taulan
kepala bapak kau!! itulah ucapan yang selalu digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang sangat luar biasa, atau menidakkan dengan bersungguh-sungguh, menunjukkan perbuatan yang super negatif, dan tanda tidak bersetuju dengan sesuatu fakta.. aku pun tak pasti kenapa selalu perkataan "kepala bapak" ini yang digunakan.. kenapa tidak "kepala emak?" kenapa tidak "kepala isteri?".. mungkin semua ini sangat berkait rapat juga dengan sejarah malaysia suatu ketika dulu..
Friday, July 6, 2012
manusia bukan tuhan, sultan bukan dewa
setakat yang kita tahu, hukum mengkacukkan binatang ternakan seperti ayam, itik, lembu dan kambing adalah tidak salah disisi agama (harus) dan hukum memakan haiwan kacukkan ini juga halal dengan syarat binatang yang dikacukkan itu juga halal untuk dimakan.. kacuk dan klon ada dua perkara yang berbeza.. dalam islam klon tumbuh-tumbuhan bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan.. begitu juga klon binatang, asalkan tidak memudaratkan binatang tersebut..
Wednesday, April 18, 2012
rasa untuk merasai apa yang tidak dirasai
dulu masa mula-mula tulis blog, aku selalu terfikir "sampai bila aku nak tulis blog? lama-lama nanti bila dah habis modal nak menulis, pasti aku takdak idea nak menulis dah".. aku selalu untuk cuba membayangkan apa yang aku tak pernah lalui.. contohnya macam situasi sekarang ni.. sekarang aku dah lalui 4 tahun menulis blog, tetapi pada 4 tahun yang dahulu aku pernah juga membayangkan keadaan aku 4 tahun akan datang iaitu sekarang..
Labels:
agama,
motivasi,
pelik aneh,
percintaan,
personal
Sunday, April 15, 2012
kisah seram disebalik filem battleship
setiap kali hujung minggu, biasanya aku akan meluangkan masa bersama rakan-rakan.. ya lah, orang bujang katakan.. minggu ini aku dan rakan-rakan telah merancang untuk menonton filem 'battleship' di panggung wayang.. dengar ura-ura, filem ini memang sangat menarik dan tidak membosankan untuk ditonton.. tambahan pula ramai yang memuji filem ini di facebook dan juga twitter membuatkan aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton filem ini di skrin gergasi panggung wayang..
Thursday, April 12, 2012
facebook punca : lupa ketika berkongsi (EP1)
laman sosial kini bagaikan keperluan setiap individu.. siapa yang tak ada akaun facebook boleh dikatakan ketinggalan zaman seperti hidup dizaman batu tanpa sebarang teknologi.. memang tidak dinafikan laman sosial membantu serba sedikit kehidupan manusia dari segi komunikasi, jemputan kenduri, hiburan dan perkongsian bahan-bahan berilmiah.. aku juga pasti akan kongsikan artikel ini di-facebook selepas selesai menulis sepenuhnya artikel ini.. hehehe.. tapi bagi aku, laman sosial seperti facebook ini, lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan..
Friday, March 9, 2012
kembali pada asal
semalam aku baru pulang ke KL dari kampung halaman aku dengan menaiki bas.. kalau menaiki bas di waktu malam dari kedah ke kuala lumpur, seperti biasa driver bas pasti akan berhenti sekali di mana-mana tempat persinggahan untuk memberi peluang kepada penumpang membuang air ataupun membeli juadah.. biasanya aku akan masuk ke tandas, kemudian membeli air minuman dan kembali berhampiran dengan bas untuk menghisap rokok.. sewaktu duduk sorang-sorang di atas divider pembahagi jalan berdekatan dengan bas tu, aku terlihat keadaan agak kecoh di hadapan pintu bas..
Saturday, January 28, 2012
pernahkah anda terfikir #6 siaran animal planet
warning : entry merapu.. kali ni aku nak share benda yang aku sangat yakin anda semua pasti tak pernah terfikir lagi.. entry ini bukanlah untuk merosakkan minda sesiapa, tetapi aku suka membuatkan orang terfikir.. bila banyak berfikir, otak kita akan menjadi cerdas kan? ya, aku tahu ada sesetengah orang sangat pantang apabila diberi soalan tetapi tidak pula diberi jawapan.. dalam kes seperti ini, aku rasa kita memang tak patut membuatkan orang terfikir persoalan berkaitan agama tanpa memberikan jawapan.. boleh jadi gila seseorang itu sekiranya diberikan soalan agama (high-level) tanpa diberikan jawapan..
Wednesday, January 25, 2012
nama moden untuk diberikan kepada anak anda
zaman sekarang ni adalah zaman dimana semua orang berusaha untuk memberikan nama yang stylo kepada anak-anak.. nama seperti ali, abu, awang, dan rafe'ah sudah dianggap kuno mungkin kerana sesetengah ibubapa menganggap nama-nama itu bakal memalukan anak mereka sekiranya anak mereka menyertai program realiti seperti akademi fantasia mahupun rajalawak.. memang tidak dinafikan, nama seseorang memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed By Blogger Templates