Tuesday, May 11, 2010

jaga kebersihan diri

jaga kebersihan diri

Related Posts with Thumbnailskebersihan diri amat penting untuk membentuk gaya hidup yang sihat serta tubuh badan yang sihat.. ada sesetengah orang tu kalau mandi, tak sampai 2 minit.. entah apa yang dicuci pada tubuhnya pun tak tau lah.. kalau betul dia sabun seluruh badan dengan betul tentu sekurang-kurangnya 5 minit kan? selalunya perbuatan ini dilakukan oleh lelaki.. mandi cincai-cincai, pastu pakai perfume banyak-banyak untuk memperlihatkan bahawa diri dia itu bersih..


tetapi ada juga orang yang super pembersih.. sehinggakan mandi selama hampir 2 jam.. nak pijak tanah merah pun tak boleh sebab tak nak mengotorkan kasut.. dan paling ultimate ialah, sehinggakan seluar dalam pun diseterika.. aku pernah jumpa manusia sebegini yang super pembersih dan kemas.. zaman sekarang ni kalau lelaki yang super pembersih ni biasanya dikaitkan dengan 'lelaki metroseksual'.. beg galas mengalahkan perempuan.. dalam beg galas tu pulak penuh dengan losyen, cecair pencuci, dan sebagainya..

kenapa kita perlu jaga kebersihan diri? sebab itu adalah salah satu usaha kita untuk mengurangkan jasad kita dijangkiti penyakit justeru membentuk tubuh badan yang sihat.. tapi kalau ditakdirkan kena penyakit apa-apa, jangan salahkan sesiapa pulak.. itu takdir.. kuasa tuhan.. contohnya macam kereta yang baru dibeli, kalau kita jaga elok-elok, kereta sentiasa bersih, engine pun sentiasa bersih sudah pasti hayat kereta itu boleh bertahan lebih lama bukan? jadi entry ini ditujukan kepada lelaki, jagalah kebersihan diri..

video : wash your balls!!
Share This

9 comments:

Designed By Blogger Templates