Friday, March 11, 2011

tak boleh ke melawak sambil berdakwah?

tak boleh ke melawak sambil berdakwah?

pertama kali dalam sejarah blog ni, aku menulis entry yang agak lain dari kebiasaan.. sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni.. disebabkan entry aku baru-baru ini yang banyak menyentuh mengenai aurat dan pemakaian perempuan, ada lah dua tiga individu dikenali yang menyuarakan ketidak puasan hati mereka kepada aku lalu menjadi 'trigger' untuk aku untuk memberanikan diri membalas kritikan dan lemparan mereka terhadap aku..



hang pun bukan baik sangat, tak payah nak tunjuk alim

apakah punca utama mereka berkata begitu kepada aku? pertama skali aku rasa kerana attitude aku dan juga gaya aku.. ya! aku akui, kalau orang pertama kali kenal aku orang akan kata aku 'mat rempit' (aku suka pakai jeans dan tshirt.. juga menunggang motorsikal) dan tak pernah pula dalam sejarah aku ada orang jumpa aku  assuming aku ini ustaz (dalam ertikata lelaki budiman, lemah lembut, wara', alim)..  hahaha.. tambahan pula mulut aku TERlalu direct to the point dan kasar membuatkan orang mudah kecil hati dengan aku.. tapi aku tak suka menipu sesiapa.. jadi apa salah aku yang membuatkan anda mengatakan aku ni jahat (bukan orang baik)?

selain menjalani hari dengan pekerjaan seharian sebagai umat islam tak kiralah sebagai blogger, doktor, lawyer, pencuri, penyamun atau apa-apa pekerjaan lain yang wujud dalam dunia ni.. aku nak tanya anda balik, apakah kewajipan kita sebagai manusia kat bumi ni? jawapannya ialah kita kena berdakwah.. atau dalam erti kata lain, menyampaikan sesuatu yang baik atau menyeru ke arah kebaikan..

Definisi dakwah :

Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia dan seruan kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah usaha-usaha pembaikan dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.

Kewajipan Berdakwah :

Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”


Methodologi Dakwah :

Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-Baqarah; 256)

bacaan penuh LINK


cara hang nak tegur orang tu salah.. kenapa hang perlu tegur cara sarkastik? nak berdakwah, berdakwah ja lah.. tak payah nak melawak-melawak..

sarkastik kalau dari istilah bahasa bermaksud mengejek, menghina, menyindir, berkata sesuatu yang sebaliknya atau dalam bahasa pasarnya melawak kasar yang 'makan dalam'.. kalau mengikut entry penyebab tercetusnya ketidak puas hatian mereka itu, aku rasa aku tak ada mengejek, menghina atau mengutuk sesiapa.. aku cuma bercerita tanpa menyebut nama sesiapa pun kerana tak mahu memalukan mana-mana pihak.. jadi salahkah aku melawak sambil memberi nasihat yang baik kepada anda semua?

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

bacaan penuh LINK

orang kita (kebanyakan) bila dengar dakwah dia tak fikir dakwah tu apa-apa saja nasihat ke arah kebaikan.. dia akan fikir dakwah itu cuma ceramah agama, ustaz, ustazah, kepiah, songkok dan bla bla bla.. sebab apa? sebab masa dibangku sekolah dulu, orang cina dan india belajar pendidikan moral, orang melayu belajar pendidikan islam.. bila ditanya kenapa perlu diasingkan? jawapan yang selalu didengari  masa kecik dulu ialah "sebab diorang kafir, mana boleh belajar islam sama-sama"..

come on laa.. takkan orang kafir bagi salam "sejahtera atas kamu" kita nak kena jawab "celaka ke atas kamu"? macam mana orang kafir nak nampak islam itu indah? penggunaan perkataan babi? khinzir? come on laa.. mana-mana pun sama.. dua-dua tu tak hina.. babi makhluk Allah jugak.. khinzir pun makhluk Allah jugak.. babi cuma haram dimakan.. anak babi pun comel dan adorable apa.. come on la..

aku tak pernah pakai terma 'dakwah' dalam blog ni.. aku lebih selesa menggunakan terma memberi nasihat, teguran dan menyeru ke arah kebaikan.. kenapa? sebab aku takmau orang kata "eleh.. tubelawak bajet alim"..  selaras dengan definisi dakwah tadi, apa-apa saja perkara yang baik sudah pasti mendekatkan diri kita dengan Allah.. sedangkan dah memang kewajipan kita semua untuk berdakwah tapi orang masih nak pertikai bila kita memberi nasihat yang baik (dakwah tak semesti dari pendakwah)

siapa yang makan cili, dia la yang rasa hot and spicy.. aku tak nafi, aku manusia yang suka berfikiran logik.. tapi nak logik pun kena berasaskan agama.. jadi kalau aku ni manusia super jahat sekalipun, tak salah rasanya aku menulis entry lawak yang menyeru ke arah kebaikan.. kalau aku tersalah, tolong betulkan aku..


Share This

88 comments:

  1. sabor je lah... actually, kita tak tahu maybe kita salah gak.. n tak salah utk berubah kot.. :-)

    ReplyDelete
  2. tak salah kot...me'muda'kan peranan pendakwah..
    Ustaz Asyraf boleh me'muda'kan peranan imam..

    ReplyDelete
  3. great entry!~
    btol3!~ skonk sgt2!~
    pnmpilan luar tak mgambarkn bygn hati kite..
    dakwah pon xsmstinye disampai kn dgn gaye yang senada...
    dakwah boleh blaku dlm mcm2 bentuk...
    pghayatan dakwah plak perlu la mlalui hati,akal n mata dan sebagai nya....
    stakat pghayatan mlalui mata n trus ke nafsu(hasad),xkn ade mknenye....

    ReplyDelete
  4. true ! ^^ jnji tuk kebaikan :D

    ReplyDelete
  5. Terbaiklah abg crayon.. Tak pernah aku terfikir macam tu. Cool! awwww :D

    ReplyDelete
  6. kadang kadang utk orang yg tak makan dengan teguran lembut, teguran makan dalam tu yg paling afdhal utk dia .
    kalau niat keyon nk berdakwah, Alhamdulillah .
    sabar jelah . kalau kita buat baik pun, orang marah .
    buat jahat lagi laaa kan ? tapi teruskan buat baik jela .

    ReplyDelete
  7. sy stuju dgn kamu.. kalau tgk ustaz2 bila bagi ceramah mesti selitkn gelak tawa sikitkan.. nak tarik org dgn berdakwah bkn mudah.. jd, terpulang pada masing2 janji tidak melebihi batas dan tidak melanggar syarak serta menggunakan dalil dan sunah yg betul.. jadi, sy sokong kamu :) semoga berjaya!

    ReplyDelete
  8. begitulah, sebenarnya mereka yg menunding semula jari pada kita, kerana mereka tahu mereka sedang ditunding jari..

    jadi untuk menutup malu atau untuk mempertahankan kesalahan diri, maka akan sedaya upaya mencari kelemahan orang untuk disalahkan semula...

    itu adalah kebiasaan pada yg mencari alasan untuk menutup kesalahan diri..

    apa pun, syabas to kamu tubelawak, sebab mmg berani mempertahankan kebenaran...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. kadang2 segelintir orang tak dapat terima teguran secara sarkastik ni....mula la nak panas bontot (baca: butthurt) melampau2...hehe

    chill bro (^__^)V

    ReplyDelete
  10. Haha. Chill bro. Orang menegur sebab benda yang anda tegur tu tepat dan kena pada dirinya barangkali. Maksudnya apa yang anda cuba sampaikan tu memang betul2 sampai ke hati dan otaknya. Sebab tu ada refleks negatif/positif. Chill saja hoh.

    ReplyDelete
  11. banyak orang suka fikir logik tanpa berasaskan agama bro. sedih aku tengok.

    ReplyDelete
  12. Tak salah pun menegur. Nasihat itu berguna sehingga ke liang lahad bukan. Sokong tubelawak!

    ReplyDelete
  13. Pssttt memang tak salah melawak sambil berdakwah. tapi selalunya matlamat tak menghalalkan cara. Cuba renung balik cara yang En. buat, dengan mendedahkan aurat orang lain, sekaligus membuka aib orang tersebut walaupun muka dah ditutup. Juga, mendapat saham dosa untuk setiap view dari orang lain.

    Tapi, aku tetap setuju, siapa kata tak boleh melawak sambil berdakwah? Islam itu mudah, kita je yang menyusahkan

    ReplyDelete
  14. yup, bedakwah ni satu kewajipan :)
    macam macam cara boleh kita guna utk bedakwah.
    tak semestinya sirious je memanjang kan.

    ReplyDelete
  15. zxcvb : ada betoi gak tuh.. aiyoo.. tapi payah gak nak jaga media kat internet ni.. pi mana2 pun konfem nampak benda camtu.. hehehe.. nanti aku refer balik kat kawan aku (ustat).. tq tegur ya

    ReplyDelete
  16. cuba tengok Ustaz Azhar Idrus punya kuliah/ceramah... Lawak tu lawak gak, sound tepat plak tu... Tapi benar-benar berkesan...

    kalau terasa lebih-lebih tu maknanya hidayah Allah blom sampai lagi laa kat depa tu... Takpe bro, teruskan berdakwah dengan cara apa sekalipun... :D

    ReplyDelete
  17. bagus tubelawak... hang patut buat entry mcm ni setiap hari jumaat la.. baru seseuai dgn gambar hang yg pakai kopiah hitam tu.. :)

    ReplyDelete
  18. sabar na....mgkin ada hikmahnya.yg penting niat kita kan :)

    ReplyDelete
  19. ha..memang wajib untuk kita menegur dan menasihat.
    saye menyokong isi entri ini. teruskan usaha!:D

    ReplyDelete
  20. pergh TB menangis setan2 lu!
    hahahaha.

    neway yep better make dakwah dlm bentuk leisure!
    sebab skg sapa jek yg nak dgr dakwah kat msjid?
    plus, semorang prefer dakwah santai2.
    dkwah seryes sgt susah!
    takder org nak dgr end up dakwah sekor2 takder pendengar!

    keep it up yawww! hahahak.

    ReplyDelete
  21. biasa yg melenting tu...sebab dia terasa....tp ada juga yg melenting tu sbb dia tak mahu langsung mengikut hukum.....

    ReplyDelete
  22. Dari anas bin malik r.a.,ia berkata,kami bertanya," ya rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan ( ilmu: sunnah/ amal saleh) dan kami tidak akan mencegah ( dakwah/ amar ma'ruf nahi mun'kar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."maka nabi saw. Bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."( Hr. Thabrani )

    ReplyDelete
  23. kite sntiase brdkwah sbnrnyer dlm hdup ni,tnpe kite sedari,.jd,ape yg kite buat untuk mnylamatkan bgse seagame ngn kite,itu adlh dkwah,.jd,fhm2 sndri la erti tguran stiap org,.klu rase xboley trime,jgn nk mlenting,tgk blk ape salah kite,.xsume smpurna,.dn klu rase boleh trime ngn tguran tubelawak,alhmdillah,.hope sume dpt natijah yg baik lpas ni,.

    sabar je la yer,.sbb brblogging bkn face to face kn,so diorg boley kate ape je,.

    ReplyDelete
  24. YEap..xtegur salah.ditegur d hentam balik..kena kuat la...byk sabau,beser la tuh...sy pn kalo blaja xnak lecture seyesh...santai sudah..
    chayok2x.:D

    ReplyDelete
  25. xpe. depa panas pungkok kut sebab kene batang hidung sendirik. hehe. ape ape pon. sy suka ayat arwah loloq penah cakap
    "kite rock rock pon pegi masjid"
    sape bace kompem tahu.peace

    ReplyDelete
  26. lain orang lain cara...............

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. mmg kebanyakkn orang kata diri kita x sempurna..
    nk betulkan orang lain...
    tp secara x sedar kita mengingatkn orang lain,kita juga mengingatkn dri kita juga...kita manusia sentiasa perlu ingat-mengingati...

    ReplyDelete
  29. terbaek la tube.. dakwah mcm mana pom tak pa asalkan ada hikmah macam cerita-cerita kat blog aku tu.. hihi..

    contohnya:samseng mati dalam keindahan

    ReplyDelete
  30. yep..menegur dan menasihat lain, dakwah lain.

    ReplyDelete
  31. semua org pon berdakwah dlm dunia. baik besaq ataupon kecik. tu ajer yg kita tak tau. asl nama dakwah musti org igt alim, tapi sbnrnya definisinya berjuta2 yer tak??

    nasihat pon kira dakwah gak,cuma intipatinye ajer lain. cara penyampaian dan bahasa..tol la kata en crayon..org tak mmg tak leh terima klu kita nak melawak dlm nasehat..lbh agi bla kita pakai jeans n t-shirt.

    tu naseb depa la...yg penting kita dah lepas neraka..huhu

    ReplyDelete
  32. cintazulaikha : hahahaha.. belum tentu lagi lepas
    neraka :P yang tu biaq Dia hitung kita la dia nak bagi syurga ka neraka..

    ReplyDelete
  33. bang..aku suke baca ni. taktau nk letak ko kategori bangang/biol/kiut.. tp ko mcm org gila jadi2an ... kahkahkah panasss

    cara ko melawak ok je. bg paham yg xberapa bijak nk paham2. aku pn da mula bosan bc blog
    -iwan

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. tak pe lain orng lain kepala..
    kepala?..^^

    ReplyDelete
  36. cara penerimaan setiap orang tu berbeza sebab cara nasihat setiap orang pon berbeza. sebab tu boleh jadi benda salah jadi betul, betul jadi salah. conclusion, jadi diri sendiri and tetap dengan pendirian sendiri. ;)

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum akhi..
    ermm..
    melawak boleh tp jgn melampaui batas.
    jika melampaui batas,itu munafik..

    then,nak ajak dakwah nih kena hati2..
    kdg2 tlalu sakitkan hati org,berdosa.
    tapi tak bermakna kite nak sembunyikan yg benar..
    mmg ramai yg tak dapat terima kerana kebenaran itu pahit

    manusia biasanye akan marah bila sesuatu itu tak memihak kpd dia..
    namun jgn pula krn nak jaga hati,kite sembunyikan kebenaran..tapi biarlah sederhana..

    lagi satu,
    apa mksd jika org kafir bg salam
    "salam sejahtera ke atas kamu"

    kite jwb,,

    "celaka atas kamu?"

    hakikatnya.mmg dilarang bile org kafir bg salam dgn "Assalamualaikum" kite balas "Waalaikumusalam".tak boleh.
    jika mempertikaikan.
    jatuh syirik.

    cuma part tuh la.. tp bukan bmakna kite tak leh buat baik thadap mereka...

    ReplyDelete
  38. sekadar menegur..
    maaf ye..
    tp mmg hakikat..
    payah nak tegur org sebagaimana kite pun payah nak dgr nasihat org..doakan jela..

    takpela...moga krn Allah...
    maaf.harap Allah redha.

    ReplyDelete
  39. tu la manusia yg bila dorg ada ilmu agama yg lebih skit... dorg mmg tk leh nk trma pkai nsht org len... lbh2 lg melayu...

    ko juz ignore je pe yg dorg ckp... dorg tu juz ade jeles sbb cara penyampaian ko lbh diterima org dr dorg...

    sllunya mmg cm tu... org yg jht skit yg dpt nsht mmbe dia jgn wat jht... sbb cara penyampian dorg tula...

    speaking of experience... hahahah

    ReplyDelete
  40. qistina sumaiya : ada banyak pendapat berkaitan bagi salam dari kafir kepada muslim ni.. ada setengah mengatakan kalau orang kafir lafaz "assalamualaikum" dan kita balas "waalaikumsalam" takpa.. ada yang kata kita kena balas "waalaikum" @ "waalaik"..

    itu kalau setakat assalamualaikum.. takdak "warahmatullah".. kita memang takleh reply "warahmatullah" kat kafir..

    Sekumpulan ulama salaf berpendapat bolehnya menjawab salam orang kafir dengan Wa’alaikum al-Salam, sama seperti jawapan kepada orang muslim, ini adalah pendapat Ibn ‘Abbas, al-Asy’ariy, al-Sya’biy, Qatadah dan al-Mawardi mehikayatkan ianya satu pendapat bagi ulama-ulama mazhab al-Syafie, akan tetapi tidak boleh menambah : Warahmatullah

    kalau kita jawab salam sejahtera kat kafir boleh jatuh syirik? betul ka? :)

    bacaan penuh : http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/16/boleh-memberi-dan-menjawab-salam-bukan-islam/

    ReplyDelete
  41. hmm.. sepuluh manusia ada 10 pemikiran dan 10 cara masing... pada saya blog itu hak individu.. kalau yang tak suka entry sapa2. just click button X kat penjuru kanan sebelah atas.. he he he kan kan kan ??>.

    dok komment entry org mcm2 hemm... bukan boleh merapatkan hubungan.. kasi lagi panas ad arr.. he he he..

    okeh!! keep up berbloging!!

    ReplyDelete
  42. dakwah-dakwah jugak,tapi biarlah jadi diri sendiri.tak perlu hipoCIRIT toi dak?kah kah kah.

    ReplyDelete
  43. ehekhehekehek

    dorang terasa lew tew kau sound setepek.

    kahkah

    ReplyDelete
  44. aku pon
    dalam blog macam-macam aku selit
    buat cite,buat lawak
    dalam tuh ade pengajaran

    takkan nak siyes aje
    kalaw camtu
    sape yang nak bace? bosan lah

    care dakwah banyak
    dekat mane-mane pon boleh
    tunjuk contoh dan teladan yang baek

    ReplyDelete
  45. pendek je kali ni:: setuju je ngan kamu!

    ReplyDelete
  46. Kalau teguran nya betul dan kena, apa salahnya. Asalkan tidak mengaibkan orang walaupun dgn niat berdakwah. u tulis selalunya umum dan rasanya tak salah kut.

    ReplyDelete
  47. pada aku xde masalah, pd aku ok je...biasanye org yg xpuas ati ni sbb benda tu terkena kat dia...padahal pada org len, it's juz another lawak yg mebi ade unsur2 nasihat yg tsirat...so kalo ade yg terkena kat dia tu, rilek la...terima je n reflect blk diri...aku rase sume org penah terase cani...len la kalo xpnah wat pape ksalahan langsung kan...huhu

    p/s: kdg2 nasihat secara sindiran adalah lebih berkesan sbb nasihat tu sampai ke otak, n kalo lebih baik lg, sampai ke hati....nasihat secara biasa pd kebiasaannye juz jd "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri"...so perlu gak nasihat secara sindiran...hehe ;)

    ReplyDelete
  48. yg tentang syirik tuh explaination utk keadaan lain..

    tak... bukan jawab salam die jatuh syirik.. huhu..
    takpela... mungkin salah faham dgn ayat...huhuhu

    btw,

    dakwah nih byk cara....
    =buatlah apa saja,asalkan ia menunjukkan kita nih Islam...dan ia membezakan kite ngan org kafir..

    cth,
    as your post,pakaian...
    kalau pakai baju yg tak bape tutup aurat tp ngaku itu fesyen Islam,kite dah bawa fitnah kpd Islam..

    one more,
    mmg ade akan marah bila dinasihat..
    kalo ikut cara kawan sy..
    dia nasihat pakai tudung dgn psiko minda gadis tuh..
    contohnye mengatakan kemahuan dan keinginan sgt2 kpd gadis yg solehah dan mnutup aurat...krn mereka jauh lbh 'cantik'...
    lagipun sejahat mana pun laki,kalo nak kawen,die tetap nk yg solehah kan bang??? (^_^)

    ok..akhir dr saye..

    bak kata kak fatimah syarha..

    "Dakwah dgn cara yang kasar dan tak betul ibarat memberi makanan yg sedap2 kpd org lain dgn cara lemparkan makanan..makanan diberi,hati org tguris..walaupun sedap mana pun makanan tuh..

    k,sekian dr saye.. huhu..
    okla..maaf... saye saje je ngendap blog jap,, huhu..
    Assalamualaikum.. bye.. sori2..

    ReplyDelete
  49. like dis entry len dr len...hehe btw patotnyer yg mendgr nasihat patut mek benda yg bek yg dinasihatkan bukannya menilai karakter spe yg menasihati... kalo sume org nk judge org yg menasihati... smpai bila pun xde manusia yg nk saling igt mengingati..tul x?? kalo salah tunjuk ajq ku sifu...hehe

    ReplyDelete
  50. yang penting niat tu...hati yang bersih tak kan menggunakan kata2 yang tak elok...cayalah hati kotor tu bila kata2 yang buruk jer kuar ari mulut orang tu...hurm...kadang2 sifat manusia tu yang tak pandai berkomunikasi juga jadi masalah...

    ReplyDelete
  51. (^_^)like this entry..
    kmi pun melawak dlm berdakwah @ berdakwah dlm melawak(no tension2)

    ReplyDelete
  52. suka dengan artikel nih. macam-macam cara berdakwah nih, asalkan ia membawa kepada kebaikan. kadang-kadang kita straight to the point org tak phm, dengan cara sindiran atau lawak baru paham.

    Latest Entri :
    Geram Je Masuk Blog Nih

    ReplyDelete
  53. good job!!teruskan berusaha!!btoi3x..dakwah bukan tggjwb org yg bljr agama je,dakwah kwajipan sume.termasuk mereka yg muslim pnah berzina,minum arak,mencuri.

    nak tggu baek baru tegur.payah la,sbb kite sume tau..kite sbg manusia tak pernah sempurna.rugilah mereka yg tidak berpesan-pesan kepada kebaikan.[makna surah al-Asr]

    ReplyDelete
  54. like :)
    semua umat Islam adalah khalifah n kena berdakwah,tapi ramai yang tak sedar kewajipan mereka.
    u did a great job!keep it up! :D

    ReplyDelete
  55. tak taw arr knape an.. sape pemilik blog tubelawak ni??? leh gtaw saye..

    ReplyDelete
  56. Rasanya ada persamaan tentang personaliti,nampak kasar tapi hati lembut

    ReplyDelete
  57. standard jawapan dari org yg kna tegur "kubur masing-masing" tapi hakikatnya u dig ur own grave ke? kan..hehheheh

    ReplyDelete
  58. masg2 mempunyai jln or cara dakwah yg berbeza,.
    asalkan tidk membawa kesesatan sudah.jln utk sebarkan dakwah itu adalah tugas setiap manusia iaitu as a khalifah dimuka bumi ALLah s.w.t

    xgitu.

    ReplyDelete
  59. memang banyak halangan bila nk berdakwah . .

    ReplyDelete
  60. nak berdakwah pun kena fikir cara yang terbaik untuk sampai agar apa yang kita ingin sebarkan sampai ke hati umat-umat yang lain..

    hehe

    ReplyDelete
  61. deyy molecule.. cube cite skit pro&cons style komen ko ni

    ReplyDelete
  62. alah...yg ckp camtu sbnrnye terasa...sape mkn cili teraselah pdsnye.. :)

    ReplyDelete
  63. yela kite wajib berdakwah..jika cara lembut da xlalu..mcm mane nk wt..kalu kite da guna yat sarcastik tp tetap manusia tu ego..xnk bukak pintu hati de..so apelah yg boleh saya buat

    ReplyDelete
  64. kalau saye ckp saye pun berdakwah cam tuh ,
    amacam ?

    ReplyDelete
  65. wow isu hot n spicy...meh layan kfc ;)

    ReplyDelete
  66. Salam, moga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap langkahan kaki...

    sebarkan dakwah... dengan apa cara sekalipun, ada sahabat yang lemah lembut, ada sahabat yang garang, ada pula sahabat yang tegas dan nabi adalah 'pemberi nasihat' yang penyabar... bila campur semua ni barulah nampak indahnya dakwah tu..kalau semua orang lembut, tak best, semua orang garang pun tak best... semua orang tegas pun tak best..hebatnya Allah yang mencipta.. Kita saling memerlukan, sehebat-hebat pakar bedah pun tak akan mampu membedah diri dia sendiri :)

    Teruskan berdakwah, dakwah bukan hanya memberi nasihat dengan kata-kata, tp dengan perbuatan(amal). Manusia lebih cenderung melihat perilaku, apa yang membezakan kamu dan mereka.. dan perbuatan kita lebih mudah untuk dicontohi berbanding perkataan. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah :) Jangan takut menebar dakwah, kalau semua org menunggu nak jadi perfect, maka xkan ada teguran kat dunia ni sebab semua org tak perfect...

    Moga dakwah yang ingin diberi, tak diselit unsur-unsur maksiat sebab semuanya dinilai Allah...

    Salam juang! :)

    ReplyDelete
  67. salam..
    pesanan dari Luqmanul Hakim~
    "Org2 yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat maka dirinya akan mdpt penjagaan dr Allah s.w.t..
    org yg insaf & sedar setelah menerima nasihat org lain maka dia akan sentiasa menerima kemuliaan drpd Allah s.w.t.."
    Moga apa yg saya kongsikan ini agar dpt kita terapkan dlm hati2 kita..insya-Allah..May Allah bless u all..Insya-Allah...
    salam perjuangan..:)

    ReplyDelete
  68. memang macam tu la masyarakat hari..
    hmm...

    ReplyDelete
  69. ape2 yang kearah kebaikan...x semue akan terima...mungkin individu terbabit pernah buat n terasa....x pela,,,mugkin die x leh terima kot :)setiap individu berbeza cara penerimaannya.teruskan usaha anda untuk berdakwah:)

    ReplyDelete
  70. kw sbr ja laa ekk. ehhee. means nyaa dea terasa dgn apa yg kw post laa tuh. biar seja laa tuh org. terpulang dgn dea samada mw baca atau tida n mw trima atau tida. knkn ? hehe.

    ReplyDelete
  71. betul...generasi baru, nafas baru dalam dakwah...
    isi tetap sama, cuma cara penyampaian perlu selari dengan zaman...

    ReplyDelete
  72. [sebab apa? sebab masa dibangku sekolah dulu, orang cina dan india belajar pendidikan moral, orang melayu belajar pendidikan islam.. bila ditanya kenapa perlu diasingkan? jawapan yang selalu didengari masa kecik dulu ialah "sebab diorang kafir, mana boleh belajar islam sama-sama"..

    come on laa.. takkan orang kafir bagi salam "sejahtera atas kamu" kita nak kena jawab "celaka ke atas kamu"? macam mana orang kafir nak nampak islam itu indah? penggunaan perkataan babi? khinzir? come on laa.. mana-mana pun sama.. dua-dua tu tak hina.. babi makhluk Allah jugak.. khinzir pun makhluk Allah jugak.. babi cuma haram dimakan.. anak babi pun comel dan adorable apa.. come on la..]

    AKU MEMANG SETUJU HABIS DENGAN PETIKAN KAT ATAS NI...

    ReplyDelete
  73. org pernah berdakwah kat lala .
    dia org buat lawak .
    senang nak faham sikit .
    tapi x adalah melebih humor dia org :)

    ReplyDelete
  74. teruskan berdakwah...walau apapun caranya

    ReplyDelete
  75. nak serius semedang mane boleh..dakwah itu sendiri ada banyak cara..keep writing beb!!!

    ReplyDelete
  76. terbaek dari ladang kelapa sawit btol la post ni!!

    ReplyDelete
  77. tak boleh blah part ni 'anak babi pun comel dan adorable apa..'
    btw, buatlah apa sahaja yang kita rasa selesa & memang susah nak ikut semua citarasa orang. direct sangat salah, melawak sangat salah, kang diam terus pun salah

    ReplyDelete
  78. teruskan dengan cara kau. aku memang tertarik dengan teguran gaya sarkastik ni, pedas tapi sampai.

    ReplyDelete
  79. terima kasih tubelawak! kerana remark awak "the matrix has you!!" di shoutbox web sayalah terjumpanya saya blog awak ni... ;) suka sgt². Dah follow you! Syabas! teruskan berdakwah sambil berlawak jenaka bro! ;) assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh ...

    ReplyDelete
  80. masyallah..
    GREAT..utk berdakwah..kita kna msuk dlm envireonment msyarakat!!!
    congrate!moga Allah mudahkan usaha dakwah ini...

    ReplyDelete
  81. rasa tak salah.tgok blog ben ashaari byk unsur pengajaran dan nasihat mengenai agama islam...ade jugak lawak..aku tgok dlm ceramah ustaz 2 byk unsur jenaka dan lawak

    ReplyDelete
  82. Alhamdulillah ada kemajuan dan keberanian menyampaikan dakwah dan kebenaran serta mengajak kepada kebaikan,baguslah..teruskan..
    dakwah bil hal, dakwah bil hikmah...
    sambil tu kita sama-sama perbaiki diri dan salam masa yg sama tegur keburukan yg nmpak dgn hikmah, selaras kan smuanya..dalami ilmu Allah,insyaAllah..moga redha Allah keatasmu wahai teman

    ReplyDelete
  83. agree...we're thinking the same thing..but u know la..humans...u cn't satisfy all of them...mesti ada gak yg x stuju....

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates