Thursday, June 24, 2010

siapa sukma dermawan dan saiful bukhari?

siapa sukma dermawan dan saiful bukhari?

siapa sukma dermawan? dan siapa pula saiful bukhari? mereka ini adalah pencerita lawak di dunia realiti yang sangat hebat.. kenapa? selalunya orang seperti afdlin shauqi akan mempersembahkan lawak yang kononnya spontan dan pada masa yang sama, penonton akan tertawa selepas mendengar cerita lawak itu.. ini adalah bercanggahan dengan saiful bukhari dan sukma dermawan.. mereka mempersembahkan lawak yang harus difikirkan bertahun-tahun oleh pendengar cerita mereka dan pada akhirnya pendengar akan tertawa kecil didalam hati.. kesan daripada lawak yang disampaikan oleh mereka ini pula mampu menggugat sesebuah negara.. mengikut pendapat aku, mereka ini sangat sesuai diberikan title 'super raja lawak'..


bukan ramai manusia yang mampu mempersembahkan lawak yang boleh membuatkan orang berfikir dan ketawa selama bertahun-tahun lamanya.. lihatlah saja lawak dari sukma dermawan pada tahun 1998 ini, beliau meninggalkan teka-teki kepada kita justeru melatih semua orang untuk berfikir.. ini adalah sangat bagus untuk rakyat malaysia yang malas berfikir.. jadi tahniah kepada sukma dermawan kerana berjaya membuatkan aku rajin berfikir sejak aku masih di bangku sekolah..

video : pengakuan sukma 1998 (soalan)

kemudian pada tahun 2008 (10 tahun kemudian) beliau tampil semula untuk memberikan jawapan kepada teka-teki beliau itu.. ya.. sangat melucukan.. walaupun sudah 10 tahun, tapi ianya masih 'lawak yang fresh' dan boleh diterima masyarakat.. ahaha.. dan pada ketika ini (2008), aku sudah pun berjaya menjejakkan kaki ke menara gading serta memiliki segulung ijazah.. aku bersyukur kerana sukma dermawan telah membuatkan aku, seorang pelajar yang malas berfikir berubah kepada seorang pelajar yang rajin berfikir..

video : pengakuan sukma 2008 (jawapan)


kemudian muncul pula pencerita lawak yang baru bernama saiful bukhari.. mungkin sukma dermawan telah mencurahkan dan mewariskan ilmu super lawak itu kepada saiful bukhari.. beliau muncul untuk menceritakan kisah lawak dan teka-teki baru untuk semua orang berfikir.. sehingga kini, teka-teki ini masih belum terungkai.. mungkin 8 tahun lagi barulah kita semua akan mendapat jawapannya..

video : pengakuan saiful bukhari 2008 (soalan)

mungkin ada orang diluar sana akan mengatakan aku menulis tanpa selidik atau menulis tanpa menggunakan akal.. ya! aku memang suka menulis secara tidak formal kerana kebanyakan pembaca kini lebih menyenangi cara penulisan begini.. teka-teki telah diberi, korang pikirlah sendiri.. nantikan jawapannya di tubelawak 8 tahun akan datang..


Related Posts with Thumbnails
Share This

11 comments:

  1. belalang x leh tgk semua video2 d tubelawak...
    frust betoi la tubelawak oi...

    ReplyDelete
  2. wei! aku guna berokband. tak leh nak tgk! :(

    ReplyDelete
  3. Ap2 pun tindakan Mathathir! Aku sokong...ada sebab knp dia kena turunkan Anwar. Sekalipun bnda tu konspirasi. Bg aku...Anwar is THE MAN OF TOUNGE!

    ReplyDelete
  4. hehe..kami pon tak leh tgk video...tapi kami sokong brader atas nih...bagi kami Anwar is THE MAN OF TONGKENG!

    ReplyDelete
  5. you better be careful bro.. this is not a joke.. remember the ISA is still there

    ReplyDelete
  6. eheh..lawak budak skolah..sbb..saiful kan study x abis..tu yg x baper pandai wat lawak..hik3..

    ReplyDelete
  7. Mohd Akhyar a.k.a Hanz : ape2 pun tindakan mahathir kau sokong??? abih tu die kutuk hukum hudud dlu ang sokong la??? x tau ke hukum hudud tu hukum ALLAH???

    ReplyDelete
  8. lawak mmng lawak cre pnulisan ko,, mnrik aq mmbca nyer,,:P

    ReplyDelete
  9. ander klu kena ISA kan...mesti ang femes plak...kena wat video ander sontot.

    ReplyDelete
  10. x boleh tngk...asl ek??

    ReplyDelete
  11. awak jantan peluk gambaq pompan tu rupa macam hang?

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates