Friday, March 25, 2011

buang sikap takut terima kritikan dan kutukan

buang sikap takut terima kritikan dan kutukan

tajuk ni sebenarnya general.. tapi aku nak kecikkan skop tajuk ni khas kepada blogger sahaja.. dulu masa mula-mula zaman rakyat malaysia ramai menulis blog, kebanyakkan penulis-penulis blog veteran memang jenis manusia yang 'berani mati' dan 'hati kering'.. jadi takdak timbul sangat isu blogger kutuk blogger (kalau ada pun, orang tak peduli).. kebanyakkan blogger baru termasuklah aku sendiri kini dikatakan terlebih manja kerana tidak boleh dikritik langsung..


sejak-sejak kemunculan laman komuniti blogger di malaysia seperti gengblogger, facebook group dan lain-lain, blogger malaysia generasi baru, lebih berlemah lembut dan menyemai sikap harmoni dikalangan blogger.. harmoni inilah menjadi punca utama blogger tidak sanggup menerima kritikan atau melemparkan kritikan kepada blogger lain.. arghh! aku tak suka keadaan aman damai menipu seperti ini.. kah kah kah

keadaan ini sama seperti kita berkawan.. sekiranya kita melakukan kesalahan, tetapi kawan kita tu tak tegur kita, adakah dia kawan yang baik? sebab tu aku tak suka berkawan dengan mereka yang terlalu menjaga hati.. kerana mereka ini hipokrit.. kawan yang baik adalah kawan yang kutuk depan, bukan kutuk belakang.. sama juga keadannya kepada blogger.. kalau terlalu menjaga hati susahlah.. sampai bila nak maju..

tengok saja blogger lama seperti obefiend, mantot, dan lain-lain, mereka ini sangat berani melemparkan kritikan dan berani menerima kritikan walaupun kutukan berbaur fitnah menjatuhkan.. pada masa yang sama, ideologi mereka semakin berkembang dan penulisan mereka semakin hebat untuk dibaca.. kutuk dan mengkritik bukan beerti untuk memusuhi atau menjatuhkan ok..

disebabkan ramai yang terlalu menjaga hati, ramai yang takut untuk melemparkan kritikan, muncullah blogger bajet best (termasuk aku kot?), bajet artis, perasan otai, dan dianggap tunggak dalam komuniti kerana 'ranking' mereka di alexa dan google sangat tinggi sedangkan hasil penulisannya dan entry-entry yang ada didalam blognya hanyalah...

ENTRY SAMPAH!




video lama : kita blogger malaysia
Share This

65 comments:

  1. wei awat hang letak mantot...mana aci.

    ReplyDelete
  2. hehe betul tu. terima kritikan utk memperbaiki lagi kelemahan..sb diri sendiri mana nmpk kan..

    ReplyDelete
  3. tak taulah nak komen apa pasai nih..tapi klu aku, klu mmg ada slh dan silap, atau entri cam hayam...baik kasi tau. sb aku sdri tak tau yg entri aku tu cam hayam..yg aku tau, apa yg kuar dari kpala otak aku, dan yg itulah yg aku nak tulisss....sekian..:)

    ReplyDelete
  4. thnx tubelawak... nasihat pasal kawan... hampir terlupa pasal perlu untuk tegur kawan...

    ReplyDelete
  5. kalau kena kutuk ramai yang panas bontot nanti..kah3x

    ReplyDelete
  6. nak kutuk ape kalau entri tu ok jerr..

    ReplyDelete
  7. mak aiii... entry sampah?? hihiihihi... tkojut den!

    ReplyDelete
  8. ramai hati kaca sekarang ni.. pengaruh reality tv ler ni...

    ReplyDelete
  9. dalam kehidupan realiti pun kita kena tilik semula, boleh tak terima kutukan atau teguran..

    memang perlu untuk kuatkan semangat.. kata orang tetap akan meluncur di mulut mereka, tetapi yang melaluinya adalah diri sendiri.. jadi, siapa yang perlu lebih tabah..of course diri sendiri..sediakan perisai lah ye..

    panjang pula komen.. maaf.. :)

    ReplyDelete
  10. obifiend tu mmg terbaik..kelakar juga bila dia hentam je sape2 dia nak..ala,ko pun hebat apa..semua org suka blog ko ni..

    ReplyDelete
  11. terbaik. yang ini bukan sampah. kah kah kah

    ReplyDelete
  12. yup..puji-pujian wat orang takbur dan riak aje..

    ReplyDelete
  13. lagipun keberanian tu yang buat orang terpikat..awwww

    ReplyDelete
  14. konklusi : kritik..
    positif dan negatif kena terima..
    ke macam mana?

    ReplyDelete
  15. nice blog and nice post....

    ReplyDelete
  16. saye suka ini ! btui2, skong 1000%

    ReplyDelete
  17. AKU TAK KUAT SEMANGAT.. TOLONG JANGAN KRITIK.. :p

    ReplyDelete
  18. betol. kena kutuk sikit dah canang seribu entry. pelessss, kalo nak manja sangat, kalo gian fans byk2 sgt, jadik artis bukan blogger.
    seryesly like a ****q laaa kannn...
    kena kutuk butthurt sampai mati.

    entry sampah??? kdg2 me too.
    tapi lagik sampah si abang femes yang taff tuh. sumpah geli nak santai situ! heh. opp terlepass..

    ReplyDelete
  19. entry sampah?whoa..jalan sini plak bagitau entry saye sampah tak..klau sampah cakap tau..jujur..thanks..

    -entry yg membuka mata..hehe

    ReplyDelete
  20. xsalah pun kritik.. klu bleh kritikan yg membina.. hahah..

    ReplyDelete
  21. entry sampah la sangat :P

    ReplyDelete
  22. mencibpub je lebey. mana tak sampah.wakakakaka

    ReplyDelete
  23. okay aku sokong komen AISHA INANI yang nak akhir-akhir tu. wakakaka. abg taff

    ReplyDelete
  24. saya pon tengah berlatih menerima teguran dari orang ^_^

    ReplyDelete
  25. aku tak suke org letakkan gelaran die blogger otai ke hape. tang mane otai pn aku tak tahu. haha

    ReplyDelete
  26. SUKE ENDING TUH. sampah. best wokk

    ReplyDelete
  27. btw belog aku yg dah buat-buat panas pun still takde yg hentam aku..mybe kau patut usya..

    Mendidih Bersama : Gadis Tudung Moden

    ReplyDelete
  28. hahaha...aku sokong dgn kau...better hentam orang dari jadi plastik!!..hate 4 hipokrit...kah3...
    entry aku la kot banyak sampah...tp dah delete...ngehehehe

    ReplyDelete
  29. ngeheheheehe...
    entry sampah...abccmilo penah buat entry tu..
    neway, kutukan n kritikan tu bagus pe?
    bole repair n kite sedar diri
    tak laaa syok sendiri dok buat blog ntah hape2
    (aku ke tu)

    ReplyDelete
  30. kih3x ! kdg2 aku jua xleh terima kutukan... tambah2 org dok herdik sebab result spm aku mcm taik... sedyhnyer tak terkata.. tp skunk aku dah bangkit menjadi org yg xmanja lg... hahaha

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. hahahaha..ak suke..ak suke entry nie..mmg bnyak blog yg bgus..tp ak pling suke kat blog tubelawak nie..pasl ak ad ruang tuk tulis komen tampa disekat oleh pemilik bloger cam sesetengah blog..ak tulis komen smpai skrn xapprove..da la tulis cam sial..huhuhu
    harp2 bloger 2 blajar skit dari tubelawak..

    ReplyDelete
  33. Rasanya semua orang tak suka dikutuk. Normallah tu...

    ReplyDelete
  34. wakakakaka. ape lah bro, fyka pun tasuke dikutuk. ta bole blah justin bieber punye gambor.

    ReplyDelete
  35. pabila perasaan MEMILIKI melebihi perasaan DIMILIKI...
    timbul la rasa lebih pada diri, orang lain tak berhak nak kritik..
    tapi pengkritik pula jgn marah kalau kritikan dibalas herdikan..
    dia juga ada pandangan tersendiri yg mungkin tak pernah terlintas di minda si pengkritik..
    ~sekadar pandangan dari hati~

    ReplyDelete
  36. betul sesekali biar orang kritik kita! bab nanti bolihlah perbetulkan kesalahan kita tu..
    kat blog saya, jangan kata nak kritik.. orang nak mai pun tak mau kat blog tu.. wakaka... memang hebat lah!

    ReplyDelete
  37. Sallam,
    Ada blogger gaduh dalam blog,
    sensitif giler,
    lucu.

    ReplyDelete
  38. kadang2 kritik2 segala tu buat kita lagi nak hasil kan entry yang terbaikk...''saye sedang berusaha'' yeahh!!

    ReplyDelete
  39. terbaiklaa....

    xsuka dikutuk..

    nak nanges...

    wuuuu(T_T) <------manja

    ReplyDelete
  40. TEBU AK SUKE BUAT ENTRY SAMPAH..BEST DOH..MCM MKN PISANG GORENG PANAS2.

    ReplyDelete
  41. Salam...Wow! Pekataan yg last tu memang pedas! hehehe. Ini lawak or bukan? Aku dah confused!

    BTW..mengkritik amatlah baik jika kritikan itu membina tetapi jgnlah pula sengaja mewujudkan elemen2 ethnocentrism dan perkara2 yg too personal

    ReplyDelete
  42. kritikan itu perlu untuk terus memperbaiki diri .

    anyway , sampai bila perlu jaga hati ?

    setuju !

    ReplyDelete
  43. Ya benar kritikan sangat bagus tapi kalo boleh kan kritik secara baik dan positive, jangan mengkritik sehingga orang yang mendengar nya tidak berasa senang hati..kritikan juga perlu lah berasas!!! Saya dah banyak kali kritik kerja orang & students saya, tapi saya kritik secara positive!!! Beri idea yang menarik utk mereka yang dikritik menilai dan memajukan diri mereka

    ReplyDelete
  44. Wau! ramainya orang kat sini. Bagi pebdapat ieta kritikan tu bagus untuk kemajuan kita tapi kalau mengutuk tu memang menyakitkan hati. hehehehhe

    ReplyDelete
  45. aku bukan blogger..tp aku suka bc apa2 jenis blog..kalau aku rs blog tu mmg akan attract aku utk mbc blog tu tiap kali aku bukk lappy, aku akan follow blog tu..dan aku ni suka bg comment kat mn2 blog yg aku rs dia tak patut @ patut ckp mcm tu..1 day aku comment kat slh 1 blog yg mgkn dia rs dia tu tsgt la pemes..dan aku bg pndgn kira aku nih tak sokong la apa yg dia ckp n aku manipulate blk apa yg dia ckp tu semua terkena kat diri dia sndr..yg best nya..sampai skang comment tu tak visible..nmpk sgt comment yg visible tuh org yg sokong apa pndpt dia je..ini tak adil!!!
    p/s-aku bukan ckp ko..

    ReplyDelete
  46. aye tak kisah kalau nak kena kritik, yang pastinya ia dapat membantu aye membaiki blogi aye... itupuan kalau aye nak ikut... kalau tak... lantaklah kan..

    ReplyDelete
  47. pepatungbiru : i terasa u cakap camtu kat i :( uhuk uhuk.. sampai ati u cakap camtu kat i.. HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  48. walaupun entry sampah, tapi idea yang dilontarkan bernas..sy x kisah dikritik..tuk perbaiki kelemahan diri..tapi jangan sampai mengaibkan diri..okay..

    ReplyDelete
  49. hoho...sangat suke entry ini. Nak komen dari opis x boleh sbb kena block. Tunggu balik umah jer laa.. Nak tambah lagi satu, makin bertambah ranking, makin kekwat. Org2 yg letak komen kat entry dia disinis2 mcm pengemis jer. Hehe...whatever...masing2 punya blog, suka hati la nak tulis apa.

    ReplyDelete
  50. crayon - owhhh~~ ko terasa ke apa yg aku ckp?? atau ko terasa ko tu blogger yg tsgt laaaaaaa pemes??? ahahahaha..hampeh jer..

    ReplyDelete
  51. saja ja sebut "sampah" nak bagi nampak ganas sikit.. nak bagi nampak macam super mengarut lah pendek kata.. hehehe..

    ReplyDelete
  52. kritikkan membina boleh..
    kutuk menghancurkan tak boleh..kui kui..
    enrty bagus..like like..

    ReplyDelete
  53. kutuklah belog sendiri byk2..

    nti bila org kutuk belog kite, xde la sades sgt. Kalo kritikan tu baik, boleh la update.

    tp jgn kutuk diri sendiri byk2..cume perlu cari kelemahan diri & perbaiki.

    ReplyDelete
  54. alamak!! entri saye pon banyak entri2 sampah..wawawa..cmne tuh..

    -saya manusia berhati kecil-

    hahahahaha

    ReplyDelete
  55. sampah pn boleh kitar semula apa...hehehe...

    ReplyDelete
  56. sampah pn boleh dikitar semula apa...hehehe...

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates