Tuesday, April 5, 2011

vlogger malaysia : maccaboyz91 dan fiq lipas hensem

vlogger malaysia : maccaboyz91 dan fiq lipas hensem

selepas kemunculan anwar hadi sebagai vlogger di malaysia, aku rasa penerimaan orang kita terhadap vlogger, serba sedikit dipengaruhi oleh gaya dan cara persembahan yang ditunjukkan oleh anwar hadi.. lepas ni sesiapa saja yang nak jadi vlogger kena hati-hati.. sebab orang akan compare anda dengan anwar hadi.. aku tengok, ramai vlogger baru yang mendapat kutukan hebat, kebanyakannya penonton akan compare dengan anwar hadi.. wtf! biaq pi lah depa nak buat dengan cara depa..


ada sorang mamat ni, lebih dikenali sebagai maccaboyz91 (id youtube dia) telah menghasilkan video yang agak kurang ajar dan kasar di youtube dan mendapat kutukan hebat.. bagi aku ok ja video dia.. lagipun sampai sekarang, walaupun dia dah ubah stail dia kepada lebih casual untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat, masih ada yang menyebut-nyebut dan mengutuk video lama dia itu..

bagi la dia peluang nak belajar dan betulkan kesalahan dia dalam menghasilkan vlog.. kalau anda tengok filem kat malaysia ni pun ramai pengarah filem yang 'syok sendiri'.. apatah lagi vlogger yang masih muda seperti maccaboyz91 ini.. video dia yang paling latest bagi aku ter-sangatlah ok.. ada unsur pengajaran, sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan ada lah jugak lawak sikit-sikit.. hehehe


kalau ikut pendapat aku lah.. kepada maccaboyz91, lain kali kalau orang nak kata apa pun kat kau, pedulikan mereka.. buat ja vlog dengan cara kau tersendiri.. tak payah nak dengar cakap orang yang suka compare kau dengan anwar hadi.. anwar hadi pun bukan best sangat pun.. satu video dia yang bertajuk "ewww" tu ja best.. video anwar hadi yang lain semua bosan bagi aku.. kah kah kah (mati aku kena hantam dengan fans anwar hadi)

eh.. lupa pulak nak cerita pasal vlogger bernama "fiq lipas hensem".. mamat ni pulak sebelum-sebelum ni asyik post video menyanyi.. tapi baru-baru ni, dia buat video meluahkan perasaannya terhadap rakyat malaysia yang anti dengan budak pavilion.. point dia ok.. unsur nasihat ada.. tapi..... rasa macam nak jijak muka.. sori beb! kah kah kah..


p/s : kutuk la vlog orang.. nanti anak hampa ada vlog versi 3gp melayu baru tau :) sumber : emmet
Share This

42 comments:

  1. haha~anak aku ada video 3gp?kalau anak aku laki best la aku tgok pompan tu~law anak aku pompan,aku tampaq 2-2 eko~aha

    ReplyDelete
  2. baru dgr nama2 ni..
    adeii.. makin ramai ye?
    huhu

    ReplyDelete
  3. Izuari,bila lagi..scene dalam bilik hng

    ReplyDelete
  4. pernah tengok video mamat maccaboyz91 tu.not bad la english dia.cuma,nampak agak tak kemas berbanding anwar hadi.ni fans anwar hadi ok !!! haha

    ReplyDelete
  5. banyak mase bdk2 nie buat vlog..baguih2..kreatif. dakwah mcm nie kot br sesuai dgn jiwa gersang iman zaman la ni :p

    ReplyDelete
  6. anwar hadi tak kenal tapi anwar ibrahim saya kenal. Muahahahah!

    ReplyDelete
  7. HAHAHAHHAHAHA video maccabyz psl hp mmg lawak. kah kah kah! tp aku tetap suka anwar hadi ngn matluthfi la bro... heeee jgn ah kutuk diaaa TETTT! :P

    ReplyDelete
  8. cop cop! spe fiq lipas hensem tu???? hahahahhahahhaa dia gelak mmg super cool HA ! HA ! -..-

    ReplyDelete
  9. ....fan anwar hadi nk tumpang lalu sat naa.... :P

    ReplyDelete
  10. rasa nak pijak muka tuh penting .i loike u TubeLawak ..kih kih kih.mmg lawak .sep !

    ReplyDelete
  11. haha..
    anak sapa la yang ada 3gp tuh?

    ReplyDelete
  12. hahah thanks bro,serius doh aku tergelak2 baca komen dekat video lipas hensem tuh,haaha

    ReplyDelete
  13. maccaboyz91 tu kena guna cam yg elok sket la..sbb quality vid kurang sket..

    ReplyDelete
  14. huhhuhuhu...sakit jiwa sebentar bersama kit kat~~

    ReplyDelete
  15. nampak ok je vlog diaorg..hehe

    p/s: suka tgk vlog lisa surihani

    ReplyDelete
  16. haha nti post vidoe aku wat peace ngn adam...

    say peace............hahahaha

    ReplyDelete
  17. makin ramai wat vlog sdri erk.. ehehhehee..

    ReplyDelete
  18. vblog maccaboyz91..dua vblog dia ok. he has good english and lebih teratur in his second vblog.

    ReplyDelete
  19. pke je pun..takkan la nak bagi anwarhadi je ley wat vlog.

    ReplyDelete
  20. oh ok. mungkin satu fenomena lepas ni

    ReplyDelete
  21. dia boleh tahan. tapi kualiti audio, sekali dia pekik, sakit telinga dengar. sedap dengar dia kecek ganu, orang ganu rupanya

    ReplyDelete
  22. :D mmg sedang mencari vlog utk ditonton

    ReplyDelete
  23. true, tengok fiq lipas rasa nak lempang. tapi indeed, got points

    ReplyDelete
  24. yeahh !! tul tuuu tubelawak. aku kadang2 tgk utube dieorang sume compare ngn anuar hadi. pelik tol aku.

    ReplyDelete
  25. masing2 dgn style sndri la kn..yg suka puji,x suka dorg kutuk tp berpada2 la,jgn cmpi menjatuhkn maruah or maki2 org..cermin dri sndri dlu..atlis dorg brani buat vlog..yg kutuk2 tu brani ke???..huu..

    ya btol,ske vlog anwar hadi yg 'ewww' n some video from matlutfi jgk..best..

    ReplyDelete
  26. SUMPAH-SUMPAH LAWAK GILE!!
    TA DE YG NO MANEERS PON :)) HAHAHAHHAHA
    maccaboyz91, best WHAT? ANWRHADI? best lagi matlutfi tu :)))

    ReplyDelete
  27. aku takde masalah dengan anwar hadi tu, xfhm nape ramai yg xske...matlutfi tu pun okey, mamat maccaboyz91 tu pon okeh. cikgu syida ko xnk review ke? hehe.

    ReplyDelete
  28. aku tak cakap aku tak suka anwar hadi..
    dia junior sekolah aku la mesti la aku sapot..
    aku just nak kata dia takdaklah "super best" untuk
    di-comparekan dengan vloggers yang tak berapa
    nak femes macam dia tu.. haha

    ReplyDelete
  29. setiap org msti ada cr tersendiri kn xyah amik ksh sngt org nk kte ape mnusia ni mmg mcm tuh adajek y x kena..:)

    ReplyDelete
  30. kalau mokcik buat ade ke org nak tengok???
    haha! blog ni pun tak khatam2 lg..

    ReplyDelete
  31. entah la..bg aku anwar hadi tu tak de lah best mana pun..vid yg dia buat pun boleh bilang berapa yg best..cuma si maccaboy91 ni perangai dia suka kutuk n down kan orang lain..kasar!..tp betul lah, dia berhak dpt peluang perbaiki kelemahan dia..

    p.s:aku suka semua video matluthfi~ haha

    ReplyDelete
  32. agak la...hmmm..bagi aku anwar hadi tu kelebihan dia mngkin isi die je..lawak die,err,setakat ni aku tak banyak ketawa kat vlog die.more like,serius...kalau mentolpecah,yes,i laugh a lot.

    ReplyDelete
  33. compare? wth? kenapa tak compare yusof haslam dengan ahmad idham?

    biasa la klu vlogger2 baru ada terkena tempias unsur2 anwarhadi, matluthfi tu..mesti la vlogger2 ni prnh tonton video diorang kan? dapat sedikit inspirasi dari diorang kan? tak kisah a. asalkan video yg korang buat tu best, dan orang suka, selain tak syok sendiri, korang boleh survive nya ..aku suport semua yang tak syok sendiri ..hidup vloggers!!

    ReplyDelete
  34. aku tak bley trime suara budak ni. cam ayam berkokok nyaring.bile die cakap cam telinga aku rasa annoying nak terus mendengar. dia bukan bercakap tapi memekik.

    ReplyDelete
  35. Cuba tngok video by matluthfi..aku suka video2 dia..sangat lain dr yg lain coz lawak2 gak, tapi last2 ade moral of da story~ sinisan yg sangat boleh diterima oleh semua golongan masyarakat especially remaja~

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates