Wednesday, July 13, 2011

segmen jelajah bersama tubelawak

segmen jelajah bersama tubelawak

hehehe.. sila abaikan title diatas.. segmen bersama tubelawak? sampai mati pun aku takkan buat segmen.. kah kah kah.. harini aku nak cerita sikit kenapa blog tubelawak ni dah slow sikit.. salah satunya sebab aku busy menyiapkan busuk.org.. dan satu lagi sebab aku nak kurangkan menulis entry kurang ajar atau penulisan yang sarcasm dalam blog tubelawak ni.. bukan apa.. sekarang ni setiap kali nak post entry ja, mesti aku akan menilai dulu dua tiga kali sebelum aku publish untuk tatapan umum..

gambar aku bermain gitar ditepi tingkap.. auww

masa yang aku luangkan kini lebih lama untuk menulis satu entry.. tak macam dulu-dulu.. dulu aku tulis dan terus publish tanpa berfikir dua kali.. sampaikan ada dua tiga orang rakan aku cakap kat aku yang blog tubelawak ni sekarang dah tak best.. tak lawak sangat macam entry lama aku.. memang aku dah ubah sikit cara penulisan aku.. dulu aku offensive.. suka hantam orang sesuka hati.. mencarut sesuka hati..

bila fikir-fikir balik.. aku tak kenal siapa pembaca aku.. mujurlah ada penulis lain yang menulis tentang aku, pada masa yang sama aku baru tahu bahawa ada juga dikalangan kanak-kanak yang membaca blog aku.. contohnya seperti entry rakan aku sorang ni (suarabawahtanah) aku rasa tak sedap hati jugak la bila dapat tau kanak-kanak juga mengikuti blog aku yang agak kasar dan kurang ajar ni kan? hahahaha..

bukan setakat kanak-kanak ja.. aku lagi terkejut bila aku dapat tahu ada ayahanda pekida sendiri yang mengikuti blog aku.. kah kah kah.. siapa sangka? blog merapu sarkastik macam ni pun ada ayahanda pekida yang baca.. aku sangat terharu sebenarnya.. terima kasih kepada ayahanda zulshaari yang telah meninggalkan komen positif di blog tubelawak ini (link entry)

pejam celik pejam celik.. follower dah 11ribu dalam masa dua tahun aku menulis.. nak follow balik anda semua, memang tak dapat aaa.. injured jari aku nanti kalau nak klik follow balik semua orang.. hahaha.. apa-apa pun, kepada yang mengikuti blog tubelawak ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak.. dan sori sebab aku nak kurangkan menulis entry kurang ajar dah :).. errr.. entry sarkastik? maybe~ hehehehe..


p/s : ada sorang rakan baik aku cakap "lepas telordibasuh arwah, awat blog hang dah tak lawak dah?" hehehe.. sebenarnya memang masih terasa kehilangan arwah telordibasuh.. salah satu sebab aku check dua tiga kali sebelum publish entry ialah, aku akan fikir "kalau aku mati, ok tak entry ni untuk orang ramai baca? dapat pahala tak aku? ka tambah dosa?"
Share This

65 comments:

  1. rrr...bila lagi nak tunjuk muka betul?ahhahahhaha

    ReplyDelete
  2. manfaatkan penulisan, x salah nak buat lawak...btul x???

    ReplyDelete
  3. <---- ni icon blogger ni muka betul la ni.. adeh... ingat aku pakai muka orang lain ka?? hahahahahaha.. auwwww <3

    ReplyDelete
  4. nape xhensem sgt doe???waakkakakakkakakak bila hg nak pakai songkok lak.baru setai skit :)

    ReplyDelete
  5. haha setujuu setujuuuu. bile lerr nk tunjuk muke muu yg hensem tu erk? hihi :)

    ReplyDelete
  6. biaq tak hensem takpa.. hati suci.. kah kah kah

    ReplyDelete
  7. alahai.aq baru bukak topik sai muka hang.dah ramai masok line.ni xsyiook ni...

    ReplyDelete
  8. iteww baruuu jewww nak tulisss pasal abammm ijuali taw...

    hik hik hikkkk...

    ReplyDelete
  9. nak kutuk aku la tu.. kutuk la.. aku kutuk hang balik!! aku kutuk hang balik!!! hahahaha

    ReplyDelete
  10. ehehhe.. apsal muke mcm tu..?hahha

    ReplyDelete
  11. ahahhahah,arh! bila masa aq nak kutuk hg..eeei,aq lempaq ke laot satg.wkakakakakkaka

    ReplyDelete
  12. gadis setan lu memang lawak la..wakakaka..

    ReplyDelete
  13. ym bundle.hahaha lu minat mamat ni k?hahaha..

    ReplyDelete
  14. aku tak paham ko cakap ape ni?dah la komen takde kaitan entry..wakaka..kalau ko cakap pasal tubelawak aku memang pon minat dia..aku kan gay..wakakaka...

    ReplyDelete
  15. hahaha..relax sudah..klu nak lawak..kita baca entry yg lama bnyk kali jela...

    ReplyDelete
  16. ym.bundle ni partner gay i ok.. sila jgn kacau dia ;) muah sikit ym.bundle.. auwww

    ReplyDelete
  17. ha?kau ckp aq komen xde kaitan.senget ko...ade kaitan ah ngan gambo lam post..hOhoooo kau tu tetibe gay?lagi xde kaitan.giller! dah ah.crayon xsuke aq dok sni.chiow lu :)

    ReplyDelete
  18. rara sengal..wakakaka..btw lu memang best crayon..wa memang suka blog lu..away~~

    ReplyDelete
  19. waa.. da baligh rupenye. bagus.. camni br bole jumpe pak mentua..kami sokong crayon tunjuk muka real kt tp tingkap.

    "kalau aku mati, ok tak entry ni untuk orang ramai baca? dapat pahala tak aku? ka tambah dosa?"----> ada nk wasiat password tk kt sesape, sblom mati? ehem 11k tu....

    ReplyDelete
  20. habis hang crayon...better hg tunjuk muka betoi untuk post terbaru hang t...sapa xsetuju mmg aq swoh *** wat bersih 3.0 plak pas ni.wakkakakakkaka ym.bundle.xpyh kipas lbey2 sgt...wakakakkaka sorry belom blah .bye syayunkk crayon :)

    ReplyDelete
  21. betul jugak tu...kita tak tau bila kita mati kan...mungkin esok atau 2minit lagi..kalau letak entry yg berguna dapat pahala ke haa..

    ReplyDelete
  22. uik, ada entry yg ada link belalang rupanya...terima kasih crayon...ngee...

    sebenarnya mmg itulah masej tersembunyi yg belalang nak hantar kat lu bro...generalkan content blog ini kerana blog ini d baca oleh semua lapisan umo...

    apa2 pun, tube lawak mmg terbaek!!! :)

    ReplyDelete
  23. ala. baru nak join segmen. aku nak stop melucah, hang nak stop kurang ajar. elok lah tu

    ReplyDelete
  24. tetap rase tubelawak best,busuk tu final year pojek ke?hehehe

    ReplyDelete
  25. pergh...trollface sedang main gitar..ekeke :P

    ReplyDelete
  26. baguih. semua pakat tobat dah masing - masing

    ReplyDelete
  27. ala kasar tu kadang2 syok pe. hehe

    ReplyDelete
  28. terer ke maen gitar bang ijuali? huahuahua..


    peehhh! semangat waja tu siapkan busuk..chaiyok!

    ReplyDelete
  29. ok la tu tubelawak..always supot you bahh :)

    ReplyDelete
  30. kalau aku nak tulis pasal hang dua entry pun tak cukup (-_-)

    ReplyDelete
  31. tubelawak.. permintaan aku neh.. aku nak sangat tubelawak buat segmen.. boleh aku join.. hahaha..

    ReplyDelete
  32. Setiap orang akan berubahkan kan...tapi berubah untuk menjadi lebih baik itu bagus...

    ReplyDelete
  33. apa2 pun syabas dan selamat berhijrah....

    ReplyDelete
  34. blog ayemmayam pun nak bersara dari sudut kelucahan dh..hang pula sudut kurang ajar..hahha

    selamat maju jaya..

    tubelawak terbaik!..

    ReplyDelete
  35. mukanya mane nich.. saye pengen liat muke tu... hehehehe

    ReplyDelete
  36. ini gambo tipu... ijuali penipu!!
    tgk sofa &wallpaper pun tau gambo ini dicurik dr mana-mana? mcm apartment aku masa kt canada je

    taubat la ijuali! tgk AnwarHaadi ok jek tayang muka, xcurik gambo org la. taubat!

    ReplyDelete
  37. nape tubelawak? ilham dari pelawak mana..haha :P

    ReplyDelete
  38. aceh crayon syg.hang nak masok meminang aq ka siap tnya aq doik mna.wakkakakakakak aq dok langkawi laaaa...

    ReplyDelete
  39. better hg tunjuk muka besaq2.kui3...

    ReplyDelete
  40. <--- ni muka aku la mangkaq ubi oi

    ReplyDelete
  41. admin busuk ?


    wahahahahaha..hebatlah ;)

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah.Hijrah yg baik:)

    ReplyDelete
  43. tiub, jgn hansem sgt, nnt hati manyak susah ooo.
    ramai awek kejar, silap2 kena bomoh, santau.

    ni realiti yg rain tgk skrg ni.

    aritu doktor pelatih kat hospital bahiyahkena pukau. smp terlepas mjlis pertunangan dia..

    ReplyDelete
  44. ok...dapat byk point penting..=)

    ReplyDelete
  45. hangla mangkaqq...aq nak gambaq besaq.watpa aq nak tengok gambaq kecik...dahla nampak gg kuning hang ja.wakakkakaa larikkk!~

    ReplyDelete
  46. rain,xda jodoh nak buat camna.ekekekek <<ayat crayon dlm otak.

    ReplyDelete
  47. dereyan ada la yang mangkaq.. ubi mana ada mangkaq.. hishh..

    ReplyDelete
  48. beb,ak ske entry ko yg baru ni...mmg ak tgk lepas mmbe telordibasuh meninggal ak tgk blog ni da laen..skrg lbh pd srh berfikir..apa2 pn teruskn menulis ttp ada yg singgh sini jugk..

    ReplyDelete
  49. dulu awak macho..sekarang awak cute.. =D

    ReplyDelete
  50. boss... sarkastik itu penting. so, publish je kalu rase itu dapat memberi kesan positip...


    sebut pasal arwah, rindu kat entri2 arwah dulu... al-fatihah.

    ReplyDelete
  51. malu sebnrnya nk dtg blog femes ni =P

    tubelawak mmg best!!!!
    seyes tak tipu =)

    ReplyDelete
  52. tubelawak dahh insappppp. haha :D

    ReplyDelete
  53. u r soo funny but sometimes lil bit sannoying..huhu.. <3 :)

    ReplyDelete
  54. Tergerak nak tulis komen pulak...:)

    Ilmu bermanfaat akan bawa pahala sampai mati. Thank for the sharing :)

    ReplyDelete
  55. harap maklum...sy org baru di sini

    ReplyDelete
  56. saya suka abiang men gitar nie

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates