ini adalah tajuk yang agak sensitif.. tapi aku tetap nak tulis gak.. semalam aku ada terbaca keratan akhbar yang mengutuk tindakan segelintir pihak di georgetown kerana mendirikan tandas yang berkubah (dome).. aku tak pasti kritikan ini atas dasar politik ataupun atas dasar 'proud to be muslim' mereka itu.. hahaha.. aku rasa ramai dah salah faham tentang perkara ni.. sebenarnya, Allah tak pernah paksa pun umatnya agar mendirikan masjid atau surau dengan senibina kubah.. orang kafir pun tak salah nak bina bangunan berkubah..
hagia sophia
memang seni arkitektur ini dipelopori oleh orang islam.. kebanyakan bangunan berkubah telah didirikan oleh orang islam sejak zaman dulu lagi.. tapi anda semua perlu tahu, ada juga gereja yang berkubah seperti "hagia sophia".. setelah hampir beberapa ratus tahun, bangunan hagia sophia ini telah diambil alih menjadi masjid yang dikenali sebagai "aya sophia".. sampailah kat zaman mustapha kamal ataturk, dia ubah masjid aya sophia ni jadi muzium.. dan bermulalah ego orang kristian mengatakan bahawa senibina kubah ni berasal daripada mereka.. sedangkan kita tahu bahawa senibina agung "Qubbat As-Sakhrah" (tempat Rasulullah naik ke langit) lagi old-timer dari hagia sophia.. hehehe..
senibina-senibina yang berkubah ni memang tahan lasak.. bukan arkitek islam ja yang banyak buat bangunan berkubah, orang kafir pun banyak buat senibina berkubah sejak zaman dulu.. tak percaya, cuba search kat google "church dome".. banyak gila kot gereja yang berkubah.. jadi siapa kita nak mengatakan bahawa kalau orang kafir buat senibina berkubah ni seperti menghina islam?? lagipun selepas bencana tsunami di acheh, semakin ramai arkitek yang teruja dengan senibina berkubah ni bila diorang tengok masjid di acheh masih kukuh berdiri sedangkan bangunan lain hancur terkena banjir tsunami..
masjid cheng ho surabaya
kalau nak buat masjid atau surau, memang Allah suruh buat kubah ka? bagaimana pulak dengan masjid cheng ho di surabaya?? orang cina tak bising pun masjid tempat orang islam sembahyang pakai senibina macam pagoda.. hahaha.. yang Allah tak bagi ialah membazir dalam mendirikan rumah Allah.. kalau masjid sampai jutaan ringgit tu, konfem Allah marah punya.. kan Allah suruh kita bersederhana.. setakat orang kafir tiru senibina kita, kita patut tumpang berbangga lah..
rasa macam nak tergelak pulak bila ada orang buat tandas, letak "dome" kat atas tu, sampai jadi isu besar dalam akhbar.. kononnya mereka menghina masjid dan surau tempat bersembahyang orang islam.. tapi kalau benda lain apa pasai orang tak bising pulak? contohnya :
"zouk KL patut tukar nama sebab zouk sangat hampir dengan zauq (mabuk ketuhanan)"
"pitbull dan individu yang meluluskan konsert pitbull perlu dipulas telinga kerana membenarkan orang islam bercampur gaul bukan muhrim ketika konsert"
"ombak rindu patut diharamkan kerana tidak meletakkan label 18SX walaupun banyak menayangkan aksi berkemban justeru suami sentiasa gerrrrram.. auwww"
"rancangan ustazah pilihan perlu dihentikan kerana imam masjid kerap mengambil cuti sakit" (yang ni main-main ja.. haha)
p/s : aku tulis bukan sebab nak backup mana-mana parti politik.. aku tulis bukan sebab nak agungkan senibina bangsa lain.. aku tulis bukan sebab nak jatuhkan martabat islam.. aku tulis sebab nak betulkan pemikiran orang islam kat malaysia yang dah kena MK-ULTRA ni.. hehehe.. selamat berfikir..
sama2 renungkan dan fikirkan...
ReplyDelete*lama hang menyepi weyh..bawak diri ke apa ni?
tudia dia mai dah dia mai dah
ReplyDeleteaku suka lah dengan entry ne , saya sokong
ReplyDeleteI sokong tau...
ReplyDeleteaku bc artikel ni tbe2 ak pk "blog mne aku klik kt dashboard td??" t'kjut tgk it's tubelawak...but i like this artikel... :)
ReplyDeleteassalamualaikum..aku suke entri berfikir mcm ni..betul2 :) skrg ni semua bende nak kecoh,bende yg sepatutnye kecoh didiamkan
ReplyDeleteada 'aauuww' kat bawah tu betol la dia.. :)
ReplyDeletehahahaha.. betoi.. dia la nih :D
ReplyDeletenice!
ReplyDeletetu dia!!hehe
i like ur opinion... keep it up
ReplyDeletehuhu
ReplyDeletehuhu
huhu
tu diaaa...dia da kuar dr pertapaan dia daa...huhuh....
ReplyDeletewaaa...lame gile hilang...
ReplyDeletesenang cite kubah ni untuk sapa2 pon boleh la..seni bina kubah ni kalau ikut video arrival banyak bg tenaga..ye ke..kamehameha..
ReplyDeleteJangan jadi JUMUD, itu yang terbaik....
ReplyDeleteunder.. jum pi masjid..
ReplyDeletetubelawak sudah kembali...hhaahah..
ReplyDeleteTandas bentuk kubah! Sincere, saya baru tahu. Musykil juga apa motifnya...Setakat nak buat tandas, apa perlu berkubah? Nak kata yang tak suka tu emosional sangat pun tak berani. Tapi seperti ada sedikit maksud kurang baik di situ. Kalau kubah dah biasa guna untuk tempat ibadat tetiba guna tuk tandas...Pasti nampak pelik. Di luar negara saya terima perihal rumah ibadat tu. Namun bila di Malaysia, macam ada niat kurang jelas. Seolah tergambar pula orang sedang bersembahyang dalam tandas...Saya ada rasa penolakan dalam diri saya. Namun kurang sedikit dari isu Kalimah Allah ....Itu pandangan dan rasa dalaman saya...
ReplyDeletelama...pi betapa ke!
ReplyDeletesaya tabik spring pada saudara atas pandangan dan kajian yang begitu ilmiah,namun ada yang kurang kena dengan topik yang dibincangkan ini,kalau tandas tersebut benar benar memberi imej luaran sebagai tandas dan kubahnya tidak mengelirukan masyarakat islam takpa,yang dibimbangkan masyarakat yang tidak biasa dengan kawasan itu akan menganggap bahawa tempat tersebut adalah surau untuk mendirikan solat kan satu pekara yang memalukan, disangkakan surau tapi rupanya tandas.Kerana kubah telah dianggap oleh masyarakat kita sebagai tempat beribadah,sama juga dengan tokong dari jauh kita dah kenal itu tokong untuk orang cina beribadah tentu kita tak menuju kesitu untuk buang air atau pun patung besar "Marry" tersergam tentu kita beranggapan itu tempat beribadah orang kristian tentu kita tak berniat nak kadak hajat disitu. Wallahhuallam...
ReplyDeletehadoi, ni pon nak jadik isu
ReplyDeleteBernas gak tulisan kau.. Ada isi..Kupas lagi kalau boleh..
ReplyDeleteUrm... entah la.. apa pon.. mai kita selalu pi masjid... pi ramai-ramai.. tu masjid kat kl tu.. bila solat jumaat aja penuh.. hari biasa.. hurrmm... 2 atau 4 baris aja..
ReplyDeleteadilla : isu kalimak Allah aku tak berani sentuh
ReplyDeleteanon 11:20 : sebab tu aku letak tajuk MK-ULTRA.. minda kita dah di-set dan menganggap bila bangunan berkubah ja mesti masjid atau surau.. anggapan kita yang salah... ada jugak masjid yang beratap zink dan tiang kayu ja.. kan?
Betul tu.... yelah, kubah tu bukan 1 kewajipan. betul2.... hehehe
ReplyDeleteIslam itu mudah..manusia yg merumitkan semua benda..
ReplyDelete