kali ni aku telah merajinkan diri dan telah menyiapkan diri untuk menulis entry yang mungkin menyebabkan setengah pihak tidak sependapat dengan aku, tapi takpa.. kita boleh bincang cara elok dan bermesyuarah dengan baik.. mungkin antara anda semua dah tengok video parodi dari bapak kekasih kepada kekasih yang aku edit 2 hari lepas.. aku sengaja tak mahu update terus pada blog aku kerana aku perlu perhatikan dulu respon daripada user yang tonton video aku.. jadi sekarang aku dah boleh ulas sikit pendapat aku hasil dari kajian aku yang tak seberapa ni..
sekadar gambar hiasan
berdasarkan apa yang aku baca dari internet, video pertama iaitu video dari perempuan kepada buah hatinya itu telah diupload oleh pemilik badan itu sendiri.. video gadis ini mendapat kutukan dan kritikan hebat daripada beribu-ribu pengguna internet.. ramai yang menegur secara 'direct' pada videonya dan ada juga yang mengutuknya di halaman facebook serta twitter justeru membuatkannya membuang video asal..
sebenarnya pada ketika ini, anda telah membuatkan pemilik badan merasakan dirinya seperti musuh masyarakat.. anda yang membuatkan dia merasakan video itu sebagai keaiban baginya.. tambahan pulak bila ada 'lanun' yang meng-upload semula videonya, ramai yang menegur "takyah la bukak aib orang.. user asal dah delete dah pun".. cuba anda bayangkan apa perasaan kalau anda berada di tempat perempuan itu??
situasi ni sama ja seperti bila kita menangis, kemudian ada orang mengusap-ngusap kita kononnya nak kita berhenti menangis sedangkan perkara itu lagilah membuatkan kita menangis.. kan? apa anda rasa kalau perkara ni terjadi kat adik perempuan anda, kakak anda atau saudara perempuan anda?? apa kesalahan besar yang telah dilakukan oleh perempuan itu sehingga membuatkannya malu untuk menghadap masyarakat? dia bunuh orang ka? dia berzina ka?
bagilah dia peluang.. kalau anda kata "janganlah bukak aib orang", apa aib yang telah dia lakukan? anda yang membuatkan dia merasakan dirinya aib!! komen negatif dari anda yang mengaibkan dia!! samalah juga bila kyopropaganda membuat parodi kepada video perempuan itu dan memberikan kata-kata semangat kepada perempuan itu "JANGAN GIVE UP, JANGAN MALU, BE YOURSELF" masih ada lagi insan yang tak paham niat murni dari kyopropaganda..
ada yang mengutuk kyopropaganda kerana memberikan sokongan moral kepada perempuan itu.. anda salah!! itu sebenarnya memberi semangat kepada perempuan itu agar tidak depress dengan kritikan dan kutukan anda semua.. siapa tak pernah melakukan kesilapan? takkanlah kerana silap sekali, perempuan itu terus dibenci masyarakat?
dan akhir sekali, bila aku hasilkan video parodi hasil campuran video perempuan itu dan video kyopropaganda, kenapa 90% komen yang aku terima adalah komen positif?? kenapa takda orang nak suruh aku buang video tu kerana mengaibkan perempuan tu?? terbukti!! sebenarnya anda semualah yang mengaibkan perempuan itu dengan komen-komen negatif.. kan?
video 1 : kekasih wanita
video 2 : kekasih lelaki [parodi by kyopropaganda]
video 3 : troll bapak kekasih by tubelawak
perempuan yang kutuk perempuan ni gedik, sila cermin diri anda.. lelaki yang kutuk perempuan ni gedik, kalau perempuan ni lisa surihani, pasti anda takkan kata apa-apa kan? lepas ni jom ramai-ramai post kat fanpage TV3 "jangan bukak aib pemimpin dengan menayangkan video isteri pemimpin tak tutup aurat" :)
Kahkahkah!
ReplyDeleteaku setuju yg last sekali tu..cube kalau pompuan tu muke cantik giles..mesti ramai dok puji2 kate sweet..yg lelaki pulak terleleh air liur mengharapkan dpt awek cantik sweet mcm tu buat video..mentang la muke die 'tak berapa' kemaen lagi maki2 die..sian die..
ReplyDeleteaku tengok je vid tu..walaupun tak berapa nak gemor..takde la smpai aku nak ngutuk die..baca bahasa org laen yg komen vid tu kemaen lagi kuang ajaq dan kasaq..tah pape..(-_-")
good article....lama betul ko senyap...hehe
ReplyDeletearticle bagus, tp gambar hiasan inappropriate.
ReplyDeleteAkhirnya tubelawak muncul kembali..hehehe..
ReplyDeleteAgaknya mentaliti org skg ni mmg suka mengutuk kan tanpa tengok diri sendiri...apatah lg skg ni nk ngutuk senang..tanpa perlu keluar rumah pun bleh.. zaman makin moden, gajet makin canggih, gosip,ngutuk,fitnah hanya d hujung jari
wah,.bgus article ni,.kadang2 tak terpikir benda lain masa kita dok komen yang buruk2,apa perasaan orang lain,dan etc,..pendapat yang sangat matang bagi aku,.hehe,.
ReplyDeletewhat the fishhh
ReplyDeletetubelawak...come backk..ahaks...
i LIKE.....betul gak..
aku fikir macm tuh gak...
biaselah tuh....
tuk that gurl....
people do mistake...
Btl la...contohnya vid bday surprise yg dahlia teck buat kt apek.org sume dok puji kta sweet la,jeles la...tp bila awek yg x bape nk cantek buat vid utk balak dia kemaen mencemuh lg...
ReplyDeletehahaha budak tu satu kapus ngn aku..mmg geli ler aku nk nengok muke dy..baik ak tgk muke ko ..haha
ReplyDeletewidiea azira ko ingat muke ko elok sgt ke? harap pakai tudung tapi mulut macam celake......
ReplyDeletedia xcantik ke? ok je aku tengok. perangai je tak ok. bukan aib you say? well, kalau tu adik aku, mau kena pelangkung. it's a digrace as a muslim woman. janganla jadi macam tu kat keluarga aku. amiin.
ReplyDeletebut i do agree yang kita xsepatutnya kutuk dia. kesian kat dia. sume org pon wat dosa apa. dia dah delete video tu, xsepatutnya ada yg upload balik. sia2 je buat dosa sebarkan kesalahan orang. macam suci sgt. :p
as of last para, kalau lisa surihani pon ade gak yg kutuk.
ntahnyer. lisa surihani & dahlia teck buat ape pn nampak sweet.. benci tau. aku nk wat video pn xjd la camni.."hmmm, beee...hmmm"
ReplyDeleteR'Ain : aku tulis tu, aku assume semua orang paham, once video dah diupload (sekali buat silap) mesti ramai akan re-upload dan takleh dihentikan lagi... jadi camna nak solve isu ni? aku try ja la nak ubah pandangan orang yang kononnya aib tu kepada benda yang tak men-depresskan si perempuan tu (sekurang-kurang).. daripada semua orang dok mencemuh, dok kritik, dok umpat2..
ReplyDeleteaku agak blur on how video tu bley tersebar in the first place. aku tak layan pun 1st and 2nd vid tapi the 3rd dah rangkum semua,so i got the picture.
ReplyDeleteaku rasa tadak big deal pun pompuan tu buat video camtu. ok, aku admit aku ada sedikit geli tengok video tu tapi orang lain buat worse than that, tadakpun kena kutuk kow2. dia tak berbogel, atau separa bogel pun lam video tu. she was just expressing her love to her beloved. aku rasa ada yang mengutuk dia buat lagi teruk dari tu..... so tak payah nak berlagak bagus.
people make mistakes. kalau dia boleh delete video tu, why cant we delete our bad impressions towards her......??? dasar malaysians!
*pehal tetiba aku ter komen pepanjang ni??*
and aku ter setuju ngan komen aza shafiza......
Yang orang ramai tak faham, once sesuatu benda dah masuk dalam internet, ia akan berada di dalam itu. Selamanya. Memang patut ubah pandangan orang. Yes dia buat dosa. Kita nak dia kembali ke pangkal jalan. Tetapi kritikan yg diberikan oleh typical Malay ni membuatkan dia jauh dan makin sesat. Nanti di tanya dengan Allah, jawab lah kau "Aku mencemuh perempuan itu dan membuatkan dia semakin jauh dari Mu"
ReplyDeleteTeringat dengan lagu Malique Aku maafkan kamu.PART mereka tidak fasih malah fasiq guna kata, kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa.
ReplyDeleteBila tengok balik video budak perempuan tu, aku rasa simpati pulak kat dia.Orang yang mengomen pun macam tak ada adab.heh.
Fitrah manusia... Aku tengok video 1 dan video 2 jer rase macam menyampah pun ade... mana taknya, takde kaitan langsung dengan aku dengan sikap pada video tu macam tergedik-gedik minta belas kasihan... Pulak tu, meroyan macam kena angau... tapi kalo video tu (video 1 dan video 2) digabungkan menjadi (video 3), barulah timbulnya pemahaman dalam minda kita dan org ramai akan beri respon +ve sebab video yg dipersembahkan bukan melibatkan org ramai, sebaliknya melibatkan kekasihnya iaitu balas sama balas percakapan dalam video tu... k, that's all... Sekadar perkongsian. Nak tahu macam mana org biasa macam kita menemui peluang, boleh [Klik Sini].
ReplyDeletemenyampah sungguh Sm tengok video tu.. cam na leh tersebar.. ke sendiri upload... huhuhu. Tubelawak dan kawan2. please visit my blog and follow. SM dah follow blog tubelawak.. ni blog sm. http://sembangmalaysia.blogspot.com/
ReplyDeletebiarlah perempuan tu. tak kena kat kita, kita boleh cakap apa je.. kadang kadang bila kita kena, baru kita rasa..
ReplyDeleteHahaha. aku sebenarnye xkesah pun video tu. kesian jugak la. muka awek dia dah la true gila
ReplyDeleteak suke entry ni.
ReplyDelete