Monday, November 29, 2010

kulit cantik dan badan langsing mengalahkan artis?

kulit cantik dan badan langsing mengalahkan artis?

ini entry menaikkan semangat untuk anda yang tidak ada keyakinan terhadap diri sendiri.. khasnya untuk wanita.. sesetengah wanita tu langsung takda keyakinan dalam diri bila dirinya jarang dipuji cantik, anggun, lawa, kiut, comel, dan lain-lain.. kalau anda merasakan diri anda tidak cantik anda sebenarnya salah!! semua orang pun cantik.. dan kecantikan ini juga bergantung kepada mata yang memandang anda.. lain orang lain pendapat kan.. kalau anda tetap merasakan anda tidak cantik, ayoh! bertindak sekarang dan berusahalah untuk memperbaiki diri anda..


kalau selama ini anda seorang yang comot, ketiak busuk, mulut bau longkang, sudah pasti orang tidak akan memuji anda.. ada ka orang nak puji "eh ketiak awak sangat busuk harini, saya sangat gembira".. berubah sekarang jugak!! pakai pakaian yang kemas.. gosok gigi selalu.. beli deodorant anti bau tengik.. kenapa masih mahu mengekalkan penampilan sebegitu sekiranya penampilan itu meracuni mentaliti anda untuk tidak yakin kepada diri atau jasad pinjaman anda?

adakah anda menyangka artis seperti lisa surihani itu begitu cantik sehingga jurangnya sangat jauh dengan kecantikan anda? lagi sekali, anda sebenarnya salah!! lisa surihani sebenarnya biasa-biasa saja.. sama seperti anda!! tetapi dia berusaha untuk mencantikkan dirinya.. bukan seperti anda yang hanya menunggu 'prince charming' datang mendakap tubuh anda.. kah kah kah.. ingat!! realiti ini bukan seperti drama melayu yang dilakonkan lisa surihani.. kah kah kah lagi!

(gambar dari beautifulnara.com)

apa lagi alasan anda untuk tidak menghiasi, mencantikkan, dan memajukan diri anda? wang? tiada duit? ahhhh.. persetan semua itu.. kalau anda mahukan produk import memanglah ramai yang akan mengatakan bahawa mereka tidak mampu untuk memiliki.. tapi produk rakyat malaysia ni pun tidak kurang hebatnya.. buat apa nak beli produk import? kan lebih murah? contohnya 'jusmate5' produk dari dr.rozmey.. sangat hebat dan sangat berkesan untuk melangsingkan badan.. anda mahukan kulit yang cantik? 'jus dr-II' adalah jawapannya.. kepada anda yang mahu menaikkan berat badan pula, dr.rozmey juga ada menghasilkan produk 'Gain 5'..

apa tunggu lagi? sekiranya anda mahukan tubuh badan yang langsing, kulit yang cantik dan badan yang sihat .. cubalah produk dari dr.rozmey.. siapa lagi nak tolong bangsa sendiri kalau bukan kita jugak.. ya tak?  dia tolong kita, kita pun tolonglah dia.. ramai yang dah berjaya melangsingkan badan dan kelihatan cantik dengan bantuan produk dr.rozmey ini (termasuk kakak aku sendiri dan kawan-kawan aku.. hahaha) tak pernah dengar jusmate5?  tidak yakin dengan produk keluaran dr.rozmey? tonton video 2 minit ini untuk penerangan yang padat dan ringkas..

video : penerangan ringkas dan padat jusmate5
Related Posts with Thumbnails
Share This

81 comments:

  1. wow, magic ya lisa surihani. dia memang cantik nak buat macam mana. lagi satu, kalau nak berusaha jadi cantik, jangan terlampau over. nanti kang melarat ya tuan-tuan da puan-puan. jgn gunakan botox dan susuk ya, nanti mak saya kata, hantu cekik susah nak mati. Lepas tu , bila dah cantik, jangan memperasankan diri anda, hahaha.. annoying people.. saya rasa tubelawak mesti cantik orang nya... jusmate? agak2 kalau sy minum ada kesan ke tak.. winkss3xx..

    ReplyDelete
  2. wahhh unbelievable!! first... :) [ bangga ]

    ReplyDelete
  3. ain dah cantik dah.. ;) hehehe.. ikhlas ni..
    tapi lisa surihani tetap dihati tubelawak..
    auwwww..

    ReplyDelete
  4. hahahaa! tp cemuih aih bila orang tu tak cantik pun tapi dia kata dia lagi cantik dari saya.. haptuih! dah lah perasan muka dia macam faezah elai.. tak dak langsung.. dia dah lah tak dak shape mengancam.. cuma banyak air je..

    ReplyDelete
  5. saya suka rambut dr.rozmey. muahahahahahaa..^^





    * wei! makcik aku makan jusmate5,takde apa2 effect pun =.="

    ReplyDelete
  6. dinda eny : if others are pulling u down,
    be proud! anda sebenaqnya berada di atas mereka..
    haha..

    ReplyDelete
  7. mai : kan dalam video tu kata 'disiplin' kena selaras dengan penggunaan produk dr.rozmey.. hahahahaha... kalau dua2 begerak seiring mesti anggun bergaya ;)

    ReplyDelete
  8. lisa surihani mmg cantik lahh. dia selekeh pun cantik jugakk :)
    promote product dr romzey nampakk. bekenan ngn dia ke? hahahahahah.

    ReplyDelete
  9. lisa surihani, mmg byk beza sangat dari dulu, skrg dia sangat-sangat cantik...

    ReplyDelete
  10. haha. tak habis2 hang dgn ddr ni.
    aku rasa hang kena g jumpa die lah g mintak maap nanti. hehe

    ReplyDelete
  11. Dulu lain sekarang lain.. Jom cuba kelainan dengan jusmate :P hehehe

    http://profhariz.com

    ReplyDelete
  12. affan ruslan : aku tolong promote tu.. haha..
    semua kawan2 yang nak aku promotekan kat blog
    ni pun aku buat video lawak.. 'style' orang kata..
    kah kah kah..

    ReplyDelete
  13. eeehhh sweet la lisa surihani tyme kicik2...=p

    ReplyDelete
  14. hahahaha...memang padat sungguh penerangan penerangan yg diberikan...i loike :)

    ReplyDelete
  15. kulit cantik hati tak cantik tak guna jugak.. so?? bersederhana sudah la.. hehehee.

    ReplyDelete
  16. tapi kalau kulit tak cantik, hati pun tak cantik..
    rugi dunia, rugi akhirat.. hahahaha.. apa2 pun,
    tak salah jaga jasad pinjaman ni elok2.. biaq
    keadaan jasad ni cantik lawa sihat bersih.. :)
    betul kata akak roziahmad tu, asalkan besederhana..

    ReplyDelete
  17. kalau muka cantik tapi tangan basah selalu apa boleh buat kan.

    T_T

    ReplyDelete
  18. Lagi 2 tahun Lisa akan kelihatan lebih cantik aku rasa hehehe

    ReplyDelete
  19. mana leh bandingkan lisa ngan zaman kanak2, mesti le beza, cuba bandingkan bila dah remaja sebelum jd artis...dia mmg semulajadi cantik le,

    ReplyDelete
  20. http://farm4.static.flickr.com/3583/3411265445_84e61a83a3_m.jpg

    ni gambaq dia masa remaja.. memangla cantik..
    tapi biasa saja~ macam org kebanyakan jugak..
    dulu tak gebu tak melepak macam sekarang pun..
    sekarang ni baru cantik luar biasa.. ;)

    ReplyDelete
  21. huhu...dulu2 yolah agk biasa2 juge lisa ni..but still kiut kan..tp skang ni lisa mmg cantek sgt..lg cantek diri ni..lol!!haruslah.. :)

    ReplyDelete
  22. beu jusmate tu leh sumbang 40juta yg tak tersasar tu kan ? hahaa

    ReplyDelete
  23. Salam ada duit semua boleh jadi... kulit putih genbu mmg ramai org minat kan... :)
    Entri Terbaru "Carilah Calon Blog Personal Suami Pilihan Anda."

    ReplyDelete
  24. AHAHHAHAHAA...okieesss suke entry inih..yeeah walaupun x cantik confident dlm diri tuh ade..tp jgn pi habaq kat sume2..tuh lain pulak jadinye..ngehehe confident disamping dengan usaha utk menjadikan diri lebih chantek...

    ReplyDelete
  25. cantik waktu sekolah dan lepas remaja, juga dewasa lain. sebab hormon bertukar2.

    ReplyDelete
  26. nk order jusmate boley halo aku!! ahaha!!

    ReplyDelete
  27. aler kalu dah memang tak cantik cam saya ni, wat camner pun tak cantik jugak...bistu camner???

    ReplyDelete
  28. aku xpaham nape sumer kate lisa comel bukan wan maimunah yg comel..kompius aku kompius...arghhhh

    ReplyDelete
  29. nak cntek mmg perlu plaburan hehehe....

    ReplyDelete
  30. mmg ramai adore lisa cos she's adorable. :)
    kamek pun kagum sama lisa.

    hai tubekacak, kitak kacak kah?

    ReplyDelete
  31. wow ! post nie memberikan semangat kepade remaje wanita seperti saye . hehe . THANX ! (:

    ReplyDelete
  32. yehhhh.entri ni best!

    * tepok tepok tangan -.-"

    ReplyDelete
  33. ringkas n padat giler!
    aku suka3...
    bwahahahaha..

    ReplyDelete
  34. Ramai sungguh peminat lisa surihani... termasuklah aku... hehehe...

    Memang ringkas & padat. Tahniah diucapkan! Ngeh3...

    ReplyDelete
  35. is that lisa surihani..?sakai nye dia dulu..skrg dah cun..nak jumpa lisa interview la..:P
    papepon..kak lisa..i lap U <3

    ReplyDelete
  36. lisa surihani sentiasa chomell ouhh :)

    ReplyDelete
  37. dr rozmey kata, "dr berjaya menongkah arus dan mencipta fenomena" dlm wanita hari ini siang td~

    ReplyDelete
  38. wah Dr.rozmay 2 Alam... Heheheeee~

    ReplyDelete
  39. hahahha i loike...lisa surihani yek bukan dr jusmate

    ReplyDelete
  40. ko mmg tak abes2 ngan lisa surihani kan..huhu

    ReplyDelete
  41. Rasanya kalau Lisa Surihani tertelefon aku, mesti aku kena sawan dan mulut berbuih2...

    ReplyDelete
  42. tu dia... tubekacak kita ;) hmmm... jom mai sini ~ http://www.siti-muthiah.blogspot.com/search?q=xxxl

    ReplyDelete
  43. jusmate tu kalau minum tanpa diet yang betul tak guna gak..
    sbb yang berjaya semuanya masuk kursus drr..
    tapi lisa memang cun la..walaupun muka macam budak2 terencat tu..pipi dia tetap menggeramkan aku..ahahaa

    ReplyDelete
  44. wauuu promote barang dr rozmeyy ni...heheheh

    ReplyDelete
  45. kepada tubekacak, yang original itu cantek ;)

    ReplyDelete
  46. yeah kulit cantik dan badan lansing..
    itu bukan aku..haha..

    ReplyDelete
  47. nk cantik gakkk..

    tp, natural beauty cntik gakk... :)

    ReplyDelete
  48. jus mate5 utk naik n turut berat badan ja ka...kiter body weight ok lagi...cuma nak gebu n kulit mulus ja

    ReplyDelete
  49. promote produk page ke ni ? hehehe..
    muka je cantik tak cukup sempurna lagi..
    yang penting, hati pun mau kasi cantik jugak..

    ReplyDelete
  50. justmate? hahaha..iklan promo rupenye..what i can say is just exercise....im not sure exactly how many percent but im confident that at least 50% of malaysian women are reluctant to exercise.....thats the main reason for the weight problem...other then that it's just personality and and bad habits....

    just my simple 5cents ;)

    ReplyDelete
  51. lisa surihani cantik~
    dan dia makin cantik..
    oyeah.. confident perlu ade dlm diri walaupun rase diri tu xcantik.. tp semua orang mmg cantik kan kan kan.. :)

    ReplyDelete
  52. hahahahaha... hampa semua tak tgk video tu
    sampai habis ka?

    ReplyDelete
  53. kakak ku penah cuba jusmate tapi kan makin selera dia makan adalah..
    LOL!

    ReplyDelete
  54. ghahahaha, x kena saman ke cmni?

    ReplyDelete
  55. hahaha , tak paham langsung dye cakap apa , wawawa

    ReplyDelete
  56. nak jadi macam lisssaaa lah! hehe

    ReplyDelete
  57. ni ngah berusaha nak kuwus lah ni..nak tukar diri supaya xrock camne yek?

    ReplyDelete
  58. orang gemoks pun ramai yang cantik..

    ReplyDelete
  59. Bila nko letak iklan Dr Rozmey.. Aduhh.. tak tahan perut gua..


    Dr Anonymous Detective

    ReplyDelete
  60. semua ciptaan Allah itu cantik.. :D

    ReplyDelete
  61. nk iklan produk jusmate rupany,.he3,.

    ReplyDelete
  62. kalau hati cantek , muka pun cantek maa ;) nak try la juga nnt besar . huahuaa .

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates