Saturday, June 11, 2011

persepsi orang ramai yang menggerunkan aku

persepsi orang ramai yang menggerunkan aku

kalau ada diantara anda yang menghadiri conference atau competition i-hack tahun lepas di uitm shah alam, pasti anda ada terselisih dengan aku dan rakan-rakan aku kerana kami telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh uitm itu.. untuk i-hack 2010, kami (group dari 3 orang peserta) juga telah dinobatkan sebagai 'champion' dalam kategori hacking & defense.. kalau anda masih ingat muka yang berdiri di atas stage tu, salah sorang tu lah aku.. hahahaha.. auwww..

kawan2 aku tak bagi tayang muka la :( sori tau

dulu tahun 2006, aku ada juga menyertai pertandingan kemahiran malaysia dimana pemenang akan mendapat anugerah tangan emas perdana menteri dan dipilih sebagai wakil malaysia ke peringkat dunia.. ya! aku juga telah berjaya memenangi anugerah tangan emas perdana menteri itu.. kah kah kah. dengar macam best kan? banyak lagi pencapaian yang aku dah buat justeru membuatkan orang sekeliling aku menganggap aku 'pandai' dalam bidang yang aku ambil kini (IT)..

sebenarnya aku takut dengan persepsi orang ramai terhadap aku.. bagi aku, apa yang dah dicapai kini, tidaklah sebesar mana pun.. dan aku tak pernah rasa diri aku pandai.. tambahan pula bila aku bertemu dengan otai-otai komputer yang mahir dalam perkara yang aku tidak mahir contohnya assembly language, reverse engineering, networking dan lain-lain.. banyak lagi pecahan dalam bidang IT ni yang aku tak mampu kuasai..

tapi baru-baru ini lecturer yang mengajar aku waktu diploma dulu menghubungi aku melalui facebook.. katanya dia sangat berkecil hati dengan perangai student baru yang tidak pandai menghormati pengajar dan merasakan diri mereka super pandai melebihi orang lain.. aku ringkaskan cerita ini dalam dialog di bawah ini..

lecturer : ada sorang student ni, kantoi ambil upah untuk siapkan projek student lain.. tapi lepas tu dalam bilik meeting, boleh pulak dia tinggi suara dengan lecturer-lecturer yang ada kat situ..
tubelawak : lerrr.. awat cik tak pelempang ja budak tu? hahaha

lecturer : budak tu siap mengaku dia lebih pandai dari lecturer.. lepas tu dia persoal balik kat kami "salah ka dia ambik upah sebab dia pandai?"

tubelawak : ganaz sangat ka kepandaian budak tu cik? apa benda yang dia buat?

lecturer : takdalah dahsyat sangat.. dia buat system pakai CMS yang dah sedia ada ja macam joomla, wordpress, phpbb etc.. kawan-kawan dia pun semua memang hangin ja dengan perangai dia..

tubelawak : aik? system tu dia tak buat sendiri ka? takat pakai CMS yang dah sedia ada, anak kakak saya yang tadika tu pun boleh buat cik.. seriously!

lecturer : tu laa.. dia tak macam awak.. dulu senakal-nakal awak pun, awak tak pernah melawan lecturer.. dia ni pelik sikit.. tak reti hormat lecturer langsung.. saya ada mention nama awak kat dia.. kiranya saya pakai nama awak la untuk bagi contoh yang baik.. hehehe

tubelawak : errr.. apa yang cik bagitau kat dia? malu plak saya

lecturer : saya cakap la, awak ni dulu laaaagi pandai daripada dia tapi awak tak pernah melawan lecturer.. awak baik.. tapi awak kaki ponteng kelas dan kaki rasuah pakguard sebab nak keluar malam.. kan? hehehe

tubelawak : cik.. saya nak tulis benda ni kat dalam blog saya lah.. tapi part cik kutuk saya tu, saya nak buang la.. boleh tak? hahahahahahaha

ini cerita betul ni.. hehehehe.. btw, kalau anda nak baca pendapat champion i-hack 2009 pun anda boleh klik sini.. dia pun sependapat dengan aku.. bila persepsi orang tinggi terhadap kita, kita sepatutnya makin rasa kerdil dengan ilmu yang kita ada.. aku kejar ilmu ni sampai mana pun, pasti aku akan berasa tidak mencukupi lagi.. aku heran kenapa student tu boleh eksyen dengan lecturer sedangkan lecturer adalah pencurah ilmu untuk dia.. berapa banyak sangat ilmu dia sampai boleh claim di paling pandai dan lecturer pun takleh tandingi kepandaiannya.. hahaha.. 

sikit atau banyak ilmu yang diberikan oleh seseorang itu, kita tetap kena hormat dia sebab dia guru kita.. sejahat-jahat aku pun aku tak pernah kutuk cikgu, lecturer atau tok guru aku kat dalam blog ataupun kat mana-mana pun tau! kita kena hormat dia selepas tuhan, ibu dan bapak.. (perghh mesti lecturer aku syok baca ni) pelajarilah ilmu sebaiknya.. anda rasa anda pandai? anda hebat?

you are not!!

baiklah, kalau anda rasa anda dah cukup pandai, kalau anda rasa anda TERpaling pandai dalam dunia ni, dan kalau anda rasa semua orang disekeliling anda bodoh, cuba tengok video ni.. mesti anda akan bertambah pandai.. sekian terima kasih..




p/s : terima kasih sebab baca entry aku puji diri sendiri.. kah kah kah
Share This

44 comments:

  1. dah nampak dah gambar ni dulu. mmg hebat ko. mst susah nak hack busuk ni. haha

    ReplyDelete
  2. erk manusia macam ni pon ada lagi ke? dengan guru pon tak hormat, macam mana dengan mak ayah dia? harap2 dia masih hormatkan mak ayah dia. ;)

    ReplyDelete
  3. ramai jak orng yang bodoh sombong..:D

    ReplyDelete
  4. hang jahat ka? aku tengok baek ja...

    ReplyDelete
  5. nohorom sunggoh!! komen hang poton stim
    teruih rye oii!!!

    ReplyDelete
  6. Abang Ijuali is my hero,i tampal poster besar u dekat atas syiling bilik i,bila nak tido i nampak abang ijuali tersenyum,i rasa tenang..awwww

    ReplyDelete
  7. suruh cik tu ckp 'tampo kang bisu!'

    ReplyDelete
  8. wow.hebakk sungguh.kalau setakat buat sistem guna visual basic ni busuk mesti terrerkan.boleh ajar aku VB tak ni..haha..budak sekarang bukan tahu hormat senior.Lecturer pun diorang pandang sebelah mata.Rasa mcm nak lempang 88 das dowh.

    ReplyDelete
  9. miss D&G : dulu2 aku dok main vb gak.. try cedok soskod kat sini

    http://www.planet-source-code.com/vb/default.asp?lngWId=1

    banyak best2.. example code untuk buat virus pun ada kat situ.. enjoy

    ReplyDelete
  10. berhati2 dengan izuari , dia pemenang i-HACK , hahahahhaha..

    ReplyDelete
  11. @ain

    memang kena berhati-hati,ntah2 dia dah masuk dalam blog ain..jeng jeng jeng..hahaha

    ReplyDelete
  12. ain : kawan den 2 orang lagi tu yang hebat.. den cumo tau buat kacau.. nanti den kacau ekau yo ain..

    ReplyDelete
  13. pergghh.. kurang ajar gak student tu.. ilmu yg die tuntut tu nanti tak berkat tau sbb hina org yang mengajar die..

    ReplyDelete
  14. aih, da hilang komen link gmbr tubelwk td?? ampun2 tubelwk, jgn hack saya..

    ReplyDelete
  15. entry yg menarik....cayalah..
    i-hack 2012..hang masuk lg ka..?

    ReplyDelete
  16. tetiba ja rasa busuk ni hensem.




    -,- , hi abg hackers.

    ReplyDelete
  17. tahniah..semoga anda maju kehadapan..:)

    ReplyDelete
  18. penah ternampak kat fskm masa i-hack! woooowoooo. nampak tubelawak!!

    ReplyDelete
  19. perghhh... power beb power!

    amirrika!

    ReplyDelete
  20. maner student tu? meh sini kasi kidnap ngan alien. heheh ^_^'

    ReplyDelete
  21. Waa.. hebat la bro.. Masa HITB dulu korang no brapa?

    ReplyDelete
  22. anon : masa hitb tak champion.. hehehehe.. tapi ada walkthrough sikit kat sini.. enjoy

    http://hackingexpose.blogspot.com/2009/10/how-to-exploit-stack-overflow-on.html

    ReplyDelete
  23. hahaha... kalau dia pandai sangat kenapa dia tak jadi presiden amerika... keskeskes

    ReplyDelete
  24. haha...cool post.. aku nk tuntut ilmu skit bleh??..hehe...

    ReplyDelete
  25. woa..hebat tu...leh ah ajr..dak cs ni..tp bengong coding..haha.. :)

    ReplyDelete
  26. wahh tubelawak nih hacker yg hebat rupanya...nak blj ilmu hack hehe...

    ReplyDelete
  27. Selalu dipesan dek orang tua-tua. Jika nak pandai dan berkat ilmu mesti hormat guru. Tak kiralah guru tu dok tang mana perangai dia. Kalau tak suka sekalipun. Tak boleh tinggi suara dan membenci mereka. Buat derk saja. Janji ambil ilmu yang dia cuba sampaikan dan manfaat sebaik mungkin. Sampainya ilmu itu pada kita yang utama. Lain tu belakang kiralah!

    Ini kontest hack mengeheck ni. Seram sejuk aje dengar. Mudah-mudahan kepakaran itu ke arah kebaikan...Jangan ambil hati yerk...

    ReplyDelete
  28. :)mudah-mudahan ilmu hacker anda bermanfaat... seperti erhaby007 ;) *rase2 1st time kot komen wlopun dh lame follow tubelawak ne :P

    ReplyDelete
  29. ok..ok.. i will..thanks for suggesting.miahaha.Aku pun sama setuju dengan Ummu sakinah tu.Dah lama follow baru sekarang rasa nak mengomen.miahaha. :)

    ReplyDelete
  30. uish.. aku tak boleh kacau si izuari nie.. kang di hack pulak system aku...

    hai abam izuari...

    abam hensemlah... kikikiki...

    ReplyDelete
  31. kacau laa aku.. aku gay tau ;) satgi aku
    balun pungkoq hampa baru hampa tau.. hehehe

    ReplyDelete
  32. aku taw sb pa ang wat entry ni.sbnqnya bkn nk hbq jgn dok lwn lectr sgt..tp nk hbq ang bguih kn..gila gedik..pndai noo maen strategi...ha3..

    ReplyDelete
  33. kemain angkat diri eh?huh..

    tapi bab hormat cikgu tu aku setuju..

    ReplyDelete
  34. kombang hidung bro.. HAHAHA..

    ReplyDelete
  35. BWAHAHHAHA. teringat lak.. 3 tahun yg dahulu sobx2 ..

    ReplyDelete
  36. hahaha, gila, korang la yang menang ea??? aku g event tu dulu tapi masuk workshop ar. aku tak hebat hacking2 ni. eh! terlambat nak cakap, congrats!!!!

    ReplyDelete
  37. Yes i understand how you feel, very much. Once people have a certain high expectation of you (to a point that it's even ridiculous) after accomplishing something big in academics, you tend to feel inferior. Baguih ada perasaan mcm ni, boleh bertambah maju. Baguih jugak la kamu hargai penat lelah lecturer kamu mengajar masa kamu student dulu. Teruskan usaha ye ^^

    ReplyDelete
  38. minta tolong macam mana coding tok kite tgok balik data yang kite save dlm sistem kite,sistem yg menggunakan visual basic....mintak tolong sangat2..

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates