Tuesday, June 22, 2010

takiya genji dalam great teacher onizuka?

takiya genji dalam great teacher onizuka?

takiya genji adalah watak utama dalam filem gengster jepun bertajuk 'crow zero'.. nama sebenar pelakon kacak bergaya ini ialah shun oguri.. kini umurnya sudah mencecah 28 (1982)  tahun.. ramai yang menyangka dia baru berumur diantara 20 sehingga 25.. sebenarnya shun oguri sudah lama menceburi bidang lakonan tetapi beliau masih belum menempah nama sehingga munculnya filem crow zero.. sekiranya anda perasan, sebenarnya shun oguri juga membintangi drama gto (great teacher onizuka) pada tahun 1999 tetapi tidak ramai menyedarinya kerana dia cuma watak kecil dalam drama itu..


kalau melepak di kedai makan atau duduk di tempat-tempat awam, aku suka memerhatikan orang dan mengecam wajah-wajah yang berhampiran dengan aku.. disebabkan tabiat ini, aku dapat mengenal pasti bahawa shun oguri pernah membintangi drama great teacher onizuka.. hebat kan tubelawak? ahaha.. shun oguri boleh dikatakan lelaki yang lambat matang.. sekiranya korang perhatikan, susuk tubuh dia baru membesar disekitar umur 20an.. umur dah 28 tapi janggut baru seciput ja.. lelaki normal biasanya membesar (tinggi dan matang) disekitar umur 15 hingga 20..

video : shun oguri dalam crow zero
(part paling aku suka)

kepada korang yang belum menonton filem crow zero, tak rugi kalau menonton.. memang best! filem ini berkisarkan tentang samseng sekolah yang masing-masing berebut untuk mendapatkan title 'orang paling kuat di sekolah' disusuli dengan sedikit budaya yakuza.. bukan sekadar filem yang penuh aksi, crow zero juga menyelitkan unsur cinta dan pengajaran kepada kita semua.. dalam filem ini, shun oguri sangat kacak bergaya kerana dia adalah orang kuat yang mampu menewaskan banyak kumpulan lain di sekolah.. jadi dia dijunjung sebagai ketua kumpulan samseng terbesar disekolah itu..


ini sangat bercanggahan dengan shun oguri dalam drama great teacher onizuka.. dalam drama ini, shun oguri yang terkenal sebagai ketua samseng, adalah pelajar yang lemah dan selalu dibuli.. bukannya dibuli oleh lelaki, tetapi dibuli oleh perempuan.. memalukan bukan? ahaha.. kalau korang tak pernah tengok drama great teacher onizuka, aku sarankan korang tengok sebab bagi aku ini adalah drama paling best pernah aku tengok.. percayalah! enjoy video ni untuk mengingatkan anda kembali kepada shun oguri dalam great teacher onizuka.. kah kah kah.. ketua samseng dulu sebenarnya sayur yang dibuli..

video : shun oguri dalam great teacher onizuka
(apa-apa pun, shun oguri adalah pelakon yang hebat)

Related Posts with Thumbnails
Share This

11 comments:

  1. mungkin sbb muka dia jmbu kot.papepun i'm still a big fan of him etho his face in GTO looks kinda funny.lol

    ReplyDelete
  2. mula perasan dgn kehadiran oguri nii-san masa berlakon hana yori dongo, pastu hana kimi, pastu crows zero 1 dan crows zero 2..tp crows zero 1 lg best kot..hehehe...ape2pn gambatte neh..

    ReplyDelete
  3. crow zero & GTO best! ;)

    ReplyDelete
  4. Bro, anak aku yg form 2 cukup minat ngan filem crow zero 1/2 ni. Ntah dah berapa kali dia ulang tengok aku pun tak tahu lah. AKu tak berapa folow sangat citer ni tapi citer GTO memang aku folow abis. Yang movie n tv memang xmis tengok.

    ReplyDelete
  5. try to watch Tokyo Dogs..one of his best dorama..

    ReplyDelete
  6. aku lagi suka takayuki yamada@ tamao serizawa..
    dia seorang yg sgt cool,hensem n berhati waja ;)

    ReplyDelete
  7. aku suka cite ni!!!!!!!

    jom jalan2 korea http://sepantascahaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. noboru~~~~aku tgk crow zero 1st time dh cam die nih..dlm GTO watak die pn byk impak gak..

    ReplyDelete
  9. dalam crite detektif conan pon shun oguri belakon! dye pegang watak Shinichi Kudo a.k.a detektif conan

    ReplyDelete
  10. tamao serizawa lagi kacak lah!

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates