Saturday, November 13, 2010

kisah cinta penggodaman pertama di malaysia

kisah cinta penggodaman pertama di malaysia

kalau anda semua perasan, semua direct link video di tubelawak adalah link ke URL wcrayon.com.. ya! wcrayon.com adalah domain aku sendiri.. pada mulanya, aku ingin menggunakan domain ini untuk menulis blog yang ilmiah tetapi terhenti di separuh jalan.. aku lebih selesa menulis penulisan kisah cinta seperti di dalam blog tubelawak ini kerana aku adalah seorang yang romantis (betul!).. wcrayon.com ini ibarat kekasih hati aku sendiri.. aku sayangkan wcrayon.com .. tapi kini, aku hanya membiarkan wcrayon.com ini digunakan oleh orang ramai untuk meletakkan link atau blog entry mereka..


service yang wcrayon.com berikan ini adalah percuma.. aku tidak meminta sebarang duit pun dari sesiapa.. malah aku yang keluarkan duit aku untuk membiayai kehidupan wcrayon.com setiap hari.. aku sayangkan wcrayon.com .. bagi aku, wcrayon.com ini ibarat 'intan ladyana'.. setiap hari aku pasti akan membelai-belai rambut intan ladyana dan mencubit-cubit pipinya .. tapi ada manusia yang mencemburui kisah percintaan kami ini.. semuanya bermula dari bulan 9/2010.. intan ladyana kesayangan aku telah dicabul kehormatannya oleh individu tak dikenali dari romania.. segala tangisan intan ladyana aku sertakan dalam link ini..


kemudian, aku mengambil langkah berjaga-jaga.. sebagai langkah mengawasi intan ladyana, aku menghadiahi intan ladyana alat mempertahankan diri seperti pepper spray, stunt gun, dan nunchaku.. intan ladyana selalu memarahi aku kerana terlalu risaukan tentang dirinya.. tapi apakan daya, 'cinta' menguasai diriku ini.. aku tetap risaukannya dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.. selepas dicabul kehormatan oleh individu dari romania, intan ladyana sekali lagi diserang oleh 'mat rempit melayu' yang cuba untuk meragut beg tangan intan ladyana.. mujurlah ada yang membantu ketika kejadian..


intan ladyana sudah berubah dari seorang yang ceria dan periang kepada seorang yang pendiam dan suram.. walaupun begitu, aku masih cintakannya.. dua bulan sudah berlalu, namun masih ada yang iri hati dengan kisah percintaan kami.. baru-baru ini (bermula dari minggu lepas), intan ladyana diganggu stalker setiap hari.. bukan seorang, tetapi stalker ini jenis ajak kawan-kawan datang sekali.. naluri aku kuat mengatakan bahawa mereka ini adalah 'mat rempit' yang pernah meragut beg tangan intan ladyana..

mungkin kerana tidak berpuas hati selepas encik honeypot memberikan statement kepadaku dan mereka tertipu oleh webcam bogel intan ladyana, mereka mengambil langkah untuk menyerang intan ladyana kesayanganku beramai-ramai.. semalam, aku telah melaporkan hal ini kepada encik firewall untuk menahan kesemua 'mat rempit' yang berusaha untuk menzalimi intan ladyana kesayanganku.. aku bersyukur, kini intan ladyana berjaya diselamatkan dan aku berdoa semoga jodoh kami berpanjangan.. (boleh paham kot cerita aku hari ni? kah kah kah.. aku pun pening nak tulis)

video : contoh rupa bentuk mat rempit
suka entry ni? kalau suka klik sini
Related Posts with Thumbnails
Share This

38 comments:

  1. krayong ko bukan GAY ka? kah kah kah

    ReplyDelete
  2. gua tak kesah , janji lu epy ahaha !

    ReplyDelete
  3. hahaha.. "aku hack kau!! aku hack kau!!" kata ramzi the hacker kepada semua pembaca tubelawak..

    ReplyDelete
  4. Echo fuck you admin.. Hahahahah. Eggdrop quiz kot. Ok la tu die siap patch kan kernel. Tapi macam tak success je install kernel baru tu??

    ReplyDelete
  5. ya.. sebab dia tak pakai permission root.. yang dapat root tu orang lain.. kawan dia rasanya.. romania jugak.. dah delete dah shoutcast server.. kalau jumpak apa2, bgtau la wei! jgn dok diam pulak :(

    ReplyDelete
  6. yang "fuck you admin" tu ip malaysia ja.. 2nd IP tu turkey.. 3rd tu pun turkey..

    ReplyDelete
  7. woh...aku nak try hack pakai spana saiz 17 nanti r...hahaha...siapkan diri mu intan ladyana..kehkeh


    Kelantan Akan Keluar Dari Malaysia!!!

    ReplyDelete
  8. apakah? link broken ke? aku tak paham langsung, kesian aku!

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya.. yang tak dapat bukak link tu.. sila sertakan connection dari provider apa yang anda pakai.. broadband celcom maxis digi ka unify ka streamyx ka..

    ReplyDelete
  10. x penah dapat bukak link dari anda. sekian.

    ReplyDelete
  11. tak dpt bukak langsung link2 tersebut.. harap maklum.

    ReplyDelete
  12. haha. boleh pulak tukar story jadi intan ladyana.

    ReplyDelete
  13. ni kenapa ada intan ladyana bagai ni?
    dah tak nak kawan dengan lisa ke?
    kih3~

    ReplyDelete
  14. ishkk...xlalu nk tgok video tu. Teringat mat2 pakistan yg lalu-lalang dpn kedai

    ReplyDelete
  15. Kalau aku boleh hack, nak hack database World Bank jer, nak transfer sikit duit tu ke dalam akaun bank aku...

    ReplyDelete
  16. Oh..tubelawak pun ada yg nak hek ka..dengki sungguh mereka itu

    ReplyDelete
  17. selain celcom broadband, ada tak yang tak boleh bukak link wcrayon.com tu? :( alohhh.. camna nak share intan ladyana ngan semua org ni?

    ReplyDelete
  18. Waklu! Hahaha xleh blah video tuh~

    ReplyDelete
  19. saya nak try jugak abang hensem.. lelaki misteri bermuka gondar

    ReplyDelete
  20. x boleh bukak jugak, gune streamyx lagi...huhu

    ReplyDelete
  21. jaga mcm awek tu..haha..aku malas nak tgk vid..tp aku tau ko syg kan wcrayon.com ko tuh !

    ReplyDelete
  22. kerana aku adalah seorang yang romantis (betul!) - ain tak sabar nak gelak habis ni.. h h h h ha ha hahahhaha!

    link-link - dah macam surat cinta..

    video tu boleh buat orang menangis terkapai-kapai , errr..

    majulah hack untuk cinta!!

    sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  23. kesian kat lisa weh.. habis madu sepah dibuang... lain kali pass kat aku dulu baru buang :(

    ReplyDelete
  24. salam perkenalan ya nama ku melor dan selamat hari raya

    ReplyDelete
  25. ciannya tubelawak pon kena hack ekkk..cian2..dengkis sungguh mereka itu..

    tapi yg vid plg last tuuu....hahahaha

    ReplyDelete
  26. Hahaha! best cte ni, tp ending ntah pape =X

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates