Friday, May 28, 2010

disebalik suria perkasa hitam

disebalik suria perkasa hitam

suria perkasa hitam (sebelumnya dikenali sebagai suria baja hitam) sangat dikenali dikalangan kanak-kanak yang lahir sekitar tahun 80an.. pertama kali ditayangkan di jepun pada tahun 1985.. cerita super hero tahun 1985? berkualitikah ia? kalau nak dibandingkan dengan filem superhero zaman sekarang memanglah tak terlawan kesan khas yang digunakan.. kesan khas zaman dulu-dulu, budak zaman sekarang tengok, konfem ketawalah diorang.. ahaha.. walaubagaimanapun, suria perkasa hitam adalah superhero lagenda bagi rakyat malaysia yang lahir pada tahun 1980an termasok rakyat jepun sendiri.. 


pelakon yang membintangi drama superhero itu ialah tetsuo kurata.. untuk pengetahuan korang tetsuo kurata ini bukanlah pelakon yang terkenal atau mahir dalam seni mempertahankan diri, tetapi beliau dilatih selepas dipilih untuk memegang watak suria perkasa hitam itu.. pemilihan untuk memegang watak di dalam drama superhero ini dibuat bukanlah secara random, tetapi secara audition.. ya! sama seperti audition akademi fantasia.. cuma bezanya ialah mereka diuji bakat untuk menjadi superhero..

video : audition pemilihan watak

ini membuktikan mereka memilih pelakon yang bersesuaian dengat terperinci.. bukan sahaja yang terpilih itu 'ada rupa', tetapi juga berbakat besar.. segala aksi stunt yang ada didalam setiap episod suria perkasa hitam ini dilakukan oleh pelakon asal itu sendiri.. aksi lompat dari tempat tinggi, aksi pacak motor, aksi terpelanting dari letupan dan aksi tendang menendang, semuanya dilakukan oleh pelakon asal itu sendiri.. hebat bukan? bukan itu sahaja.. masih ada lagi kebolehan lain pelakon suria perkasa hitam ini..

video : penyanyi asal suria perkasa hitam

ya! lagu suria perkasa hitam ini juga dinyanyikan oleh tetsuo kurata sendiri.. jadi sekiranya timbul persoalan "kenapa suria perkasa hitam famous sangat? sedangkan ending dia setiap episod sama ja" korang pasti boleh paham kan kenapa suria perkasa hitam boleh famous? kualiti itu penting.. bukan macam filem superhero malaysia.. filem dikeluarkan sekadar nak untung.. sama ja macam mat mongol.. nak untung ja tau! ahaha.. semoga lepas ni rancangan seperti 'akademi superhero' dan 'akademi kakijudi world cup' diwujudkan.. kah kah kah!
Related Posts with Thumbnails
Share This

18 comments:

  1. haha, suka tgk masked rider dulooo dulooo

    ReplyDelete
  2. Entry Mcm niee pon boleh hit??

    ReplyDelete
  3. tima kasih buat entry pasal belalang

    :-p

    ReplyDelete
  4. pergh..akedemi kaki judi world cup ye...sunggu pedas...hehehe~

    ReplyDelete
  5. mantap la bro ko wat page khas untuk youtube video tue....

    ReplyDelete
  6. giler seeeyyhh.. teringat zaman kecik kecik dahulu.... tq terbitkan entry nie yng mengimbau kenangan lampau... :D

    nice blog..
    1st timer disini..
    jom singgah blog mimie azimask plak...


    klik sinie jom...

    ReplyDelete
  7. ni mase aku kecik ni..hehehe..asal petang je ngadap tv..tengok suria perkasa hitam..=__=

    ReplyDelete
  8. nama asal dia kamen rider black.zaman aku lak (90-an,pasalalu lahir taun 91)kamen rider black rx,kamen rider pertama yg ada versi omputih dia.pastu ada lagi cybercop.blablabla

    ReplyDelete
  9. aku cukup suka citer ni dulu2..best..mmg lyn..huhuhuh..

    ReplyDelete
  10. gaban..best best best

    ReplyDelete
  11. huhu kepada mereka yg lahir 80an msti tgok ctr suria baja hitam n huhu. rindu gak.. gaya dia nk trasform yg xle bla.. haha (xsuka org pggl masked rider or kamen rider, x old scool la huhu)

    ReplyDelete
  12. BATTAL HOPPAA..!!

    ReplyDelete
  13. my fevret
    ~henshin!! azfar

    ReplyDelete
  14. sampai skung aku layan masked rider..
    henshin!

    ReplyDelete
  15. aku ade koleksi crita suria perkasa hitam 1988(asal) dari episod 1 sampai akhir.aku dah convert dalam bentuk DVD n kalu korang ade yg nak beli utk mengimbau zaman kanak2 korang dulu bolela contact aku kat avatarsuperhero@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. aku ade koleksi crita suria perkasa hitam 1988(asal) dari episod 1 sampai akhir.aku dah convert dalam bentuk DVD n siap ada subtitle lg.kalu korang ade yg nak beli utk mengimbau zaman kanak2 korang dulu bolela contact aku kat avatarsuperhero@yahoo.com

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates