Monday, November 8, 2010

uum portal dan keikhlasan di hati

uum portal dan keikhlasan di hati

semalam aku telah menonton satu filem pendek yang agak menghiburkan aku.. video ini dihasilkan oleh, errr.. aku tak pasti student ka bekas student ka apa ni.. tapi produk dari universiti utara malaysia lah pendek kata.. aku tergerak hati untuk menulis entry ini kerana di akhir video ini ada tertulis "kebanyakan manusia yang sering mengucapkan ikhlas ketika membantu insan lain mereka sebenarnya mengharapkan balasan dan ganjaran".. boleh jadi isu dan topik hangat untuk dibicarakan.. hahaha.. apa-apa pun, statement ini adalah statement yang positif ok..


ikhlas.. dari segi pengertian bahasa, ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor.. maka orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.. dari segi istilah pulak, ikhlas bererti niat mengharap redha Allah saja dalam beramal tanpa mengharap balasan dari insan yang lain..

jadi adakah benar mengucapkan ikhlas menunjukkan kita sebenarnya mengharap balasan? ini bergantung pada niat individu itu sendiri.. ada yang mengucapkan ikhlas kerana ria' dan harap keihklasannya mendapat perhatian dan pujian.. ada yang mengucapkan ikhlas kerana mengharapkan balasan yang lebih atas usahanya itu.. dan ada juga yang mengucapkan ikhlas kerana betul-betul tidak mahu mengharapkan balasan..

contohnya bila kita tolong orang, kita betul-betul simpati, kesian dan ikhlas membantu.. kemudian orang itu mahu memberikan wang hadiah di atas usaha kita itu.. jadi kita mengucapkan "saya betul-betul ikhlas ni, simpan ja duit tu beli belanja sekolah anak-anak" kerana sekiranya kita tidak berkata begitu, orang itu memaksa kita untuk mengambil wang itu.. adakah perlu untuk kita ucap "aku kesian tengok kau miskin sangat! takpalah, aku banyak duit lagi, kau ambik ja duit tu".. hahaha.. semua ini bergantung pada hati masing-masing..

jadi janganlah menganggap semua manusia yang selalu mengucapkan ikhlas itu manusia yang tidak ikhlas ya.. kita ada akal kita boleh tengok perangai manusia itu sendiri adakah dia benar-benar ikhlas ataupun sebaliknya.. kalau pegang cek besar lepas tu ada tulis "sumbangan ikhlas dari yang berhormat sipulan sipulan" sudah pastila dia tak ikhlas.. kah kah kah.. dia ada pangkat dia ada duit, kalau dia cakap semua tu memang procedure dan tak dapat dielakkan, terajang saja mukanya.. kah kah kah..

video 10 minit.. tapi best

ok, berbalik kepada title entry aku ni "uum portal dan keihklasan di hati".. apa kaitan uum portal dengan keikhlasan? sila dengar baik-baik dan fahami betul-betul jawapan aku.. aku rasa dah dua tahun aku tengok uum web portal ada bug "cross site scripting (xss)".. aku dah pernah email pada admin taun lepas.. tapi masih tak berubah sampai sekarang.. bukan susah nak edit script website tu aku rasa tak sampai seminit pun..

apa kelebihan yang boleh dapat melalui cross site scripting (xss) ni? sila tanya pakcik google.. kepada admin uum portal, sila ubah cepat-cepat!! dah dua tahun beb! (setakat yang aku perasan la.. tak pasti sejak bila) takkan nak biar orang indonesia deface lagi sekali? takkan nak bagi orang jahat guna referer uum untuk fraud klik ke porn site? tengok contoh ni.. uum portal versi tubelawak.. kah kah kah!! aku ikhlas ingin menolong.. auwwwww!
Related Posts with Thumbnails
Share This

54 comments:

  1. junkie : jom lumba lari pulak.. kita tengok sapa 1st.. hahahah.. teeeet!

    ReplyDelete
  2. sy budak uum..
    sy ikhlas.
    sy betul2 ikhlas.
    ngn encik crayon pon sy ikhlas
    xcaye..
    belah dada!

    ReplyDelete
  3. nurulbadiah : tubelawak ikhlas jugak dengan nurulbadiah :"> blushing jap kat sini.. hahahahaha

    affan ruslan : memang betul la pun! hahaha

    misa : misa ikhlas ka nak belanja tubelawak makan? bila? kat mana? tubelawak ok ja~ no problem.. hahaha

    ReplyDelete
  4. saya ikhlas menderma 20 sen di sini, amik sajelah.. lepas tu jgn lupa belanja saya aiskim 50 sen. tambah 30 sen je lagi.

    ReplyDelete
  5. saya IKHLAS membaca artikel encik crayon.
    saya IKHLAS memberi komen di tubelawak.
    adakah encik bole nampak keIKHLASan saya?
    bwahahaha.
    selama belajar kat uum ni,
    ta tao lak ada portal uum versi tubelawak.
    mana na tgk video tu?
    ta bole bukak lah.

    ReplyDelete
  6. ain : dah abih merajuk dah ka? hahaha.. comey ngat aih!

    misapple :

    ni link asal video tu..
    http://www.youtube.com/watch?v=ldK_KmzwFcY

    ni pulak link portal uum versi tubelawak
    http://tinyurl.com/22wvkn7

    ReplyDelete
  7. hahaha .
    asal portal leh masuk ni .

    aku budak UUM , no matrik leh masuk dlm tu .

    hahaha . siot je !

    ReplyDelete
  8. amat tertarik...hahaha..
    tjuk entry yg mnarik mnt bdk2 uum...
    "saye stndnt uum yg iklas mberi pujian.."
    hehe..
    ^_^
    (even x bape fhm sgt ape tertulis..kesan bnjir..hehe) :P

    ReplyDelete
  9. fezal : memang la boleh masuk.. tu portal betul tu bukan main2 punya.. hahahaa portal uum versi tubelawak! :D

    aku.cries.together : banjir kat uum teruk ka? post la entry pasal banjir uum satu! nak tengok gak..

    junkie : ok jom lawan mengurat lisa surihani.. sapa tak dapat lisa, dikira menang.. amacam?

    ReplyDelete
  10. pada aku..
    kalau aku ikhlas...aku memang harapkan sesuatu

    MENJADI KAWAN YANG BAIK!

    ReplyDelete
  11. Aku ikhlas kawan dengan kau.
    Aku ikhlas ni. Betul, tak tipu. :D

    ReplyDelete
  12. salam..
    hai entri merajuk ke ni?
    tak rock la bro..he he

    ReplyDelete
  13. syima : jadi kawan baik aku jom.. aku baik ;) ngehehehe..


    wawa : bez baca komen wawa :*

    raafik : hang ikhlas, tapi nama hang raafikjahat.. aku takut hang buat jahat kat aku :( mana tau hang noda aku suatu hari nanti.. kah kah kah

    ReplyDelete
  14. tak sempat la tengok. singgah sat je nih!

    ReplyDelete
  15. cam shiot je ending. kus3x. aKU BARU BERANGAN nak kawen anak Datuk Kuh3x ikhlas ni


    Brok crayon, kreatif lagi inovatip. nko letak banner tubelawak kat uum. apasal www.... @ ip tukau jadi umis. koh3x Respek lu bro pakai jsp.. kah3x

    Niehhh, try admin login web x-pm, letak logo tubelawak. pakai brute-force. keh3x.

    Beware your ip address

    www.tinyurl.com/chedetk

    Yang Ikhlas..
    Detective Anonymous

    Takbir!!!!

    ReplyDelete
  16. Bagi cek2 replika yang besar gedabak tu, rasanya kalau lagi besar replika tu, lagi 'ikhlas' org yg kasi tu...

    ReplyDelete
  17. aku bukn stdent uum. tpi aku suke kat hero yg berlakon tuh. haha. mai la. xnk kawen dgn ank dtok tuh. meh kawen dgn i jek. aauuuuww...sweet muke die. hihi.

    ReplyDelete
  18. Padan muka ang

    Nak awek muka macam mat saleh ja.

    Tapi memang best video ni :)

    ReplyDelete
  19. anonymous 1:39 : apa benda hang cakap? aku tak paham

    peraih udang : wartawan KENA ada ok!

    sab : takmau kawen ngan aku ka? :(

    KIERA : padan muka "ang".. ditujukan kepada aku kah? eh tak.. aku nak awek muka melayu.. hehehehehhe.. takpun macam maria ozawa ka, lisa surihani ka..

    ReplyDelete
  20. sy ikhlas tinggalkan jejak d sini..hakhakhaa..=')

    ReplyDelete
  21. saya ikhlas kena tgk video tu sampai 10minit

    *padahal dalam hati bile nk habis ni*

    (^_^)

    ReplyDelete
  22. aku melepap kat sini secara ikhlas...... dengan harapan ko balas balik kunjungan..... IKHLAS nie!!!! ha ha...............

    ReplyDelete
  23. hahaha, mcam lawak gaban cakap baku, buat malu orhang kedah aih.

    ReplyDelete
  24. Sayaaa ikhlas bace blog nie . Ikhlas nie , ikhlas nie . Heeeeee :D

    ReplyDelete
  25. hahaha.. tq untuk komen anda semua.. haha.. tak sempat nak balas satu2.. agak busy kebelakangan ini.. tubelawak ikhlas ni tau! hahaha

    ReplyDelete
  26. tubelawak mmg ikhlas...
    hehehe..
    tp video tu mmg best!

    ReplyDelete
  27. boring betul sekarang tak dapat jd first comment! cehhh!!!!!






    * tak dapat tengok!!!! T____T

    ReplyDelete
  28. korang je lah ikhlas.. aku pun... tak caye jangan tanya lagik!

    ReplyDelete
  29. okay ini terbaik ;)

    hahaha , lawak giler video tu :D

    ReplyDelete
  30. biaq btoi!!! lecturer hot macam tu.. kalau aku student konfem aku tak boleh nak tumpu dalam kelas.. kah kah kah

    ReplyDelete
  31. uum saja nak bagi hang buat lawak kat site depa..

    sebenarnya tubelawak nak bgtau secara indirect dia berlakon jd xtra kat film pendet tu

    ReplyDelete
  32. rasanya dalam diri manusia lumrah memang ada anasir2 negative- walaupun sedikit sebesar kuman- kita cuma manusia biasa -riak bangga nak balasan - tapi kita kena control and sentiasa munasabah and tetapkan hati - tu la sebab agama suruh kita ajar didik hati bukan gitu-
    tu dari segi individual la
    kalau sumbangan corporate - i think it is more to publisiti - :)

    ReplyDelete
  33. Lepaih ni kete saper2 yg rosak aku akan pi tolong. Aku ikhlas nie...

    ReplyDelete
  34. apa yang best nye???bosan gler..aku tak ikhlas..aku tak ikhlas...-_-"''''

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates