Friday, December 31, 2010

syamsul yusof super kontrol hensem

kenal syamsul yusof? dia ni la anak kepada yusof haslam.. bapak dia sangat terkenal dulu dengan filem 'sembilu'.. kini syamsul yusof pula mengikut jejak langkah ayahnya untuk mengarah filem.. walaupun syamsul yusof banyak menang award pengarah terbaik la itu la ini la.. tapi aku tak peduli semua tu.. semalam aku baru menonton filem bohsia dan evolusi kl drift II.. aku nak kutuk syamsul yusof.. sesiapa yang minat syamsul yusof dan takleh terima kritikan yang aku nak tulis, sila jangan baca..
Continue Reading

Thursday, December 30, 2010

tutorial prank rakan serumah anda

dah lama aku tak tulis tutorial prank atau share video-video prank kat blog ni.. nak tulis penulisan yang berilmiah la konon-konon.. ahaha.. kadang-kadang kena gak tulis benda merapu.. kalo tak, habis modal aku nak tulis blog.. aku suka kenakan orang.. memang dari kecik, aku takleh tengok kawan-kawan duduk senang.. mesti nak bagi kawan-kawan marah ataupun annoying dengan perangai aku.. kepada yang duduk di hostel atau di rumah sewa bersama kawan-kawan, teknik prank yang aku nak share ni sangat berkesan..
Continue Reading

Tuesday, December 28, 2010

maybank2u hack : teknik phishing yang masih berlaku

semalam aku dapat email dari maybank2u kononnya akaun aku memerlukan personal information update (tapi kena request TAC).. ahaha.. memang agak kelakar benda ni kalau difikirkan balik usaha yang dilakukan oleh attacker tu yang menulis script semata-mata untuk menipu user di internet.. selain itu attacker juga telah menulis script spammer untuk menghantar email dari 'hacked host' agar jejak attacker tidak boleh dikesan.. ya.. cara ini (phishing) telah lama wujud di internet tetapi masih ramai yang terperangkap dengan jerat attacker seperti ini..
Continue Reading

part time modelling la sangat

"saya buat part time modelling" statement ni mesti korang sendiri pernah dengar dari mulut manusia-manusia yang perasan kacak dan perasan lawa kan? toksah tipu la tak pernah dengar ada orang mengaku macam tu.. entry ini sekadar nak meluahkan perasaan aku yang dah menyampah gila babi kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereka seorang model sambilan.. model sambilan konon.. setakat ambik gambar free untuk kawan-kawan takpun jadi model habuan belanja makan boleh la.. kah kah kah..
Continue Reading

Wednesday, December 22, 2010

mengenal ciri-ciri lelaki super sejati

lelaki sejati.. perkataan ini melambang kekuatan dan kemegahan seorang lelaki.. sekiranya ada individu yang digelar sebagai 'lelaki sejati' beerti individu tersebut adalah lelaki yang gagah, kuat, berani, macho, kacak, pencinta wanita dan lain-lain.. tapi apa kata sekarang ini kita gunakan perkataan ini kepada lelaki-lelaki diluar sana untuk mengingatkan kemungkaran atau kesilapan yang dilakukan ketika hidup di dunia ini.. pendek kata, perkataan ini juga boleh digunakan sebagai perkataan perli kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereka itu 'best' dan super hebat..
Continue Reading

Tuesday, December 21, 2010

tubelawak kembali menulis blog

setelah hampir seminggu tak update blog, tubelawak kini kembali untuk menulis blog.. ahaha.. baru-baru ini tubelawak sengaja mengambil cuti yang panjang melancong justeru menenangkan otak dari segala kecelaruan dan segala masalah.. tapi mood tubelawak masih agak tenang membuatkan tubelawak kurang idea untuk menulis benda-benda mengarut dan merapu didalam blog ini.. inilah masalah yang sering dihadapi kebanyakan penulis.. perubahan mood dan keadaan sekeliling mempengaruhi style penulisan..
Continue Reading

Wednesday, December 15, 2010

siri bercakap dengan jin : versi lawak

ada yang tidak percaya dengan kejadian dirasuk jin ni dan ada juga yang tidak percaya dengan amalan-amalan sihir seperti nasi kangkang, pelaris, guna-guna, dan sebagainya.. untuk pengetahuan anda, sihir, ilmu hitam, jin, dan segala bentuk amalan khurafat ini memang ada dan wujud.. didalam Al-quran pun ada menyebut mengenai sihir tapi islam mengharamkan sihir sekeras-kerasnya.. jadi berhati-hatilah.. jauhkan diri dari menghampiri perkara-perkara syirik dan sihir ini..
Continue Reading

Sunday, December 12, 2010

budak-budak sekarang ni memang teruk

budak-budak sekarang ni memang teruk.. itulah apa yang selalu diperkatakan oleh segelintir orang dewasa atau kaum veteran yang hidup di zaman sekarang.. aku sangat-sangat tidak setuju dengan penyataan ini.. bukan untuk menegakkan sesuatu yang salah.. memang ramai budak-budak atau remaja sekarang yang suka melakukan perkara mungkar, maksiat dan perkara yang sia-sia.. tapi itu tidak membuktikan generasi baru ini memang teruk.. penyataan ini sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh di negara kita..
Continue Reading

Saturday, December 11, 2010

mari belajar simpulan bahasa melayu

hari ni aku nak share ngan anda semua video-video berkaitan simpulan bahasa melayu.. kepada yang taktau apa itu simpulan bahasa, simpulan bahasa ini ialah 'kiasan' atau bentuk peribahasa yang paling mudah.. biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.. zaman sekarang ni, simpulan bahasa dah semakin dilupakan kerana wujudnya bahasa-bahasa urban seperti poyo, kerek, bohsia, rempit dan lain-lain.. 
Continue Reading

Friday, December 10, 2010

budak comel menyanyi lagu anuar zain?

adakah anda masih mengingati si gadis comel yang terkenal melalui rancangan "sony : detik bersama handycam"? video gadis ini meletup-letup kerana dia telah menyanyikan lagu anuar zain dengan sangat comel.. bahkan anuar zain juga telah menjadikan video gadis comel ini sebagai intro sebelum anuar zain mempersembahkan nyanyian beliau dalam konsert apa tah, aku tak ingat.. memang dahsyat impak gadis comel ni.. sampaikan kat youtube pun ada video dia dengan tajuk "cute korean girl singing".. ahahaha.. orang luar pun nak mengaku warga negara diorang..
Continue Reading

Thursday, December 9, 2010

fenomena zee avi dan kantoi

siapa yang tak kenal artis malaysia yang berasal dari miri sarawak dan berjaya mencipta nama melalui internet ini.. "zee avi" nama yang kini sudah tidak asing lagi sebagai anak seni yang mampu mencipta lagu dan menyanyikan lagu dengan merdu.. namun ada juga pihak yang mengatakan bahawa zee avi ni seorang yang sombong dan tak mampu mempersembahkan persembahan live dengan baik.. aku tak kenal dan tak pernah jumpa zee avi.. jadi lebih baik korang baca entry berkaitan dari orang yang mengenali zee avi sendiri.. 
Continue Reading

Tuesday, December 7, 2010

binary dalam kehidupan

mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi aku untuk blogpilihan malaysia 2010 (BPM).. jasa anda semua tak terbalas.. aku sayang hampa semua!! mmmuah! haha.. jadi untuk membalas jasa anda semua, ketika aku demam aku telah terfikir untuk menulis satu syair khas kepada pembaca blog tubelawak yang kononnya 'lawak' dan penulis kini sedang syok sendiri kerana menang undian BPM.. kah kah kah.. aku pun taktau kenapa selepas sembuh dari demam selama hampir lima hari, aku tergerak hati untuk menulis entry luar biasa ini.. 
Continue Reading

kontroversi youtube user bernama tsimfuckis

entry ini mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah pihak.. tsimfuckis aka chick3n little ini ialah seorang yang mengalami hutchinson gilford syndrome.. akal dan pemikirannya waras tetapi jasadnya tidak begitu normal seperti orang lain.. walaupun begitu, aku sangat mengaguminya kerana berani menghasilkan video yang mendapat hits yang tinggi di youtube.. tapi tsimfuckis mendapat kutukan hebat oleh orang ramai kerana dia mempamerkan gayanya yang konon-konon 'ghetto lifestyle'.. 
Continue Reading

Saturday, December 4, 2010

perdana menteri pun boleh demam

harini aku demam.. aku demam sebab aku juga adalah manusia biasa yang takleh mengelakkan diri dari penyakit-penyakit kebiasaan seperti selsema, batuk, dan sakit tekak.. kejadian seperti ini adalah biasa untuk semua manusia.. perdana menteri ataupun artis adalah tidak terkecuali.. tapi pernahkah kita mendengar berita bahawa perdana menteri demam? sepanjang hayatku, aku tak pernah mendengar berita yang menyatakan mana-mana perdana menteri sesebuah negara mengalami demam.. 
Continue Reading

Thursday, December 2, 2010

kekasih hatiku sakit tekak yang amat serius

harini aku agak keletihan dan penat kerana kurang tidur sepanjang minggu ini.. setiap hari aku hanya mampu tidur untuk tempoh 2 atau 3 jam sahaja.. kenapa? kerana aku sedang sebok menjaga kekasih hatiku yang dijangkiti sakit tekak dan batuk kering yang amat serius.. apa boleh buat.. disebabkan perasaan 'sayang' yang mendalam, aku tetap berusaha keras untuk menyiapkan semua kerja-kerja dan dalam masa yang sama, aku perlu menjaga kekasih hatiku serta membawanya ke hospital setiap hari.. inilah yang berlaku apabila 'seorang lelaki mencintai seorang perempuan'.. aku sanggup lakukan apa saja asalkan si dia bahagia..
Continue Reading

Wednesday, December 1, 2010

dadah jenis syabu ais ice batu kristal ada dijual disini

syyyhhh.. harini syaya nak syerita kat anda syemua mengenai syabu.. kepada yang langsyung tidak tahu mengenai syabu (methamphetamine), syabu ialah syejenis dadah yang meransyang tenaga, tumpuan, deria, dan kesyedaran.. syabu juga digelar syebagai ais, ice, batu, kristal, kaca, berlian, diamond ataupun stone disyesyetengah tempat di malaysia.. di luar negara pula, syabu lebih dikenali syebagai 'crystal'.. syaya menulish entry ini syekadar pengalaman yang didengari ok, bukan dari pengalaman syaya syendiri..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates