Monday, May 31, 2010

mythbuster kantoi : teori berjalan di atas air

aku suka mengkaji.. tapi aku tidak punya duit yang banyak untuk mendirikan pusat penyelidikan aku sendiri.. kalau aku banyak duit, sudah pasti aku akan membuat kajian-kajian pelik dan menarik seperti mythbuster.. dulu aku pernah menonton salah satu episod mythbuster berkaitan cerita lagenda masyarakat jepun dimana, ninja boleh berjalan dan berlari di atas air.. memang menarik skop kajian mythbuster ini.. tapi mereka mengatakan teori ini adalah tidak logik dan terbukti mustahil untuk manusia berlari di atas air..
Continue Reading

Saturday, May 29, 2010

target penggodam : wordpress atau blogspot?

baru-baru ini aku diajukan soalan "yang mana lagi mudah kena hack, wordpress atau blogspot".. bukan aku nak berlagak pandai atau tunjuk pandai.. sekadar nak berkongsi dengan korang semua.. penggodam ini sebenarnya adalah manusia yang sangat bijak dan pandai dalam dunia pengkomputeran ni.. tak kiralah pengetahuan dalam blogging, system, ataupun programming.. programming ni pulak boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek.. ada programming language khas untuk operating system seperti windows dan unix-base, ada jugak programming untuk robotic, board, chip dan lain-lain.. untuk pengetahuan korang, mesin basuh pun ada programming language-nya tersendiri..
Continue Reading

Friday, May 28, 2010

disebalik suria perkasa hitam

suria perkasa hitam (sebelumnya dikenali sebagai suria baja hitam) sangat dikenali dikalangan kanak-kanak yang lahir sekitar tahun 80an.. pertama kali ditayangkan di jepun pada tahun 1985.. cerita super hero tahun 1985? berkualitikah ia? kalau nak dibandingkan dengan filem superhero zaman sekarang memanglah tak terlawan kesan khas yang digunakan.. kesan khas zaman dulu-dulu, budak zaman sekarang tengok, konfem ketawalah diorang.. ahaha.. walaubagaimanapun, suria perkasa hitam adalah superhero lagenda bagi rakyat malaysia yang lahir pada tahun 1980an termasok rakyat jepun sendiri.. 
Continue Reading

Tuesday, May 25, 2010

kepada yang merindui tomatoman (update)

(update : baru upload video opening tomatoman) kepada mereka yang lahir pada tahun 80an, pasti kenal dengan watak tomatoman.. ingat lagi rentak dan dendangan lagu tomatoman? ahaha.. pasti ramai yang merindui lagu tomatoman.. aku juga begitu.. dah lama aku cari video tomatoman ni.. akhirnya jumpa juga.. kepada yang tak kenal dengan watak tomatoman ni, aku nak review sikit.. tomatoman ni ditayangkan di TV jepun pertama kali pada tahun 80an, kat malaysia aku tak pasti.. tapi yang pastinya ditayangkan dalam lingkungan 90an..
Continue Reading

entry untuk gay yang meminati aku

dah dua tiga entry aku post pasal gay.. semuanya bermula dari post gay pertama aku bertajuk aku gay kini dan selamanya.. mungkin ada pembaca aku yang masih musykil status sebenar aku.. entry tu aku sengaja letak tajuk tu kerana aku nak dapatkan visitor dari searh engine.. dan hakikatnya aku bukan gay.. kepada gay di luar sana yang memimati aku, aku ingin meminta maaf kerana adalah mustahil untuk kita disatukan.. aku suka pada wanita.. memang aku selalu mengaku aku gay.. bukanlah kerana aku meminati pada kaum sejenis.. tapi aku mengaku sekadar suka-suka dan memang itu adalah cara aku bergurau dengan teman rapat aku..
Continue Reading

Sunday, May 23, 2010

maria ozawa di pantai pasir tengkorak

maria ozawa adalah pelakon filem lucah yang terkenal kacukan jepun dan kanada.. dia sangat terkenal sehingga ada filem indonesia bertajuk "menculik miyabi" yang berkisarkan tentang sekumpulan lelaki yang terlalu ta'asub dengan maria ozawa sehingga berusaha untuk menculiknya.. maria ozawa telah menjadi kegilaan lelaki di seluruh pelusuk dunia.. aku bukanlah penggemar filem porno, tetapi maria ozawa telah menjadi bualan kawan-kawan aku sehingga aku tergerak hati untuk google mengenainya.. memang dia cantik.. takleh dinafikan..
Continue Reading

Saturday, May 22, 2010

realiti superhero adalah tidak mustahil

bagi kanak-kanak lelaki yang kuat berangan, mereka pasti selalu ingin dan mengidam-idam untuk menjadi superhero seperti batman, superman, ironman dan juga spiderman.. memang tidak dinafikan ketika aku masih kecil, aku juga pernah berangan untuk menjadi superhero.. ini adalah perkara normal bagi kanak-kanak.. tapi selepas aku menonton filem "kickass" aku merasakan angan-angan ini juga boleh mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak.. apa-apa pun, kalau korang tengok anak-anak korang tu berperangai lain macam seperti "terlalu ingin untuk terbang" atau "merasakan badannya lebih kuat dari lori ataupun bas" korang perlu berikan lebih perhatian takut-takut anak korang tu buat kerja gila sehingga boleh menyebabkan kematian.. ahaha
Continue Reading

Friday, May 21, 2010

adakah anda tabah seperti mereka?

kalau korang pernah tengok drama jepun "one litre of tears", pasti korang tahu macam mana pahit getir kehidupan penulis asal diari hidup seorang pesakit degeneratif saraf iaitu "aya kitou".. beliau telah menulis diari itu sepanjang menghidap penyakit itu sehinggalah beliau meninggal dunia.. penyakit degeneratif saraf ini, mengganggu saraf yang terdapat di dalam tubuh badan secara perlahan-lahan sehingga pesakit itu tidak mampu bercakap, bergerak bahkan boleh melumpuhkan jantung serta-merta.. drama "one litre of tears" telah diubah suai sedikit cara penceritaannya untuk menambah feel kepada penonton..
Continue Reading

Thursday, May 20, 2010

video blogger terkemuka tanahair

mula-mula sekali, aku nak mintak maaf kepada semua blogger lain yang telah tag aku, dan aku tak tag kembali blogger lain.. dan kepada mereka yang bagi award tapi aku tak letak dalam blog aku.. mintak maaf banyak-banyak.. kenapa? sebab aku nak jaga style dan content blog aku.. blog aku bukan blog personal yang menceritakan kehidupan harian dan boleh dicampur aduk dengan content yang pelbagai.. semua entry aku, penulisan aku berkaitan video yang berkaitan ataupun kadang-kadang aku cerita sedikit tentang personal aku tetapi mesti aku relate-kan dengan video yang berkaitan.. itulah cabaran untuk aku dalam berblogging.. setiap hari aku kena buat penulisan disertakan video berkaitan..
Continue Reading

Wednesday, May 19, 2010

debat muay thai (tomoi) dengan tae-kwon-do

seni mempertahankan diri harus dimiliki oleh setiap orang.. diantara kebaikannya, boleh mengurangkan jenayah yang berlaku di malaysia.. kalau kakak-kakak, atau makcik-makcik ada belajar seni mempertahankan diri, mesti tak kena ragut dengan orang jahat.. ahahaha.. tapi diantara seni mempertahankan diri, yang mana lebih hebat? untuk persoalan aku disini, aku nak bicara mengenai tomoi dan tae-kwon-do.. aku pernah dengar kawan aku berdebat siapa lebih hebat.. yang mat tomoi ni dok kutuk mat tae-kwon-do(tkd), yang mat tkd ni pulak dok kutuk mat tomoi.. apa yang menjadi perbualan diorang tu aku taknak sebut, takut menimbulkan kemarahan pengamal atau ahli lain pulak..
Continue Reading

Tuesday, May 18, 2010

kisah penipu yang ditipu

korang pernah tengok drama jepun bertajuk 'kurosagi' tak? kurosagi ni berkisarkan seorang penipu yang berusaha keras untuk menipu penipu kerana dia geram dengan tragedi masa silam dia dimana ayahnya telah ditipu sehingga bankrupt.. selepas bankrupt ayahnya mendapat tekanan hidup yang melampu lalu bertindak diluar kawalan membunuh isterinya sendiri.. kurosagi berjaya menyelamatkan dirinya.. dan di pengakhiran ayahnya telah membunuh diri.. mulai saat itu, kurosagi bertekad untuk mencari penipu lalu menipu si penipu untuk memberi pengajaran agar jangan menipu orang lain..
Continue Reading

Monday, May 17, 2010

makam atau peringkat nafsu manusia

hari ni aku nak cakap pasal nafsu.. semua manusia ada nafsu, kecuali mereka yang kurang sifat tertentu yang berkaitan.. kebiasaannya nafsu ni dikaitkan dengan keinginan melakukan perkara jahat.. susah kalau nak semai jiwa dan hati untuk bernafsu ke arah kebaikan ataupun untuk melakukan perkara kebaikan.. disebabkan harini aku nak post video lawak berkaitan nafsu, aku nak ambik kesempatan untuk share ilmu berkaitan nafsu dengan korang.. aku ambik penulisan ni dari blog layyinulharir.. sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan kita..
Continue Reading

Sunday, May 16, 2010

hidung sensitif menyebabkan kerap bersin

hidung aku sangat sensitif.. kalau ada orang picit hidung aku konfem aku akan bersin.. tidak lupa juga orang yang picit hidung aku tu boleh makan jari-jari kaki aku juga.. ahaha.. boleh dikatakan dalam tempoh dua hari, aku mesti bersin.. kalau kemas stor yang berabuk pon, aku kena pakai penutup hidung dan mulut (mask) untuk mengelakkan hidung aku dimasuki habuk yang boleh menyebabkan aku bersin.. tapi bila ada rasa geli-geli nak bersin tu, memang kalau boleh aku nak lepaskan bersin untuk memuaskan hati aku.. tapi ada juga orang yang suka tahan bersin.. aneh kan tabiat manusia ni?

Continue Reading

Friday, May 14, 2010

sejarah lelaki yang menjual dunia

ahaha.. sebenarnya tajuk entry ni "man who sold the world".. sengaja aku tulis dalam bahasa melayu bagi nampak aneh sikit.. kalau dengar perkataan "man who sold the world" mesti ramai yang teringatkan kumpulan nirvana kan? tapi kurt donald cobain vokalis kumpulan nirvana itu bukanlah penyanyi asal "man who sold the world".. selama zaman persekolahan aku, aku minat dengan nirvana.. tapi selepas habis persekolahan, baru aku mengetahui bahawa lagu "man who sold the world" bukanlah pertama kali dinyanyikan oleh niravana.. ahaha, aku sedikit lembab dan tak up to date dengan sejarah dan perkembangan musik..
Continue Reading

Thursday, May 13, 2010

saya tak cuci bontot dua hari

sempena musim perbicaraan kisah bontot sekarang ni, aku nak bercerita tentang bontot.. bontot adalah tempat keluarnya najis atau sisa kumbahan makanan yang telah dihadam dan diproses dalam badan.. bontot adalah tempat yang kotor tetapi walaupun bontot itu kotor, ianya tetap salah satu dari anggota badan kita.. jadi janganlah memandang hina terhadap bontot.. bontot adalah anggota badan yang sangat penting.. kalau korang tiada bontot, konfem mati la kan? sebab sisa kumbahan tak dapat dibuang..
Continue Reading

rafiqin darwisy marah aku

rafiqin darwisy remaja yang telah menimbulkan kontroversi dengan menghina arwah din beramboi di facebook.. apa yang membuatkan orang ramai geram dengan dia adalah kerana dia tetap dengan pendirian dia dan tidak mahu meminta maaf.. berpegang teguh pada pendirian itu adalah sangat bagus wahai rafiqin darwisy.. tapi kau berpegang teguh pada benda yang negatif.. memangla orang marah dengan kau.. kesian kat mak bapak kau dapat malu sebab kau..
Continue Reading

video cara menyusukan anak dengan betul

zaman sekarang ni kebanyakan ibu yang melahirkan anak tak suka menyusukan (susu badan) anak mereka kerana malas, tiada masa, takut sakit dan lain-lain.. walaupun aku masih belum ada isteri dan belum memiliki anak, tapi aku dah beberapa kali pengalaman melihat depan mata aku nurse di hospital memaksa ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memberikan susu badan.. walaupun cara nurse itu agak garang, tapi bagi aku memang patut pun nurse tu garang dengan pesakit (ibu yang baru bersalin) itu agar memaksa mereka memberikan susu badan..
Continue Reading

Wednesday, May 12, 2010

mr and mrs smith versi malaysia

kalau korang pernah tengok filem "mr & mrs smith" korang mesti tau macam mana jalan cerita tu dengan lawak jahat, attitude yang kurang baik, keganasan dan bunuh membunuh tapi terbentuk dan terhasilnya bibit-bibit percintaan diantara mr & mrs smith.. perkara ini wujud di dunia realiti.. pasti korang tak percaya kan? ya! aku ada bukti.. aku ada video realiti mr & mrs smith.. tapi versi malaysia punya.. ahaha..
Continue Reading

Tuesday, May 11, 2010

jaga kebersihan diri

Related Posts with Thumbnailskebersihan diri amat penting untuk membentuk gaya hidup yang sihat serta tubuh badan yang sihat.. ada sesetengah orang tu kalau mandi, tak sampai 2 minit.. entah apa yang dicuci pada tubuhnya pun tak tau lah.. kalau betul dia sabun seluruh badan dengan betul tentu sekurang-kurangnya 5 minit kan? selalunya perbuatan ini dilakukan oleh lelaki.. mandi cincai-cincai, pastu pakai perfume banyak-banyak untuk memperlihatkan bahawa diri dia itu bersih..

Continue Reading

Monday, May 10, 2010

video klip adamaya yang pasti menyentuh perasaan

kini hangat diperkatakan mengenai drama yang ditayangkan di TV3 iaitu 'adamaya'.. aku juga menonton dan meminati drama adamaya.. tapi aku tak tengok melalui televisyen, aku tengok streaming melalui internet ja.. memang tak dinafikan drama ini sangat super cool kerana dibintangi artis terkenal dan jelita iaitu lisa surihani, lelaki kacak hussein ruffedge, budak kecik comel tu lagi dan pelakon veteran mustapha kamal.. ramai yang terlalu menghayati drama ini sehingga wujudnya fan page "kami benci dani adamaya sepenuh hati" di facebook.. ya! dani memang membencikan.. aku rasa kalau orang jumpak dia realiti pun orang akan benci dia.. ahaha!
Continue Reading

nenek gamers yang super cool

haha.. haritu aku ada post entry pasal gamers dan bagi nasihat kepada gamers agar tinggalkan tabiat main game agar tabiat tu tak terbawa sampai tua kan.. jadi hari ni aku tarik balik kata-kata aku sebab ada seorang nenek hardcore gamers yang berjaya mencipta nama dengan hanya bermain game.. nenek ini adalah super cool, sambil main game dia mencarut-carut.. dahla pakai jeans ngan sneakers.. susah nak jumpak nenek super cool macam beliau ni.. betuah cucu beliau yang rakam video nenek ni sebab nenek ni berjaya jadi icon game untuk mtv (senior gaming correspondant).. sangat cool bukan? ahaha
Continue Reading

Sunday, May 9, 2010

kusangkakan umno bodoh rupanya anwar bodoh

harini aku nak cakap sikit pasal isu politik di malaysia.. aku tak sokong atau taksub dengan mana-mana pihak pun tak kira la umno ka pas ka pkr ka apa-apa ka.. dulu masa aku kecik-kecik mak aku selalu beli buku penulisan s.h alatas yang banyak penulisannya berkaitan dengan isu politik di negara kita.. masa tu bagi aku, semua ahli politik ni nampak profesional ja (mungkin juga tidak kerana media tak meluas masa tu).. tapi sekarang ni media dah meluas.. kebanyakan orang tidak menerima berita melalui akhbar atau televisyen sepenuhnya.. ramai orang mencari bahan bacaan melalui internet ataupun sumber media lain melalui internet..
Continue Reading

Saturday, May 8, 2010

pervert kena prank tahap dewa

pervert ada dimana-mana.. pervert disini bermaksud lelaki yang berperangai agak keterlaluan gatal ataupun terlalu dahagakan seks ataupun lelaki yang ekstrimis terhadap seks.. sebenarnya semua lelaki pun gatal.. tapi ada batasannya.. aku sendiri pun mengaku aku gatal.. tapi aku tak pernah mengintai perempuan mandi atau memerhatikan buah dada wanita sehingga wanita itu perasan.. ahaha.. dulu aku suka kenakan kawan aku dengan menghantar SMS geli-geli melalui telefon bimbit dengan harapan kawan aku tu reply SMS gatal lalu bolehlah kami mentertawakan dia beramai-ramai..

Continue Reading

seniman lagenda : pak ku shadat

pak ku shadat.. nama beliau sangat dikenali dikalangan orang utara dengan lagu terkenal beliau "vespa haji samad".. beliau juga mampu bertutur dalam bahasa melayu, inggeris, siam, jepun, india, cina dan arab berjaya membawa beliau untuk membuat persembahan di amerika syarikat, jepun dan lain-lain negara besar di dunia.. beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2008 (tarikh aku tak pasti).. aku pun baru tau pasal kematian beliau lepas google di internet.. aku sangka pak ku shadat masih hidup di dunia ini.. setiap yang datang pasti akan pergi.. al-fatihah kepada allahyarham pak ku shadat..

Continue Reading

Friday, May 7, 2010

hang mokhtar : seniman yang menyepi sekian lama

hang mokhtar sangat terkenal dalam tahun 80an.. macam mana aku boleh kenal dengan hang mokhtar? sebab dulu arwah bapak aku selalu pasang kaset hang mokhtar semasa menaiki kenderaan.. jadi disebabkan bapak aku minat, aku pun tumpang minat sama.. antara lagu hang mokhtar yang sangat femes dulu ialah ayoyo sami.. lagu yang terhasil kerana kerajaan menaikkan tol.. dan paling meletop di malaysia ialah "kocik kocik, jago kobau".. sampai sekarang aku masih ingat lirik lagu ni.. arwah bapak aku dulu kelahiran negeri sembilan.. mak aku orang kedah.. jadi aku orang kedah sembilan..
Continue Reading

aku sebenarnya gay tapi aku taknak mengaku

dalam hidup ni banyak manusia songsang.. songsang dari segi pemilihan pasangan.. sepatutnya laki berpasangan dengan perempuan.. tetapi ada lelaki yang nak berpasangan dengan lelaki, ada juga perempuan nak berpasangan dengan perempuan.. heran aku.. tuhan dah ciptakan pedang khas dengan sarung pedang.. ni tak.. nak lawan pedang dengan pedang gak.. ahahaha.. buduh! walaupun aku suka mengaku yang aku ni gay dengan orang yang tak dikenali.. tapi sebenarnya aku bukan gay.. aku sebenarnya perasan yang aku ni super cool dan super hot sehingga ramai perempuan ingin mendampingi aku.. sehingga aku lebih selesa mengaku aku gay..
Continue Reading

Wednesday, May 5, 2010

the legendary gelimat

siapa yang tidak pernah menonton video gelimat? aku rasa semua orang pasti pernah menonton video lawak tamil yang meniru gaya micheal jackson ini kan? sebenarnya versi gelimat ini ialah video tarian yang nak meniru gaya tarian dalam video clip "thriller".. tetapi jadi tak menjadi.. kelihatan lawak geli-geli pulak.. pakaian dah hampir sama dah.. costume zombie dah cun dah.. part tarian pulak fail macam katun.. ahahaha.. sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang rakyat malaysia yang rajin untuk menulis sarikata pada video ini.. BOOM!! video ini meletup!! semua orang memperkatakan tentang video gelimat..
Continue Reading

Monday, May 3, 2010

tips kebahagiaan rumahtangga

tuhan menciptakan makhluknya berpasang-pasangan.. jadi setiap insan pasti mahu memiliki rumahtangga sendiri bukan? aku juga mahu mendirikan rumahtangga sendiri.. akan tetapi masih ada individu yang kurang keyakinan diri untuk mendirikan rumahtangga kerana kecewa dalam percintaan, ditipu kekasih dan lain-lain.. itu adalah tidak cool ok.. janganlah begitu, kerana hidup mesti diteruskan..

Continue Reading

Saturday, May 1, 2010

cabaran muka aneh di youtube

sori aku terlepas post entry selama 2 hari sebab aku demam panas.. ehehe.. kepada korang yang masih belum tahu di youtube terdapat banyak challenge atau cabaran-cabaran menarik untuk korang join mengisi masa lapang korang boleh klik sini, ni salah satu cabaran untuk korang submitkan video muka aneh,ganjil,pelik korang.. aku tak jumpa lagi orang malaysia yang post video tu dalam challenge ni.. kalau ada pun, mesti kena maki, kena kutuk berjela-jela kan? itulah rakyat kita.. ahaha
Continue Reading
Designed By Blogger Templates