Thursday, September 30, 2010

maxis versus digi iphone 4

owh sekarang ni sedang bertarung dua kuasa besar yang memonopoli rangkaian perhubungan komunikasi di malaysia iaitu maxis dan digi.. kedua-dua mereka ini mengeluarkan pakej plan perkhidmatan berserta dengan iphone 4.. kenapa perlu guna iphone 4? iphone 4 memiliki sistem operasi yang mampu melakukan multitasking, high definition video recording, 5 megapixel kamera dan bermacam-macam lagi.. pendek kata, kalau kat kedai makan kita cucuk-cucuk iphone 4, awek cun dan hot akan datang menghampiri kita.. kah kah kah..
Continue Reading

kita semua manusia biasa - sambungan entri untuk anonymous

post aku semalam (link) telah mendapat komen yang sangat memberansangkan kerana aku mengeluarkan ayat yang mencabar 'anonymous' diluar sana.. aku tidak mengatakan bahawa aku melarang anonymous meletakkan komen negatif.. cuma aku sedikit 'tak syok' komen negatif kurang dari user yang meletakkan nama/email sendiri..
Continue Reading

Tuesday, September 28, 2010

kenapa mesti komen bodoh datang dari anonymous?

aku rasa bukan aku sorang ja yang mengalami dan merasai perkara ini.. sebenarnya ini bukanlah satu isu besar dikalangan rakyat malaysia.. tapi ianya telah menjadi satu budaya atau fenomena dimana komen-komen kurang menyenangkan, komen-komen bodoh, komen-komen kritik, komen-komen maki hamun dan segala komen-komen negatif kebiasaanya di-submit oleh user "anonymous".. hanya sebilangan kecil yang menggunakan nama sendiri atau username sendiri untuk mengkritik sesuatu penulisan blogger-blogger di malaysia..
Continue Reading

Saturday, September 25, 2010

video tak lawak tapi lawak - zzzz7889uil versus MBB

mampukah korang melakukan aksi yang tak lawak tapi mampu membuatkan orang ketawa berdekah? ya! sangat susah bukan? tak ramai orang mampu melakukan aksi yang tak lawak tapi lawak.. contohnya video pakcik mr bean malaysia kita ni (link).. dah berulang kali aku post kat tubelawak tapi video ini masih segar dan fresh kelawakannya.. kah kah kah.. tapi itu bukan tajuk utama aku untuk hari ini..
Continue Reading

Friday, September 24, 2010

tips melemparkan senyuman menggoda

senyumlah.. percaya atau tidak, dengan hanya memberi senyuman kita mampu meredakan tekanan orang lain atau persepsi seseorang terhadap kita.. senyum juga adalah sedekah.. jadi kenapa tidak senyum? bukan susah pun.. bahkan ianya memberi pulangan yang positif kepada kita.. aku suka senyum.. dulu aku selalu mengaplikasikan senyuman aku ketika membodek cikgu/lecturer dan juga bos aku.. percayalah! 100% daripada mereka ini tewas dengan senyuman.. ahahaha..
Continue Reading

Thursday, September 23, 2010

cikgu sekolah die hard fan stacy

cikgu adalah orang yang patut dihormati dan ditempatkan selepas kedua ibu bapa kita.. ya! aku sangat menghormati cikgu-cikgu aku.. walaupun dulu aku adalah seorang pelajar yang SANGAT nakal di sekolah, namun aku tetap akan menegur cikgu-cikgu aku sekiranya terserempak di mana-mana.. aku sangat bersyukur kerana diberi peluang belajar dan mampu menimba ilmu sehingga aku adalah aku sekarang.. terima kasih cikgu!
Continue Reading

Wednesday, September 22, 2010

bagaimana menasihati pasangan agar berhenti merokok

baru-baru ini, ada kawan aku berjaya berenti merokok.. bila aku tanya camna boleh berenti? dia cakap, awek dia dah beli macam-macam kat dia, beli rokok elektronik (e-cigar) beli ubat tu, ubat ni, kaedah tu kaedah ni.. last-last kawan aku cakap dia tak sampai ati tengok awek dia dok habiskan duit sebab nak beli benda-benda camtu untuk dia dan dia terus berenti merokok.. bagus gila awek kawan aku tu..

Continue Reading

Tuesday, September 21, 2010

rakyat malaysia super berbakat besar di youtube

selepas munculnya bintang-bintang youtube seperti sinta dan jojo dari indonesia, moymoypalaboy dari filipina, boxxy dari america, dan lain-lain bintang youtube atau pencetus fenomena2 ini, mesti ramai rakyat malaysia yang ternanti-nanti dan mencuba untuk menjadi bintang melalui youtube kan? perkara ini telah diambil serius oleh pihak media dan individu tertentu untuk mengambil kesempatan atas mereka yang terkenal di youtube..
Continue Reading

Friday, September 17, 2010

sinta and jojo : keong racun

zaman skarang ni macam-macam cara boleh jadi femes dan kaya.. haritu aku ada post pasal dua orang adik beradik dari filipina (moymoypalaboy) yang berjaya mencipta nama melalui youtube.. kali ini di indonesia pula muncul dua orang gadis chomel bernama sinta dan jojo berjaya menempa nama di tanahair mereka sendiri kerana melakukan lip sing di youtube.. mula-mula aku ingatkan diorang ni biasa-biasa ja.. tapi selepas membuat carian di google baru aku tau bahawa mereka ni telah menjadi fenomena di indonesia..
Continue Reading

Monday, September 13, 2010

pandulah dengan cermat, ingatlah yang tersayang

owh.. dah lama aku tak update blog.. sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua.. aku agak busy menyambut hari raya di kedah.. sebab tu blog posting aku terabai.. kepada korang yang dah selamat sampai ke kampung, alhamdulillah bersyukurlah kita kepadaNya.. dan kepada korang yang nak pulang ke rumah kembali, pandulah dengan cermat ya.. tubelawak sayangkan korang semua.. tak syok la bila ada cerita orang eksiden2 ni.. ehehe..
Continue Reading

Tuesday, September 7, 2010

ตรวจสอบผลสลากกินแบ่งรัฐบาล

kenapa tajuk entry aku kali ni sangat aneh dan pelik? apa maksud 'ตรวจสอบผลสลากกินแบ่งรัฐบาล' ni? nak tau maksud dia? ตรวจสอบผลสลากกินแบ่งรัฐบาล bermaksud 'goverment lottery result check'.. kenapa aku letak tajuk macam ni? sebab minggu ni orang thailand tengah gila berjudi.. sehingga top keyword kat google dipenuhi dengan keyword-keyword judi.. kah kah kah.. memang lawak..
Continue Reading

Monday, September 6, 2010

dragon ball evolution? aku kecewa!!

sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.. aku peminat komik dragon ball sejak kecil.. setiap episod dalam komik dragon ball tak pernah aku ketinggalan.. akira toriyama (pelukis dragon ball) boleh dikatakan seorang yang genius kerana mampu memberikan impak yang sangat besar kepada dunia.. komik dan karektor ciptaan beliau dikenali ramai.. tiba-tiba muncul satu makhluk bernama james wong muncul untuk mengadaptasikan filem dragon ball evolution.. arghh!!
Continue Reading

Saturday, September 4, 2010

justin bieber asia ada penyakit autism?

entry ini adalah sambungan kepada entry 'justin bieber asia' kerana baru-baru ini aku telah ditegur oleh seorang sahabat dari indonesia kerana mentertawakan orang yang kurang upaya atau memiliki sejenis penyakit mental iaitu autism.. sebenarnya justin bieber asia bermisai ini bernama Dan Johnson Externon dan berasal dari filipina..
Continue Reading

bayi boleh menyelam? boleh terapung?

bayi boleh menyelam dan terapung ka? persoalan ni dah muncul dalam kepala otak aku sejak kecik lagi.. dulu aku tengok cover album nirvana la yang membuatkan aku terfikir pasal ni.. zaman tu mana ada lagi teknologi canggih nak edit gambar, jadi aku memang yakin bahawa gambar itu adalah 'real' dan bukan hasil editing.. jadi ntah kenapa aku tergerak hati nak research sikit pasal ni aku pun taktau.. ahaha..
Continue Reading

Thursday, September 2, 2010

justin bieber asia

video ni dah lama aku upload kat youtube dan facebook.. sebenarnya aku takda modal nak tulis mengenai dia nih.. sebab tu aku just share video macam tu ja (tak letak kat blog pun).. tapi semalam ada kawan aku tanya "wei, yang justin bieber tu hang dah letak ka dalam blog? wajib tonton tuh!" jadi aku pun tergerak hati untuk meletakkan video ni kat sini.. ehehehe..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates