Sunday, February 28, 2010

kisah paling seram - gengblogger.com

hari ni aku nak share dengan korang semua kisah seram aku masa aku sekolah dulu.. dulu aku bersekolah di sekolah menengah kebangsaan agama kedah.. belakang hostel yang kami duduk tu, ada tanah perkuburan islam.. tiap malam, memang gelap gelita area tanah perkuburan tu.. hostel budak perempuan pula agak berjauhan dengan hostel lelaki.. dekat hostel perempuan ni selalu dengar cerita pasal pontianak.. hostel lelaki ni pulak selalu dengar cerita pasal hantu pocong..
Continue Reading

Saturday, February 27, 2010

bapuk pondan yang terlampau

semalam khutbah jumaat sebut pasal maulidurrasul.. lepas tu waktu malam, lepak dengan kawan-kawan pon sembang pasal maulidurrasul.. kawan aku cakap, dia pergi dengor ceramah kat mana tah becakap pasal 'kematian @ kiamat'.. memang tanda-tanda kiamat hampir dah banyak dah.. korang semua tak boleh pertikai fakta ni.. antaranya ialah lebih banyak perempuan berbanding lelaki dan ramai gay & lesbian.. jadi aku nak mintak maaf dekat kawan-kawan aku yang 'agak lembut' kalau korang tak suka aku post pasal 'bapuk'.. ahahaha.. aku tak pduli!! aku nak post jugak!!
Continue Reading

jawatan kosong pegawai keselamatan

salam sejahtera kepada pengunjung blog ini, saya mewakili crayon sendirian berhad ingin menyatakan bahawa syarikat kami ada kekosongan jawatan. syarikat kami memerlukan seseorang pekerja yang mampu bekerja mengikut shift tidak kira waktu malam ataupun siang. sekiranya anda memenuhi kriteria-kriteria berikut, anda bolehlah menghantar resume anda kepada wizcrayon[at]yahoo[dot]com disertakan salinan kad pengenalan.
Continue Reading

Friday, February 26, 2010

resipi untuk orang bujang

aku tak tak mahir memasak.. kadang-kadang terpikir gak nak improve skill memasak.. setakat nak buat ayam masak kicap, masak sardin ka, telur masak merah ka, spageti ka, aku terer la.. aku teringin nak masak makanan melayu yang hebat-hebat macam gulai tempoyak ka, masak lemak cili api ka.. ahahaha.. selama bertahun-tahun aku menggunakan teknologi internet, aku tak pernah buat carian pasal "resepi".. tiba-tiba tergerak hati nak cari resepi.. mana la tau kan, boleh mengurangkan bajet harian aku.. dan tuhan itu maha adil, dia menemukan aku dengan satu video menarik iaitu resepi untuk orang bujang..
Continue Reading

Thursday, February 25, 2010

makanan kegemaranku ialah kaki

korang semua mesti ada makanan kegemaran kan? aku suka makan telur ikan.. itu makanan kegemaran aku.. kalau kat kedah, nasik putih dengan telur ikan dua tiga ketul pun tak sampai 3 ringgit.. sekarang aku hidup kat KL, punya la susah nak carik telur ikan.. kalau ada pun, mesti mahal gila.. memang aku tak pernah makan lagi telur ikan kat KL ni.. sebab aku seorang yang sangat 'sep bajet'.. ehehehe.. pernah tak korang alami keadaan apabila korang diberi harapan untuk makan makanan kegemaran korang, dan tiba-tiba harapan itu musnah dan hancur? kalau tak pernah, korang KENA tengok video ni.. kalau boleh, cuba 'feel' apa yang orang tu rasa..
Continue Reading

terlepas peluang tunjuk macho

haritu, aku pergi makan kat kfc dengan perempuan aku.. macam biasa, turun kereta, edjas rambut.. jalan pegi kat counter nak ambil order, cari tempat duduk.. eh, terlupa nak ambik tisu dengan straw lak.. lalu aku mengambil langkah untuk bangun dari tempat duduk untuk mengambil tisu dan straw yang diperlukan.. dalam perjalan pulang ke tempat duduk, aku terlihat perempuanku sedang cuba untuk menuang sos ke dalam pinggan.. diketuknya dengan kuat pada bahagian belakang botol sos.. aku dengan macho, cakap "bak sini nak tolong" lalu aku ketuk kuat-kuat kat belakang botol sos tapi sos turun sedikit sahaja (ciput dan kemut-kemut)..
Continue Reading

Wednesday, February 24, 2010

koleksi awek seksi myspace

koleksi awek seksi myspace tunjuk lurah tetek atau buah dada.. ahaha.. sori tajuk aku agak kasar di sini, tapi ini adalah hakikatnya.. tak kira lah kat myspace ka, friendster ka, facebook ka, memang ramai awek suka tunjuk tetek kan? aku takda pun account myspace.. dulu ada laa, tapi dah lama dah aku close account sebab myspace tak mengikuti peredaran zaman (sorry tom).. ehehe.. entry aku hari ni bukan ditujukan kepada pervert-pervert yang nak carik porn, tapi khas untuk korang yang benci kepada mereka-mereka yang suka tunjuk gambar tetek dekat website sosial networking..
Continue Reading

perlu ke belajar bahasa inggeris?

mula-mula sekali aku ingin meluahkan pendapat aku.. aku tak setuju sekolah-sekolah kerajaan, menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantaraan dalam pengajaran.. sebab apa? sebab kesian kat budak-budak kampung yang kurang mahir dalam bahasa inggeris tu untuk berjaya.. bukan sebab mereka ni bodoh, tapi cuma kurang pendedahan kepada bahasa inggeris dari segi media, orang sekeliling, dan lain-lain.. lagipun, dulu tunku abdul rahman pun, berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita kan?
Continue Reading

Tuesday, February 23, 2010

teknik mencuri password facebook

mesti ramai yang nak tahu cara mendapatkan password account facebook orang lain dengan cara mudah kan?? ramai yang tanya aku "macam mana nak crack password orang eh?" ada yang aku jawab dengan terperinci, dan ada yang aku malas nak jawab.. bukan kedekut ilmu.. masalahnya bukan seorang dua yang tanya.. ni dekat berpuluh-puluh orang dah.. ahaha.. kepada yang aku tak berapa nak share ilmu tu, aku mintak maaf la eh.. kali ni, aku nak share video untuk menjelaskan kepada korang semua, bagaimana nak mencuri,godam,crack atau mendapatkan password orang lain takpa sebarang ilmu pengetahuan tentang komputer..
Continue Reading

Monday, February 22, 2010

lelaki menyampah, tapi perempuan suka

semalam aku ada post video psiko yang mungkin menyebabkan perempuan tak berani nak tengok sampai habis kan? hari ni aku nak share video yang aku rasa (rasa ja lah) perempuan pasti akan tengok sampai habis, tetapi pihak lelaki pulak takkan tengok video ni sampai habis.. kalau lelaki pun suka, dan boleh tengok video ni sampai habis, mungkin ada yang tak kena dengan hati dan perasaan korang.. ahahahaha.. tengok jangan tak tengok
Continue Reading

adakah anda cukup psiko?

semalam gadoh lagi dengan perempuan aku.. dia cakap aku gila.. dia cakap aku psiko.. tapi aku tak peduli.. sebab aku memang psiko.. aku boleh makan nasi sambil melihat kucing kena lenyek kereta depan mata aku lalu aku meneruskan menjamah makanan aku dengan muka selamber.. masa tu kat sekeliling aku, semua orang dah berenti makan sebab tak selera tengok bangkai kucing fresh depan mata.. jadi sejak hari itu, aku sedar aku telah dianugerahkan sesuatu yang spesial dari tuhan.. thank god!! ahahahaha..
Continue Reading

Sunday, February 21, 2010

hajat tak tercapai kerana h1n1

h1n1 apa tu?? h1n1 itu ialah selesema babi! penyakit yang datangnya dari babi.. tapi wwf (world wildlife fund) tak bagi gunakan nama selesema babi(pig flu) sebab kononnya nama tu seperti menghina binatang yang bergelar babi.. ahahaha.. aku ada kawan sorang ni, hampir berjaya mendapat tempat untuk memasuki akademi fantasia, tetapi niatnya hancur apabila dia dijangkiti selesema babi..
Continue Reading

taylor swift love story versi ngeri

taylor alison swift, seorang remaja atau artis america yang sangat popular dengan lagu bertajuk "love story" yang juga diciptakan oleh taylor swift sendiri.. beliau sangat berbakat dalam menulis lagu, menggubah lagu serta mendendangkan lagu.. aku suka beliau.. dulu, kalau aku dengar lagu "love story" aku selalu terbayang muka beliau sepertimana dalam video klip beliau dimana beliau nampak begitu mempesonakan.. aku teruja melihat beliau.. tapi kini.. tidak lagi..... imaginasiku sudah berubah...
Continue Reading

Saturday, February 20, 2010

ini jenaka atau celaka?

hari ini, aku sedikit bad mood.. dahlaa malam ni aku nak balik KL dari kedah.. duit pulak nak banyak abis malam ni.. bayar tol dan minyak.. lagipun, semalam awek buat perangai.. arrghhh.. aku tensen.. aku nak tenangkan diri.. so aku jalan-jalan carik game online kat internet sebab nak buang masa aku tenangkan diri.. tiba-tiba tuhan pertemukan aku dengan sebuah flash game yang aku banyak habiskan masa dengannya.. (tapi tak berjaya memenangi walau sekali).. bila dah lama aku main game ni, aku cuba search kat youtube, ada tak yang dah berjaya..
Continue Reading

video bayi yang adorable

setiap pasangan pasti inginkan anak yang comel untuk meneruskan zuriatnya.. lelaki atau perempuan, kita hanya berserah kepada kehendak ilahi.. aku juga sangat menginginkan anak yang comel.. sangat jelez melihat abang dan kakakku yang sudah berkahwin menimang anak mereka sendiri.. aku juga mahukan anak!! ahahaha.. aku mahu penyambung zuriatku, aku mahu menimang anak aku sendiri, aku mahu penyambung genetik aku sebelum aku mati.. ahahaha.. video kali ni, tak lawak sangat.. just nak share video bayi yang adorable ngan korang semua.. aku taktau kenapa aku suka video ni.. sangat comel..
Continue Reading

Friday, February 19, 2010

mari belajar car drifting

anda ingin kelihatan cool? ingin menjadi super cool seperti saya? ingin memiliki teman wanita yang hebat? ini bukan skim cepat kaya atau bisnes multilevel marketing.. saya ingin memberikan anda tips untuk menjadi lelaki super cool seperti saya.. baiklah, sudah pasti anda bosan dengan celoteh saya kan? sekiranya anda ingin menjadi lelaki super cool, anda perlulah megikut tips yang diberi ini mengikut langkah demi langkah..
Continue Reading

Thursday, February 18, 2010

pekida malaysia samseng?

ok harini aku nak cerita sikit pasal pekida.. kebetulan ayahzul datang melawat blog aku.. aku pon terkejut dan tak pernah tau majlis jemaah cohcrane ada blog tersendiri.. syabas dan teruskan usaha ayahzul untuk memperjuangkan nama islam dan nama baik pekida malaysia.. pekida? apa tu? pekida ni ialah shortform kepada pertubuhan kebajikan dan dakwah islamiah malaysia.. namanya indah, tapi ramai ahli-ahlinya telah mencemarkan nama baik pekida.. kenapa? sebab kebanyakan yang nak menyertai pertubuhan ini kerana nak jadi 'gengster'.. memang pertubuhan ini mengamalkan sistem brotherhood yang kuat (ukhuwah), saling bantu membantu, memberi sumbangan kepada masyarakat, mengadakan kelas bimbingan dan lain-lain.. tidaklah kepada ahli sahaja tetapi kepada kepada semua adek bradek seagama.. ramai yang telah menyalah gunakan keakraban persatuan ini untuk perkara yang negatif..
Continue Reading

Wednesday, February 17, 2010

lebuhraya utara selatan yang seram

kisah seram ini adalah cerita benar yang pernah berlaku dalam hidup aku.. dulu masa aku buat diploma kat penang, setiap minggu aku ulang-alik dari penang ke kedah sebab nak teman mak aku kat kedah.. ada sekali tu, aku naik moto sorang-sorang melalui lebuhraya utara selatan pada pukul 1:00 am untuk pulang ke kedah (masa tu banyak keja, so balik lewat pagi) tiba-tiba aku ternampak ada dua orang mamat tengah repair moto tepi jalan.. 
Continue Reading

super mario world yang mengerikan

kali ni aku nak korang semua tengok game review yang lawak.. taktau la kot aku sorang ja yang rasa review ni lawak, atau semua orang pon rasa lawak.. tapi kalau korang ni semua gamers dari zaman NES dan SNES, mesti korang semua seronok dengar review game old skool ni dari mamat yang tak dikenali ni.. nak kata chelaka pon bukan, nak kata ter-over pon bukan.. ahahaha..
Continue Reading

Tuesday, February 16, 2010

aku gay kini dan selamanya

gay? aku suka mengaku gay.. bukan sebab aku berperasaan kepada lelaki, atau bukan juga aku suka main belakang.. tapi aku suka mengaku gay untuk hiburan dengan kawan-kawan, sebab aku rasa 'cool' mengaku gay, dan sebab aku rasa aku super hensem, lalu aku mengaku gay untuk mengelakkan wanita-wanita menghampiri aku.. ahaha.. bior la aku nak ngaku gay pon.. bukan aku menyuntut belakang buat dosa yang nabi tak mengaku umat.. ramai kawan-kawan aku pun suka mengaku gay.. memang kami suka buat orang lain rasa annoying dengan kami.. contoh conversation gay..sebab apa aku rasa cool bila mengaku gay? tengok video ni..
Continue Reading

video awal ashaari dalam club

awal ashaari, pelakon yang tidak asing lagi bagi rakyat malaysia.. beliau telah melakonkan banyak filem-filem terkenal seperti im not single, syurga cinta, a time for us dan lain-lain.. tapi baru-baru ini sangat hangat diperkatakan mengenai awal ashaari yang dicekup di dalam sebuah club yang namanya di rahsiakan.. apa yang menjadi kontroversi ialah, awal ashaari dikatakan tidak mahu untuk membuat ujian air kencing.. tapi ketika ditemu ramah oleh rancangan "melodi TV3" awal ashaari mengatakan bahawa beliau memang tidak rasa untuk kencing pada ketika itu dan tak boleh untuk mengeluarkan air kencing langsung.. lihat video ini..
Continue Reading

Monday, February 15, 2010

warga tua teras masyarakat

ahahaha.. pernah dengar lagu warga tua? kalau tak pernah dengar, diantara liriknya berbunyi begini  warga tua teras masyarakat, hidup lama penuh jasa setia pada negara... sungguh menyentuh hati bukan? sesiapa yang nak chord gitar lagu tu boleh amik kat sini link.. kenapa tajuk post aku kali ni mengenai orang tua? sebab zaman sekarang ramai budak-budak muda ni langsung tak hormat orang yang lebih tua daripadanya.. kan? kita perlu menghormati orang yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman dari kita.. mereka dah merasa hidup susah contohnya pada zaman komunis menjajah negara kita dulu.. diantara mereka juga adalah pemimpin kita bukan? saksikan video ini dengan harapan orang muda kini lebih menghormati warga tua..
Continue Reading

zaman kanak-kanak yang meriangkan

zaman kanak-kanak memang menggembirakan.. kenapa? kerana kita tidak perlu memikirkan tentang kewangan, masalah kerja, dan bermacam-macam lagi.. tambahan pula, ketika masih kanak-kanak, kita boleh melakukan apa yang kita sukai.. kalau nak pukul orang pon boleh.. bukan nak kena masok penjara pon kan? bila dah dewasa ni nak pukul orang, jawabnya masok lokap dulu laa.. ahahaha.. TERpaling best masa zaman kanak-kanak ialah perkataan "mak!! nak duit.. duit dah habis" dengan tiba-tiba duit menjelma di telapak tangan.. ahahaha.. layan video ni kalau nak kembalikan nostalgia keriangan zaman kanak-kanak..
Continue Reading

Sunday, February 14, 2010

valentine yang romantik

sempena hari valentine ni.. aku nak share ngan korang semua satu video yang sangat menyentuh perasaan.. sesiapa tengok pon boleh mengalirkan air mata.. ahahaha.. ingat aku tak berhati lembut ka? sangat romantik, sangat touching, sangat terharu dan sangat comel.. boleh dilihat persefahaman yang diberikan diantara lelaki dan perempuan.. bagaimana lelaki itu menggadaikan nyawanya untuk yang tersayang, dan perempuan itu berusaha menyelamatkan keadaan agar yang tersayang tidak pergi meninggalkannya buat selama-lamanya..
Continue Reading

kenapa wujudnya perkataan kesat

anda rakyat malaysia? setiap hari menggunakan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu? pernahkah anda mengeluarkan atau melafazkan kata-kata kesat dalam situasi yang tidak dijangkakan? contohnya seperti "kepala hotak kau!" dan "bodoh nak mampus!!".. dan perkataan-perkataan pendek seperti celaka, gampang, sial, lahanat, dan lain-lain.. pernah mendengar perkataan-perkataan ini? sudah pasti jawapan anda ialah "YA" bukan? anda semua tentu tidak tahu bagaimana perkataan-perkataan ini terhasil atau apakah alasan perkataan-perkataan ini wujud..
Continue Reading

awek sangap batang yang gila

sori title aku sedikit lucah.. tapi post aku kali ni bukan ada benda lucah pon.. saja nak bagi traffiic blog aku naik kalau ada orang gila yang nak search ngarut-ngarut macam tu.. mana la tau kan.. ahahaha.. video aku hari ni, pasal budak pempuan yang bernama victoria.. victoria mengaku pernah melakukan seks sebanyak 300++ kali dan teringin mengandung kerana terlalu mahukan anak .. mak victoria ni tak bagi.. lalu berlaku kontroversi.. victoria dan mak dia telah dipanggil ke rancangan talkshow "maury show" disaksikan oleh beribu-ribu penonton (termasuk penonton tv).. apa ang menarik kat sini ialah victoria ni baru berumur 15 tahun dan mengaku mampu untuk memiliki anak sendiri.. ahahahah..
Continue Reading

Saturday, February 13, 2010

again!! pakcik tanjung rambutan

ahaha.. mesti korang semua rindu dengan 'pakcik dunhill' ni kan?? kali ni pakcik dah potong rambut.. pakcik dah botak.. tapi jangan risau.. pakcik masih kacak seperti dulu.. korang boleh review post aku sebelum ni bertajuk pengajaran dari jenama rokok .. itulah dia pakcik dunhill kepada yang masih belum mengenalinya.. sekarang aku nak share ngan korang semua video pakcik dunhill ni menyanyi pulak.. terimalah~ fantasia bulan madu cover by pakcik dunhill!!
Continue Reading

super hensem yang menjengkelkan

kau ingat kau bagus sangat? kau ingat kau best? kenapa kau ada kat situ pon aku tak pasti, tapi yang pasti ialah kau perosak suasana.. kau diibaratkan seperti setompok najis yang kelihatan ketika menikmati lanskap yang indah.. aku yakin kau dibenci kawan-kawan kau.. kau ingat kau super hensem?  kau ingat perempuan-perempuan semua teruja tengok kau? kalau aku jumpak kau memang aku pijak muka kau pakai kasut redwing aku.. kau memang chelaka!!
Continue Reading

iklan kereta yang lawak

persaingan dalam perniagaan adalah hakikat sekiranya korang nak menyertai bidang perniagaan.. so banyak lah cara nak menarik minat pembeli untuk membeli produk yang kita keluarkan.. kali ni aku nak tunjuk iklan kereta syarikat-syarikat besar iaitu nissan dan toyota.. ehehehe.. dua-dua iklan ni macam gampang.. aku pun tak tau apa motif dia buat iklan macam ni.. tengok la sendiri.. takmau tulis banyak-banyak.. amaran!! jangan view video ini di tempat kerja atau di dalam kelas.. video berunsur 18SX..
Continue Reading

Friday, February 12, 2010

video lawak mat rempit

mat rempit? jangan dihina, jangan dimaki.. mereka pon manusia jugak.. mereka cuma perlukan dorongan dan didikan yang lebih.. masa usia muda remaja ni memang laa niat di hati tu nak seronok-seronok ja.. siapa-siapa pon macam tu gak kan? mesti akan buat kesalahan dulu sebelum sedar kesalahan diri.. ahahaha aku bekap mat rempit!! cewah... ni aku ada contoh terbaik video mat rempit yang telah belajar dari kesilapan.. sekarang dengar cerita dia dah bertaubat dah.. jadi orang baik-baik (ikut suka aku ja cakap camni).. ahahaha.. tengok jangan tak tengok... tak tengok aku trajang hampa semua..
Continue Reading

kembar micheal jackson

micheal jackson seorang lagenda yang sangat berbakat dalam dunia seni.. pemergian beliau menimbulkan kontroversi pulak tu bekaitan dengan agama sebenar beliau.. aku malas nak cakap pasal tu.. sekarang ni aku nak cakap pasal kembar micheal jackson yang mempunyai bakat yang sama, style yang sama dan gaya yang sama dengan dia.. cuma, tak diberi perhatian atau dia tidak pandai untuk menyerlahkan dirinya..
Continue Reading

Thursday, February 11, 2010

dendangan guitar yang berdosa

kepada semua yang tak kenal andy mckee, janganlah korang mengenalinya.. sebab apa? sebab lagu-lagu yang dimainkan adalah melekakan dan sangat mendayu-dayu boleh membuatkan kita lalai dan leka.. aku tergamam seketika bila melihat video andy mckee.. mulut aku ternga-nga sedikit sampai tamat video.. taktau lah, maybe ada gak orang yang akan kata dia ni tak best sangat pon, mungkin sebab korang tak minat style andy mckee.. lain orang lain pendapat kan? kalau tak suka, syuhh syuhhh aku halau kau keluar dari blog aku.. hahaha..
Continue Reading

Wednesday, February 10, 2010

cinta tiga segi

dalam percintaan, sangat tensen bila ada orang ketiga.. sebab tu boleh jadi kes bunuh la santau la apa la.. sebab panas dengan orang ketiga la tu.. aku penah keciwa dalam pecintaan.. ahahaha jiwang sat sekali sekala.. kecewa sebab apa? sebab orang ketiga gak laa.. tapi aku baik, aku penyabar.. aku tak buat benda-benda tak elok semua tu.. ahahaha.. be profesional orang tua-tua kata.. aku kan macho.. mana boleh buat benda-benda bodoh.. ahahaha..
Continue Reading

apa masalah budak ni?

post aku kali ni takda embedd video.. sori ya semua.. ahaha.. kalau aku download video dia then aku upload kat channel aku, kang takot kena flag curi hakcipta lak.. tapi aku nak letak jugak dalam blog aku sebab dia ni manusia spesial.. jarang aku jumpa manusia macam dia ni.. nak kata pondan pun bukan, nak kata terencat pun bukan sebab english dia fluent.. ahahaha... apa-apa pun, korang cuba la tengok sendiri video budak ni..
Continue Reading

Tuesday, February 9, 2010

bukti kegatalan lelaki

ahaha.. kepada lelaki-lelaki diluar sana, jangan marah aku sebab post tajuk ni.. semua lelaki adalah pervert.. betol kan?? bukan nak memalukan kaum lelaki.. tapi ini adalah kenyataan.. wakakaka.. kalau ada lelaki yang tak pandang perempuan seksi jalan depan dia tu, maybe lelaki tu gay atau lelaki tu nak 'cover' depan awek ja tu.. wakakaka.. tengok video bawah ni.. maaf kualiti video tidak memuaskan dan ada sedikit lucah..
Continue Reading

Monday, February 8, 2010

reaksi terkejut yang lawak

semua orang boleh terkejut.. kalo orang tu ada sakit jantung atau darah tinggi, boleh mati serta merta kalau terkejut.. best kan? ni la teknik membunuh yang tak meninggalkan kesan pada si mati.. kalau nak bunuh orang, bagi orang tu terkejut ataupun geletek sampai mati.. sangat cool bukan? kali ni aku nak letak video melayu-melayu yang terkejut kena sergah dengan kawan-kawan.. (bukan video asal dari aku).. aku jumpak kat youtube ja.. ehhehehe
Continue Reading

kebaikan dibalas kejahatan

sebelum ni aku ada post pasal 'instant karma' LINK.. karma berkmaksud setiap yang baik akan dibalas dengan yang baik, dan setiap yang buruk akan menerima pembalasannya.. tapi ada juga berlaku bila kita melakukan kebaikan kepada seseorang itu, tetapi dibalasnya dengan keburukan.. video aku hari ni, sangat-sangat menyentuh hati kepada semua orang yang lahir pada tahun 1980-1990.. anda pasti pernah tengok animasi pendek tayangan filem negara malaysia ni..
Continue Reading

Sunday, February 7, 2010

filem aksi terulung sezaman

filem tamil sangat popular dengan aksi.. ada aksi yang kelihatan normal dan ada yang kelihatan tidak normal.. diantara filem tamil yang sangat popular dengan aksi tak normal dan berunsur lawak sirius ialah padayapa dan sivaji the boss.. bagi aku filem-filem tamil adalah pelopor kepada filem aksi seluruh dunia.. aksi yang dipersembahkan, tiada tolok bandingan bahkan filem the matrix : revolution pon boleh dianggap picisan selepas menonton filem aksi tamil.. tiada grafik digital digunakan.. tiada kesan khas digunakan.. ianya dilakukan dengan sebenar-benarnya.. ketika menonton pasti anda akan merasa kagum dan berkata "wahh.. aku juga ingin menjadi seperti hero dalam filem itu"..
Continue Reading

Friday, February 5, 2010

ancaman penggodam cyber x

penggodam cyber x movie (masih dalam pembikinan lagi kah?) adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Pentas Opera snd bhd. diarahkan oleh Amith Abidin dan dibintangi Razali Hussien, Feroz, Serina Redzuan, Lisa Surihani dan lain-lain.. video in making yang diorang post kat youtube ni bertarikh 1 May 2009.. tapi sampai sekarang masih belum diterbitkan.. saksikan dulu video in making ancaman penggodam cyber x.. wakakaka.. nama nak ganas ja..
Continue Reading

chocolate rain songs

chocolate rain nyanyian tay zonday telah mendapat hit sebanyak 47,290,560 ketika aku post tajuk ni.. memang menjadi kontroversi sebab sesetengah orang cakap lagu ni berunsur racist yang membangkitkan semangat orang kulit hitam.. tapi disebabkan video dia yang aneh, beranjak dari mic untuk bernafas, suara besar tak padan dengan muka dan irama yang menjengkelkan, semakin ramai pulak orang view video dia.. tak pernah kenal tay zonday? saksikan...
Continue Reading

bukti perempuan cakap banyak 2

korang boleh refer sini LINK untuk post lama aku berkaitan ngan tajuk yang sama.. sebab apa aku suka post tajuk ni? sebab aku ni banyak mulut.. perempuan suka kata aku ni bising lah, mulut celupar lah apa lah.. jadi, aku nak balas dendam melalui blog aku.. takkan la aku nak balas dendam dengan menempeleng muka perempuan tu lak kan? ya dak? wakakakaka... enjoy..
Continue Reading

Thursday, February 4, 2010

instant karma

anda teraniaya? ditipu kekasih? kena tikam dari belakang? jangan risau.. yakinlah pada karma.. setiap yang baik dibalas baik, setiap yang buruk dibalas dengan buruk.. sekiranya anda tidak melakukan perkara buruk tetapi anda ditimpa bencana, janganlah berkecil hati, pasti ada hikmah disebalik kejadian.. sekiranya tidak mendapat balasan didunia.. akhirat masih ada.. ehehehe.. baik pulak aku kali ni..
Continue Reading

Wednesday, February 3, 2010

high speed camera

teknologi semakin berkembang.. kini kita boleh merakam kelajuan peluru.. tidak lama lagi mungkin boleh merakam kelajuan kilat atau petir pula.. tetapi selain merakamkan perkara-perkara yang diluar kemampuan mata manusia, kita boleh juga merakamkan wajah-wajah hantu yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia.. saksikan video di bawah ini untuk melihat wajah-wajah hantu yang dirakam menggunakan camera high speed..
Continue Reading

kegunaan alternatif treadmill

jalan-jalan kat youtube terjumpak pulak video jackass on treadmill.. memang ganas, memang gila dan memang lawak.. diorang ni banyak duit, takda hal nak rosakkan benda treadmill ni.. ahahaha.. memang seronok kalo boleh main treadmill cam diorang ni..
Continue Reading

Tuesday, February 2, 2010

pengajaran untuk si panas baran

zaman sekarang ni ramai yang gila main game online.. makin ramai wujudnya anti-sosial dalam dunia ni.. mari kita tengok apa yang terjadi bila sorang mamat ni gila main game online sampai mak dia cancel-kan account game dia.. (wow account = world of warcraft).. nasib baik abang dia yang penyayang ni sempat rakam video mamat ni mengamuk.. kalo tak, mesti aku takda bahan nak letak dalam blog tubelawak.. wakakakaka.. pastikan anda tengok video ni sampai habis..
Continue Reading

Monday, February 1, 2010

geram dengan kucing liar?

anda tak suka pada kucing? kucing selalu berak berdekatan rumah anda? cemburu pada kucing anda kerana ibu anda lebih menyayangi kucing dari anda? mari kenakan kucing liar/peliharan yang selalu membuatkan anda bersedih.. wakakakaka..
Continue Reading
Designed By Blogger Templates